Top Social

Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah

Friday, October 11, 2019
Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah  |  Teringin nak makan Gulai Kuning Ikan Kembong.. Cara buatnya mudah jerk sebenarnya, cuma bila penyakit M tu selalu sangat menyerang tu yang tak terbuat tu.... Kali ni aku gagahkan diri jugak untuk memasak menu kegemaran aku ni sebabnya memang teringin sangat-sangat nak makan.. Dah macam orang mengidam jerk gayanya ye.. hehe.. So, kali ni kita buat sampai jadi.. 

Jadi ke idok??? Jom kita check resepi dan jangan lupa cuba ye.. Hiks.. Makan ngan sambal belacan sedap woii.. Tapi aku jerk malas nak buat sambal belacan.. Jadi, kita bedal jerk dengan sambal belacan adabi.. Haha.. 



Resepi Gulai Kuning Ikan Kembong Sedap dan Mudah

Bahan-Bahan

4 ekor ikan kembung
2 ulas bawang merah*
1 inci kunyit hidup*
2 hiris lengkuas*
3 keping asam gelugor
4 bij cili api
1 biji timun 
1 kotak santan ayam brand
Garam secukup rasa


Cara-Cara
  • Bersihkan ikan dengan sempurna.. Kalau rasa besar boleh potong dua.. 
  • Kisar halus bawang merah, kunit hidup dan lengkuas. Aku campur santan sikit masa blend tu.. Hiks..
  • Belah dua timun dan potong mengikut citarasa masing-masing.. Biasa kalau buat gulai ni kene potong tebal sikit.. Macam aku guna timun jepun.. hehe Itu jerk yang ada dalam freezer.
  • Masukkan santan, bahan kisar dan asam gelugor ke dalam periuk atau kuali mengikut keselesaan masing-masing ketika memasak.. Panaskan sehingga mendidih.
  • Kemudian masukkan ikan, timun, cili api, garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Masak jangan terlalu lama ye, nanti ikan akan hancur.. Kacau supaya masak pekat sekata.
  • Siap dan boleh dihidangkan..


Selamat mencuba..!!


14 comments on "Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah"
  1. Sedap ni..panaskan..pekat kuahnya..dah meresap pada ikan..fuhh lagi-lagi syok makan ni Lea.

    ReplyDelete
  2. makan masak lemak juga smlm ikan tenggiri sama belimbing buluh

    ReplyDelete
  3. Makan macam ni buat sahur sedap ni, selera sikit

    ReplyDelete
  4. Simple tapi confirm bila makan tak cukup sepinggan.

    ReplyDelete
  5. Sedap ni lea.. Kalau ada belimbing buluh lagi lah.. Meleleh ayaq liur haha.. Mkn dgn nasi yummyyyy sgt

    ReplyDelete
  6. Aaaa sedapnya gulai kuning ikan kembong!!

    ReplyDelete
  7. Sedapnya Lea.. terliur pula tengok pagi-pagi ini..

    ReplyDelete
  8. kira macam masak lemak kuning la ye kak? ke ada beza? cuma ada guna lengkuas eh sikit...nak cuba la buat menu berbuka harini :P

    ReplyDelete
  9. Gulai kuning is masak lemak kan? I like to fried ikan kembung with kunyit or sumbat sambal.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya masak macam nie Lea.. lawan pulak dengan ikan masin dan sambal belacan.. memang bertambah makan.. hehehe..

    ReplyDelete
  11. Lepas ni nak try resepi lea ni lah....lapo pulak tengok waktu siang...hihi

    ReplyDelete
  12. Lama x masak lemak..bleh try ni..tq resipinya

    ReplyDelete
  13. suka buat gulai macam nie.. Sha kalau tak guna ikan kembung, sha guna ikan bawal putih @ bawal cermin..

    ReplyDelete