lifestyle
Showing posts with label lifestyle. Show all posts

15 Langkah Memudahkan Urusan Ketika Balik Beraya

Monday, July 4, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..



15 Langkah Memudahkan Urursan Ketika Balik Beraya  |  Esok dah start aku bercuti.. So, sepanjang aku bercuti jawabnya berhabuk la blog ni buat sementara waktu... Baru-baru ni aku ada terima wasap berkenaan 15 langkah bagi memudahkan urusan ketika balik beraya.. So, aku nak kongsi jugak kat sini untuk rujukan korang yang belum balik beraya dan baru nak balik beraya.. hehe.. Jom kite tengok apakah yang tersenarai dalam 15 langkah tersebut...

Untuk mudahkan urusan ketika balik raya di rumah mak ayah di kampung, sila ikuti 15 langkah berikut :-

1. Bawa balik seterika sendiri supaya tak berebut... Kalau muat bonet, angkut iron board sekali....

2. Kalau rumah di kampung  tak ada aircond... kipas pulak terhad... bawa la balik 1 kipas sendiri... Kalau boleh elakkan tidur hotel atau homestay melainkan wujud keperluan mendesak...

3. Bawa balik extention cable sekali... Taklah berebut nak cas telefon, nak iron, nak blender dll...

4. Kalau perlu, tilam atau toto pun bawa sekali...

5. Boleh tidur lewat malam raya, tapi jangan sampai terlepas solat di pagi raya.... Ramai buat macam tu....

6. Ajar isteri dan anak perempuan untuk tolong mak basuh pinggan dan kemas meja lepas makan... Anak laki tolong atuk kemas rumah sapu laman, bakar lemang, ligan ayam dll.

7. Untuk elakkan anak-anak 24 jam dengan hp, mak ayah pun kena elakkan dari 24 jam tengok hp... Kepimpinan melalui tauladan.

8. Untuk suasana harmoni, elakkan orang lelaki buka baju atau merokok ketika ramai-ramai di ruang tamu, atau di meja makan... Ia terkait dengan aurat, keselesaan dan 'respect'.

9. Santuni adik beradik yang sedikit 'kurang' berada dari kita. Jangan sembang bab kereta, telefon baru, beli rumah, pergi Korea dll... Kalau ditanya, boleh dijawab ringkas. Fokus pada silaturrahim...

10. Bagi duit raya pada mak ayah ikut kemampuan... Sikit atau banyak, kena bagi. Duit memang penting, namun 'keberadaan' kita bersama mereka lebih disyukuri.

11. Jangan selalu terperap dalam bilik... Ini biasa hobi menantu perempuan... Ringan-ringankan tulang bantu di dapur.... Dan 1 lagi, time raya ni lah nak kenal saudara mara.... Kalau terperap dalam bilik, mana nak kenal siapa yang datang.

12. Kalau ada lebihan rezeki, tolonglah beli barang-barang dapur.... Beras pulut, daun palas, daging 3-4 kg.... Kuih raya 3-4 balang dll.... Paling koman 'kordial sunquick' pun kira dah soleh tu.....

13. Jangan mudah terasa dengan tutur kata adik beradik ipar duai.... Belajar berlapang dada.... Jangan cemari kemaafan syawal dengan kemarahan kita....

14. Bagi yang beraya di rumah mertua, cuba enjoy dan menerima seadanya. Mungkin tak sama dengan raya kat rumah sendiri. Tapi nasiblah, sapa suruh kahwin!

15. Kita balik kampung bukan kerana budaya.... Tetapi kerana mak ayah kita.... Tanggungjawab kita.... Kalau mereka sudah tiada, memori masih terpahat di sana.... Nikmati masa tersebut.... Hargai dan syukuri sebelum ia pergi.... ( yang ni paling sentap ye...!!)


Salam Aidilfitri 
dari Lea Azleeya..



Read More

Ramadhan Hampir Pergi... Syawal Menggamit Datang...

Thursday, June 30, 2016

1 comment

Assalamualaikum wbt..

Ramadhan Hampir Pergi... Syawal Menggamit Datang...  |  Allahuakbar.. Masa terlalu pantas berlalu.. Ramadhan dah semakin berada di penghunjungnya... Sayu sangat rasa hati.. Masih adakah Ramadhan akan datang untuk aku kecapi?? InsyaALLAH.. Moga Allah s.w.t memberi peluang itu lagi kepada aku... 

Lebih kurang 5 hari lagi kita berpuasa dan pada 06 Julai 2016 kita akan menyambut Aidilfitri.. Tu pown kalau nampak anak bulan la.. Haha.. Kalau tak nampak anak bulan, agak-agaknya raya ditangguhkan kowt.. kiki.. Mesti ramai dah yang pulang ke kampung untuk menyambut raya bersama keluarga masing-masingkan.. Aku masih bekerja dan mula bercuti pada hari selasa 5hb Julai.. 

Aku tengok ramai jugak blogger yang dah ucap selamat hari raya.. Maka-nya dengan ini dengan rasa dengkinya aku pown nak jugak wish aidilfitri seawal ini.. Haha.. Kang wish lambat-lambat kang tak de pulak yang nak baca.. Yela, sah-sah la korang sume dah balik beraya kat kampung kan.. Tak de nye nak mengadap blog lagik dah time-time raya.. Masing-masing mesti dah membizikan diri dengan beraya dan melayan tetamu-tetamu yang datang beraya... Ye dak??

Meh aku bagi serangkap pantun sebagai ucapan raya aku untuk  korang sume.. hehe.. Baca ekk..!!

Sumber : Google

Nampak tak tolesan tu?? Harapnye nampak laa.. Ahakzz.. Aku mintak maaf ye kat korang-korang semua andai aku ada buat salah dan terkasar bahasa sepanjang aku menjoinkan diri dalam dunia blog ni.. Mane la tau kan ada yang korang terasa dengan ayat-ayat aku yang tak berapa nak sopan ni.. ekeke.. Harap korang dapat maafkan aku yang serba kekurangan ni.. Sobb.. Sobb.. Sobbb...

Pada rakan-rakan yang kenal aku dan pernah kenal aku pown aku mintak maap  kat korang.. Andai sepanjang perkenalan kita ada salah silap terkasar bahasa aku pada korang.. Aku mintak maaf yek.. Kosong-kosong ekk.. hiks..



Read More

Adaptasi Lagu Raya Terbest 2016

Wednesday, June 29, 2016

1 comment

Assalamualaikum wbt..


Adaptasi Lagu Raya Terbest 2016  |  Tajuk entry kene gah ye.. Walaupun isinya tak semenggah mana.. Haha.. Dah dekat-dekat nak raya ni seronok kemain dengar lagu raya ye korang-korang... Kelainan lagu raya dengan lagu harian memang berbeza.. Feel dia memang lain kan.. Seronok dia lain macam jerk rasa.. hehe..

Tadi jari jemari aku rasa gatal-gatal nak bukak youtube carik lagu raya.. Hasil pencarian aku kat youtube tu aku jumpe 2 lagu raya yang di 'adaptasi'kan daripada lagu asal penyanyi tersebut menjadikan lagu raya.. Ehh korang paham ke tak ni?? Atau aku yang buat ayat belit-belit.. Haha.. Harap korang faham la yek.. Meh aku kongsi 2 lagu tersebut... Harap korang enjoy...!!

HANG PI RAYA
by Khalifah




SUDAHKU TAHU RAYA
by Projector Band



Siap ada lirik tu... Leh ar nyanyi sesama dorang.. Haha..!!



Read More

Shopping Raya...??

3 comments

Assalamualaikum wbt..


Shopping Raya...??  |  Hi korang... Persiapan raya camne korang-korang semua?? Dah settle ke..?? Raya dah semakin menghampiri.. Kalau buat persiapan last minit, risaunya jadi kelam kabut nanti kan.. Cam aku lak, dah settle untuk anak kire dah beres laa.. hehe.. Untuk aku tak perlu sangat.. Dah tua-tua ni tak yah nak raya sangat la.. Kasi anak-anak jerk beraya.. Haha.. Korang camne lak??

Aku pown baru kelmarin pergi carik baju raya untuk anak.. Dapat la sehelai baju melayu bersoping dekat Jakel... Katanya ada sale... So, pergi la menyoping dekat sana.. Ceh menyoping tu.. Padahal beli selai jerk pown.. Haha..

Tahun ni pilih tema dusty pink... Pemilihan tema ni datangnya secara tetiba.. Kebetulan baju aku dah ada yang warna tu yang masih belum di pakai.. Jadinya beli baju anak saje la.. Untuk aku, pakai aje yang mana ada... Save bajet kata orang.. huhu... Tapikan, baju aku warna rossy brown.. huhu.. Warnanya berbeza la sikit dari baju anak aku.. Alah kire boleh la tu kan.. Nak carik yang sedondon ni susah kalau dah beli pown asing-asing.. Ye dak...!! 

Raya tahun ni , aku macam tak berapa nak ada mood untuk beraya.. Mood raya dah melayang entah kemana.. Mungkin faktor usia kowt.. haha.. Kalau tak nak raya boleh tak?? hahahaha... 

Apa-apa pown raya tetap akan tiba jugakkan... Raikan la seadaanya kita.. Hurmm..~!!


Read More

Dimana Kebahagiaan Itu

Monday, June 27, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..

Sumber Gambar : En. google

Takdir Bertemu Dengan Orang Yang Salah  |  Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk BERSYUKUR dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan dibuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah dibukakan untuk kita..

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat dan indah yang pernah dialami...

Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak  tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang...

Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali..!! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita...

Ia cuma mengambil masa,
Seminit untuk jatuh hati pada seseorang,
Satu jam untuk menyukai seseorang,
Satu hari untuk menyintai seseorang...
Tetapi...

Ianya mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang...

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu....
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut....

Carilah seseorang yang membuatkan kita tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari-hari yang suram... Carilah seseorang yang boleh membuatkan hati kita tersenyum..

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramat rindukan seseorang sehinggakan kita ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.. Mimpilah apa yang kita ingin mimpikan, pergilah kemana-mana yang ingin kita tujui dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kita lakukan...

Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri kita menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kita seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia.

Selalu bayangkan diri kita di dalam kasut seseorang... Jika kita rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga..

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dengan memiliki semuanya yang terbaik.. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa sahaja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.. 

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba... Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang  telah menyentuh hidup mereka..

Cinta bermula dengan senyuman... 
Mekar dengan ciuman... 
Dan.. 

Berakhir dengan tangisan...

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan... Kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam..

Semasa kita dilahirkan...
Kita menangis dan orang disekeliling kita tersenyum.. Teruskanlah hidup kita supaya apabila kita mati nanti, kitalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis...

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu.. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain....

Wassalam...


Read More

Makin Tak Sempat

Friday, June 24, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..

Makin Tak Sempat  |  Adoiii.... Tak berkesempatan nk berblogwalking maupun nak update blog berkali-kali dalam sehari.. huhu... Banyak bende lain yang perlu dibereskan dahulu.. Membizi bila raya hampir tiba.. Korang dah siap ke persiapan raya?? Aku satu benda pown tak buat lagik ni..


Maaf la yek kalau aku tak sempat nk balas komen korang dan tak sempat nak buat kunjung balas dekat blog korang.. InsyaALLAH andai ada masa terluang aku akan balas komen korang dan balas kunjungan korang yek.. 

Meh le aku nak cite sikit sementara waktu kerja belum masuk lagik ni.. Rabu baru ni cuti kan.. Nuzul Al-Quran.. Ehh korang tak cuti kee?? Pahang cuti.. hehe.. Kitorang buat la plan nak pergi beli baju raya untuk kekitaorang ni.. Turun dari rumah lepas zohor.. Pergi la aku ke Kuantan Parade.. Si kecik tu sedia maklum belum tidur untuk tengahari tu.. Kebiasaan tengahari memang dia kan tidur.. Hari kejadian tak mahunyee tidur pulak.. Adoiii laaa.. 

Macam dapat agak ape akan terjadi nanti.. Tapi tawakal aje la pergi jugak sebabnye dah plan baik punye.. Dalam kereta tak mahu jugak dia tido.. Pelik bin ajaib ni.. Biasa dalam kerata la dia suka sangat tido.. haiss.. Kerisauan mula melanda.. Tapi gagahkan diri jugak.. Dalam kereta tu dia dah mula merengek-rengek.. Soh tido tak mahu.. Sampai saja dekat Kuantan Parade, pergi la kitorang jelajah dalam tu mencari ape yang patut.. 

First sekali misi mencari baju untuk si Qhaliff.. Masuk la The Store.. Belek-belek kejap dia merengek.. Adoiii... Tak bestnye nak pilih baju.. Cuba lagik belek-belek baju untuk dia.. Sampai tahap dah tak dapat di kawal dia punye merengek, lastnya buat keputusan untuk balik aje rumah.. Huhu..

Makanya tak berbeli lagik la baju raya.. Entah bila la nak pergi lagik mencariknye.. Adehh...!! Mungkin hari kerja kowt.. Amek cuti then pergi carik.. Hantar dia ke rumah pengasuh dan kami pergi shopping raya.. Haha.. Ok gak kan camtu.. huhu..

Ok la.. Habis dah aku merepek.. Nak buat kerja lak.. bai...!!


Read More

Jemputan Berbuka Puasa Di Hotel

Monday, June 20, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..


Jemputan Berbuka Puasa Di Hotel  |  Tajuk tak nak kalah ye.. Harap maklum.. haha.. Korang dah berbuka kat hotel ke tahun ni..?? Aku tahun ni tiada jemputan berbuka kat hotel nampaknya.. Tiada jemputan dari kengkawan.. Dari adik.. abg.. kakak... Tiada dari sesiapa.. Ceeee sedih jerk bunyik nye kan..

Tapi bukan itu yang aku nak cite sebenarnya.. Yang aku nak cite ni time dolu-dolu.. Di mana setiap tahun mesti ada peluang untuk berbuka kat hotel... Kebiasaannya, kakak aku la yang dok ajak aku berbuka sekali dengan dia dekat hotel.. Sebabnya suami dia kerja kat salah sebuah hotel dekat KL nunn.. So, banyak jemputan berbuka yang dia dapat.. Dulu time bujang boleh la aku naik KL sokmo.. Sekarang, memang tak la nak pegi KL semata-mata nak berbuka kat hotel di KL nunn.. Haha..

Kalau tak dari kakak pown, dulu mesti ada plan dengan kengkawan atau kekasih hatiii untuk berbuka puasa kat mana-mana hotel.. Hoh Kekasih hatiii tu.. menyampah lak rasenya.. haha..!! Bila dah berkeluarga ni.. Dah ada anak susah sikit la kan.. Nak makan kat luar pown fikir banyak kali.. Takut tak terkawal budak kecik tu.. Pulak tu dah mendapat kaki sendiri.. Lagik la susah nak kawal.. huhu..

Last berbuka puasa kat otel ni, tahun 2014 kalau tak silap.. Adik aku dapat jemputan berbuka di Zenith Hotel, kuantan.... Dia ajak aku teman.. Aku ape agik.. I followwwwwwww....!! Sangat la mewah makanan dekat zenith waktu tu.. Aku ni pulak jenis makan tak banyak.. So, kalau bayar sendirik memang rugi la kan.. Makan sikit.. bayarannya agak mahal.. Seb baiklah atas jemputan semata-mata.. hiks..

Seronok kalau dapat ulang semua tu lagik.. Tapi nan hado0oo la sekarang.. Keadaan tak mengizinkan.. Tunggu anak besar dulu la.. Baru leh ulang balik semua tu.. 


Read More

Sembang Pagi 15 Ramadhan

8 comments

Assalamualaikum wbt..


Sembang Pagi 15 Ramadhan  |  Setelah 2 hari tak  berblog.. Aku rindu blog aku.. Huhu.. Pagi ni tak sabar-sabar nk up entry.. Wahh hari ni dah masuk 15 hari yerk kita menjalankan ibadah puasa.. Tak sangka, cepat betul masa berlalu dari hari ke hari.. Sampaikan tak terasa yang kita ni berpuasa... 

Pagi ni bukak radio dah ada lagu raya... yey..!! Baru rasa suasana nak raya tu.. haha.. 

Hari sabtu aku balik umah mak aku berbuka kat sana dan juga bermalam kat sana.. Yang paling bestnye, tercapai hasrat nak makan bubur lambuk.. Kebetulan aku balik tu, menu berbuka untuk hari tu tersenarai jugak bubur lambuk.. Best...!! Mak aku buat bubur lambuk memang ohsem.. Sedap.. Super duper sedap.. Hoho..!!

Rasa seronok bila berbuka bersama mak, ayah dan adik beradik.. Berbuka ramai-ramai dengan member-member berbeza rasanya bila berbuka ramai-ramai dengan ahli keluarga... Seronok dia tu lain macam.. Alhamdulillah, tahun ni masih berkesempatan untuk berbuka bersama-sama keluarga.. Syukur sangat.. Terima kasih ALLAH... 

Hari ni kembali seperti asal.. Kembali bekerja.. Kembali berbuka sendiri.. huhu.. Sedihnya... 


Read More

Bila Terlalu Letih, Marah Mula Jadi Raja..

Wednesday, June 15, 2016

3 comments

Assalamualaikum wbt..

Bila Terlalu Letih, Marah Mula Jadi Raja.. |  Semalam keletihan melanda diri aku.. Ya ampunn letih yang aku rasa tak dapat digambarkan oh..!! Tuhan aje yang tahu.. Sebab apa?? Sebab sesungguhnya Allah SWT Maha Tahu... hiks..

Seperti biasa, setiap hari selasa ada kelas belajar al-quran.. Jadinya lepas habis aje kerja, terus pergi kelas mengaji... Habis aje kelas mengaji dalam jam 6.40 petang terus berkejar-kejaran balik untuk siap-siap berbuka puasa.. Hoh sempat ke?? Harus la sempat sebab aku berbuka dekat rumah member aku.. Haha.. Ada jemputan berbuka lagi semalam... Alhamdulillah.. Kalau tak de jemputan, harus aku beli aje juadah berbuka.. Nak masak memang tak sempat leeee...

Bila dah ada jemputan tu, jangan la pulak pergi time nak makan aje.. Pergi lah ringan-ringankan tulang jugak kan.. Tak dapat tolong masak pown tolong hidang pown dah kira ok... Meluncur dengan lajunya kereta aku semalam risaunya tak sempat nak menolong.. Kang tak pasal-pasal tebal muka 2 depa bila semua dah terhidang tunggu ngap aje.. kehkeh..

Alhamdulillah sampai umah member aku tu, semua tak terhidang lagik.. Aku pown dengan cekapnya buat aksi menghidang juadah berbuka puasa dengan jayanye.. Wahhh ayat cam susah sangat aje kerja-kerja menghidang tu ye dak..Poyo aje lebih Lea Azleeya ni kan.. Haha..

Dah siap berbuka apa semua.. Sekali lagik la kene ringan-ringankan tulang belulang aku yang kurang eksesais ni untuk kemas-kemas meja makan dan membasuh segala ape yang perlu dibasuh.. Jangan tahu makannnn aje bak kata orang-orang  tua.. haha.. Memandangkan perut dah kenyang, servis terbaiikkk aku kasi.. Bersih segala bende dalam sinki aku cuci.. hiks..

Dah siap segalanya, relax-relax jap then terus beransur pulang ke rumah sendirik... Bila dah sampai rumah baru terasa keletihan yang amat... Badan rasa sangat-sangat letih semalam... Sakit-sakit segala sendi mendi yang ada.. huh.. 




Bila letih yang 'terlampau' melanda diri, dah mulalah kemarahan nak bermaharajalela dengan sewenang-wenangnya... Haaa ni baru masuk bab kemarahan tu.. Panjang betul mukadimah letih tu yerk.. haha.. Semalam terlalu letih agaknya, tu sebab aku asyik rasa nak marah.. Sampaikan anak aku pown kene marah.. Aduii sian pulak bila ingat balik.. Hehe.. Tapi tak de la marah teruk.. Marah-marah manja kata orang... Sian si kecik tu jadi mangsa.. Tapi pastu aku pujuk balik dia.. Pujuk bila aku rasa diri aku agak meroyan marahkan si kecik yang tataw ape-ape tu.. Seb baik en. somi pergi terawih.. Kalau tak mesti dia jadik mangsa aku.. wahaha..!!

Pasni aku kene lebih belajar untuk kawal kemarahan yang agak sia-sia macam semalam tu... Kemarahan ni sebenarnya bahaya jugak kan kalau dah tak terkawal.. Macam-macam boleh jadik.. Seb baik kemarahan aku semalam hanyalah seperti melukut di tepian gantang aje.. Ada kaitan ke?? koh-koh..



Untuk tidak terus rasa letih dan rasa marah, aku buat keputusan untuk tidur awal... Baju tak sempat gosok.. Beg anak aku tak berkemas... Semua aku ignorekan aje.. Pas tidurkan si kecik, aku pown ape agik... Membuta jugak laaa... Takan nak tengok saje si kecik tido dengan lenanya tak?? hoho.. Itu aje ubat keletihan dan kemarahan bila time nak menunaikan kewajiban kepadaNYA tak boleh.. Tetttt... 

Sebelum aku merapu lebih panjang.......  lebih baik.............................. K.bai...!!


Read More

DJ, Mana Lagu Rayanyeee...??

Tuesday, June 14, 2016

4 comments

Assalamualaikum wbt...




DJ, Mana Lagu Rayanyeee...??  |  Haha awalnya request lagu raya.. Tapi terasa nak dengar lagu raya dah la.. Walapown kita baru berpuasa 9 hari... Dengar cd tak rasa feel.. Dengar radio baru feel.. haha.. So, nak mintak lagu ni dengan DJ-DJ radio ni...  Nak jerit kuat-kuat....!! satu... dua... tigaa.......

DJ, nak lagu rayeeeeeeee...!!

Haha.. gile aku rini.. Dok kecoh-kecoh nak dengoo lagu raya dalam opiz.. Sampaikan kengkawan opiz yang depan, tepi, belakang.. eh eh belakang tak de...Belakang ada dinding aje... hehe.. Dorang tolong pasangkan untuk aku lagu raya.. haha.. Meroyan tol laa..



Read More

Bonus Raya Bakal Menjadi Roadtax Kereta

3 comments

Assalamualaikum wbt


Bonus Raya Bakal Menjadi Roadtax Kereta  |  Korang-korang yang dah terima bonus raya baru-baru ni, dah plan ke nak buat apa dengan duit bonus tu.. Atau dah habis buat shopping raya.. hehe.. Macam aku lak, memang tak dapat le nak bershopping raya mana.. Duit bonus raya aku tu akan bakal menjadi rdtax kereta ye.. huhu.. Nasib lee nak buat camne rdtax kereta expired bulan raya... 

Kebiasaannya memang aku pergi sendiri buat rdtax kereta aku.. Tak pakai runner.. hehe.. Pergi syarikat insurans beli insurans pastu pergi JPJ buat rdtax.. Settle.. Setiap tahun pown camtu la aku..



Tadi siap-siap aku call syarikat insurans untuk confirmkan jumlah yang perlu aku bayar.. Oh untuk kereta aku tu aku pakai Etiqa Insurans..  Untuk tahun ni aku kene bayar insurans sebanyak RM 379.55 cover untuk RM 22K.. Hadoiii.. Itu belum Rdtax lagik ye.. haha.. Masakk mak nakkkk...!!

Untuk rdtax kereta lak memang aku biasa hidupkan untuk setahun terus... Sejak d0lu-d0lu lagik cenggitu  la gayanyee.. Seperti biasa, setiap tahun pasti aku lupa berapa harga rdtax untuk setahun.. haha.. Siapa lagik yang aku carik kat opiz ni kalau bukan kawan depan aku ni.. Haha.. Dia cakap rdtax Myvi 1.3 untuk setahun adalah sebanyak RM 70... hoho... Dah bertanda-tanda $$$$$ dekat mata aku.. haha..

Bila dah ditolak ditambah dibahagi didarab.. Total semuanya adalah RM 449.55... Hoh.. alamak RM 450 duit bonus raya aku akan pergi meninggalkan aku nanti.. Huwaaa.. Tinggallah RM 50 lagik untuk aku dan masa depan.. uhuk.. uhuk.. Seb laa masih berbaki ye dakk..?? Alhamdulillah...

Nak dijadikan cerita time mai kije pagi tadi.. Hoh kereta aku otw nak buat hal tadi kauu...!! Tersengguk-sengguk.. Terbatuk-batuk.. Hoh terus cuak aku.. Adakah duit lagik kali ni.. Huwaaa... tolong la mak nakkk....!!! Mak dah tak sanggup nak hadapppp ohhhh!!!




Dah ada bunyik cam shot karen aje la wehh.. ( eh betul ke aku eja tu.. hentam aje la labu..) Risau toksah cakap leee time tu.. Dah terbayang pulak time tu berita-berita dekat tv pasal kete terbako.. hoho.. Mintak dijauhkan la ohh tragedi seperti itu.... Tapi aku rasakan, plug kowt ada yang dah kiokk tu.. Dah lama tak bertuko.. huhu.. Tak pe la.. Nanti kasi check lebih detail.. Itu lah nyawa itu lah jantung aku oh... Tiada dia maka 'patahlah' kakiku ini.. ahakz..

Oke la.. Malas nak cite banyak-banyak kang jemu lak korang baca story aku yang entah pape ni.. haha... 

kbai nak td0....


Read More

Jangan Sisihkan Orang Yang Nak Berubah

Monday, June 13, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Pica from Tarbiah Sentap


Jangan Sisihkan Orang Yang Nak Berubah |  Semalam aku dok baca buku Tarbiah Sentap 3... Pagi ni rasa terpanggil untuk aku share kat sini satu artikel dalam buku tersebut yang aku sendiri rasa menarik dan terbaik... Semalam aku dah share artikel ni kat facebook aku sebenarnya.. Hari ni nak share kat sini lak.. Jom baca...

JANGAN SISIHKAN ORANG YANG NAK BERUBAH

Bila orang nak berubah, mengapa perlu kau pandang rendah, UNGKIT KISAH SILAMNYA dan patahkan semangat serta pertikaikan niat baiknya?

Mengapa perlu begitu??

Umar Al-Khattab yang pernah berniat nak bunuh nabi, bila dia masuk islam, nabi sambut dengan kegembiraan!!

Khalid Al-Walid yang telah menjadi dalang utntuk kemenangan kafir quraisyh ke atas umat islam tika perang uhud, bila dia masuk islam, nabi dan sahabat sambut dengan kegembiraan!!

Amru Al-Asr, yg menjadi wakil kaum musyrikin untuk menghalang umat islam tika mereka berhijrah ke habsyah, bila dia masuk islam, nabi dan sahabat sambut dengan kegembiraan!!

Persoalannya :-

"Mengapa perlu kau sisihkan dan pulau mereka-mereka yang mahu berubah??"

Adakah dikau DENGKI?
Adakah dikau BENCI perubahannya?

Atau....

Adakah dikau bencikan kebaikan, dan dikau membenci orang yang ingin melakukan kebaikan?

Muhasabahlah bersama wahai temanku..

Berilah harapan dan bimbinglah mereka-mereka yg MAHU berubah..


sumber : Team Tarbiah Sentap
#tarbiahsentap3


Read More