giveaway
Showing posts with label giveaway. Show all posts

Birthday Giveaway By Yayaazura.com

Sunday, February 17, 2019

5 comments
Birthday Giveaway By Yayaazura.com  |  Lama weh tak join giveaway.. Rasa cam buat comeback jerk ni... Hari bizi sedunia dah tamat.. Lepas ni tak tahu la kot terbizi balik.. Misi utama buat masa ni nak siapkan banyak entry.. Moga diberi kekuatan dan kerajinan yang maha dasyat.. Kehkehkeh!! Orite, now aku nak join giveaway anjuran Blogger Yaya Azura.. Bila tengok hadiahnya, ofkos kena join sebabnya aku ni memang pantang kalau tengok buku.. Tak kire la buku ape pun.. Asalkan ia bergelar 'buku'.. Hikss..


Nak join boleh klik banner kat atas ni ye.. 

Ok, memandangkan giveaway ni sempena besday Yaya, aku nak kasilah ucapan sikit buat besday girl.. 
Kepada Yaya, Happy Birthday.. Semoga Yaya diberi kebahagian yang berpanjangan, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia serta diberi kekuatan untuk terus menempuh dugaan hidup.. Selamat maju jaya juga dalam dunia blogging.. Insyaallah.. Amiin YRA..

Korang-korang yang mane free tu, moh la join reramai giveaway ni.. Hadiah pun menarik.. Pakat support ye... Giveaway tamat akhir bulan ni..


Tarikh Akhir
28 Februari 2019


Read More

Giveaway Let's Beauty By Apekinah.com

Friday, January 4, 2019

9 comments
Giveaway Let's Beauty By Apekinah.com  |  Holaa!! Salam Jumaat buat semua.. Ada yang tak pergi solat Jumaat ke tu? Tamo mengelat ye kaum adam sekalian.. Hehe.. Orite, dah alang-alang ada masa terluang ni, teringin pulak nak join giveaway anjuran Blogger Kinah ni.. Hadiah yang disediakan macam memanggil-manggil minta join giveaway ni.. Hehe.. Papepun kita up banner comel ni dulu..


Sape-sape yang rasa nak join boleh terus klik banner kat atas ni ye.. Syarat tak susah mane, jadi rugi sangat kalau tak join... Manalah tahu kot-kot ada rezeki untuk menang beauty box dari kinah.. Apa-apa pun, aku ucapkan gut luck kepada semua yang join.. Korang yang mana belum join tu, moh leee join reramai kasi meriah giveaway ni..


Tarikh Akhir
31 Januari 2019


Read More

PLANNERHUT | Planner 2019 Hadiah Giveaway Dari Lullabyssz

Wednesday, January 2, 2019

10 comments
PLANNERHUT | Planner 2019 Hadiah Giveaway Dari Lullabyssz  |  Selamat tinggal 2018 dan selamat datang 2019... Selamat tahun baru buat semua readersssss Blog Lea Azleeya.. Apa azam baru korang tahun ni? Aku macam biasalah tak berazam pun sebabnya bila ada azam, belum tentu lagi tercapai.. Bila tak de azam, banyak bende boleh aku capai.. Hehe.. Macam orang tak de matlamat hidup aje bunyiknye kan.. Haha!! Walaupun tak de azam, tetapi aku harus ada plan untuk perjalanan hidup aku ni.. Jadi, aku memerlukan Planner 2019.. Alhamdulillah tahun ni aku tak perlu bersusah payah nak keluar duit beli planner baru sebabnya tuhan beri rezeki pada aku untuk menang sebuah Planner 2019 hasil dari aku join giveaway anjuran Blogger Lullabyssz...

PLANNERHUT | Planner 2019 Hadiah Giveaway Dari Lullabyssz

Hadiah ni sebenarnya dah lama sampai.. Cuma aku belum berkesempatan untuk update di blog.. Now aku curi masa sikit untuk 'menunjuk' kat korang planner baru aku ni.. Hiks.. Riak lagik takbur kan.. Haha.. 

Eceli planner ni dari PLANNERHUT sebuah shop menjual planner yang cantik dimana aku sendiri admire dengan planner yang dijualnya.. Serius memang cantik planner yang dorang jual.. Tak sangka tahun ni aku tak perlu keluarkan duit untuk membelinya.. Thankz to Messarah kerana memilih diri ini untuk memenangi hadiah yang best ni.. Hiks..

Mesti korang nak tengok kan kecantikan paras rupa dalaman planner ni kan.. Meh la aku 'menunjuk' kat korang.. Sekali lagi riak dan takbur.. Sekian.. Haha..

Page 1 - Boleh tarok detail peribadi kita ye.. Kot la tercicir, leh la orang yang terjumpa tu anto balik kat kite.. Tu pun kalau orang yang jumpa tu jenis yang bertanggungjawab.. hehe..

Ada jugak page untuk korang catat goals korang.. Checklist ibadat... Siap ada graf lagik tu.. Mudah nak tengok balikkan apa yang kita dah buat... Tahap kita dimana.. Reward pun boleh catat jugak.. Kot la tahun ni nak reward diri beli jet peribadi ke.. Ngeeee...

Ini yang bagus ni.. Setiap tahun berazam nak khatam al-quran.. Satu perkara yang baik.. Haa tak payah nak pening kepala baca sampai surah mana.. Boleh terus tick kat sini kalau dah selesai baca setiap surah.. Gile mudah wehh!!

Yang ni part aku paling suka tetapi tak pernah berjaya.. Haha.. Mula-mula cantik jerk saving, bila time tak de duit aku dah tak tahan kene goda dengan duit simpanan aku tu.. Kikiki.. Haaa ada jugak bahagian bills checklist.. 

Ada yang tengah nak kuruskan badan? Leh la catat kat bahagian Fitness Checklist ni.. Aku pun kene catat jugak nampak gayanye.. Berat badan tak menentu sekarang ni.. Huhu.. 

Monthly planner

Weekly Planner

Ini untuk bulan Ramadhan planner.. Ada part menu dan aktiviti.. Bolehlah catat nak masak ape untuk sahut dan buka puasa.. Plan awal-awal.. Baru tak buntu nak masak ape kan.. Untuk kitela kaum hawa.. cewahh..

Nak tengok kalender penuh pun ada ni ha..

Ini part last sekali dimana bahagian yang boleh korang tulis karangan hidup.. Hehe.. Ada bahagian bergaris dan juga kosong.. 

Orite, semua dah aku 'menunjuk' kat korang.. Mungkin ada yang masih belum beli planner untuk tahun ni dan ada plan untuk membelinya.. Jadi, bolehlah korang cuba dapatkan planner dari Plannerhut ni.. Memang cantik dan lengkap untuk checklist kehidupan kite seharian.. Paling best, this is islamic planner.. Yeahh iloike!!

Akhir sekali sebelum aku blah dari entry ni, aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat Messarah sebab hadiahkan planner yang cantik ni.. Moga Messarah dilimpahi rezeki yang halal dan menjalani kehidupan di tahun baru ini dengan lebih baik dari sebelumnya.. Amiin YRA.. 

Yang mana belum mengenali Messarah, boleh terjah blog beliau di https://messarah.blogspot.com/...


Read More

10 Barang Yang Ingin Aku Beli Di Althea

Saturday, December 15, 2018

11 comments
10 Barang Yang Ingin Aku Beli Di Althea  |  Aku ni bukanlah seorang kaki shopping.. Tetapi bila sekali terjebak dalam kancah 'shopping' maka susah nak berhenti... Haha!! Now, aku giat bukak tutup - bukak tutup laman web Althea sebabnya banyak barang make-up dan skincare aku yang dah nak habis.. Jadinya, bila dah terjah laman web Althea maka penuhlah wishlist aku.. Ahakz.. 


Eh, sekejap! Korang tau tak apa itu Althea? Haa kalau ada yang masih tak tahu, Althea adalah sebuah laman web yang menjual barang atau produk kecantikan secara online yang datangnya nunnnn dari Korea... Biasanya kalau yang gile dengan K-Beauty pasti dah sinonem dengan Althea ni kan termasuklah aku.. Ahakz.. Sejak terjebak dengan K-Beauty ni memang Althea lah tempat aku shopping.. Tak nak membebel terlalu banyak, jom tengok wishlist aku, 10 barang yang ingin aku beli di Althea..


1. APRILSKIN Magic Snow Cushion


Orite, ini adalah barang pertama yang aku ingin beli di Althea, APRILSKIN Magic Snow Cushion.. Seriously, aku memang suka BB Cushion ni sebabnya aku dah pernah guna dulu.. Now, aku teringin nak guna balik sebabnya BB Cushion ni dapat cover semua cela di muka kita dengan mudah dan menampilkan wajah yang sempurna dan flawless.. I loikeee!! Almaklumlah muka aku ni bukannya 'suci' sangat.. Haha.. Ada la jugak parut jerawat dan kengkadang jerawat pun ada.. Jadi, dengan menggunakan APRILSKIN Magic Snow Cushion ni, dapatlah aku tutup segala cela kat muka aku ni.. Nama lagik magic cushion kan... Hehe..

Harganya tak mahal dan tak murah, sedang-sedang bak kata orang.. Berpadanan dengan hasilnya yang sangat superb iaitu RM82.00 sahaja.. Kalau ada yang nak beli dan cuba jugak, bolehlah klik link ni ye → https://my.althea.kr/magic-snow-cushion-2-0-2016-new


2. Elizavecca Skin Liar Primer


Ini produk wajib ada dalam beg aku.. Baru ni aku dah kehabisan si Elizavecca Skin Liar Primer ni.. Rasa macam tak sempurna jerk make up aku.. Hehe.. Paling terok, Skin Liar Primer ni selalu aje 'sold out' bila aku nak beli.. Nampak sangat produk ni bagus dan laku keras dekat Althea tu.. Harganya pun murah weh! 

Aku sebelum make up memang akan guna Skin Liar Primer ni supaya make up aku tahan lama dan mendapatkan matte finishing.. Muka pun nampak lebih flawless sepas make up.. Sangat membantu uolls... Paling best, make up memang tak akan bercapuk sama sekali.. Aku sangat recommend korang untuk guna Skin Liar Primer ni sebelum make up.. Gerenti korang puashati dengan hasilnya.. Harganya sangat murah iaitu RM23.00 sahaja.. Boleh beli di link ini → https://my.althea.kr/skin-liar-primer


3. MISSHA 4D Mascara


MISSHA 4D Mascara ni juga wajib ada dalam beg make up aku.. Aku tak percaya pada mascara lain selain mascara jenama MISSHA ni.. Ciri-ciri mascara yang aku suka haruslah tidak berketul-ketul dan mudah digunakan.. Ciri-ciri ni ada pada MISSHA 4D Mascara ni.. Serius aku suka mascara ni dan tak mungkin akan cari yang lain.. Ahakz.. Sekali beli mesti aku akan beli 2 pcs supaya aku tak putus bekalan.. Memandangkan kedua-duanya aku dah guna dan bakal habis tak lama lagi, MISSHA 4D Mascara ni wajib berada dalam wishlist aku.. Harga memang murah iaitu cuma RM16.00 sahaja.. Boleh terjah link ini → https://my.althea.kr/the-style-4d-mascara


4. RiRe Bubble Bubble Lip Mask


Bibir ni dah lama tak dirawat dan dibelai.. hehe.. Ada masa sampai kering bibir aku ni menggelupas dan paling teruk sampai pecah.. Sakit woiii... Ini gara-gara kurang air dan juga pemakaian lipstik yang terlalu kerap dan tak sesuai dengan bibir aku.. Jadi, terfikir jugak aku nak cari lips mask.. Sebelum ni bukan tak pernah guna lips mask, pernah aje.. Cumanya kali ni nak cuba pula yang jenis bubble bubble ni.. Baca feedback dari mereka yang dah guna, memang best... Jadi, aku pun nak jugak cuba kan.. Hehe..

Katanya RiRi Bubble Bubble Lip Mask ni dapat membuang sel kulit mati pada bibir dan memberikan kelembapan serta dapat melembutkan bibir... Haha, itu yang aku carik! Haha... Lagi pun, Bubble Lip Mask ni mengandungi ekstrak lemon dan kaya dengan vitamin c baik untuk kulit bibir.. Harga lip mask ni hanyalah RM29.00 sahaja.. Jom check kat sini → https://my.althea.kr/bubble-bubble-lip-mask


5. Laneige Essential Power Skin Refiner Moisture

Yeahh muka aku perlukan toner diketika ini.. Sebelum ni aku memang tak pernah guna lagi toner dari jenama Laneige ni.. Memang aku tahu dan sedia maklum yang jenama ni sangat terkenal dan mempunyai pengguna setia yang ramai.. Produknya juga adalah yang terbaik di pasaran.. Aku jerk lambat untuk mencubanya..

Jadi, kali ni aku tak nak ketinggalan lagi dan ingin mencuba sendiri kehebatan produk Laneige ni.. Lagi pun aku lihat ramai rakan-rakan aku yang dah mencubanya dan hasilnya sangat bagus.. Kulit aku memang jenis kombinasi.. Adakala kering dan ada kala ia berminyak.. Huhu.. Laneige Essential Power Skin Refiner Moisture ini menjadi pilihan aku sebabnya ia dapat membantu memberikan kelembapan pada kulit wajah dan menyeimbangkan minyak juga.. Hydro-Ion Mineral Water yang terkandung dalam essential ni mampu mempercepatkan kelembapan pada kulit.. Memang terbaik weh! Harganya cuma RM85.00.. Boleh tengok sini ye → https://my.althea.kr/power-essential-skin-refiner-moisture


6. Laneige Two Tone Lip Bar



Laneige Two Tone Lip Bar ni memang dah lama aku nak beli.. Tapinye, kena fikir banyak kali sebabnya aku tak pernah lagi beli lipstik berharga RM72.00 sebatang.. Haha.. Namun, hati aku ni rasa tak puas selagi tak beli.. Apa salahnya sekali sekala reward untuk diri sebatang lisptik yang mahalkan.. Lagi pun jenama Laneige ni sangatlah terkenal dan produknya juga berkualiti.. Jadi, dengan harga tu rasanya berbaloi-baloi untuk aku beli dan cuba.. Selain itu, warna yang ditawarkan sangat cantik oiii!!.. Sekarang ni memang aku suka sangat mengenakan lipstik two tone ni.. Nampak lebih menarik dan meyakinkan... 

Lipstik ni ada 10 shades.. Warna gabungannya cerah dan gelap.. Biasanya aku akan pakai warna gelap di bahagian dalam.. Nice weh!! Tak caya cuba la.. Haha.. Meh pakat beli kat sini → https://my.althea.kr/two-tone-lip-bar


7. Milky Dress Barbie Make Blurer Pop Cheek


Sekarang ni aku agak rajin sikit bermake up.. Blusher pun menjadi penting bagi aku sekarang.. Kalau sebelum ni aku gunakan Onsaemeein Velvet Moist Lip Tint sebagai blusher. Kali ni aku nak bertukar kepada Milky Dress Barbie Make Blurer Pop Cheek pula disebabkan Onsaemeein Lip Tint tu selalu sangat 'sold out'.. Memang sangat susah nak dapatkan stok.. 

Warna blusher Milky Dress ni cantik juga.. Bolehlah tukar angin pula kan.. Rasa macam nak rembat ketiga-tiga warna sebabnya sangat cantik.. hehe.. Harganya RM26.00 sahaja hokeh! Meh tengok sini → https://my.althea.kr/barbie-make-blurer-pop-cheek-6g


8. The Face Shop Designing Eyebrow Pencil


Yeah, aku pengguna setia eyebrow jenama The Face Shop ni.. Barang yang wajib ada bila aku make up.. Tak de ni, memang tak lengkap la make up aku.. Ahakz.. Ada banyak pilihan warna.. Biasanya aku guna dark brown.. Memandangkan eyebrow aku dah nak habis, haruslah aku masukkan dalam wishlish aku supaya aku tak putus bekalan eyebrow ni.. Haha!! Macam tu sekali ye.. Hiks..

Harganya sangat sangat sangat sangat murah.. Hanya RM11.00 sahaja.. Senang digunakan dan warnanya pun cantik sangat.. Nak selongkar, sila klik link ni ye → https://my.althea.kr/designing-eyebrow-pencil-0-3g


9. Althea Contour Cleanser


Pencuci muka pasti tak boleh tinggal.. Mesti kena ada dalam wishlist.. Pencuci muka pilihan aku haruslah dari keluaran Althea sendiri iaitu Contour Cleanser.. Serius, aku memang suka dengan pencuci muka ni.. Sangat sesuai untuk muka aku.. Dah banyak tiub jugak aku guna.. Sebelum kehabisan, aku kenalah buat stok.. Tak de la nanti dah habis baru kelam kabut nak beli.. Hehe..

Aku suka sangat pencuci muka ni sebabnya ia dapat membersihkan kulit dengan sempurna.. Make up habis tanggal.. Tak payah nak guna make up remove bagai.. Cukup dengan pencuci muka ni aje.. Selain itu, ia dapat membentuk wajah kita sekiranya guna dalam jangka masa yang berterusan.. V-shaped uollsss... Tak nak ke.. Hakak haruslah nak.. Ahakz!!

Harga murah aje.. Harga mampu milik iaitu RM23.00 untuk 150G... Murah weh!.. Lama jugak penggunaannya.. Jimat sangat.. Nak beli, boleh klik link ni → https://my.althea.kr/contour-cleanser


10. Pobling Pore Sonic Cleanser (White)


Barang terakhir yang ingin aku beli di Althea adalah Pobling Pore Sonic Cleanser.. Selalunya cuci muka dengan tangan jerk.. Nak la jugak try cuci muka menggunakan Pobling Pore Sonic Cleanser ni kan.. Ramai yang telah guna benda alah ni dan berpendapat ia sangat berkesan untuk memcuci muka dengan lebih sempurna.. Hah gitu!

Muka lebih bersih dari biasa uolls kalau guna Sonic Cleanser ni.. Dorang la kata.. Aku belum cuba lagi.. Pobling ni hebat tau sebab mempunyai kuasa 10,000 sonic/minit... Tu dia.. Memang muka akan terasa bersih la lepas guna Pobling ni.. Nak-nak lagi liang pori.. Memang bersih se bersihnya.. Bila baca feedback orang yang dah guna, aku sendiri teruja untuk cuba sendiri walaupun harganya agak meninggal.. Ekeke.. 

Pobling ni bukan guna kuasa elektrik ye tetapi menggunakan bateri sahaja dan sangat lembut bila digunakan pada muka kita.. Ia sama sekali tidak akan merosakkan kulit muka ya.. Harganya agak tinggi juga iaitu RM88.00.. Harga meninggal tetapi barangnya terbaik.. Berbaloi-baloi la kan dengan harga tu.. Nak beli, sila terjah disini → https://my.althea.kr/pore-sonic-cleanser-white


Itulah 10 barang yang ingin aku beli di Althea... Andai kata tak tercapai untuk beli kesepuluh-sepuluh ni dalam satu masa, tak pe kite beli sikit-sikit.. Dapat satu dari 10 wishlist ni pun dah boleh senyum sampai ke telinga tau.. Haha.. Bagi korang yang nak dapatkan produk K-Beauty yang berkualiti dan original, bolehlah beli di laman web Althea.. Websitenya pun mesra pengguna ye.. Korang tak perlu nak pening kepala semasa checkout barang.. Pembelian di laman web Althea sangat mudah.. Bagi korang yang firstime ingin beli barang di Althea sebagai new customer, jangan lupa dapatkan 15% diskaun dengan memasukan kod : NEW-MY semasa checkout ye.. Untuk info lanjut, boleh layari https://my.althea.kr/


Read More