gift
Showing posts with label gift. Show all posts

Hadiah "Terpilih Sebagai 2 Rakan Blogger Bertuah" Dah Sampai

Wednesday, February 1, 2017

5 comments
Assalamualaikum wbt..

Hadiah "Terpilih Sebagai 2 Rakan Blogger Bertuah" Dah Sampai  |  Jeng Jeng Jeng... Haaa sepertimana yang pernah aku cerita ritu kat entry INI, aku telah dipilih sebagai 2 rakan blogger bertuah oleh Adik Rii tuan punye blog www.realsviors.blogspot.my ... Baca kat SINI ye.. Alhamdulillah, hadiah a.k.a buah tangan dari padang besar dah selamat mendarat depan rumah pada 26.01.2017 kalau tak silap aku la.. Nampak tak sekali lagi lupa tarikh.. Haha..

Beg comel dari Adik Rii

Inilah hadiah yang Adik Rii kasi tu.. Comel betul beg ni.. Bukan dalam gambar aje yang comel, tapi kat luar pown kemahinn comel agik.. Sampai sayang nak guna.. Dok simpan dalam bilik lagik.. Teragak-agak aku nak guna sebab sangat comel.. Ekekeke.. Ada pulak yang nak tu.. Hahaha.. Lagik best bila dapat pulak senaskah komik.. Huisss leh layan komik lak lepas ni.. 

Apa-apa pown thankz too Adik Rii kerana sudi pilih akak sebagai blogger bertuah tersebut.. Akak doakan semoga adik sentiasa dimurahkan rezeki oleh-NYA.. Amin.. Beg cecomel tu akak nak buat beg make up la supaya sentiasa ada bersama akak.. Hehehe.. 

Read More

Hadiah Giveaway Dari Blogger Shahida Dzulkafli

1 comment
Assalamualaikum wbt..


Hadiah Giveaway Dari Blogger Shahida Dzulkafli  |  Throwback story again...!! Haha.. Kan dah cakap, lepas ni memang akan banyaklah cerita terkebelakang yang tak berkesempatan untuk di apdet tepat pada waktunye.. Hiks.. Cerita kali ni tentang hadiah giveaway yang aku terima pada 27.01.2017 kalau tak silap aku.. Nampak tak, tarikh pown dah lupa.. Huhu..

Ritu ada join giveaway dari sahabat blogger aku ni... Tuan punya blog www.kasihkuamani.blogspot.my ... Aku panggil dia dengan panggilan manja mesra 'Sha' aje.. Hehe.. Tak sangka pulak boleh menang.. Dapat pulak planner.. Aku ni jenis gile planner sikit.. Nampak aje giveaway planner mesti teruja nak join.. Pernah satu ketika dulu time bujang-bujang dulu, habis orang aku tanye kowt-kowt ada planner yang cantik dan unik.. Tulis tak jugak.. Cuma sekarang aje planner sangat penting bagi aku.. Satu untuk perjalanan blog.. satu lagi untuk catat minit menysuarat... Kat jabatan aku sekarang ni kemain ligat lagik mesyuarat diadakan.. Kengkadang seminggu tu setiap hari ada miting.. Gile bebesss betul.. HAha..

Ehhh... Terpanjang pulak berceloteh ye.. Haa kalau nak tengok senarai pemenang, klik SINI ye.. Nama aku pown ada jugak tersenarai.. Tu sebab boleh dapat planner cantik ni.. Merah menyala lagik tu..

Apa-apa pown aku ucapkan terima kasih pada Sha sebab anjurkan giveaway yang 'ohsem' tu dan sudi pilih lea sebagai 'naib johan' dalam giveaway tu.. Ekeke.. Naib Johan tu.. Haha.. Dah nama diumumkan di tempat kedua, tak ke naib johan namanye tu.. Hiks.. Moga Sha dimurahkan rezeki olehNYA... Amin.. :)


Read More

Terpilih Sebagai '2 Rakan Blogger Bertuah'

Friday, January 6, 2017

13 comments
Assalamualaikum wbt


Terpilih Sebagai Rakan Blogger Bertuah  |  Di awal tahun 2017 membawa senyuman kepada aku.. Nak tahu kenapa?? Semuanya kerana blog... Pertama, pageviews Blog Lea Azleeya dah mencecah ke angka 500K++... Kedua, follower dah semakin ramai dengan jumlah 500++ orang pengikut.. Alhamdulillah.. Aku bersyukur sangat.. Mungkin tak se-gah rakan-rakan blogger yang lain, tetapi bagi aku sendiri ini adalah satu pencapaian yang amat mengembirakan aku yang dah berblogging selama lebih kurang 2 tahun setengah... 

Di awal tahun ini juga, aku mahukan sesuatu yang berbeza pada blog aku.. Jadi, aku berjaya menukar template blog aku ni yang pada awal penukaran terdapat beberapa masalah yang dihadapi sehingga aku menjadi putus asa... Tapi alhamdulillah, dengan bantuan beberapa rakan blogger, masalah blog aku selesai dengan jayanya.. Thankz pada yang membantu itu yek.. Korang terlalu ohsemnesss bagi aku.. hiks..

Dan untuk senyuman yang seterusnya, aku dikejutkan dengan satu text whatapps dari rakan blogger aku iaitu Adik Mai Missobsesi yang menyatakan aku dipilih sebagai salah seorang blogger bertuah.. Terkejut mengkarung aku sekejap.. Huhuhu


Mulanya, aku tertanya-tanye sendiri, aku menang giveaway ke?? Sebab aku sendiri tak sempat nak check giveaway atau segmen yang aku join sama ada dah diumumkan pemenang atau tak.. Hehe.. Untuk tahu lebih lanjut, aku pown skodeng la link yang Adik Mai kasi tu..

Ohhh, rupanya bukan menang segmen atau giveaway.. Aku dipiih sebagai blogger bertuah yang akan menerima satu hadiah yang berupa buah tangan daripada Padang Besar oleh Adik Rii, blogger dari blog RealSviors dan juga bertuah bersama-sama aku adalah Adik Mai MissObsesi itu sendiri...

Ada msg dari Adik Rii juga di Chatbox aku..

Allahuakbar, rezeki yang tak disangka-sangka datang berkunjung.... Luas betul rezeki tuhan tu kan.. TQ Allah.. TQ adik Rii kerana sentiasa mengingati diri ini walaupun dikejauhan, sudi pulak memberikan buah tangan dari Padang Besar untuk akak.. Adehh.. Rasa cam nak nangis jerk dek kerana terharu 200%... Sob.. Sob.. SOb..


Posmen, tolong anto surat ni pada Adik Rii ye.. hehe


Buat Adik Rii..

Thankz a lot cz sentiasa ingat pada akak.. Tak kiralah bagaimana pemilihan adik dalam pemberian hadiah tersebut tetapi akak tetap anggap yang adik sentiasa mengingati akak.. Hehe.. Boleh cenggitu??

Akak doakan adik sentiasa dirahmati olehNYA, berada dibawah lindunganNYA, diberi kebahagiaan di dunia dan diakhirat dan sentiasa dilimpahi rezeki yang halal olehNYA

Rajin-rajin ye apdet blog, nanti akak p lepak kat sana.. Kat mana?? Kat http://www.realsviors.blogspot.my/ la.. Kat mana lagik kan..

Moga adik Rii terus berjaya dalam dunia blogging..
Majulah sukan untuk negara.. Ekekeke!!

p/s : Akak dah join tau giveaway yang adik buat tu..
 2017 First Giveaway By SFRNFZL
(Dah korang-korang yang tengah baca tu, tak kan baca saje, mai le join sekali.. Hehe)

Sekian, terima kasih.

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas..

Dari kakakmu,


Nak tahu buah tangan ape yang aku dapat?? Beg Chomel dari Padang BesaQ cam gambo kat bawah ni.. Aduhai, chomel jerk.. Buleh boh make up ni nanti.. Senang travel...Memang terbaik.... Thankz Dik Rii.. ^-^


Read More

Mask Dari Blogger Mellya

Wednesday, November 16, 2016

18 comments
Assalamualaikum wbt..

Mask Dari Blogger Mellya |  Aku dapat Mask 2 keping daripada Blogger Mellya a.k.a Fhatin Amelia ... Mask ni hadiah aku menang 3Days Header Giveaway by Mellya.. Aku dah pernah apdet tentang kemenangan aku ni kat SINI... So, inilah hadiah yang aku menangi itew...!!



Inilah rupa mask tersebut.. Packaging dia cantik sangat.. Rasa sayang nak guna.. Haha.. Satu jenis butter dan satu lagik jenis rose... Aku belum berkesempatan nak guna lagik.. Nanti ada masa terluang baru guna.. Tak sabari sebenarnya nak bermask-mask  ni.. Haha..

Wokeh la.. Pape pown aku nak ucapkan terima kasih bebanyak pada Blogger Fhatin diatas pemilihan pemenang ini.. Cewahh.. Moga adik Fhatin yang chomel ni dilimpahkan rezeki yang halal olehNYA... Aminn..

MOh kite terjah blog Fhatin Amelia ni.. 

BLOG MELLYA CRAYOLA

Read More