gift
Showing posts with label gift. Show all posts

Hadiah Istimewa : Gelang Tangan Silver Habib

Monday, September 8, 2025

No comments
Hadiah Istimewa : Gelang Tangan Silver Habib | Assalamualaikum.. Hi korang.. Sihat ke tu? Aku doakan korang semua diberi kesihatan yang baik.. Aamiin YRA.. Ok, Kali ni aku nak cite sal aku dapat adiah.. Hehe.. Saje la nak simpan kenangan tu kat sini.. Ceritanya, minggu lepas, aku ada menerima satu hadiah yang betul-betul buat hati aku tersentuh… iaitu gelang tangan silver Habib. Inilah dia hadiahnya guys.. Hadiah ni dari seorang kenalan lama aku.. Ingatkan dah terputus hubungan dah.. Rupanya dia muncul balik pulak.. Hiks..


Mula-mula bukak parcel tu, perhhhh cantik gile packagingnya.. Serius, hadiah ni memang datang dalam packaging eksklusif, lengkap dengan kotak dan beg Habib berwarna merah jambu yang sangat elegan. 

Masa buka kotak tu, aku terus jatuh hati dengan rekaan gelang yang simple tapi classy, siap ada charm berbentuk hati. Perasaan masa terima memang sukar digambarkan—ada rasa gembira, terharu dan penuh syukur. 

Bagi aku, hadiah bukan sekadar barang fizikal, tapi ia melambangkan perhatian, penghargaan dan juga kasih sayang daripada si pemberi.  Setiap kali aku pandang gelang ni, sudah pastinya aku akan ingat pada orang yang menghadiahkannya. Bukan sebab nilainya, tapi kerana ia lahir daripada niat ikhlas untuk buat aku tersenyum. Itu yang paling aku hargai.  

Dah alang-alang aku simpan moment ni kat sini, aku nak ucapkan terima kasih buat si pemberi hadiah. Terima kasih kerana menghadiahkan bukan saja gelang yang cantik, tapi juga kenangan indah yang akan aku simpan dalam hati. 

Semoga kebaikan dan keikhlasan itu Allah gandakan kembali pada kamu.  Bagi aku, gelang silver Habib ni bukan sekadar aksesori semata. Ia akan jadi salah satu kenangan manis dalam hidup, yang akan selalu buat aku rasa dihargai dan diingati. 💕 TQ selalu..~




Read More

Baby Headband Hadiah Giveaway Sis Hawa

Monday, July 24, 2017

16 comments
Baby Headband Hadiah Giveaway Sis Hawa  |  Bulan Mei yang lalu aku ada up entry pasal aku Menang Giveaway Anjuran Sis Hawa kan.. Dannn hadiahnya dah pun aku terima beberapa hari yang lepas... Baby Headband hadiah giveaway Sisi Hawa.. Alhamdulillah.. Sebenarnya aku dapat 1 aje headband ni.. Disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan dan Sis Hawa terpaksa pos lambat hadiah aku, beliau hadiahkan lagi 2 headband buat aku.. Allahuakbar.. Tq ye Sis Hawa.. 


Sebenarnya aku pun dah lupa tentang hadiah giveaway ni.... Tetiba dapat email dari Sis Hawa mohon maaf sebab terlewat pos hadiah.. Aku pun tertanya-tanya giveaway yang mane satu ni.. Bila check balik dekat blog, oh baru tahu aku ada menang giveaway anjurannya.. Thankz too Sis Hawa atas emel tersebut..

Apa-apa pun baby headband yang aku dapat ni sangat comel.. Tapi kan, ritu scan baby aku ni LELAKI.. Hehe.. Tak dapat lee nak digunapakai pada baby baru aku nanti.. Jawabnya kene hadiahkan pada anak saudara la headband ni.. Hikhik..

Moga Sis Hawa terus dimurahkan rezeki dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.. :)


Read More

Cenderahati Dari London

Monday, July 10, 2017

7 comments
Cenderahati Dari London  |  Raya baru ni berkesempatan beraya di rumah kakak aku di Aspa Cottage pada raya pertama.. Kebiasaannya kalau keluar beraya pun mesti raya ke-2 tapi tahun ni kitorang pulun beraya ke rumah kakak sulong aku raya pertama lagik.. Sempatlah jumpa anak-anak kakak aku walaupun tak semua sekali.. Tapi bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya.. Hehe.. Yang aku nak ceritanya adalah cenderahati dari London yang aku dapat dari anak sedara aku.. Hiks.. Kite layan gambar raya dulu sekeping.. Haha!!


Syok betul makan tu mak buyong... Hehe.. Menambahkan berat badan biasalah kan...  Masa tengah merehatkan diri setelah kekenyangan yang melampau, anak saudara aku datang kat aku hulur tangan.. Ingatkan nak salam, rupanya dia hulur cenderahati yang dibelinya dari London.. Eceli, aku minta dia belikan pelekat peti untuk aku.. Buat kenang-kenangan.. Ingatkan dia tak beli dah.. Rupanya ada rezeki aku dapat pelekat peti dari London.. Yelahkan, nak pergi sana memang tak la.. So, ada yang pergi mintaklah tolong belikan... Hobi baru aku sekarang ni kan kumpul pelekat peti.. Huhuhu.. 

Cenderahati Dari London
Cenderahati Dari London

Inilah hasilnya.. Dapat 2 pelekat peti dari sana.. Alhamdulillah.. Boleh tambah koleksi pelekat peti aku.. Yeahh!! Mintak beli satu tapi dapat 2.. Memang terbaik.. Kalau ada kengkawan yang pergi melancong pastu balik buat giveaway hadiahnya pelekat peti dari sana, memang aku akan join.. Manelah tahu ada rezeki menangkan.. Dapatlah tambah koleksi pelekat peti dari negara lain pulak.. 


Antara koleksi yang ada.. Sikit aje baru sebab baru jerk berjinak-jinak mengumpulnye.. Setakat ni yang best dari korea dan london la.. Yang lain tempatan aje.. Tu pun banyak dah yang rosak kena baling dek budak kecik tu.. Ikan pun hilang muncung.. hehe.. Yang vietnam habis rosak dah si Qhaliff punya kerja.. Tinggal ajelah yang ini.. Huhu... 

Apa-apa pun, thankz to my anak sedara, Azuan coz belikan mak saudaranya ni pelekat peti dari London.. Kehkehkeh!!

A post shared by @shnrzn_ on


A post shared by @shnrzn_ on


Read More

Lipstik NOVO Hadiah Top Commentator Blog Starlavenderluna

Thursday, July 6, 2017

10 comments
Lipstik NOVO Hadiah Top Commentator Blog Starlavenderluna  |  Bila dah terlebih makan kuih raya, semua bende pun lupa.. Hehe.. Agak lambat sikit aku update tentang hadiah yang aku terima daripada Blogger Shikin ni.. Lipstik NOVO hadiah Top Commentator Blog Starlavenderluna.. Di entry terdahulu aku pernah update yang aku tersenarai sebagai Top Commentator di Blog Starlavenderluna kan.. Baca kat SINI... Dan hadiahnya sudah pun selamat aku terima sebenarnya.. Sebelum raya lagi.. Aku aje yang terlupa nak update.. Adesss!!

Lipstik NOVO Hadiah Top Commentator Blog Starlavenderluna
Lipstik NOVO Hadiah Top Commentator Blog Starlavenderluna

Inilah rupa hadiah yang aku terima.. Lipstik NOVO... Lipstik ni best tau.. Dwiwarna.. Warnanya pun cantik.. Bukan jenis matte ye.. Bila pakai, nampak lembap jerk bibir.... Paling best bila apply kat bibir kedua-dua warna, nampak kontra.. Kalau bibir korang jenis cerah, memang cantik pakai lipstik ni.. Ala-ala bibir artis korea gittewwww!! Bibir aku ni tak berapa nak cerah.. Tapi masih ok la bila dipakai..


Dwiwarna... Red + pink... Kombinasi warna yang menarik bila dipakai memang nampak cantik.. Aku biasa pakai warna pink tu belah luar bibir.. Warna merah, belah dalam.. Lipstik ni pun tahan lama.. Lepas makan pun masih bersisa warna lipstiknye... 


Yeahhh... Calit kat tangan sudah.. Kang tunjuk gambar calit kat bibir aku kang, ramai yang muntah hijau pulak.. Haha... Kire jelas la kan tu warnanya.. Pink dan merah.. Banyak lagi sebenarnya variasi warna lipstik NOVO ni.. Kebanyakan warnanya menarik.. 


Ini antara warna-warna yang ada... No.01 tu pun menarik uolls.. hiks.. Aku pernah tengok orang jual lipstik NOVO ni dalam koleksi warna nude... Cantik ohhh!!.. Hadoii... Apa-apa pun, aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada Blogger Shikin untuk hadiahnya yang terlebih ohsemnesssss ni... Alhamdulillah aku dapat warna yang aku suka.. Thankz tau Shikin...

Orite, nak promot sikit ye.. Kalau korang nak mendapatkan perkhidmatan Urut Terapi Buang Angin Bagi Wanita Muslimah bagi kawasan Salak Tinggi, Nilai, Dengkil, Putrajaya dan Cyberjaya bolehlah menghubungi Blogger Shikin ni.. Beliau ada menawarkan perkhidmatan tersebut.. Hanya untuk Wanita Muslimah aje yerk.. Lelaki tidak dibenarkan sama sekali.. Haha!! Untuk caj perkhidmatan, boleh tengok dekat bawah ni..

Caj Perkhidmatan untuk 1 Jam

Salak Tinggi
RM 35.00

Kawasan lain
Pilihan 1 - RM 35.00 (Rumah beliau)
Pilihan 2 - RM 45.00 (Rumah anda)


Untuk temujanji, sila hubungi :-

Shikin Razali
019-988 4032



Read More