BiO-LiFE Proutix Supplement Probiotik Khas Untuk Wanita | Jadi seorang wanita ni banyak cabaran dan dugaannya... Nampak mudah tapi sebenarnya tak seperti yang dilihat.. Tambahan pula bila sudah bergelar seorang isteri dan ibu ni, tanggungjawab yang digalas lebih berat dan mencabar.. Perkara paling penting yang harus aku kena jaga adalah kesihatan.. Sebab itulah aku mengamalkan supplement bagi memastikan kesihatan aku terjaga dan aku dapat menjalankan rutin harian aku dengan sempurna. Kat sini aku tak nak kongsikan semua supplement yang aku ambil tetapi aku nak share dengan korang satu supplement ni khas untuk kesihatan para wanita di luar sana.. Oh, wanita jom ambil tahu!
BiO-LiFE Proutix Supplement Probiotik Khas Untuk Wanita
Mungkin dikalangan kita pada hari ini memandang remeh tentang kesihatan dibahagian intim wanita.. Tahukah korang, amatlah penting bagi kita sebagai wanita menjaga bahagian tersebut dengan sebaiknya supaya tidak mengalami masalah yang lebih serius. Kali ni aku nak share dengan korang supplement probitik yang diformulasikan khas untuk meningkatkan kesihatan miss-v wanita..
Ada tak dikalangan korang yang mengalami kegatalan dibahagian miss-v? Kalau ada korang kena baca ni sampai habis ye.. Macam aku sendiri pernah mengalaminya terutama semasa mengandung.. Amatlah tidak selesa bila berlakunya kegatalan dibahagian tersebut.. Segala aktiviti yang dilakukan pun rasa tak kena dan tak selesa.. Apa puncanya? Ok kalau korang nak tahu, rawatan antibiotik boleh mengubah bakteria protektif (Laktobacilli) dalam vagina dan menggalakan pembiakan Candida yang berlebihan. Pengeluaran hormon estrogen dan progesterone yang tinggi semasa mengandung merendahkan tindakbalas imuniti dan seterusnya boleh meningkatkan peluang untuk mendapat jangkitan kulat pada miss-v yang menyebabkan kegatalan berlaku..
Adakah miss-v kita sihat?
Kalau korang nak tahu, dalam faraj wanita yang sihat, ia terdiri daripada keseimbangan bakteria bermanfaat yang sihat umumnya dikuasai oleh lactobacillus yang dapat membantu mengekalkan persekitaran miss-v yang sihat dan mencegah jangkitan pada miss-v kita...
BiO-LiFE Proutix Dengan Probiotik Membantu Miss-V Kekal Sihat
Proutix adalah suplemen probiotik yang dirumus khas untuk kesihatan wanita. Proutix ™ mengandungi 2 strain yang dikaji secara klinikal, Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan Lactobacillus reuteri RC-14 untuk membantu meningkatkan kesihatan wanita.
Tahukah anda? Dengan mengambil probiotik dapat membantu menghasilkan semula bakteria bermanfaat dan mengembalikan keseimbangan mikrobiota miss-v yang terganggu. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan oral Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan Lactobacillus reuteri RC-14 selama 4 minggu telah meningkatkan populasi bakteria bermanfaat secara signifikan dalam flora miss-v. Ia dapat membantu melindungi kesihatan miss-v melalui beberapa mekanisme :-
Mengekalkan keasidan miss-v pada pH 3.8 - 4.4 yang menyokong pertumbuhan bakteria bermanfaat tetapi mengurangkan pertumbuhan bakteria jahat
Membentuk penghalang semulajadi terhadap bakteria jahat di permukaan dinding faraj
Menghasilkan bahan antimikroba dan hidrogen peroksida yang membunuh bakteria jahat
Kelebihan Proutix
Disahkan HALAL
Selamat untuk penggunaan jangka panjang
Sesuai untuk wanita hamil
Strain probiotik iaitu Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan Lactobacillus reuteri RC-14 terbukti secara klinikal
Kembalikan keseimbangan mikroflora dalam sistem urogenital wanita
Mengurangkan risiko mendapat ketidakselesaan urogenital
Aku suka packagingnya yang berwarna pink.. Memang sesuai dengan temanya supplement untuk wanita.. hehe.. Kapsul Proutix ini pula berasaskan sayur-sayuran yang menggunakan pengkapsulan-micro khas untuk melindungi kultur bakteria hidup daripada asid gastrik.. Di dalam setiap kapsulnya mengandungi 2.5 bilion CFU Lactobacuillus rhamnosus GR-1 dan 2.5 bilion CFU Lactobacillus reuteri RC-14. It does not added with yeast, milk derivatives, wheat or corn starch, gluten and preservatives, artificial colours and flavours ya! Selamat untuk penggunaan jangka panjang..
Cara penggambilannya pula adalah 1 kapsul setiap hari selepas makan atau seperti yang disyorkan oleh ahli farmasi atau pakar perubatan. 1 botol terdapat 30 biji kapsul cukup untuk pengambilan sebulan..
Pengalaman Selepas Mengamalkan BiO-LiFE Proutix
Selepas mengamalkan BiO-LiFE Proutix ni, Alhamdulillah aku rasa lebih yakin dan selesa sepanjang hari.. Aktiviti yang dilakukan sepanjang hari pun lebih bermakna disamping anak-anak dan family tercinta.. Tiada lagi ketidakselesaan dalam beraktiviti bersama mereka.. Rasa lebih bebas dan sihat.. Terima Kasih BiO-LiFE kerana memahami setiap wanita.. Dengan Proutix aku rasa lebih sihat, yakin dan ceria.. Nak meluangkan masa melakukan hobi membaca buku pun rasa happy!
Best sangat ke produk PUREMae ni? Asyik produk ni je aku dok cerita kat blog aku ni! Haaaa nak tahu kenalah baca sampai habis ye.. Baru tau apa yang bestnye dengan produk keluaran PUREMae ni.. Ok, kalau sebelum ni aku perkenalkan kat korang Shampoo dan Conditioner PUREMae, kali ni aku nak gebang pulak pasal Body Wash dan Lotion PUREMae.. Haruman apa pula pilihan aku kali ni? Jom tengok!
PUREMae Aromatherapy Body Wash - Lavender & Chamomile
Untuk body wash aku pilih haruman Lavender dan Chamomile.. Aku memang cukup suka dengan bau lavender dapat menenangkan aku.. Time mandi tu rasa tenangnya guna body wash ni PUREMae ni.. Apa yang bagusnya Body Wash Lavender & Chamomile ni adalah ia diperbuat daripada 100% pure essential oils...
Apa yang patut korang tahu tentang minyak lavender adalah ia dapat membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan keradangan. Ia juga dapat mengurangkan bintik-bintik gelap pada kulit.. Bukan itu sahaja tau, tapi ia juga dapat membantu mengurangkan kegatalan dan kemerahan pada kulit.. Sekiranya korang mengalami hiperpigmentasi pada kulit, minyak lavender dapat membantu mengatasi masalah ini..
Minyak lavender juga dapat memberi manfaat kepada kulit dengan pelbagai cara sebenarnya. Ia mempunyai kemampuan untuk mengurangkan jerawat, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan kedutan. Bahkan ia juga digunakan untuk merawat masalah lain seperti dapat meningkatkan kesihatan rambut dan pencernaan..
Ok, PUREMae Aromatherapy Body Wash Lavender & Chamomile ni, selain 2 bahan utama tersebut terdapat juga bahan lain yang terkandung didalamnya seperti Aloe Vera Organik, Trehalose dan Gliserin.. Apa yang bestnya bila pakai body wash dari PUREMae ni, kulit akan jadi lembap dan lembut.. Jangan risau dengan kesan sampingannya kerana produk PUREMae ni selamat digunakan kerana diperbuat daripada bahan semulajadi..
Produk kedua aku try adalah PUREMae Aromatherapy Lotion juga haruman Lavender & Chamomile... Kenalah pakai satu set kan.. Body wash dan lotion satu aroma.. Barulah harum tu lebih lama.. Hehe.. Ok, apa yang bestnya dengan lotion ni?
Orite, kalau aku pilih lotion haruslah yang tak melekit dan berminyak-minyak.. Huh sangatlah tak selesa kalau pakai.. Lotion yang penyerapannya bagus, sangat aku suka.. Tak meninggalkan kesan melekit sama sekali.. Samalah dengan lotion PUREMae ni.. Aku suka sebab tak melekit.. Lagipun baunya pun best.. Tu lagi menambahkan kesukaan aku.. hikhik..
Tentang minyak lavender aku pun dah cerita tadi kan.. Kali ni aku cerita pulak tentang apa yang bestnya lotion ni.. Aromatherapy Lotion ni teksturnya sangat ringat dan tidak berminyak dengan krim yang lembut yang menyerap dengan cepat.. Lepas guna kulit akan lembut dan licin dengan hanya sekali apply aje.. Penghidratannya pula sehingga 72 jam tau.. Untuk nikmati bau wangiannya, korang boleh tarik nafas selama beberapa saat untuk menikmati wangian dari minyak pati semulajadi tanpa parfum tiruan..
Last product dan juga merupakan lotion kedua PUREMae pilihan aku adalah Aromatherapy Lotion Peppermint & Rosemary.. Untuk lotion ni juga menggunakan 100% pure essential oils dari peppermint dan juga rosemary.. Apa yang menariknya bila pakai lotion ni, sifat rangsangan pudina dapat melancarkan aliran darah yang menghidupkan kulit.. Mentholnya pula dapat membantu mencerahkan dan membangunkan kulit agar kelihatan segar dan terhidrat..
Lotion ini juga bertekstur ringan dan tidak berminyak.. Krimnya pun lembut dan menyerap dengan cepat.. Nampak tak, lotion dari PUREMae ni sangatlah bagus sebab cepat menyerap dan tidak meninggalkan kesan berminyak mahupun melekit.. Penghidratannya juga sehingga 72 jam guys!
Rosemary dalam lotion ni pula memberikan sifat anti-penuaan dan mencegah kerosakan kulit daripada agen persekitaran kerana mempunyai antioksidan yang tinggi.. Ia juga merangsang dan meningkatkan peredaran darah mengurangkan bengkak dengan membuang lebihan air dari kulit.. Selain peppermint dan rosemary, didalam lotion ini terkandung juga saccharide isomerate, aloe vera organik dan trehalose..
Dengan memakai lotion peppermint ni, korang akan rasa sejuk je setelah melakukan kerja, bersenam atau latihan yang memenatkan disamping memberi korang ketenangan sambil melembapkan kulit.. Wanita boleh guna, lelaki pun boleh.. Tak de masalah..!
Ok, kalau korang nak tahu lotion PUREMae ni didatangkan juga dalam miniature version. Cute miniature, mudah dibawa kemana saje.. Masukkan je dalam handbeg dan boleh digunakan dimana sahaja.. Didatangkan dalam 6 variasi aroma untuk dijadikan pilihan..
Body Wash dan Lotion PUREMae, yang mana satu pilihan korang?
Aku dah ada pilihan sendiri.. Korang camne pulak? Bagi aku produk PUREMae ni memang bagus.. Lagipun ia selamat digunakan kerana diperbuat daripada 100% pure essential oils bebas bahan kimia.. Bagus untuk kegunaan harian kerana korang dah tak perlu risau tentang bahan kimia...
Oh ya, semua produk PUREMae ni free from Silicon, SLS, Paraben, Petroleum, Petrochemical Paraffin, MCIT, MIT, EDTA, Alcohol, Mineral Oil, Synthetic fragrance dan articial colour... Jelaskan? Hehe..
Orite, untuk pembelian dan info lanjut, sila layari :-
PUREMae Aromatherapy Shampoo dan Conditioner Kurangkan Keguguran Rambut | Holaaa!! Hi guys.. Aduh sekarang ni aku semakin kesempitan masa sampaikan blog pun sedikit terabai.. Mesti korang rindu nak baca bebelan aku kan.. Baik ngaku! Haha.. Tak de la gurau je... Ok, hari ni aku nak share dengan korang syampu dan perapi rambut terbaru yang aku sedang guna sekarang ni.. Memandangkan aku mempunyai masalah rambut gugur, jadi aku perlukan syampu yang selamat digunakan tanpa bahan kimia yang boleh merawat rambut aku tanpa memburukkan lagi masalah rambut yang sedang aku hadapi sekarang ni.. Now, aku guna PUREMae Aromatherapy Shampoo dan Conditioner untuk kurangkan keguguran rambut dan kelemumur..
PUREMae Aromatherapy Shampoo dan Conditioner Kurangkan Keguguran Rambut
Semakin hari semakin serius sebenarnya masalah keguguran rambut yang aku alami ni.. Kadang tu naik risau juga sebenarnya.. Ada yang suggest makan supplement untuk kurangkan keguguran rambut.. Tapi itulah, aku ni bukan rajin sangat nak makan supplement.. Hehe.. Alternatif lain adalah aku kena cari shampoo yang diperbuat daripada bahan semulajadi tanpa bahan kimia yang selamat untuk rambut aku..
Apa punca keguguran rambut ni sebenarnya ye?
Ok kalau korang nak tahu, keguguran antara 100 hingga 150 helai rambut sehari adalah normal kerana ia adalah kitaran semulajadi tubuh kita.. Tapi, kalau gugur terlalu banyak rambut sehingga boleh tercabut sampai segenggam tu, kita kena beri perhatian akan masalah ni..
Salah satu punca keguguran rambut ni adalah tekanan emosi yang terlalu tinggi.. Stress yang melampau.. Aku sendiri pernah alami stress yang melampau satu ketika dulu.. Mungkin faktor ini juga menyumbang kepada keguguran rambut yang aku alami kini..
Bukan itu saje ye, antara lainnya adalah disebabkan kehamilan, kelahiran anak atau permulaan menopaus iaitu berlakunya perubahan hormon.. Kebiasaannya keguguran rambut yang berkaitan dengan kehamilan terjadi lebih kerap selepas bayi dilahirkan.. Tak dinafikan semasa aku mengandung dulu pun memang masalah keguguran rambut yang aku alami agak serius..
Selain itu, punca keguguran rambut yang perlu korang tahu seperti diabetes, terlalu banyak pengambilan vitamin A, kekurangan protien, keturunan, kemoterapi, penuaan, ubat-ubatan dan banyak lagi... Haaa satu lagi yang puncanya iaitu suka sangat buat fesyen rambut contohnya, warna, rebonding, curl dan banyak lagi boleh merosakkan rambut dan mengundang keguguran rambut kerana kebanyakannya rawatan rambut seperti itu menggunakan bahan kimia.. Korang ada ke buat rambut ni? Aku adalah salah seorang dari korang... Haha
Kenapa aku pilih PUREMae Aromatherapy Shampoo dan Conditioner?
Kalau ditanya kenapa aku memilih syampu dan perapi PUREMae ni ofkos la sebab nak rawat masalah keguguran rambut yang aku alami ni.. Lagi pun PUREMae diperbuat daripada bahan semulajadi 100% Pure Essential Oils.. Jadi, aku dah tak perlu risau tentang kesan sampingan produk ini..
Antara manfaat syampu dan perapi PUREMae ni adalah :-
Diperbuat daripada 100% pure essential oil tanpa perfum
Mengurangkan keguguran rambut
Mampu membersih dengan baik dan tidak membahayakan kulit kepala dan rambut
Melindungi kulit kepala daripada kelemumur dan tidak akan berbau peluh
Sering kita dengar kalau pencuci muka atau syampu yang kurang berbuih itu adalah produk yang selamat digunakan kerana kurang bahan kimia.. Samalah seperti produk keluaran PUREMae ni.. Produk semulajadi ini kuran berbuih ketika digunakan tetapi ianya mampu membersih dengan baik dan tidak sama sekali membahayakan kulit kepala atau rambut kita.. Kanak-kanak pun boleh guna tau.. Sesuai untuk semua golongan..
Ok, Pure Aromatherapy Shampoo dan Conditioner ada beberapa variasi iaitu :-
Seperti yang aku story pada awal tadi, produk PUREMae ni diperbuat daripada 100% minyak pati semulajadi.. Syampu Ylang Ylang & Grapefruit ni diperkaya dengan aroma bungaan yang sangat manis dan mewah.. Mungkin ada yang tak tahukan Ylang Ylang ni apa? Ok Ylang Ylang ni adalah sejenis bunga sebenarnya.. Aku panggil bunga kenanga aje.. Tau kan bunga kenanga.. Cam tu lah bau syampu ni.. Wangi..
Ok, syampu Ylang Ylang & Grapefruit ni alternatif rawatan semulajadi yang berkesan untuk keguguran rambut yang disebabkan tekanand an alopecia.. Syampu ni juga sesuai untuk penggunaan setiap hari.. Nak syampu hari-hari pun takde masalah.. Paling best, walaupun tak banyak buih, ia dapat membersih dan menanggalkan kotorang dengan baik tanpa mengilangkan minyak semulajadi pada rambut kita.. Penghidratan rambut pun sehingga 72 jam uolls!!
Grapfruit Peel Essential Oil - Kaya dengan antioksidan yang menyuburkan kulit kepala dan rambut menjadi lebih sihat.. Mencegah keguguran rambut dan mengurangkan keguguran rambut..
Pentavitin - Penghidratan mendalam yang bertahan sehingga 72 jam untuk rambut kita
Aloe Vera Organik - Mengandungi enzim proteolitik yang memperbaiki sel-sel kulit mati di kulit kepala. Mencegah gatal-gatal pada kulit kepala dan mengurangkan kelemumur sambil menganjalkan rambut sehingga menjadikannya licin dan berkilat.
Trehalose - Melindungi kulit kepala daripada dehidrasi dan bertindak sebagai pelembap yang berkesan
Kalau ada syampu mesti kena ada juga perapinya.. Hidup kena berpasangan gittchewwww.. Haha.. Ok, untuk perapi aku juga memilih dari variasi yang sama iaitu Conditioner Ylang Ylang & Grapefruit.. Seperti syampunya juga, ia berfungsi mencegah keguguran rambut dan sebagai ejen pelembap semulajadi untuk meransang kelenjar sebum dimana ia meningkatkan pengeluaran sebum untuk menjaga kesihatan rambut..
Setakat aku pakai ni aku sangat puashati.. Serius rambut rasa bersih sangat dan baunya pun best sangat.. Wangi je rambut bau bunga.. Cam orang tua-tua dulu kan suka letakkan bunga kenanga kat rambut.. Nak bagi rambut mereka berbau wangi.. Mak aku selalu buat.. Hehe.. Now, tak payah nak selit bunga dah kat rambut tapi terus je pakai syampu.. Rambut wangi setaman sepanjang hari.. Best gile..
Ok, untuk perapi Ylang Ylang & Grapfruit ni juga sesuai untuk penggunaan setiap hari.. Lepas syampu bolehlah pakai perapi.. Rambut pun jadi lebih lembut dan mudah diurus tak kusut lagi.. Perapi ni memberi kelembapan pada rambut dan mencegah hujung rambut pecah.. Selain itu, perapi rambut PUREMae ni juga dapat menghidrat rambut, melembutkan, dan menguatkan rambut serta melindungi rambut daripada kerosakan akibat persekitaran..
Bahan utama Conditioner Ylang Ylang & Grapefruit
Ylang Ylang Flower Essential Oil - Ejen penyaman semulajadi yang merangsang kelenjar sebum dan meningkatkan pengeluaran sebun untuk menjadikan rambut sihat dan terkondisi..
Grapefruit Peel Essential Oil - Kaya dengan antioksidan yang menjadikan rambut dan kulit kepala sihat. Mencegah keguguran rambut.
Aloe Vera Organik- Mengandungi enzim proteolitik yang memperbaiki sel-sel kulit mati di kulit kepala. Mencegah gatal-gatal pada kulit kepala dan mengurangkan kelemumur sambil menganjalkan rambut sehingga menjadikannya licin dan berkilat.\
Vitamin B5 - Asid Panthothenic meningkatkan pertumbuhan rambut pada wanita dengan jenis keguguran rambut tertentu
Vitamin E - Sifat antioksidan yang mebantu mengurangkan jumlah tekanan oksidatif dan radikal bebas yang menyebabkan sel-sel folikel rambut di kulit kepala pecah.
Mangga Butter - Melembap dan melembutkan rambut serta mengurangkan kerosakan rambut akibat faktor persekitaran..
Minyak Zaitun - Melembapkan rambut sambil mengurangkan kerengsaan kulit kepala. Sangat sesuai untuk mengurangkan kelemumur
Jojoba Oil - Pelembap yang terhebat yang menjadikan rambut tidak lagi kering, kusam dan pecah.. Ia juga menguatkan rambut dan mengurangkan keguguran rambut.
Guar Hydroxypropyltrimonium Chloride - Berasal dari sumber semulajadi, guar. Meneutralkan helaian rambut dan menjadikan rambut mudah diurus dan tidak statik serta kusut..
Polisakarida - Merawat dan memperbaiki rambut yang rosak
Harga : RM75.00
Dapatkan PUREMae Aromatherapy Shampoo dan Conditioner untuk mengurangkan rambut gugur.
Aku rasa pilihan aku kali ni tepat kerana hampir 100% fungsi syampu dan perapi rambut dari PUREMae ni adalah untuk masalah keguguran rambut.. Aku hanya perlu konsisten penggunaanya sahaja untuk mendapat kesan yang optimum.. Yelah kalau tak konsisten, korang pakailah apa pun, masalah tak akan selesai.. Lepas tu nak salahkan produk pun tak boleh sebab diri sendiri yang sambil lewa.. Betul tak? So, perlu konsisten ye uolss untuk dapatkan kesan yang baik..
Satu lagi apa yang perlu kita titikberatkan adalah tentang keselamatan penggunaan produk itu sendiri.. Aku sangat yakin dengan produk keluaran PUREMea ini kerana semua produk mereka tidak mengandungi bahan kimia keras, alkohol, parafin, petroleum, paraben, bahan kimia petrol, minyak mineral, wangian sintetik, pewarna tiruan, EDTA, SLS, silikon, MCIT, MIT dan TEA.. Bebas juga dari ramuan dan ujian haiwan.. Memang selamat digunakan oleh semua golongan dan peringkat umur..
Jadi Lebih Cantik Dengan Cosmoderm Perfect Balanced Gabungan Istimewa
Prebiotik dan Calamine
| Hi guysssss!! Kali ni kita masuk episod 'Beauty' ye.. Lama tak
berceloteh kat sini.. Ni nak kenalkan kat korang ni produk terbaru dari
Cosmoderm.. Mesti kaum hawa sangat suka, sebab packaging dia cun habis!! Aku
sendiri pun teruja uolls!! Pinkish gitchewww!! Jom korang bersama-sama aku,
jadi lebih cantik dengan Cosmoderm Perfect Balanced gabungan istimewa
Prebiotik dan Calamine..
Selalunya kita dengar prebiotik ni dikaitkan dengan susu kan.. Now, skincare
pun dah mengandungi prebiotik guys!! Apa prebiotik tu?
Ok, kalau korang nak tahu prebiotik ni merupakan makanan bagi bakteria baik
yang selalunya ada dalam makanan yang tinggi kandungan serat.. Antara fungsi
prebiotik ni adalah menghalang pembiakan bakteria yang tidak baik, membantu
sistem penghadaman dan sebagainya.. Apa kaitan dengan skincare? Haaa jangan
tak tahu ye, prebiotik juga bermanfaat untuk kecantikan kulit wajah.. Sebab
itulah, Cosmoderm memformulasikan prebiotik dalam produk mereka dimana
fungsinya dalam perawatan wajah, ia membantu mengimbangi kondisi kulit wajah
kita..
Itu prebiotik... Calamine pula apa fungsinya?
Ok, calamine pula kalau korang nak tahu terdiri daripada campuran zink oksida
dan ferik oksida atau zink karbonat.. Fungsinya adalah untuk mengurangkan
kegatalan, keradangan cahaya matahari, gigitan serangga, ruam dan banyak
lagi.. Ia juga membantu mengurangkan iritasi pada kulit dan mengeringkan ruam
yang berair..
Nampak tak, dengan gabungan prebiotik dan calamine di dalam skincare Cosmoderm
Perfect Balanced ni, menjadikan produk ini hebat lain dari yang lain...
Ok, dalam set ini terdapat empat jenis produk iaitu :-
Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser
Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion
Cosmoderm Perfect Balanced Soothing WOW Cream
Cosmoderm Perfect Balanced Sun Milk SPF25 PA++
Jom aku cerita satu persatu! Baca sampai habis tau!
Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser
Tak lengkap skincare kalau takde pencuci muka kerana pencuci muka ni adalah
yang terpenting sekali dalam rutin penjagaan wajah.. Kalau muka tak bersih,
mana maunya dapat kulit wajah yang sihat dan cantik kan.. So, first sekali aku
nak kenalkan pada korang Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser..
Foaming Cleanser merupakan langkah pertama untuk kulit yang sihat dan
menenangkan.. Apa yang bagusnya dengan pencuci muka ni, ia dapat bersihkan
pori-pori muka secara mendalam dan membersihkan juga kulit sambil melegakan
kemerahan dengan bantuan dua bahan utamanya iaitu Prebiotik dan Calamine..
Ok, untuk pencuci muka ni, prebiotiknya membantu mengimbangi mikrobioma kulit
sehingga menghidrat dan meningkatkan perlindungan permukaan kulit, memastikan
penghalang kulit tetap utuh dan sihat. Manakala calamine pula mengurangkan
kegatalan kulit dan melegakan kemerahan
Macam mana guna?
Macam biasalah.. Seperti juga pencuci muka yang lain, just apply a small
amaount and gently massage in a circular motion.. Then, rinse throughtly and
pat dry.. Mudah saja.. Pastikan muka dicuci dengan bersih ye.. Kalau cuci
sambil lewa, itu menyebabkan muka korang bermasalah.. Owh ya, Cosmoderm
Perfect Balanced Foaming Cleanser sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah
kulit sensitif.. Harganya pula adalah RM29.90 sahaja..
Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion
Ok, selepas pencuci muka kena ada toner.. Penting tau toner ni.. Kalau korang
cuci muka tak bersih, toner dapat menyelamatkan kulit korang kerana fungsinya
juga untuk menanggalkan sisa kotoran dan juga dapat melembapkan kulit
muka..
Toning Lotion ini diformulasikan dengan 20,000ppm calamine dan prebiotik untuk
menenangkan dan melegakan kemerahan sambil membangkitkan keupayaan penyerapan
kulit, sehingga meningkatkan kelembapan kulit.. Fungsi Prebiotik dalam toning
lotion ini adalah ia dapat meningkatkan pertahanan semula jadi kulit dengan
mengekalkan mikrobioma kulit yang seimbang. Manakala Calamine pula
membantu menenangkan dan menenangkan kulit kemerahan..
Cara gunanya macam toner lain juga.. Sebelum guna pastikan korang shake dulu
ye.. Kalau tak shake nanti korang tak dapat gunakannya secara maximum.. Dah
shake, bolehlah tuangkan toner ni ke tapak tangan dan terus apply dekat muka
dengan cara pat gently on your face.. Hah gitchewww!! Sekali sekala speaking
kan.. Hiks.. Untuk harganya pula adalah hanya RM45.90 sebotol..
Cosmoderm Perfect Balanced Soothing WOW Cream
Wow sangat uolls!! Apa yang wow? Ok kalau korang nak tau WOW pada nama
produk ini adalah Water-in Oil-in Water (WOW)... Hehe...
Soothing WOW Cream ni merupakan krim ringan yang diformulasikan dengan
calamine pekat dan prebiotik 30,000ppm yang menenangkan dan calm skin sambil memperbaiki penghalang.
Dengan tiga kali ganda peningkatan kelembapan, ia membantu mengembalikan
kelembapan kulit serta meringankan cela pada permukaan kulit. Fungsi Prebiotik
dalam Shoothing WOW Cream ni juga sama seperti fungsinya dalam Toning Lotion
iaitu ia dapat meningkatkan pertahanan semula jadi kulit dengan mengekalkan
mikrobioma kulit yang seimbang. Manakala Calamine pula membantu
menenangkan dan menenangkan kulit kemerahan..
Cara guna cream ini, korang boleh sapukan secara merata ke seluruh muka dan
leher. Sesuai digunakan pada waktu siang dan juga malam. Dengan Shoothing WOW
Cream ni, pastikan korang urut krim ni pada kulit dengan lembut untuk
memastikan nutrien diserap sepenuhnya ke dalam kulit, menjadikan kulit lebih
sihat.. Harga Shooting WOW Cream ini adalah RM 65.00..
Cosmoderm Perfect Balanced Sun Milk SPF25PA++
Produk yang keempat pula adalah Sun Milk SPF25PA++.. Penting tau sunblock
untuk kulit muka.. Kulit muka kita ni perlukan perlindungan.. Kalau tak
dilindungi, akan muncul pelbagai masalah nanti seperti jerawat, jeragat dan
sebagainya.. So, sila lindungi kulit muka dengan sunblock ya..
Sun Milk SPF25PA++ dari Cosmoderm ni bagus tau..ia dapat melindungi kulit
daripada UVA dan UVB... Selain itu, dapat meningkatkan perlindungan permukaan
kulit daripada tekanan persekitaran. Juga membantu untuk menghilangkan selaran
matahari dan kulit kering.. Fungsi Prebiotik dalam Sun Milk ini adalah ia
dapat meningkatkan pertahanan semula jadi kulit dengan mengekalkan mikrobioma
kulit yang seimbang. Manakala Calamine pula membantu menenangkan dan
menenangkan kulit kemerahan..
Cara guna, just ambil jumlah yang mencukupi dan sapukan ke seluruh wajah..
Harganya adalah RM65.00 sahaja!..
Rutin Penjagaan Wajah Dengan Cosmoderm Perfect Balance
Untuk pengetahuan korang, Cosmoderm Perfect Balanced skincare ni sesuai untuk
semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.. Apa yang bagusnya produk ni
selain mengandungi prebiotik dan calamine adalah ianya tidak mengandungi
Paraben, Fragrance dan Artificial Colorant.. Ia diuji secara dermatologi.. So,
memang selamat digunakan..
Ok, untuk rutin penjagaan wajah bersama Cosmoderm Perfect Balanced ni, korang
boleh pakai pada waktu siang dan juga malam.. Jom aku ajarkan step
penggunaanya..
Siang
Foaming Cleanser
Toning Lotion
Sun Milk SPF25PA++
Malam
Foaming Cleanser
Toning Lotion
Soothing WOW Cream
Peringatan untuk korang.. Untuk Toning Lotion, sila guna tapak tangan
sahaja ye jangan guna kapas muka.. Kenapa? Ok, sebabnya Toning Lotion ni
mengandungi Calamine so, kalau korang guna kapas muka, calamine tu akan
diserap dengan cepat oleh kapas muka tersebut.. Jadi, kulit muka korang
tak dapat apa-apa khasiatnya.. Kapas muka dah serap dulu.. Hehe..
Jom la layan video unboxing ni dulu ye..
Dekat mana nak dapatkan Cosmoderm Perfect Balanced ni?
Tengok packaging saja pun dah rasa teruja nak guna.. Tu belum tau
manfaat yang ada bagi setiap satu produk Cosmoderm Perfect Balanced ni lagi
kan.. So, korang dah tahu kan manfaatnya.. Atau ada yang tak baca sampai habis
ni? Nak kene ni.. Haaaaa.. Haha!!
Ok, untuk yang berminat nak cuba produk Cosmoderm Perfect Balanced ni, korang
boleh dapatkan set skincare ini di semua cawangan Watsons yang berdekatan
dengan korang... So, lepas ni pakat serbu Watsons ye.. Haip, SOP jangan
dilupakan.. Jangan kerana terlalu excited nak dapatkan produk ni, korang lupa
lak SOP.. Haha!! Ataupun kalau nak lagi selamat, dimusim PKP ni korang boleh
je beli secara online di Shopee 👉 https://shopee.com.my/cosmoderm
Nature Lab Merawat Masalah Kulit Wajah dan Rambut Gugur Dengan Berkesan | Hi guys! Lama tak berkumandang disini.. Kali ni nak bercerita tentang masalah kulit wajah dan rambut gugur.. Ada tak dikalangan korang yang sekarang ni tengah mengalami masalah kulit wajah seperti jerawat, jeragat dan sebagainya ataupun menghadapi masalah rambut gugur? Aku percaya ianya akan menjadi sebuah mimpi ngeri bagi yang mengalaminya.. Betul tak? Tak kiralah lelaki mahupun wanita terutamanya yang mementingkan penampilan.. Sudah pastinya keyakinan diri juga akan hilang dek kerana kekurangan tersebut.. Kebiasaannya, masalah seperti ini berpunca daripada beberapa faktor seperti usia, keturunan, tekanan, kehamilan, cahaya matahari, hormon dan sebagainya..
Orang kata, bila bermasalah kulit wajah ni boleh ditutup dengan makeup dan bila bermasalah rambut gugur pula bagi wanita boleh dilitup dengan hijab.. Memang betul tu.. Tetapi realitinya tetap sama.. Masalah tetap ada.. Kerisauan tetap terasa dan keyakinan diri juga akan merosot nilainya.. Disebabkan masalah inilah, Nature Lab Malaysia telah mengeluarkan dua produk khas untuk penjagaan rambut dan kulit wajah iaitu URBAN dan CLARA...
CLARA Rawat Kulit Wajah Bermasalah Dengan Berkesan
CLARA merupakan sejenis toner pelbagai guna (multi-functional essence toner) berstatus Halal yang diformulasikan dari bahan-bahan semulajadi dimana ianya 100% bebas daripada bahan kimia merbahaya seperti parabens, synyhetic dyes, synthetic fragrances dan phthalates serta tiada bahan pewarna tambahan.. Bukan wanita sahaja boleh menggunakan produk CLARA ni ye, tetapi lelaki juga boleh mencubanya.. Apa yang menarik lagi, kanak-kanak seawal usia 1 tahun pun boleh menggunakannya.. Menarik bukan?
Antara fungsi CLARA yang korang wajib tahu adalah :-
Membantu meremajakan kulit
Melembapkan kulit kering dan kusam
Melembut dan melicinkan kulit
Menghilangkan jerawat dan jeragat
Menghilangkan masalah kulit berminyak
memulihkan tona kulit yang tak sekata dan pori terbuka
Mencerahkan kulit dan anti penuaan
Menghilangkan panau dan kesan parut
Menghilangkan ruam-ruam lampin bayi
Merawat keputihan pada vagina wanita
Menghilangkan bau/lendir pada faraj wanita
Hand sanitizer yang membunuh kuman 99.99%
Jika dilihat pada fungsi keseluruhannya, ternyata CLARA adalah toner pelbagai guna.. Bukan sahaja untuk merawat masalah kulit malah boleh juga digunakan untuk merawat masalah lain seperti merawat keputihan atau lendir, ruam lampin dan boleh juga dijadikan hand sanitizer.. Mengagumkan! So, tak perlu beli banyak-banyak produk.. Cukup hanya CLARA sahaja dapat digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah.. Jimat duit uolls!! Lagi pun produk CLARA ni sangat mudah digunakan..
Antara bahan utama yang digunakan dalam menghasilkan produk CLARA ini adalah Aqua, Parfum, Sodium Chloride, Gydralized Elastin, Mentha Piperita (Peppermint) Oil dan Aquilaria Malaccensis Stem Extract.. Kesemua bahan-bahan ini merupakan bahan semulajadi bebas dari bahan kimia merbahaya...
Macam aku sendiri pun, kalau cari produk muka ni harus lihat terlebih dahulu tahap keselamatan produk tersebut.. Perkara pertama yang aku akan lihat adalah bahan-bahan utamanya sama ada selamat digunakan ataupun tidak.. Bukan apa, kalau tersalah beli mahu buruk padah jadinya.. Sayang muka oiii!! Haha.. Aku yakin produk CLARA ini selamat digunakan.. Cuma nak tahu serasi ataupun tidak je dengan kulit muka kita kerana kesannya pada setiap individu adalah berbeza.. So, nak tahu serasi ke tidak, kenalah cuba dahulu..
Cara Menggunakan CLARA Multi Functional Essence Toner
Cuci wajah/kulit sebelum menggunakan CLARA Serum Toner
Semburkan CLARA 2-3 kali pada kapas/tisu muka yang bersih
Apply pada wajah/kulit dengan gerakan ke atas, tengah ke tepi
Selepas itu, semburkan CLARA pada wajah/kulit dan tap-tap agar toner meresap ke dalam kulit dengan sempurna
Rawat Masalah Rambut Gugur dan Uban dengan URBAN
Produk kedua keluaran Nature Lab adalah URBAN.. Wahh nama pun dah URBAN, pasti boleh merawat uban juga ni kan? Ya, memang benar.. Produk URBAN ni bukan sahaja boleh merawat rambut gugur malah boleh juga merawat masalah uban dan beberapa lagi masalah rambut yang lain... Nak tahu, kena baca sampai habis ye.. hehe..
URBAN Hair Growth Serum ini dihasilkan dengan teknologi terkini untuk merawat masalah rambut gugur dan menyuburkan rambut.. Ianya diformulasikan daripada bahan-bahan semulajadi yang selamat tanpa bahan kimia merbahaya seperti Aqua, Parfum, Lavandula Angustifolia Oil, Mentha Piperita (Peppermint) Oil, Pelargonium Graveolens (Geranium) Oil, Plukenetia Volubilis Seed Oil dan Aquilaria Malaccensis Stem Extract..
Antara fungsi URBAN adalah :-
Merawat rambut hingga ke akar
Menghalus dan meluruskan struktur rambut
Merawat rambut kusut dan bercabang
Menyubur dan melebatkan rambut
Menghalang rambut daripada berbuah
Menghalang rambut dari keguguran dan putus
Merawat masalah kegatalan kulit kepala dan kelemumur
Mengawal dan mencegah pertumbuhan uban
Mengilatkan rambut dan menguatkan rambut
Dengan hanya menggunakan URBAN dari Nature Lab ini pelbagai masalah rambut dapat diselesaikan.. Tak perlu lagi buang duit untuk mendapatkan rawatan rambut yang sememangnya menelan belanja yang mahal.. Guna sahaja URBAN dengan harga yang mampu milik.. Lagi pun ia selamat digunakan kerana dihasilkan daripada bahan semulajadi.. So, bagi yang mempunyai masalah rambut, bolehlah cuba URBAN ni.. Tetapi harus diingat ye, setiap hasilnya mengikut kesesuaian individu itu sendiri.. Kesannya adalah berbeza bagi setiap individu..
Cara Menggunakan URBAN Hair Growth Serum
Syampu rambut dengan bersih
Bilas dan lap rambut separa kering
Semburkan URBAN pada rambut/kepala
Ratakan dan sapu pada rambut
Urut dengan lembut kepala untuk merangsang peredaran darah
Biarkan sehingga kering (tak perlu bilas)
Produk Nature Lab CLARA dan URBAN Berdaftar Dengan KKM
Kalau korang nak tahu, semua produk Nature Lab telah berdaftar dengan KKM dan Halal.. Pemprosesannya dibuat di kilang berstatus IMP (Islamic Manufacturing Practice).. Produk mereka ini selamat digunakan kerana dihasilkan dari bahan semulajadi dan telah mendapat kelulusan KKM serta telah melalui lab tasted.. Bila dah tahu berdaftar dengan KKM dan telah diuji di makmal barulah senang hati nak guna kan?.. Yelah dengan lambakan produk dipasaran sekarang ni, kita harus pandai memilih.. Pilih yang betul-betul selamat digunakan.. Jangan main beli aje tau.. Bahaya!
Ok untuk semakan, korang boleh ke laman web www.npra.gov.my dengan memasukkan nombor pendaftaran seperti berikut :-
CLARA : NOT201102354K
URBAN : NOT201102355K
Testimoni Pengguna Produk CLARA dan URBAN
Ramai yang dah mencuba produk dari Nature Lab ini dan berpuashati dengan hasilnya.. Ada diantaranya yang menampakkan kesan seawal 8 hari penggunaan.. Jom kita lihat testimoni daripada pengguna CLARA dan URBAN..
Jom Dapatkan Produk Nature Lab Untuk Atasi Masalah Kulit Wajah dan Rambut Gugur!
Ok, bagi korang yang ada masalah kulit wajah dan rambut gugur, aku sangat recommend korang cuba produk dari Nature Lab ini iaitu CLARA dan URBAN.. Ramai dah cuba tau dan ternyata berkesan.. So, korang apa tunggu lagi, jom dapatkan produk Nature Lab ini untuk atasi masalah kulit wajah dan rambut gugur yang korang alami supaya penampilan diri sentiasa terserlah dan kekal berkeyakinan tinggi..
Harga Produk
Clara : RM 75.00 (50ML)
URBAN : RM55.00 (30ML)
Untuk sebarang pembelian, boleh dibuat melalui Whatsapp di seperti dibawah :-
Kulit Bebas Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil | Kalau masalah jerawat melanda, maka bertambahlah masalah dalam diri.. Jerawat ni sebenarnya musuh wanita.. Atau ada yang suka bila muka dia berjerawat.. Agak pelik disitu ye.. Haha.. Bagi aku sendiri, kalau ada jerawat kat muka ni walau sebijik jerk, dah rasa tak best.. Sebab aku pernah lalui saat-saat derita jerawat penuh satu muka yang mana pelbagai produk dan cara dah aku cuba tetapi malangnya masih tak helok jugak..
Now aku dah tak perlu bimbang lagi sebab dah banyak produk yang bagus ada di pasaran bagi mengatasi masalah jerawat ni.. Cuma tinggal nak cuba dan tengok serasi ke tak serasi je dah.. Tapi aku nasihatkan, kalau nak cari produk yang bagus baik beli dari farmasi atau drugstore yang diluluskan oleh KKM contohnya produk Cosmoderm.. Katanya produk ni bagus untuk kulit yang berjerawat.. Sekarang ni Cosmoderm ada keluarkan produk terbaru tau iaitu Cosmoderm Tea Tree Oil untuk kulit bebas jerawat..
Cosmoderm Tea Tree Oil Skin and Body Care
Kalau korang nak tahu, Cosmoderm ni adalah produk yang diformulasi dan dihasilkan di Malaysia.. Produk penjagaan kulit dan badan yang berkualiti ini bebas paraben dan sulfat sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif.. Apa yang menarik dengan produk ni adalah ia menggunakan ramuan berkualiti tinggi seperti Vitamin E dari Eropah, Mintak Tea Tree dari Australia, Co-Enzyme Q10 dari Jerman dan ramuan herba tradisional seperti Manjakani dari Malaysia.. Wahh manjakani pun digunakan jugak uolls..
Rangkaian produk Cosmoderm Tea Tree Oil ni berkesan merawat jerawat, bau badan, sunburn dan pada sama yang sama dapat melembutkan kulit.. Ia dirumus khas untuk korang yang kulit berminyak dan berjerawat..
Rutin Penjagaan Wajah Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil Untuk Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa 3 Hari!
Setiap orang pun akan ada rutin penjagaan wajah bukan? Atau ada yang tak hiraukan tentang penjagaan wajah.. Jangan begitu, sebab ini penting untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik.. Kalau tak perlukan kulit yang cantik pun pasti nakkan kulit yang sihat kan.. Jangan tak tahu ye, kulit cantik bermula dengan kulit yang sihat.. So, perlu ada rutin penjagaan wajah yang betul..
Ok, untuk korang yang mempunyai masalah jerawat, aku syorkan korang cuba Cosmoderm Tea Tree Oil ni.. Tapi penggunaanya kenalah konsisten ye.. Beberapa produk Cosmoderm diperlukan untuk kulit bebas jerawat.. Jom aku tunjukkan produk-produk dan step by step penggunaannya..
Langkah 1 - Tea Tree Oil Facial Cleanser Dapat menghilangkan minyak, membuka liang pori dan mengawal kegatalan kulit untuk mengurangkan jerawat..
Langkah 2 - Tea Tree Oil Purifying Mask
Dah cuci muka, pakai mask dan biarkan selama sekurang-kurangnya 15 - 20 minit ia dapat membantu menyerap lebihan minyak, mengeringkan jerawat dan liang pori..
Langkah 3 - Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion
Membantu merawat jerawat, membuang bakteria dan minyak berlebihan. Kegunaannya untuk menyegarkan kulit apabila terdapat minyak yang berlebihan pada kulit..
Langkah 4 - Tea Tree Oil Anti-Blemish Gel
Dirumuskan dengan ekstrak berasaskan tumbuhan yang membantu mengurangkan jerawat, blackhead dan whitehead.. Gel ni dipakai hanya pada jerawat selepas menggunakan toner.. Untuk Anti-Blemish Gel ni ada 2 jenis tau iaitu :-
Tea Tree Oil Anti Blemish Gentle - Dapat mengecutkan jerawat, menghilangkan blackhead dan whitehead dalam masa 4-5 hari.. Sesuai untuk kulit berminyak, sensitif dan berjerawat
Tea Tree Oil Blemish X-Press - Dapat mengecutkan jerawat, menghilangkan blackhead dan whitehead dalam masa 4-5 hari.. Tidak sesuai untuk kulit sensitif
Itu rutin penjagaan wajah untuk kulit berjerawat yang paling simple sekali.. Kalau ikutkan set skincare Cosmoderm Tea Tree Oil ni banyak lagi.. Antaranya :-
Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser (RM19.90) - 2 in 1 primer dan moisturizer untuk kulit berminyak dan kombinasi.. Pelembap berasaskan air membantu melindungi kulit daripada UVA & UVB yang boleh merosakkan sel kulit.
Tea Tree Oil | Oil Control Serum (RM34.90) - Gel water based serum dengan esktrak buah untuk mengawal lebihan minyak. Juga membantu mengecilkan pori-pori untuk mengurangkan jerawat, blackhead dan whitehead..
Tea Tree Oil Shower Gel (RM17.90) - Dapat memberikan kesegaran yang luar biasa untuk bau badan dan jerawat badan. Ia juga memberikan pembersihan lembut pada kulit menjadikan kulit segar dan licin tanpa rasa melekit. Ia adalah mandian yang ringan, tidak menjengkelkan dan anti bakteria yang sesuai untuk semua orang.
Tea Tree Oil Magic Body Lotion (RM22.90) - Ia adalah ubat semulajadi yang cepat untuk hilangkan bau badan, jerawat badan dan sunburn. Ia memberikan kelegaan dengan rasa sejuk pada kerengsaan dan ketidakselesaan kulit. Lotion ini juga dapat membantu mengurangkan ruam, jangkitan kulat dan bakteria. Ia berfungsi sebagai penghalau nyamuk dan bed bugs. Sesuai untuk semua orang dan setiap peringkat usia..
Bukan saja boleh rawat jerawat kat muka ye tetapi pakej sekali kat badan pun boleh.. So, apa lagi yang korang nak.? Dah lengap set ni untuk diri kita.. Bagi yang mempunyai masalah jerawat bolehlah cuba produk Cosmoderm Tea Tree Oil ni ye.. Korang boleh dapatkan semua produk ini di Watsons, Guardian, Aeon Wllness dan farmasi yang berhampiran korang.. Nak beli secara online pun boleh.. Korang boleh beli terus dari laman web Cosmoderm di www.cosmoderm.com.my atau di Shopee Cosmoderm Official Store iaitu di www.shopee.com.my/cosmoderm.