Jadi Lebih Cantik Dengan Cosmoderm Perfect Balanced Gabungan Istimewa Prebiotik dan Calamine


Jadi Lebih Cantik Dengan Cosmoderm Perfect Balanced Gabungan Istimewa Prebiotik dan Calamine |  Hi guysssss!! Kali ni kita masuk episod 'Beauty' ye.. Lama tak berceloteh kat sini.. Ni nak kenalkan kat korang ni produk terbaru dari Cosmoderm.. Mesti kaum hawa sangat suka, sebab packaging dia cun habis!! Aku sendiri pun teruja uolls!! Pinkish gitchewww!! Jom korang bersama-sama aku, jadi lebih cantik dengan Cosmoderm Perfect Balanced gabungan istimewa Prebiotik dan Calamine..

Cosmoderm Perfect Balanced

Selalunya kita dengar prebiotik ni dikaitkan dengan susu kan.. Now, skincare pun dah mengandungi prebiotik guys!! Apa prebiotik tu?

Ok, kalau korang nak tahu prebiotik ni merupakan makanan bagi bakteria baik yang selalunya ada dalam makanan yang tinggi kandungan serat.. Antara fungsi prebiotik ni adalah menghalang pembiakan bakteria yang tidak baik, membantu sistem penghadaman dan sebagainya.. Apa kaitan dengan skincare? Haaa jangan tak tahu ye, prebiotik juga bermanfaat untuk kecantikan kulit wajah.. Sebab itulah, Cosmoderm memformulasikan prebiotik dalam produk mereka dimana fungsinya dalam perawatan wajah, ia membantu mengimbangi kondisi kulit wajah kita..

Cosmoderm Perfect Balanced

Itu prebiotik... Calamine pula apa fungsinya? 

Ok, calamine pula kalau korang nak tahu terdiri daripada campuran zink oksida dan ferik oksida atau zink karbonat.. Fungsinya adalah untuk mengurangkan kegatalan, keradangan cahaya matahari, gigitan serangga, ruam dan banyak lagi.. Ia juga membantu mengurangkan iritasi pada kulit dan mengeringkan ruam yang  berair.. 

Nampak tak, dengan gabungan prebiotik dan calamine di dalam skincare Cosmoderm Perfect Balanced ni, menjadikan produk ini hebat lain dari yang lain...  Ok, dalam set ini terdapat empat jenis produk iaitu :-



  • Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser
  • Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion
  • Cosmoderm Perfect Balanced Soothing WOW Cream
  • Cosmoderm Perfect Balanced Sun Milk SPF25 PA++

Cosmoderm Perfect Balanced

Jom aku cerita satu persatu! Baca sampai habis tau!

Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser

Tak lengkap skincare kalau takde pencuci muka kerana pencuci muka ni adalah yang terpenting sekali dalam rutin penjagaan wajah.. Kalau muka tak bersih, mana maunya dapat kulit wajah yang sihat dan cantik kan.. So, first sekali aku nak kenalkan pada korang Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser.. 

Cosmoderm Perfect Balanced

Foaming Cleanser merupakan langkah pertama untuk kulit yang sihat dan menenangkan.. Apa yang bagusnya dengan pencuci muka ni, ia dapat bersihkan pori-pori muka secara mendalam dan membersihkan juga kulit sambil melegakan kemerahan dengan bantuan dua bahan utamanya iaitu Prebiotik dan Calamine..

Ok, untuk pencuci muka ni, prebiotiknya membantu mengimbangi mikrobioma kulit sehingga menghidrat dan meningkatkan perlindungan permukaan kulit, memastikan penghalang kulit tetap utuh dan sihat. Manakala calamine pula mengurangkan kegatalan kulit dan melegakan kemerahan

Macam mana guna?

Macam biasalah.. Seperti juga pencuci muka yang lain, just apply a small amaount and gently massage in a circular motion.. Then, rinse throughtly and pat dry.. Mudah saja.. Pastikan muka dicuci dengan bersih ye.. Kalau cuci sambil lewa, itu menyebabkan muka korang bermasalah.. Owh ya, Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.. Harganya pula adalah RM29.90 sahaja..

Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion

Cosmoderm Perfect Balanced

Ok, selepas pencuci muka kena ada toner.. Penting tau toner ni.. Kalau korang cuci muka tak bersih, toner dapat menyelamatkan kulit korang kerana fungsinya juga untuk menanggalkan sisa kotoran dan juga dapat melembapkan kulit muka.. 

Toning Lotion ini diformulasikan dengan 20,000ppm calamine dan prebiotik untuk menenangkan dan melegakan kemerahan sambil membangkitkan keupayaan penyerapan kulit, sehingga meningkatkan kelembapan kulit.. Fungsi Prebiotik dalam toning lotion ini adalah ia dapat meningkatkan pertahanan semula jadi kulit dengan mengekalkan mikrobioma kulit yang seimbang. Manakala Calamine pula  membantu menenangkan dan menenangkan kulit kemerahan..

Cara gunanya macam toner lain juga.. Sebelum guna pastikan korang shake dulu ye.. Kalau tak shake nanti korang tak dapat gunakannya secara maximum.. Dah shake, bolehlah tuangkan toner ni ke tapak tangan dan terus apply dekat muka dengan cara pat gently on your face.. Hah gitchewww!! Sekali sekala speaking kan.. Hiks.. Untuk harganya pula adalah hanya RM45.90 sebotol..

Cosmoderm Perfect Balanced Soothing WOW Cream

Cosmoderm Perfect Balanced

Wow sangat uolls!! Apa yang wow? Ok kalau korang nak tau WOW pada nama produk ini adalah Water-in Oil-in Water (WOW)... Hehe...

Soothing WOW Cream ni merupakan krim ringan yang diformulasikan dengan calamine pekat dan prebiotik 30,000ppm yang menenangkan dan calm skin sambil memperbaiki penghalang. Dengan tiga kali ganda peningkatan kelembapan, ia membantu mengembalikan kelembapan kulit serta meringankan cela pada permukaan kulit. Fungsi Prebiotik dalam Shoothing WOW Cream ni juga sama seperti fungsinya dalam Toning Lotion iaitu ia dapat meningkatkan pertahanan semula jadi kulit dengan mengekalkan mikrobioma kulit yang seimbang. Manakala Calamine pula  membantu menenangkan dan menenangkan kulit kemerahan..

Cara guna cream ini, korang boleh sapukan secara merata ke seluruh muka dan leher. Sesuai digunakan pada waktu siang dan juga malam. Dengan Shoothing WOW Cream ni, pastikan korang urut krim ni pada kulit dengan lembut untuk memastikan nutrien diserap sepenuhnya ke dalam kulit, menjadikan kulit lebih sihat.. Harga Shooting WOW Cream ini adalah RM 65.00..


Cosmoderm Perfect Balanced Sun Milk SPF25PA++

Cosmoderm Perfect Balanced

Produk yang keempat pula adalah Sun Milk SPF25PA++.. Penting tau sunblock untuk kulit muka.. Kulit muka kita ni perlukan perlindungan.. Kalau tak dilindungi, akan muncul pelbagai masalah nanti seperti jerawat, jeragat dan sebagainya.. So, sila lindungi kulit muka dengan sunblock ya.. 

Sun Milk SPF25PA++ dari Cosmoderm ni bagus tau..ia dapat melindungi kulit daripada UVA dan UVB... Selain itu, dapat meningkatkan perlindungan permukaan kulit daripada tekanan persekitaran. Juga membantu untuk menghilangkan selaran matahari dan kulit kering.. Fungsi Prebiotik dalam Sun Milk ini adalah ia dapat meningkatkan pertahanan semula jadi kulit dengan mengekalkan mikrobioma kulit yang seimbang. Manakala Calamine pula  membantu menenangkan dan menenangkan kulit kemerahan..

Cara guna, just ambil jumlah yang mencukupi dan sapukan ke seluruh wajah.. Harganya adalah RM65.00 sahaja!.. 

Rutin Penjagaan Wajah Dengan Cosmoderm Perfect Balance

Cosmoderm Perfect Balanced

Untuk pengetahuan korang, Cosmoderm Perfect Balanced skincare ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.. Apa yang bagusnya produk ni selain mengandungi prebiotik dan calamine adalah ianya tidak mengandungi Paraben, Fragrance dan Artificial Colorant.. Ia diuji secara dermatologi.. So, memang selamat digunakan..

Ok, untuk rutin penjagaan wajah bersama Cosmoderm Perfect Balanced ni, korang boleh pakai pada waktu siang dan juga malam.. Jom aku ajarkan step penggunaanya..

Siang
  • Foaming Cleanser
  • Toning Lotion
  • Sun Milk SPF25PA++
Malam
  • Foaming Cleanser
  • Toning Lotion
  • Soothing WOW Cream
Peringatan untuk korang.. Untuk Toning Lotion, sila guna tapak tangan sahaja ye jangan guna kapas muka.. Kenapa? Ok, sebabnya Toning Lotion ni mengandungi Calamine so, kalau korang guna kapas muka, calamine tu akan diserap dengan cepat oleh kapas muka tersebut.. Jadi, kulit muka korang tak dapat apa-apa khasiatnya.. Kapas muka dah serap dulu.. Hehe..

Jom la layan video unboxing ni dulu ye..



Dekat mana nak dapatkan Cosmoderm Perfect Balanced ni?

Cosmoderm Perfect Balanced


Tengok packaging saja pun dah rasa teruja nak guna.. Tu belum tau manfaat yang ada bagi setiap satu produk Cosmoderm Perfect Balanced ni lagi kan.. So, korang dah tahu kan manfaatnya.. Atau ada yang tak baca sampai habis ni? Nak kene ni.. Haaaaa.. Haha!!

Ok, untuk yang berminat nak cuba produk Cosmoderm Perfect Balanced ni, korang boleh dapatkan set skincare ini di semua cawangan Watsons yang berdekatan dengan korang... So, lepas ni pakat serbu Watsons ye.. Haip, SOP jangan dilupakan.. Jangan kerana terlalu excited nak dapatkan produk ni, korang lupa lak SOP.. Haha!! Ataupun kalau nak lagi selamat, dimusim PKP ni korang boleh je beli secara online di Shopee 👉 https://shopee.com.my/cosmoderm



QuickEdit
Lea Azleeya
1 Comments

1 comment:

  1. waaaaa bestnya produk baru cosmoderm. packaging dia comel pinkish.

    ReplyDelete

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)