PUREMae Aromatherapy Shampoo dan Conditioner Kurangkan Keguguran Rambut


PUREMae Aromatherapy Shampoo dan Conditioner Kurangkan Keguguran Rambut |  Holaaa!! Hi guys.. Aduh sekarang ni aku semakin kesempitan masa sampaikan blog pun sedikit terabai.. Mesti korang rindu nak baca bebelan aku kan.. Baik ngaku! Haha.. Tak de la gurau je... Ok, hari ni aku nak share dengan korang syampu dan perapi rambut terbaru yang aku sedang guna sekarang ni.. Memandangkan aku mempunyai masalah rambut gugur, jadi aku perlukan syampu yang selamat digunakan tanpa bahan kimia yang boleh merawat rambut aku tanpa memburukkan lagi masalah rambut yang sedang aku hadapi sekarang ni.. Now, aku guna PUREMae Aromatherapy Shampoo dan Conditioner untuk kurangkan keguguran rambut dan kelemumur..

PUREMae Aromatherapy Shampoo dan Conditioner Kurangkan Keguguran Rambut

PUREMae Aromatherapy Shampoo dan Conditioner Kurangkan Keguguran Rambut

Semakin hari semakin serius sebenarnya masalah keguguran rambut yang aku alami ni.. Kadang tu naik risau  juga sebenarnya.. Ada yang suggest makan supplement untuk kurangkan keguguran rambut.. Tapi itulah, aku ni bukan rajin sangat nak makan supplement.. Hehe.. Alternatif lain adalah aku kena cari shampoo yang diperbuat daripada bahan semulajadi tanpa bahan kimia yang selamat untuk rambut aku.. 

PUREMae Aromatherapy Shampoo dan Conditioner Kurangkan Keguguran Rambut

Apa punca keguguran rambut ni sebenarnya ye?

Ok kalau korang nak tahu, keguguran antara 100 hingga 150 helai rambut sehari adalah normal kerana ia adalah kitaran semulajadi tubuh kita.. Tapi, kalau gugur terlalu banyak rambut sehingga boleh tercabut sampai segenggam tu, kita kena beri perhatian akan masalah ni.. 

Salah satu punca keguguran rambut ni adalah tekanan emosi yang terlalu tinggi.. Stress yang melampau.. Aku sendiri pernah alami stress yang melampau satu ketika dulu.. Mungkin faktor ini juga menyumbang kepada keguguran rambut yang aku alami kini..

PUREMae Aromatherapy Shampoo dan Conditioner Kurangkan Keguguran Rambut

Bukan itu saje ye, antara lainnya adalah disebabkan kehamilan, kelahiran anak atau permulaan menopaus iaitu berlakunya perubahan hormon.. Kebiasaannya keguguran rambut yang berkaitan dengan kehamilan terjadi lebih kerap selepas bayi dilahirkan.. Tak dinafikan semasa aku mengandung dulu pun memang masalah keguguran rambut yang aku alami agak serius..

Selain itu, punca keguguran rambut yang perlu korang tahu seperti diabetes, terlalu banyak pengambilan vitamin A, kekurangan protien, keturunan, kemoterapi, penuaan, ubat-ubatan dan banyak lagi... Haaa satu lagi yang puncanya iaitu suka sangat buat fesyen rambut contohnya, warna, rebonding, curl dan banyak lagi boleh merosakkan rambut dan mengundang keguguran rambut kerana kebanyakannya rawatan rambut seperti itu menggunakan bahan kimia.. Korang ada ke buat rambut ni? Aku adalah salah seorang dari korang... Haha 

Kenapa aku pilih PUREMae Aromatherapy Shampoo dan Conditioner?

PUREMae Aromatherapy Shampoo dan Conditioner Kurangkan Keguguran Rambut

Kalau ditanya kenapa aku memilih syampu dan perapi PUREMae ni ofkos la sebab  nak rawat masalah keguguran rambut yang aku alami ni.. Lagi pun PUREMae diperbuat daripada bahan semulajadi 100% Pure Essential Oils.. Jadi, aku dah tak perlu risau tentang kesan sampingan produk ini..

Antara manfaat syampu dan perapi PUREMae ni adalah :-

  • Diperbuat daripada 100% pure essential oil tanpa perfum
  • Mengurangkan keguguran rambut
  • Mampu membersih dengan baik dan tidak membahayakan kulit kepala dan rambut
  • Melindungi kulit kepala daripada kelemumur dan tidak akan berbau peluh

Sering kita dengar kalau pencuci muka atau syampu yang kurang berbuih itu adalah produk yang selamat digunakan kerana kurang bahan kimia.. Samalah seperti produk keluaran PUREMae ni.. Produk semulajadi ini kuran berbuih ketika digunakan tetapi ianya mampu membersih dengan baik dan tidak sama sekali membahayakan kulit kepala atau rambut kita.. Kanak-kanak pun boleh guna tau.. Sesuai untuk semua golongan.. 

Ok, Pure Aromatherapy Shampoo dan Conditioner ada beberapa variasi iaitu :-

  • Ylang Ylang & Grapefruit
  • Pappermint & Rosemary
  • Lavender & Chamomile
  • Bergamot & Lemon
  • Rose Geranium & Cedarwood

PUREMae Aromatherapy Shampoo - Ylang Ylang & Grapefruit

PUREMae Aromatherapy Shampoo dan Conditioner Kurangkan Keguguran Rambut

Seperti yang aku story pada awal tadi, produk PUREMae ni diperbuat daripada 100% minyak pati semulajadi.. Syampu Ylang Ylang & Grapefruit ni diperkaya dengan aroma bungaan yang sangat manis dan mewah.. Mungkin ada yang tak tahukan Ylang Ylang  ni apa? Ok Ylang Ylang ni adalah sejenis bunga sebenarnya.. Aku panggil bunga kenanga aje.. Tau kan bunga kenanga.. Cam tu lah bau syampu ni.. Wangi.. 

Ok, syampu Ylang Ylang & Grapefruit ni alternatif rawatan semulajadi yang berkesan untuk keguguran rambut yang disebabkan tekanand an alopecia.. Syampu  ni juga sesuai untuk penggunaan setiap hari.. Nak syampu hari-hari pun takde masalah.. Paling best, walaupun tak banyak buih, ia dapat membersih dan menanggalkan kotorang dengan baik tanpa mengilangkan minyak semulajadi pada rambut kita.. Penghidratan rambut pun sehingga 72 jam uolls!!

PUREMae Aromatherapy Shampoo dan Conditioner Kurangkan Keguguran Rambut

Bahan utama Shampoo Ylang Ylang & Grapefruit
  1. Ylang Ylang Flower Essential Oil - Memperbaiki tekstur rambut dan mengurangkan kerosakan rambut.
  2. Grapfruit Peel Essential Oil - Kaya dengan antioksidan yang menyuburkan kulit kepala dan rambut menjadi lebih sihat.. Mencegah keguguran rambut dan mengurangkan keguguran rambut..
  3. Pentavitin - Penghidratan mendalam yang bertahan sehingga 72 jam untuk rambut kita
  4. Aloe Vera Organik - Mengandungi enzim proteolitik yang memperbaiki sel-sel kulit mati di kulit kepala. Mencegah gatal-gatal pada kulit kepala dan mengurangkan kelemumur sambil menganjalkan rambut sehingga menjadikannya licin dan berkilat.
  5. Trehalose - Melindungi kulit kepala daripada dehidrasi dan bertindak sebagai pelembap yang berkesan
  6. Panthenol - Melembapkan rambut. Memperbaiki tekstur rambut sambil mengelakkan kusut.
Harga : RM68.00

PUREMae Aromatherapy Conditioner - Ylang Ylang & Grapefruit

PUREMae Aromatherapy Shampoo dan Conditioner Kurangkan Keguguran Rambut

Kalau ada syampu mesti kena ada juga perapinya.. Hidup kena berpasangan gittchewwww.. Haha.. Ok, untuk perapi aku juga memilih dari variasi yang sama iaitu Conditioner Ylang Ylang & Grapefruit.. Seperti syampunya juga, ia berfungsi mencegah keguguran rambut dan sebagai ejen pelembap semulajadi untuk meransang kelenjar sebum dimana ia meningkatkan pengeluaran sebum untuk menjaga kesihatan rambut..

Setakat aku pakai ni aku sangat puashati.. Serius rambut rasa bersih sangat dan baunya pun best sangat.. Wangi je rambut bau bunga.. Cam orang tua-tua dulu kan suka letakkan bunga kenanga kat rambut.. Nak bagi rambut mereka berbau wangi.. Mak aku selalu buat.. Hehe.. Now, tak payah nak selit bunga dah kat rambut tapi terus je pakai syampu.. Rambut wangi setaman sepanjang hari.. Best gile..

Ok, untuk perapi Ylang Ylang & Grapfruit ni juga sesuai untuk penggunaan setiap hari.. Lepas syampu bolehlah pakai perapi.. Rambut pun jadi lebih lembut dan mudah diurus tak kusut lagi.. Perapi ni memberi kelembapan pada rambut dan mencegah hujung rambut pecah.. Selain itu, perapi rambut PUREMae ni juga dapat menghidrat rambut, melembutkan, dan menguatkan rambut serta melindungi rambut daripada kerosakan akibat persekitaran..

PUREMae Aromatherapy Shampoo dan Conditioner Kurangkan Keguguran Rambut

Bahan utama Conditioner Ylang Ylang & Grapefruit

  1. Ylang Ylang Flower Essential Oil - Ejen penyaman semulajadi yang merangsang kelenjar sebum dan meningkatkan pengeluaran sebun untuk menjadikan rambut sihat dan terkondisi..
  2. Grapefruit Peel Essential Oil - Kaya dengan antioksidan yang menjadikan rambut dan kulit kepala sihat. Mencegah keguguran rambut.
  3. Aloe Vera Organik - Mengandungi enzim proteolitik yang memperbaiki sel-sel kulit mati di kulit kepala. Mencegah gatal-gatal pada kulit kepala dan mengurangkan kelemumur sambil menganjalkan rambut sehingga menjadikannya licin dan berkilat.\
  4. Vitamin B5 - Asid Panthothenic meningkatkan pertumbuhan rambut pada wanita dengan jenis keguguran rambut tertentu
  5. Vitamin E - Sifat antioksidan yang mebantu mengurangkan jumlah tekanan oksidatif dan radikal bebas yang menyebabkan sel-sel folikel rambut di kulit kepala pecah.
  6. Mangga Butter - Melembap dan melembutkan rambut serta mengurangkan kerosakan rambut akibat faktor persekitaran..
  7. Minyak Zaitun - Melembapkan rambut sambil mengurangkan kerengsaan kulit kepala. Sangat sesuai untuk mengurangkan kelemumur
  8. Jojoba Oil - Pelembap yang terhebat yang menjadikan rambut tidak lagi kering, kusam dan pecah.. Ia juga menguatkan rambut dan mengurangkan keguguran rambut.
  9. Guar Hydroxypropyltrimonium Chloride - Berasal dari sumber semulajadi, guar. Meneutralkan helaian rambut dan menjadikan rambut mudah diurus dan tidak statik serta kusut..
  10. Polisakarida - Merawat dan memperbaiki rambut yang rosak

Harga : RM75.00

Dapatkan PUREMae Aromatherapy Shampoo dan Conditioner untuk mengurangkan rambut gugur.

PUREMae Aromatherapy Shampoo dan Conditioner Kurangkan Keguguran Rambut

Aku rasa pilihan aku kali ni tepat kerana hampir 100% fungsi syampu dan perapi rambut dari PUREMae ni adalah untuk masalah keguguran rambut.. Aku hanya perlu konsisten penggunaanya sahaja untuk mendapat kesan yang optimum.. Yelah kalau tak konsisten, korang pakailah apa pun, masalah tak akan selesai.. Lepas tu nak salahkan produk pun tak boleh sebab diri sendiri yang sambil lewa.. Betul tak? So, perlu konsisten ye uolss untuk dapatkan kesan yang baik..

Satu lagi apa yang perlu kita titikberatkan adalah tentang keselamatan penggunaan produk itu sendiri.. Aku sangat yakin dengan produk keluaran PUREMea ini kerana semua produk mereka tidak mengandungi bahan kimia keras, alkohol, parafin, petroleum, paraben, bahan kimia petrol, minyak mineral, wangian sintetik, pewarna tiruan, EDTA, SLS, silikon, MCIT, MIT dan TEA.. Bebas juga dari ramuan dan ujian haiwan.. Memang selamat digunakan oleh semua golongan dan peringkat umur..

Ok, kat mana nak dapatkan produk PUREMae ni? Haa korang boleh beli di sini 👉 https://www.puremae.com/collections/all

Untuk info lanjut, boleh layari :-

➤ Website : https://www.puremae.com/

➤ Facebook : https://www.facebook.com/puremaemy

➤ Instagram : https://www.instagram.com/puremaemy/


QuickEdit
Lea Azleeya
1 Comments

1 comment:

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)