Kulit Bebas Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil


Kulit Bebas Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil  |  Kalau masalah jerawat melanda, maka bertambahlah masalah dalam diri.. Jerawat ni sebenarnya musuh wanita.. Atau ada yang suka bila muka dia berjerawat.. Agak pelik disitu ye.. Haha.. Bagi aku sendiri, kalau ada jerawat kat muka ni walau sebijik jerk, dah rasa tak best.. Sebab aku pernah lalui saat-saat derita jerawat penuh satu muka yang mana pelbagai produk dan cara dah aku cuba tetapi malangnya masih tak helok jugak.. 

Kulit Bebas Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil

Now aku dah tak perlu bimbang lagi sebab dah banyak produk yang bagus ada di pasaran bagi mengatasi masalah jerawat ni.. Cuma tinggal nak cuba dan tengok serasi ke tak serasi je dah.. Tapi aku nasihatkan, kalau nak cari produk yang bagus baik beli dari farmasi atau drugstore yang diluluskan oleh KKM contohnya produk Cosmoderm.. Katanya produk ni bagus untuk kulit yang berjerawat.. Sekarang ni Cosmoderm ada keluarkan produk terbaru tau iaitu Cosmoderm Tea Tree Oil untuk kulit bebas jerawat..

Cosmoderm Tea Tree Oil Skin and Body Care

Kulit Bebas Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil

Kalau korang nak tahu, Cosmoderm ni adalah produk yang diformulasi dan dihasilkan di Malaysia.. Produk penjagaan kulit dan badan yang berkualiti ini bebas paraben dan sulfat sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif.. Apa yang menarik dengan produk ni adalah ia menggunakan ramuan berkualiti tinggi seperti Vitamin E dari Eropah, Mintak Tea Tree dari Australia, Co-Enzyme Q10 dari Jerman dan ramuan herba tradisional seperti Manjakani dari Malaysia.. Wahh manjakani pun digunakan jugak uolls.. 

Rangkaian produk Cosmoderm Tea Tree Oil ni berkesan merawat jerawat, bau badan, sunburn dan pada sama yang sama dapat melembutkan kulit.. Ia dirumus khas untuk korang yang kulit berminyak dan berjerawat..

Rutin Penjagaan Wajah Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil Untuk Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa 3 Hari!

Setiap orang pun akan ada rutin penjagaan wajah bukan? Atau ada yang tak hiraukan tentang penjagaan wajah.. Jangan begitu, sebab ini penting untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik.. Kalau tak perlukan kulit yang cantik pun pasti nakkan kulit yang sihat kan.. Jangan tak tahu ye, kulit cantik bermula dengan kulit yang sihat.. So, perlu ada rutin penjagaan wajah yang betul..

Ok, untuk korang yang mempunyai masalah jerawat, aku syorkan korang cuba Cosmoderm Tea Tree Oil ni.. Tapi penggunaanya kenalah konsisten ye.. Beberapa produk Cosmoderm diperlukan untuk kulit bebas jerawat.. Jom aku tunjukkan produk-produk dan step by step penggunaannya..

Kulit Bebas Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil


Langkah 1 - Tea Tree Oil Facial Cleanser
Dapat menghilangkan minyak, membuka liang pori dan mengawal kegatalan kulit untuk mengurangkan jerawat..

Langkah 2 - Tea Tree Oil Purifying Mask
Dah cuci muka, pakai mask dan biarkan selama sekurang-kurangnya 15 - 20 minit ia dapat membantu menyerap lebihan minyak, mengeringkan jerawat dan liang pori..

Langkah 3 - Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion
Membantu merawat jerawat, membuang bakteria dan minyak berlebihan. Kegunaannya untuk menyegarkan kulit apabila terdapat minyak yang berlebihan pada kulit..

Langkah 4 - Tea Tree Oil Anti-Blemish Gel
Dirumuskan dengan ekstrak berasaskan tumbuhan yang membantu mengurangkan jerawat, blackhead dan whitehead.. Gel ni dipakai hanya pada jerawat selepas menggunakan toner.. Untuk Anti-Blemish Gel ni ada 2 jenis tau iaitu :-

Kulit Bebas Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil

  • Tea Tree Oil Anti Blemish Gentle - Dapat mengecutkan jerawat, menghilangkan blackhead dan whitehead dalam masa 4-5 hari.. Sesuai untuk kulit berminyak, sensitif dan berjerawat
Kulit Bebas Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil

  • Tea Tree Oil Blemish X-Press - Dapat mengecutkan jerawat, menghilangkan blackhead dan whitehead dalam masa 4-5 hari.. Tidak sesuai untuk kulit sensitif
Itu rutin penjagaan wajah untuk kulit berjerawat yang paling simple sekali.. Kalau ikutkan set skincare Cosmoderm Tea Tree Oil ni banyak lagi.. Antaranya :-

Kulit Bebas Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil

  • Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser (RM19.90) - 2 in 1 primer dan moisturizer untuk kulit berminyak dan kombinasi.. Pelembap berasaskan air membantu melindungi kulit daripada UVA & UVB yang boleh merosakkan sel kulit.
  • Tea Tree Oil | Oil Control Serum (RM34.90) - Gel water based serum dengan esktrak buah untuk mengawal lebihan minyak. Juga membantu mengecilkan pori-pori untuk mengurangkan jerawat, blackhead dan whitehead..
  • Tea Tree Oil Shower Gel (RM17.90) - Dapat memberikan kesegaran yang luar biasa untuk bau badan dan jerawat badan. Ia juga memberikan pembersihan lembut pada kulit menjadikan kulit segar dan licin tanpa rasa melekit. Ia adalah mandian yang ringan, tidak menjengkelkan dan anti bakteria yang sesuai untuk semua orang.
  • Tea Tree Oil Magic Body Lotion (RM22.90) - Ia adalah ubat semulajadi yang cepat untuk hilangkan bau badan, jerawat badan dan sunburn. Ia memberikan kelegaan dengan rasa sejuk pada kerengsaan dan ketidakselesaan kulit. Lotion ini juga dapat membantu mengurangkan ruam, jangkitan kulat dan bakteria. Ia berfungsi sebagai penghalau nyamuk dan bed bugs. Sesuai untuk semua orang dan setiap peringkat usia..

Bukan saja boleh rawat jerawat kat muka ye tetapi pakej sekali kat badan pun boleh.. So, apa lagi yang korang nak.? Dah lengap set ni untuk diri kita.. Bagi yang mempunyai masalah jerawat bolehlah cuba produk Cosmoderm Tea Tree Oil ni ye.. Korang boleh dapatkan semua produk ini di Watsons, Guardian, Aeon Wllness dan farmasi yang berhampiran korang.. Nak beli secara online pun boleh.. Korang boleh beli terus dari laman web Cosmoderm di www.cosmoderm.com.my atau di Shopee Cosmoderm Official Store iaitu di www.shopee.com.my/cosmoderm.


QuickEdit
Lea Azleeya
1 Comments

1 comment:

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)