5 Restoran Melayu Yang Best Dan Sedap Di KL Untuk Kita Cuba!

Monday, April 13, 2020

5 Restoran Melayu Yang Best Dan Sedap Di KL Untuk Kita Cuba!  |  Time Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, mesti ramai yang mencari makan kan? Nak keluar makan di restoran atau kedai-kedai makan memang tak dapat la waktu-waktu macam ni.. Sungguhpun begitu, bukan tak boleh langsung menikmati hidangan enak kat restoran kegemaran korang tu.. Masih ada perkhidmatan penghantaran disediakan.. So, tak perlu bimbang.. Ada 5 restoran melayu yang best dan sedap di KL untuk kita cuba! Jom pakat cuba.. Sedap woooooo!! Memang rugi la tak cuba.. 

#1-Restoran Sambal Hijau

5 Restoran Melayu Yang Best Dan Sedap Di KL Untuk Kita Cuba!


Restoran Sambal Hijau ini terletak di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Apa yang menarik tentang restoran ini adalah anda boleh dapatkan pelbagai jenis lauk pauk kampung yang sedap di sini.

Restoran ini juga tidak pernah lekang dengan kunjungan para  pelanggan daripada kawasan setempat yang ingin menikmati lauk kampung yang disediakan di restoran ini. Antara hidangan yang terdapat di sini ialah daging salai masak lemak cili api, gulai ketam, udang galah masak lemak, ulam-ulaman, aneka kerabu dan lain-lain lagi. Kalau dikira jenis lauk yang ada di sini sememangnya lebih daripada 15 jenis.

Alamat : 2990, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

Waktu Operasi : Setiap hari, dari jam 7.30 am - 12.00 am    


#2-Restoran Rasa Omak Den

5 Restoran Melayu Yang Best Dan Sedap Di KL Untuk Kita Cuba!

Melihat nama restorannya sahaja kita sudah tahu bahawa hidangan yang terdapat di sini mesti berasal dari Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai pilihan lauk pauk kampung yang terdapat di sini dan hidangan yang terkenal di sini ialah masak lemak cili api, sambal tempoyak daun kayu, keli sambal, daging salai, ayam kampung salai, itik salai, ikan bakar dan lain-lain lagi.

Dan kepada sesiapa yang berasal dari Negeri Sembilan dan tidak tidak tahu di mana tempat yang menghidangkan hidangan kampung halaman yang sedap, anda di sarankan singgah ke restoran ini.

5 Restoran Melayu Yang Best Dan Sedap Di KL Untuk Kita Cuba!

Alamat : Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur 

Waktu Operasi : Setiap hari kecuali Jumaat, dari jam 7.30 am - 5.00 pm

#3-Samudra Exotic River Fish Restaurant

5 Restoran Melayu Yang Best Dan Sedap Di KL Untuk Kita Cuba!

Restoran Samudra Exotic River Fish Restaurant ini sangat ideal untuk  anda semua yang teringin makan ikan sungai terutama sekali dari Sungai Pahang seperti ikan lampam, patin buah, sebarau, tenggalah, baung, kerai udang galah dan lain-lain lagi.

Memang sesuai kepada sesiapa  yang ingin bersarapan ataupun makan  malam di sini. Suasana di restoran ini agak luas, tenang dan juga sangat selesa bagus untuk sesiapa yang ingin  makan secara berkumpulan.

Alamat : 51, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

Waktu Operasi : Setiap hari 11.30am - 10.00pm


#4-Gerai Ikan Bakar Seri Menanti Jalan Bellamy

5 Restoran Melayu Yang Best Dan Sedap Di KL Untuk Kita Cuba!

Kepada sesiapa yang terasa nak makan ikan bakar boleh singgah ke restoran ini. Terdapat pelbagai jenis lauk pauk yang dibakar yang boleh anda  nikmati di sini seperti ayam kampung, ikan kembung, ikan terubuk, sotong, pari dan lain-lain lagi. Apa  yang menjadikan ikan bakar di sini sedap adalah kerana resepi rempah ikan bakarnya yang di biaut sendiri yang sememangnya tiada di tempat lain.  

Kepada yang ingin makan di sini, anda semua disarankan datang sebelum waktu makan tengah hari bagi mengelakkan dari bertembung para pekerja yang bekerja di kawasan sekitar kerana agak susah untuk mendapatkan meja kosong pada waktu itu.

Alamat :  Lorong Bellamy & Jalan Istana, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

Waktu Operasi : di buka setiap hari 10.00am - 10.30pm kecuali Ahad hingga 4.00pm           

#5-Restoran Nasi Lemak Antarabangsa

5 Restoran Melayu Yang Best Dan Sedap Di KL Untuk Kita Cuba!

Kebanyakan orang mesti sudah biasa dengan nama restoran ini kerana telah viral beberapa kali sebelum ini. Bagi sesiapa yang menggemari nasi lemak disarankan untuk singgah ke restoran ini. 

Hidangan Nasi Lemak Antarabangsa ini  diresepikan oleh Puan Normi dan telah menjadi liputan dalam banyak rancangan tv di Malaysia. Restoran yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur ini sentiasa di penuhi pelanggan terutamanya pada waktu malam.

Nasi lemak yang telah disediakan boleh dinikmati bersama  pelbagai jenis lauk yang terdapat di restoran ini seperti sambal sotong, kerang, paru, rendang dan sebagainya. Waktu puncak yang terutamanya pada hujung minggu sememangnya kena beratur panjang walaupun untuk mendapatkan sebungkus nasi lemak.

Alamat :  4, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Setiap hari, dari jam 12.00 am - 12.00pm & 6.00 pm - 12.00 am


Tak Perlu Nak Keluar Rumah, Order Online Saja

5 Restoran Melayu Yang Best Dan Sedap Di KL Untuk Kita Cuba!

Itulah dia antara senarai restaurants near me untuk makanan melayu asli yang boleh kita cuba di KL. Cuma dalam tempoh berkurung ni memang tak bolehlah untuk ke mana-mana. Tapi jika hati rasa teringin nak makan menu masakan melayu asli yang best begini, masih ada caranya.   

Antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan oleh Foodpanda Malaysia. Kat website mereka tu ada bermacam jenis makanan melayu. Pilih saja nak yang mana dan buatlah tempahan. Nanti pihak Foodpanda akan menghantarnya mengikut destinasi yang di pilih kemudian boleh nikmati dengan hati yang tenang tanpa perlu keluar dari rumah. 


8 comments:

  1. nampak sedap sedap belaka... tetiba jadi lapar.. boleh usher foodpanda lepas ni

    ReplyDelete
  2. sygnya foodpanda ni operasinya x menyeluruh. cuma ada di bandar2 besar je.

    ReplyDelete
  3. time PKP ni pulak ada restoran best-best eh boleh oder food panda, nak tengoklah kat apps foodpanda, terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Betul, now kita boleh order food delivery online. So continue to stay at home and stay safe.

    ReplyDelete
  5. Restoran sambal hijau pernh makn dekt situ.. Memng bnyak jenis lauk.. Yang lain tak pernh lagi.. Ok. Nak order dengan food panda.. Ikan bakar mavam sedp je

    ReplyDelete
  6. Kebanyakkan dah gi dah..melainkan ras omak den tu tak gi lagi. Dah abis pkp nanti leh le gi

    ReplyDelete
  7. Semua tak pernah pergi. Kalau dekat memang dah guna khidmat foodpanda order makanan. Takpe tunggu PKP habis nanti

    ReplyDelete
  8. Kita dah la tengah laapaaar... Sekali tengok entry makanan.
    Murung kejap. Haha
    Sedapnya semua..
    Kalau dekat memang ku pilih pilih dah lauknya..

    ReplyDelete