Top Social

Festival Makanan Kanak-kanak Sihat Ayam Brand™ Didik Tentang Pilihan Makanan yang Lebih Sihat

Tuesday, October 02, 2018
Festival Makanan Kanak-kanak Sihat Ayam Brand™ Didik Tentang Pilihan Makanan yang Lebih Sihat  |  Hari ni aku berpeluang untuk turut serta dalam meraikan Festival Makanan Kanak-Kanak Sihat yang dianjurkan oleh Ayam Brand™.. Jenama pilihan rakyat malaysia ini turut menyumbang produk makanan sihat untuk dua bulan kepada empat buah Rumah Kebajikan di Pahang iaitu Rumah Anak Yatim & Miskin Nur Iman, Rumah Anak Yatim & Miskin D'nasti, Pusat Jagaan Wanita & Kanak-Kanak Casa Harapan dan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Nadwah.

En Nathan, wakil daripada Ayam Brand bersama kanak-kanak dari rumah-rumah kebajikan semasa program Ayam Brand™ Healthy KIDS Food Festival 2018 di Pahang.

Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa di ASEAN dengan 23.7% daripada mereka mengalami masalah obes. Pemakanan memerlukan keseimbangan. Obesiti sering dikaitkan dengan tabiat makan yang disemai sejak kecil, di mana kanak-kanak yang mempunyai berat berlebihan biasanya akan menjadi obes ketika dewasa.

Faktor budaya juga menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti di Malaysia. Ini kerana kebanyakan makanan popular di Malaysia adalah seperti snek yang digoreng dan hidangan yang memiliki kandungan lemak tinggi, selain tidak ada banyak kepelbagaian dalam makanan mereka.


Sebab itulah Ayam Brand™, jenama pilihan rakyat Malaysia selama 126 tahun menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat (Healthy KIDS Food Festival) untuk menawarkan pilihan makanan yang lebih baik sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial tahunannya.

Kempen kebajikan pada tahun ini bertujuan memperkasakan kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan mereka sendiri menerusi aktiviti-aktiviti yang interaktif. Aktiviti ini dapat membantu mereka mengenal pasti kumpulan makanan yang penting, memahami jumlah makanan dan membuat keputusan bijak tentang makanan berkhasiat dan membentuk tubuh secara positif.


Ayam Brand™ menyatakan bahawa sumbangan produk kepada rumah-rumah kebajikan yang mengambil bahagian dibuat kerana kebanyakan daripada mereka kurang akses kepada sumber nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan kanak-kanak.

Sudah memasuki tahun kesebelas, Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand telah berjaya menjangkau sekitar 20,000 orang dari 482 pertubuhan kebajikan, serta menyediakan mereka dengan 1,404,000 hidangan makanan yang sihat dan mudah!

Antara sesi bengkel yang dijalankan ialah ‘Yay or Nay’ di mana kanak-kanak belajar untuk mengenal pasti serta membezakan di antara pilihan makanan yang sihat dan tidak sihat, selain teka silang kata tentang manfaat Omega 3 dan DHA di bengkel ‘Crossword’. Di bengkel ‘Healthy Plate’ pula, kanak-kanak menentukan kuantiti kumpulan makanan berbeza untuk menghasilkan satu diet yang seimbang, manakala di bengkel ‘DIY’, kanak-kanak akan menghidang Nasi Lemak Tuna mereka berdasarkan apa yang telah pelajari.

Peserta dari Badan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nadwah berbincang sesama mereka di stesen Yay or Nay
Crossword
Kanak-kanak lebih sihat! Peserta dari Rumah Anak Yatim dan Miskin D’nasti mempelajari pemakanan yang lebih sihat di stesen Pinggan Sihat
DIY

Kanak-kanak amat memerlukan Omega-3, iaitu sejenis asid lemak penting untuk perkembangan otak dan mata yang tidak dihasilkan oleh tubuh manusia. Ibu bapa dan penjaga boleh menambah makanan yang kaya dengan kandungan Omega-3 seperti sardin, mackerel dan tuna dalam diet anak-anak. Bagi kanak-kanak yang tidak sukakan bau ikan, ibu bapa perlu jadi lebih kreatif. Jadi, layari laman web www.ayambrand.com.my untuk mendapatkan pelbagai resepi yang mesra kanak-kanak.

Kelapa pula telah mencapai status makanan super di peringkat global kerana kandungan lemak sihatnya. Ini satu berita baik buat rakyat Malaysia kerana mereka menggemari makanan berlemak seperti Nasi Lemak.


Sebahagian daripada Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, Ayam Brand™ ada memperkenalkan Nasi Lemak yang lebih sihat, mudah dan cepat untuk disediakan yang menggunakan santan jenama ini. Di samping Light Tuna Cili sebagai sambal yang boleh diambil terus daripada tin bersama telur rebus, timun segar, kacang tanah dan ikan bilis untuk menjadi satu hidangan yang enak dan berkhasiat. Kanak-kanak yang menghadiri bengkel ini juga belajar tentang sukatan yang betul bagi setiap makanan untuk diet yang lebih sihat.

Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman, Rumah Anak Yatim dan Miskin D’nasti, Pusat Jagaan Wanita dan Kanak-kanak Casa Harapan dan Badan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nadwah dari Pahang menerima bekalan makanan harian produk Ayam Brand selama dua bulan merangkumi ikan sardin, mackerel, tuna dan santan kelapa untuk semua kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Pengiring dari Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman, Rumah Anak Yatim dan Miskin D’nasti, Pusat Jagaan Wanita dan Kanak-kanak Casa Harapan dan Badan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nadwah bersama En Nathan.

Kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman bersama En Nathan menjulang trofi yang dimenangi mereka

Menurut wakil dari Badan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nadwah, En Mohd Hadzmie, sumbangan produk Ayam Brand™ yang tidak mempunyai bahan pengawet atau MSG tambahan itu sangat dihargai kerana makanan tersebut sihat, pantas dan mudah disertakan ke dalam diet harian mereka.

Maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, sila layari laman web www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes.


7 comments on "Festival Makanan Kanak-kanak Sihat Ayam Brand™ Didik Tentang Pilihan Makanan yang Lebih Sihat"
  1. ayam brand ni memang semua orang kenal dan semestinya menjadi favorite orang Malaysia kan termasuk akak jugak.hehehe

    ReplyDelete
  2. Bagusnya program begini..menarikk buat nasi tuna tu 👍

    ReplyDelete
  3. bagus buat program mcm ni. sbb boleh tahu cara untuk educate anak-anak untuk makan real foods.sekarang ramai kanak-kanak suka fastfoods kan..

    ReplyDelete
  4. Bagus program ini.. Mengajar anak-anak pemakanan yang sihat..

    ReplyDelete
  5. program yang sangat bagus untuk educate kanak-kanak tentang pemakanan sihat.

    ReplyDelete