Top Social

Formula 10.0.6 Membersihkan Kulit Dan Liang Pori Tersumbat

Sunday, October 07, 2018
Formula 10.0.6 Membersihkan Kulit Dan Liang Pori Tersumbat  |  Selalunya aku sangat konfiden dengan hanya mencuci muka dengan pencuci muka sahaja aku rasa kulit muka aku ni dah dibersihkan dengan sempurna.. Rupanya sangkaan aku meleset sama sekali setelah aku diperkenalkan dengan produk terbaru dari Formula 10.0.6 ni.. Produk ape tu? Haaa kalau korang nak tahu, Formula 10.0.6 ini merupakan salah satu produk terbaik yang pernah aku cuba.. Nak tahu cerita aku tentang produk  ni, stay sampai noktah terakhir ye.. Hehe


Formula 10.0.6

Formula 10.0.6...!! Nama pun dah unikkan.. Hiks.. Ok, kalau korang nak tahu, Formula 10.0.6 ni adalah produk penjagaan kulit yang berkesan untuk menangani masalah kulit terutamanya jerawat muda.. Ia mengandungi gabungan tumbuhan semulajadi yang terbukti berkesan. Sebenarnya, dibawah jenama ini terdapat pelbagai jenis produk seperti Cleanser, Mask, Moisturizer, Patches dan sebagainya.. Buat masa ni, Formula 10.0.6 telah melancarkan 12 produk di Malaysia dan 4 topeng muka baru yang dilancarkan pada September 2018.. Best weh!!

Orite, untuk kali ni aku nak kongsi cerita dengan korang tentang tiga produk dari Formula 10.0.6 ni yang dah aku cuba yang mampu membersihkan kulit dan liang pori tersumbat dengan sempurna.. Serius aku dah jatuh cinta dengan produk Formula 10.0.6 ni...  Antaranya :-

  • So Totally Clean Micellar Cleansing Water
  • Total Take Away Skin-Purifying Bubble Mask (New Product!)
  • Draw It All Out Skin-Detoxing Peel Mask (New Product!)


Firstime tengok produk ni, ada sesuatu yang menarik perhatian aku iaitu packagingnya... Smart!! Menarik!! Tertarik!! Ko memang kebabooommm!! Haha.. Mane tak nye weh, cuba tengok font yang digunakan.. Besar gedabak tu.. Memang boleh menarik perhatian pengguna.. Serius aku suka!! Senang sikit nak baca.. Haha!! Lagipun, ia mampu membuatkan hati aku cair untuk membelinya.. Ahakz!! Ok jom aku cerita pengalaman aku guna produk ni..

Formula 10.0.6 So Totally Clean Micellar Cleansing Water


Ok, sebenarnya So Totally Clean Micellar Cleansing Water ni dah lama berada di pasaran.. Cuma aku aje yang lambat kenal dengan jenama ini.. Jadi, bila dah kenal ni, memang harus cuba produk terbaik dari Formula 10.0.6 ni.. 

Kalau korang nak tahu, So Totally Clean Micellar Cleansing Water ni merupakan produk yang unik sebabnya ianya tanpa alkohol.. Haaa sebab itu jugalah aku memilih untuk mencuba produk ni.. Bukan tu saje, apa yang lagi buat aku jatuh cinta dengan So Totally Clean Micellar Cleansing Water ni ia bertindak sebagai toner muka yang mampu menangkis kotoran dan minyak di kulit dengan lebih bersih serta menjadikan kulit lebih licin.. OMG!! I like it!!


Oh ya, So Totally Clean Micellar Cleansing Water ni juga sangat sesuai untuk korang yang berkulit sensitif kerana ia dihasilkan daripada ekstrak campuran botanikal seperti Timun, Rumpai LAut, Chamomile, Witch Hazel, Echinacea, Lavender dan juga Fennel yang membantu memelihara kulit wajah.. Jangan tak tahu ye, rumpai laut berupaya menyingkirkan kotoran sementara timun dan chamomile dapat mengecilkan liang pori serta mengurangkan minyak pada kulit.. Nak lagi berkesan, guna setiap hari ye... Nanti kulit akan lebih lembut dan seimbang..

Kebaikan So Totally Clean Micellar Cleansing Water
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Membersih dan menyegarkan kulit
  • Membuang kekotoran dan mengawal kulit daripada kelihatan berminyak dan berkilat
  • Tanpa alkohol
  • Mengecilkan liang pori kulit


Cara nak guna macam biasalah.. Memerlukan kapas muka ye.. Titiskan So Totally Clean Micellar Cleansing Water ni pada kapas muka dan lapkan pada wajah serta leher secara perlahan-lahan.. Elakkan dari terkena mata ye.. Nanti pedih pulak mata.. Hehe.. Pakai So Totally Clean Micellar Cleansing Water ni tak perlu bilas hokeh sebab ianya bertindak sebagai toner.. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, boleh gunakan 2 kali sehari...

Best sangat produk ni!! Sampaikan aku sendiri tak boleh nak move on dengan kesannya.. Firstime guna, kulit aku jadi lebih lembut dan wajah pun sangat segar.. Paling best, kulit aku betul-betul bersih lepas guna So Totally Clean Micellar Cleansing Water ni.. Sebenarnya, selain dari toner, aku juga jadikan produk ni sebagai make up remover aku tau sebabnya ia mampu membersihkan solekan yang tebal.. Jadi, sebelum cuci muka aku remove dulu make up aku guna So Totally Clean Micellar Cleansing Water ni dan lepas cuci muka aku bersihkan lagi muka aku dengan cleansing water ni sebagai toner pula.. Serius, memang muka aku benar-benar bersih lepas menggunakannya..

Formula 10.0.6 Total Take Away Skin-Purifying Bubble Mask


Ini satu lagi produk yang aku suka.. Bila pakai akan terhasil gelembung buih-buih halus.. Rasa geli-geli jerk kulit muka time gelembung buih tu terhasil.. Eh lupa nak kenalkan.. Produk ini bernama Total Take Away Skin-Purifying Bubble Mask yang boleh menyegarkan kembali kulit yang kusam dan tidak bermaya.. Kalau korang nak tahu, gelembung buih yang terhasil itu disebabkan mask ini kaya dengan oksigen dan mengandungi tanah liat rhassoul yang bertindak menyingkirkan kotoran yang degil dan menjadikan kulit bersih dan berseri..

Kelebihan Total Take Away Skin-Purifying Bubble Mask
  • Menyingkirkan kotoran untuk menjadikan wajah segar dan cerah
  • Tanah Liat Rhassoul membersihkan liang pori tersumbat manakala Teh Hijau berfungsi sebagai anti-oksidan untuk kulit
Bahan Utama
  • Kaolin
  • Bentonite
  • Tanah Liat Rhassoul
  • Teh Hijau
  • Bahan pelembap semulajadi
  • Berasal daripada Sugar Beet Molasses


Cara guna, pump Total Take Away Skin-Purifying Bubble Mask ni dalam kuantiti yang secukupnya dan sapu pada wajah secara lembut.. Seterusnya tunggu selama 3-5 minit untk buih terhasil.. Aku biasa tunggu sampai 5 minit baru cuci sebabnya nak pastikan buih terhasil secara keseluruhannya.. Memang best guna mask ni.. Kalau korang mempunyai pori terbuka, aku sangat rekomen korang guna Total Take Away Skin-Purifying Bubble Mask ni.. Gerenti korang suka sebabnya, liang pori akan terasa bersih sangat lepas guna.. 

Formula 10.0.6 Draw It All Out Skin-Detoxing Peel Mask


Dah bersih, kalau boleh nak bersih lagi.. Inilah jawapannya, Draw It All Out Skin-Detoxing Peel Mask.. Jom bertukar menjadi hitam!! Haha.. Mane tak hitamnya, mask ni dirumus khas daripada arang buluh dan juga plum.. Topeng muka ni sangat best sebabnya bila time nak tanggalkannya, muka relax jerk tak sakit tak sama macam topeng muka arang yang lain yang pernah aku guna sebelum ni.. 

Peel mask ini berfungsi seperti magnet yang sangat kuat untuk menarik dan menyingkirkan kotoran yang tersumbat jauh di dalam liang pori muka.. Bamboo Charcoal dan plum ni bertindak dengan cepat untuk mengecilkan liang pori dan mengelupaskan kulit secara lembut dan ringan.. Jangan risau, pengelupasan yang terjadi bukanlah pengelupasan yang menyakitkan dan berbahaya.. Ia cuma pengelupasan ringan menyingkirkan sel-sel kulit mati.. Kulit muka akan kembali berseri dan segar..



Kebaikan Draw It All Out Skin-Detoxing Peel Mask
  • Bamboo Charcoal dapat mendetoksifikasi liang-liang pori, menyingkirkan kekotoran dan toksin serta mengelupaskan kulit secara ringan
  • Ekstrak buah Plum pula merupakan gabungan yang complex dari 3 jenis plum Australia yang berbeza untuk membantu menyubur, melembap dan menyegarkan kulit.
Bahan Utama
  • Bamboo Charcoal
  • Wild Plum Fruit Complex
  • Bahan pelembap semulajadi
  • Berasal daripada Sugar Beet Molasses


Hitam itu menawan.. Hehe.. Hitam likat warnanya.. Cara pakai sama sahaja macam pakai charcoal mask yang lain.. Sebelum pakai tu pastikan muka dah dibersihkan.. Picit Draw It All Out Skin-Detoxing Peel Mask ke atas tapak tangan dalam kuantiti yang secukupnya.. Kemudian, sapu pada keseluruhan wajah.. Lepas tu tunggulah ia benar-benar kering supaya mudah ditanggalkan..

Serius peel mask ni tak sama dengan peel mask yang lain.. Sebelum ni pernah juga pakai Charcoal mask, time nak cabut tu tuhan saja yang tahu betapa sakitnye kulit.. Terlalu kuat sangat.. Tapi Draw It All Out Skin-Detoxing Peel Mask tak macam tu tau.. Ia lebih lembut dan tak menyakitkan.. Lepas pakai kulit aku rasa lembut sangat dan ofkoslah bersih je kulit muka.. Semua kekotoran dah melekat dekat peel mask ni.. Haha.. Best gile!!

Dah tak nak bebel panjang lebar, meh pakat tengok video aku pakai ketiga-tiga produk ni.. 


Dapatkan Formula 10.0.6 Untuk Kulit dan Liang Pori Bersih Sempurna

Nahhh tu dia dah macam iklan tv "dapatkan Formula 10.0.6 untuk kulit dan liang pori bersih sempurna".. Haha!! Ok, aku dah cuba ketiga-tiga produk Formula 10.0.6 ni dan sangat puas hati dengan keberkesanan produk ini.. Tak mustahil aku akan setia dengan ketiga-tiga produk ni sebabnya ia sangat sesuai untuk kulit aku dan jangan lupa ye, sesuai juga untuk kulit yang sensitif.. Harga pun tak mahal mana dan mudah didapati..


Harga Produk Formula 10.0.6
  • So Totally Clean Micellar Cleansing Water - RM 39.90
  • Total Take Away Skin-Purifying Bubble Mask - RM39.90
  • Draw It All Out Skin-Detoxing Peel Mask - RM49.90

Untuk mendapatkan produk Formula 10.0.6 ni, korang boleh beli di :-

Watsons Online

Selected Watsons Store

Luxor Beauty World Official Store

Astro Go Shop
Lazada


10 comments on "Formula 10.0.6 Membersihkan Kulit Dan Liang Pori Tersumbat"
  1. Liez mmg nak cari sgt product untuk hilangkan pores ni.. blackhead whitehead ni..nnt boleh la beli product ni..

    ReplyDelete
  2. macam baru je lagi masuk watson ni sebab baru ni pergi takde lagi. Susah jugak nak cari peel mask dekat watson or guardian

    ReplyDelete
  3. Makin gojes la sis kita macam ni hehe

    ReplyDelete
  4. Patutlah makin comel Cik Lea kita sekarang ini..

    ReplyDelete
  5. best tengok lea pakai... rasa macam sejuk kat muka kita... hehe

    ReplyDelete
  6. Peel off mask tu macam best je kalau pakai.

    ReplyDelete
  7. nanti nak carilah kat watson...macam best pulak tengok lea pakai

    ReplyDelete
  8. wahh produk baru ke nih , ada jual di drugstore x

    ReplyDelete
  9. ini rahsianya... makin cntek gitu... ^^

    ReplyDelete