Top Social

4 Sebab Susu UHT Fernleaf Menjadi Pilihan Seisi Keluarga

Tuesday, October 09, 2018
4 Sebab Susu UHT Fernleaf Menjadi Pilihan Seisi Keluarga  |  Holaa!! Haa siapa kat sini yang tak suka minum susu? Jangan  macam tu ye kengkawan, susu ni penting sebenarnya untuk tubuh badan kita.. Jadi, rajin-rajinlah minum susu ye.. Hehe.. Korang yang suka minum susu tu, apa jenama susu pilihan korang? Haa bagi aku sendiri ofkoslah susu Fernleaf menjadi pilihan aku seisi keluarga kerana susu Fernleaf ni penuh dengan 100% manfaat terjamin dari New Zealand.. Sebab tulah aku yakin sangat dengan Fernleaf.. Anak-anak aku pun kemahen suka lagik susu Fernleaf ni..


Terbaru, Fernleaf telah mengeluarkan susu UHT sedia untuk diminum dari jenis isian kotak yang lebih mudah diminum, disimpan dan dibawa kemana-mana sahaja.. Jadi, lepas ni dah tak perlu nak bancuh susu tepung bagai, cukup hanya dengan susu UHT Fernleaf ni.. Mudahkan? Susu UHT Fernleaf ini didatangkan dalam tiga perisa pilihan iaitu Full Cream, Low Fat dan Coklat.. Pilihan aku ofkoslah coklat.. Haha!! Full Cream untuk suami dan anak-anak.. Hiks.. Nak tahu tak kenapa susu Fernleaf menjadi pilihan aku seisi keluarga? Jom baca cerita aku..

4 Sebab Susu UHT Fernleaf Menjadi Pilihan Seisi Keluarga

Mungkin ramai yang kenal dengan jenama Fernleaf tetapi aku yakin ramai juga yang tidak tahu mengenai sumber dan pengeluaran susu Fernleaf ini.. Betul tak? Kalau korang nak tahu, sepanjang 30 tahun, Fernlead membawa kebaikan tenusu dari ladang-ladang  mereka di New Zealand kepada keluarga di negara ini dan menyediakan nutrient yang menyumbang kepada diet sihat dan seimbang.. Bukan itu sahaja, malah ada 4 sebab lain yang perlu korang tahu kenapa susu UHT Fernleaf menjadi pilihan seisi keluarga..


1. Kaya dengan kalsium, protien, vitamin A dan vitamin D

Untuk pengetahuan semua, di New Zealand lada diusahakan secara semulajadi iaitu dengan memberikan kebebasan kepada lembu mereka untuk meragut di padang rumput yang subur.. Dengan ini, susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semulajadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Bukan itu saja tau, ia juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga Vitamin D..

Jangan tak tahu ye, lembu tenusu di Fernleaf merupakan jiwa dalam industri tenusu mereka dan para peladang menjaganya dengan penuh dedikasi..


2. Lembu Tenusu dan Rumput

Yang ni korang kena tahu! Bukan semua tau lembu tenusu diberi makan rumput.. Habis diberi makan apa? Haa sepertimana yang kita tahu, New Zealand dengan tanahnya yang subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikannya salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu.

Ia adalah salah satu negara yang lembu tenusunya dapat meragut rumput secara bebas tanpa berkurung dalam kandang, dimana rumput disana adalah rumput yang berkualiti tinggi dan terbaik dari alam supaya mereka dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi.


Dengan menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah, lembu tenusu mereka secara tidak langsung mendapat kandungan vitamin D yang sihat. Disebabkan itu juga, lembu tenusu mereka dapat menghasilkan susu dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu lain yang sering terkurung di dalam kandang..

3. Lembu Tenusu menghasilkan susu secara semulajadi


Bagaimana lembu tenusu menghasilkan susu secara semulajadi? Haa ini jawapannya..

Dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang bersih, lembu tenusu mereka menghasilkan susu secara semulajadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu.. Disebabkan ini juga, susu fernleaf dipercayai ramai dan menjadi pilihan setiap keluarga di Malaysia..

4. Pakar Tenusu yang berpengalaman

Dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu, peladang berdedikasi mereka amat bangga dalam kerja mereka dalam memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna.

Nikmati Susu UHT Fernleaf Untuk 100% Manfaat Terjamin Dari New Zealand


Kalau dah nama lagi air kotak, yang paling awal nak try haruslah anak aku si Qhaliff ni.. Tak sabar-sabar nak sarungkan straw glasess warna kuning tu.. Ala-ala gaya hipster gitu.. Hehe.. Si budak Qhaliff ni pun sebenarnya peminat perisa coklat.. Nampaknya aku terpaksa berebut dengan dia untuk merasai keenakan susu UHT Fernleaf ni.. Haha!! Apa-apa pun, kita bagi can dekat si budak kecik ni dulu try susu UHT Fernleaf perisa coklat ni..



Orite, bagi yang ingin mendapatkan susu UHT Fernleaf ni boleh dapatkan dalam 3 perisa iaitu Full Cream, Low Fat dan Coklat.. Dekat mana nak dapatkan? Ya, boleh didapati di pasaraya dan kedai yang berhampiran dengan korang di seluruh negara pada harga RM5.70 bagi set empat pek (200ml setiap pek) dan RM6.60 bagi setiap pek 1 liter.. Jangan lupa minum susu ye! Anda mampu mengubahnya...






9 comments on "4 Sebab Susu UHT Fernleaf Menjadi Pilihan Seisi Keluarga "
  1. sedap . ccl pun suka susu perisa coklat keluaran fernleaf ni

    ReplyDelete
  2. straw dia tuu menarik perhatian betul. hahahha

    ReplyDelete
  3. cikma masa form5 memg budak fernleaf...huhu..mcm budak2 bawak susu masuk kelas..

    ReplyDelete
  4. minuman kegemaran juga..susu fernleaf..sedap

    ReplyDelete
  5. A big fan dengan jenama fernleaf ni. Dari kecik2 sampai ada anak sekarang ni :D

    ReplyDelete
  6. wah. penuh blog lea dgn produk review bulan ni.
    yg ni is viral :)
    spek straw & lembu tu. comel semua nyer.

    ReplyDelete