Top Social

SHO Red Ginseng | Rahsia Kulit Sihat, Cantik Dan Glowing Wanita Korea

Friday, October 12, 2018
SHO Red Ginseng | Rahsia Kulit Sihat, Cantik Dan Glowing Wanita Korea  |  Hi readers!! Bertemu sekali lagi kita dalam segmen K-Beauty.. Cewaahh dah macam mengacara rancangan tv aje gayanya kan.. Hehe.. Orite, kali ni aku nak kongsikan dengan korang semua tentang satu produk yang menjadi rahsia wanita korea untuk mendapatkan kulit sihat, cantik dan glowing iaitu SHO Red Ginseng... Aku dah cuba tau produk ni.. Serius weh, best sangat!! Patutlah wanita korea cantik-cantik belaka, ini rupanya rahsia mereka!! SHO Red Ginseng ni ada dua jenis tau iaitu SHO Aging Red Ginseng Ampoule dan juga SHO Aging Red Ginseng Ampoule Mask.. Dua-dua best tau... Jom aku cerita..


Rahsia Kulit Sihat, Cantik Dan Glowing Wanita Korea Dengan SHO Red Ginseng

Siapa yang tak nak cantik macam wanita korea kan... Mesti ramai yang mendambakan kecantikan mereka.. Termasuklah aku sendiri.. Nak jadi cantik ni sebenarnya macam-macam cara boleh kita cuba tidak kira sama ada cara tradisional mahupun moden.. Memandangkan aku ni merupakan seorang yang terlalu bizi dengan kehidupan seharian sebagai seorang isteri, ibu, blogger dan wanita bekerjaya, maka aku lebih betah memilih cara moden dalam penjagaan kecantikan.. Memiliki kulit sihat, cantik dan glowing persis wanita korea menjadi idaman aku sejak dulu.. Sebab itulah aku sangat teruja mencuba SHO Red Ginseng ini kerana ini adalah rahsia wanita korea tampil cantik.. Hehe..

Oh ya, SHO ini singkatan daripada 'Special Homecare Origin' ye.. Kalau korang nak tahu, SHO adalah jenama skincare korea yang menggabungkan rawatan kecantikan dan juga sains.. Dibawah jenama SHO, terdapat pelbagai jenis produk skincare yang boleh digunakan oleh wanita bekerjaya yang terlalu sibuk seperti aku untuk membuat rawatan sendiri di rumah.. Jadi, lepas ini tak perlu lagi nak mencari masa untuk ke SPA dan pusat kecantikan.. Lagi pun produk yang mereka hasilkan merupakan produk kosmetik terbaik di Korea dibawah piawaian yang ketat untuk memastikan kualiti dan sijil ISO yang diiktiraf di peringkat antarabangsa..


Satu lagi yang best adalah semua produk mereka bebas dari bahan-bahan berbahaya seperti Triethanolamine, Benzophenone, Mineral Oil, Sulfate, Paraben dan Acrylamid... Jadi, ia selamat digunakan oleh wanita hamil juga.. Korang yang berusia dalam lingkungan 18-50 tahun dan mementingkan aspek penjagaan diri dan kecantikkan, aku sangat recommend produk ni untuk korang cuba kerana produk SHO ini juga diformulasikan bagi melindungi kulit dari sinaran matahari, anti-penuaan dan memutihkan kulit.. Sangat best!!

Kenapa Perlu Memilih Produk Jenis Ampoule?


Kenapa aku lebih suka memilih produk Ampoule ini? Haaa sebabnya ampoule ni dikatakan lebih pekat daripada serum-serum lain yang ada di pasaran dan ia memberikan kesan yang lebih cepat.. Lagi pun produk ini mengandungi bahan yang aktif dan mengambil masa yang lebih singkat untuk melihat kesannya..

Antara kebaikan ampoule ialah :-
  • Menyerap dengan cepat
  • Memberikan kesan berpanjangan
  • Membantu memulihkan keseimbangan kulit
  • Tidak melekit

SHO Aging Red Ginseng Ampoule Mask


Aku suka SHO Aging Red Ginseng Ampoule Mask ni sebabnya baunya tak busuk seperti mask ginseng lain yang pernah aku guna sebelum ni.. Mula-mula aku ingatkan bau dia tak menyenangkan.. Teragak-agak jugak la firstime nak cuba tu.. Bila dah bukak packaging mask ni, wahh bau dia nice.. Aku suka.. Tak busuk langsung.. Sungguh menyenangkan!! Serius best Weh!! Tak percaya sila cuba ye... Hiks..

SHO Aging Red Ginseng Ampoule Mask ni dihasilkan daripada bahan semulajadi yang kaya dengan khasiat seperti Red Ginseng, Mulberry Root, Licorice dan Pleuropterus Multiflorus yang dapat menjadikan kulit lembut dan bersinar..


Selain itu, di dalam produk ini juga terkandung Camellia OIl yang dapat membantu mengimbangi kadar minyak dan air di permukaan kulit serta mengekalkan keseimbangan kulit muka.. Manakala ekstrak Portulaca dan allantoin pula berfungsi melindungi kulit agar tidak terdedah kepada persekitaran dan menjadikan kulit yang lesu dan sensitif kepada kulit yang lebih sihat... Eh ada satu lagi bahan iaitu Trehalose yang bertindak melembabkan dan merehatkan kulit.. Bagi korang yang mengalami masalah kulit, bolehlah cuba SHO Aging Red Ginseng Ampoule Mask kerana ia dapat memulihkan keadaan kulit..


Kebaikan SHO Aging Red Ginseng Ampoule Mask
  • Anti-penuaan
  • Menyuburkan kulit
  • Memulihkan kulit 
  • Menjadikan kulit sihat dan bersinar

Cara Guna SHO Aging Red Ginseng Ampoule Mask



Kalau korang nak tahu, SHO Aging Red Ginseng Ampoule Mask ini kesannya dapat dilihat selepas hanya sekali penggunaan sahaja.. Hampir 80% pengguna telah mencubanya dan memberi feedback yang positif.. Kadar minyak dimuka juga menurun sebanyak 60% dan tahap kelembapan kulit muka pula meningkat sebanyak 46% selepas sekali penggunaan SHO Aging Red Ginseng Ampoule Mask ini.. Ini bukan omongan kosong ye kerana ia telah diuji secara klinikal..

SHO Aging Red Ginseng Ampoule


SHO Aging Red Ginseng Ampoule ni sangat berbeza dengan serum yang ada di pasaran kerana teksturnya lebih pekat dan likat.. Masa mula-mula aku nak cuba produk ni, aku ingatkan ia sangat merimaskan sebabnya tekstur cecairnya sangat pekat.. Dalam fikiran aku, mesti muka akan rasa tebal dan melekit.. Rupanya tanggapan aku tu semuanya salah.. Best sebenarnya pakai Red Ginseng Ampoule ni sebab teksturnya cepat menyerap ke dalam kulit tanpa meninggalkan rasa melekit... Baunya sama juga seperti mask, nice-nice gitu!!


Apa yang perlu korang tahu, SHO Aging Red Ginseng Ampoule ni dihasilkan dari bahan semulajadi seperti ekstrak Red Ginseng, Camellia Oil, Paeonia Suffruticosa Root, Morus Alba Root dan juga Theobroma Cacao Seed.. Ramuan terbaik yang ada dalam produk ini ofkoslah Red Ginseng yang bertindak untuk mengekalkan ketahanan kulit.. Jangan risau, SHO Aging Red Ginseng Ampoule ni sesuai untuk semua jenis kulit...

SHO Aging Red Ginseng Ampoule ini diperkaya dengan 42% ekstrak Red Ginseng yang berupaya memastikan kulit sentiasa sihat dan glowing kerana ia mengandungi nutrisi yang banyak.. Camellia Oil di dalam produk ini sangat bagus untuk melembabkan kulit dan membantu hidrasi.. Selain itu, ekstrak Paeonia Suffruticosa Root dan Polygonum multiflorum root akan membantu melembutkan kulit yang kasar dan berkilat.. Manakala Trehalose pula membantu melembabkan dan menenangkan kulit..


Kebaikan SHO Aging Red Ginseng Ampoule
  • Anti-penuaan
  • Menyuburkan kulit
  • Memulihkan kulit 
  • Menjadikan kulit sihat dan bersinar

Cara Guna SHO Aging Red Ginseng Ampoule


Selepas pakai SHO Aging Red Ginseng Ampoule

SHO Aging Red Ginseng Ampoule ni boleh digunakan secara harian menggantikan serum muka.. Ia 3 kali lebih berkesan dan penyerapan yang lebih baik berbanding serum yang lain.. Kalau korang nak tahu, SHO Aging Red Ginseng Ampoule ni terjual 10 botol dalam masa 1 minit di seluruh dunia.. Pencapaian yang sangat mengagumkan..

Jom tonton video ni dulu..



Jom Jadi Cantik Persis Artis Korea Dengan SHO Red Ginseng

Tu dia!! Jom jadi cantik perisi artis korea!! Haha.. Kalau korang nak jadi cantik macam orang korea, sekarang tak susah lagi kerana rahsia mereka dah pun terbongkar.. Dengan menggunakan SHO Red Ginseng ni, dah boleh dapatkan kulit yang sihat, cantik dan glowing.. Bukan tu sahaja malah kulit yang bermasalah dan rosak dapat dirawat kembali dengan SHO Red Ginseng ni..


HARGA

SHO Aging Red Ginseng Ampoule Mask
RM 159 (7 pcs)

SHO Aging Red Ginseng Ampoule 
RM 189 (50ml)


Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, boleh layari :-

Website

UYA Asia : www.uyaasia.com/

Instagram

Facebook


Boleh juga didapati di :- 

(50 selected stores nationwide)



4 comments on "SHO Red Ginseng | Rahsia Kulit Sihat, Cantik Dan Glowing Wanita Korea"