Top Social

Syarikat WD-40® Menggunakan Keselamatan Berperisai Untuk Mengalihkan Formula Rahsia Ke Lokasi Baru, Sempena Menyambut Ulang Tahun Ke-65

Thursday, October 18, 2018
Syarikat  WD-40® Menggunakan  Keselamatan  Berperisai  Untuk  Mengalihkan  Formula Rahsia  Ke  Lokasi  Baru, Sempena  Menyambut  Ulang  Tahun  Ke-65 |  Ia  boleh  dijumpai  dalam  4  daripada  5  isi  rumah  di  Amerika,  namun  bahan-bahan  dalam  keperluan  isi  rumah  hanya  diketahui  oleh  sebilangan  manusia  di  seluruh  dunia  -  itulah  sebabnya  Syarikat  WD-40  hari  ini  dengan  bantuan  kenderaan  berperisai    dan  keselamatan  terkemuka  mengalihkan  formula  rahsia  ke  tempat  keselamatan  bank  baru.


Bermula  di  pejabat,  Syarikat  WD-40®  Company  di  San  Diego,  Presiden  dan  CEO  Syarikat  WD-40®Garry  Ridge  memberi  amanah  kepada  Brink,  pemimpin  global  dalam  logistik  keselamatan  untuk  menjemput  beliau  yang  digari  berserta  beg  bimbit  membawa  formula  rahsia,  yang  akan  ditempatkan  dengan  selamat  di  bilik  kebal  berhampiran.  Formula  itu  -  belum  pernah  disentuh  oleh  tangan  manusia  berada  di  dalam  syarikat  lebih  15  tahun  sejak  ulang  tahun  syarikat  yang  ke-50  -  harta  milik  berharga  syarikat,  mengisi  tin  biru  dan  kuning  ikonik  di  176  buah  negara  dan  wilayah  di  seluruh  dunia.  Walaupun  "sos  rahsia"  mempunyai  bahan-bahan  asas  yang  sama  sejak  penubuhan  syarikat  65  tahun  lalu,  namun  begitu  Syarikat  WD-40®  tetap  melangkah  ke  hadapan  dengan  mantap.


Syarikat  WD-40®  ditubuhkan  pada  1953  sebagai  Rocket  Chemical  Company  oleh  tiga  juru  teknik  yang  mencari  pelarut  pencegah  karat  untuk  melindungi  roket  daripada  hakisan  dan  formula  pelbagai  guna  itu  telah  berkembang  dengan  baik,͟  kata  Ridge.  ͞Kami  sentiasa  mencari  cara-cara  untuk  menjadikannya  lebih  baik  daripada  hari  ini,  menyampaikan  penyelesaian  yang  unik,  bernilai  tinggi  dan  mudah    digunakan  untuk  pelbagai  keperluan  penyelenggaraan.Ini  termasuk  bukan  sahaja  cara-cara  baharu  untuk  menggunakan  produk  pelbagai  guna  kami,  seperti    WD-40®EZ-REACH,  termasuk    straw  boleh  bengkok  untuk  memasuki  bahagian  yang  sukar  dicapai,  tetapi  juga  siri  produk  baru  yang  khusus  dibuat  untuk  para  DIY  dan  pengguna profesional.


Inovasi  berterusan  telah  membantu  Syarikat  WD-40®  mencapai  jualan  bersih  sebanyak  $381  juta  pada  tahun  fiskal  2017.
  • 2005 :  Syarikat  WD-40®  memperkenal  WD-40®Smart  Straw®  kekal  bergabung  yang  dapat  menyembur  menerusi  dua  cara  -  sebagai  semburan  lebar  atau  aliran.
  • 2009 :  WD-40®Trigger  Pro,  botol  bukan  aerosol  tahan  lama  yang  menyampaikan  produk  hebat  yang  sama,  telah  dibawa  ke  pasaran.
  • 2011 :  Syarikat  memperkenalkan  WD-40®  SpecialistTM,  barisan  produk  penyelenggaraan  yang  terbaik  dalam  kelas  dirumus  khas  untuk  memenuhi  keperluan  pengguna  profesional.  Rangkaian  ini  telah  berkembang  kepada  15  produk  termasuk  produk  penyelenggaraan  WD-40®  SpecialistTMAutomotive.
  • 2012 :  Syarikat  WD-40®  melancarkan  WD-40®  BIKE,  barisan  produk  penyelenggaraan  basikal  berprestasi  tinggi  yang  dibangunkan  untuk  penunggang  yang  suka  memastikan  perjalanan  mereka  dalam  keadaan  terbaik.
  • 2015 :  Syarikat  WD-40®  memperkenal  WD-40®EZ-REACHTM,  straw  yang  bengkok  dan  mengekalkan  bentuknya  untuk  menjadikan  'EZ'-er  bagi  mencapai  sekitar  sudut  dan  tempat  yang  sukar  untuk  dicapai.


Tambahan  kepada  tumpuan  syarikat  kepada  inovasi  untuk  memenuhi  permintaan  pasaran,  Ridge  menganggap  kejayaan  Syarikat  WD-40®  adalah  bergantung  pada  kakitangan  syarikatnya.


1 comment on "Syarikat WD-40® Menggunakan Keselamatan Berperisai Untuk Mengalihkan Formula Rahsia Ke Lokasi Baru, Sempena Menyambut Ulang Tahun Ke-65"
  1. Wow.. Siap bergari tu.. memang betul-betul rahsia formulanya..

    ReplyDelete