Top Social

Maggi Pedas Giler!! Memang Pedas Gilerrrr!!

Tuesday, May 08, 2018
Maggi Pedas Giler!! Memang Pedas Gilerrrr!!  |  Sejak kebelakangan ni ramai betul up pasal Maggi Pedas Giler ni.. Ada yang siap buat challange lagi.. Bila dah tengok bende ni viral, aku pun teringin jugak nak cuba.. Nak tahu jugak sama ada memang betul-betul pedas atau hanya khabar angin sahaja.. Kalau dilihat dari feedback mereka yang dah pernah cuba, rata-rata cakap pedas giler!! Jadi, kite perlu cuba sendiri.. Haha!!


Time beli barang dapur hari tu, encik suami rembat 2 bekas Maggi Pedas Giler!! sebab dia pun nak jugak cuba.. Yang samyang viral dulu, dia dah cuba dan hasilnya, dia masih boleh habiskan dengan jayanya.. Dia cakap tak pedas sangat samyang tu... So, kali ni dia nak cuba pula Maggi Pedas Giler yang viral ni.. Pedas ke?? Huhu..

Untuk memuaskan hati, kami ambil kedua-dua perisa iaitu Tom Yammz dan Ayam bakar... Perisa pilihan aku Tom Yammz dan Encik Suami Ayam Bakar.. Plan asal, encik suami nak makan satu cup aje dulu dan kitorang kongsi.. Tetapi, aku tak puas hati nak jugak makan satu sorang dan nanti baru boleh rasa sikit sorang.. Haha.. Nampak tak gelojoh kat situ...


Bila dah siap bancuh, tengok Maggi Pedas Giler ni dah rasa gerun.. Merah menyala.. Tomyam ka ayam bakar ka, dua-dua merah menyala.. Hadoii... Satu suapan muka dah merah... Dua suapan bibir dah kebas... Tiga suapan lidah dah kelu.. Empat suapan telinga dah berasap.. Lima suapan, aku dah tak boleh blah.. Haha!!

Mula tu aku makan tomyam, lepas tu rasa sikit ayam bakar.. Pergghhh sedap lagi dari tomyam tapi menten pedas.. Siap tukar dengan encik suami lagi sebab ayam bakar berperisa sikit berbanding tomyam.. Tomyam cam tak rasa sangat.. Bagi aku la... Korang aku tak tahu... Walaupun dah tukar dengan encik suami, aku tetap tak mampu nak habiskan sebab terlampau pedas sangat.. Pedas Gilerrrr!!

Mungkin juga aku tak kuat pedas tapi encik suami kuat pedas.. Dia sendiri pun tak tahan dengan tahap kepedasan Maggi Pedas Giler ni.. Sampaikan tak henti-henti minum air untuk hilangkan pedas.. Aku lagi lah, siap makan roti nak bagi hilangkan pedas.. Haha!! 

Esoknya kisah lain pulak kami dapat.. Kisahnya kami mengalami ceriberi.. Haha!! Menyesal makan weh!! Hadoiii.. Lepas ni memang takkan ku makan dah Maggi Pedas Giler ni.. Wuhaaaa!! Korang dah cuba ke? Kalau dah cuba, apa yang korang rasa?? Meh cite kat aku meh!! hehe...

13 comments on "Maggi Pedas Giler!! Memang Pedas Gilerrrr!!"
  1. pedas222 ni takut la nk cuba sbb xtahan pedas...so tgk org je la mkn

    ReplyDelete
  2. Akak cuba sekali....merah menyala muka akak..dania makan relax jer..macam takde perasaan..yang tomyam ni memang pedas giler..yang ayam bakar tu ok x pedas mana pun..ada satu lagi seafood akak x dapat cari lagi

    ReplyDelete
  3. Bila baca ni teringat Mrs. A pun kononnya nak cuba yang pedas giler ni, beli siap sorok dulu takut anak makan. Tapi bila time tambah air tu baru perasan salah maggi da.... yang Mrs. A beli tu kari letup bukannya yang pedas giler ni hahahaha gelakkan diri sendiri sudah.

    ReplyDelete
  4. alaaa teringin nak try tapi takut pedas >,<

    ReplyDelete
  5. haritu cuya ngan besti duk mencari maggi ni...satu kedai pun tak jual..hampa besti cuya...hahaha hopefully leh rasa lah one day

    ReplyDelete
  6. Eh tgk review cam kansel je niat nak cuba, tsk tahan pedas ni

    ReplyDelete
  7. Kalau Ramen mai boleh habis lagi slow2, tapi yang ni haritu memang surrender awal.Bibir dah macam kena sengat tebuan rasa bengkak tu, hahaha.

    ReplyDelete
  8. wahhh cam nak try la nnt..ekekeke

    ReplyDelete
  9. dah cuba dah maggi ni, memang pedas. Sampai berderai keluar air mata bila makan hahahaha

    ReplyDelete
  10. meleleh air liur baca entry ni!hahahaha!kat dapor ada tu belum rasmikan lagi..bila ntah nk merasa..gerun seram pulak eh..hahahah

    ReplyDelete