Jonlivia® Unisex Phiro Back Support Bantu Masalah Sakit Belakang

Friday, May 12, 2017

Jonlivia® Unisex Phiro Back Support Bantu Masalah Sakit Belakang  |  Sejak dah jadi ibu ni, aku selalu mengalami sakit belakang.. Bukan setakat sakit belakang, kadang-kadang tu pinggang dan punggung pun sakit.. Almaklumlah, bila wanita dah bersalin memang camtu la gayanya.. Sakit sana.. Sakit sini.. Sakit belakang yang aku alami ni mungkin juga disebabkan aku mengabaikan postur duduk aku ketika mengadap komputer di tempat kerja mahupun di rumah.. Orang cakap, postur duduk di kerusi kena betul baru tak mendatangkan sakit belakang.. Tapi bila dah buat kerja, takde nya nak ambil berat tentang postur duduk ni.. Main hentam duduk aje kan.. hehe.. Mungkin sebab tu kot sakit belakang aku ni makin menjadi-jadi.. Sampai satu tahap rasa sakit tu, aku dah tak tahu nak duduk atau baring dalam keadaan macam mana.. Pelbagai kaedah juga aku cuba termasuklah berurut dan makan supplement, tapi sakit belakang aku hilang sekejap aje dan ia kembali lagi... Baru-baru ni aku diperkenalkan dengan Jonlivia® Unisex Phiro Back Support dari Jonlivia Malaysia bagi membantu masalah sakit belakang yang aku alami ni... Jom aku ceritakan dekat korang tentang produk ini..

Jonlivia® Unisex Phiro Back Support Bantu Masalah Sakit Belakang
Jonlivia® Unisex Phiro Back Support 

Ok, inilah produk Jonlivia® Unisex Phiro Back Support yang aku maksudkan tu.. Materialnya best tau.. Tak panas dan sangat selesa kalau dipakai di bahagian dalam pakaian kita... Jonlivia® Phiro ni berfungsi lebih kurang macam bengkung juga la cuma ianya cover bahagian bahu kita, tulang belakang dan juga pinggang.. Di zaman serba canggih ni, kebanyakan orang akan menghabiskan masa di hadapan skrin komputer dan mengabaikan postur duduk mereka.. Jika kedudukan duduk salah dan berkekalan terlalu lama ia boleh mendatangkan masalah bongkok.. Jadi, baik kita cegah dari awal sebelum parah dengan menggunakan Jonlivia® Phiro ni.. Jonlivia® Phiro ni dapat membantu orang ramai untuk menyesuaikan diri atau melindungi saraf tunjang mereka untuk mengelakkan bongkok.. Banyak lagi kelebihan dari pemakaian Jonlivia® Phiro ni sebenarnya... Antaranya ialah :-
  • Membuatkan anda kelihatan cantik dan elegant tidak kira semasa anda sedang berjalan atau berdiri.
  • Membantu membetulkan postur tubuh yang lemah
  • Melatih badan anda supaya mendapat postur bahu lebih ideal
  • Memperbetulkan masalah Scoliosis dan masalah-masalah tulang belakang yang lain
  • Melegakan postur yang berkaitan dengan sakit belakang, sakit bahu dan sakit kepala
  • Membantu perbetulkan cara berjalan dan memberi keyakinan
  • Menarik bahu ke kedudukan yang betul, meluruskan leher dan selaraskan tulang belakang.

Memandangkan aku tengah preggy, jadinya tak dapatlah aku nak memakai Jonlivia® Phiro ni lagi.. Aku bagi peluang dekat encik suami dulu pakai.. Hehe.. Dia pun mengalami sakit belakang juga.. Dah lama kot.. Cuma dia buat endah tak endah je tentang sakitnya tu.. Bila dah ada Jonlivia® Phiro ni, dia kemain excited lagik nak cuba.. So, aku bagi la dia chance untuk guna dulu sampai aku selamat bersalin nanti.. Ok, jom aku ajar pulak cara nak pakai Jonlivia® Phiro ni..

Cara Pakai Jonlivia® Unisex Phiro Back Support


1 Pakai Jonlivia® Phiro ni macam korang nak pakai beg sandang..



2 Pegang waist band yang besar dan tarik ke bawah bahagian pinggang



3 Laraskan waist band yang besar tadi mengikut keselesaan dan strapkan



4 Tarik pula waist band yang kecil ke hadapan..



5 Adjust mengikut keselesaan dan strapkan




SIAP!!


Mudahkan!! 

Eceli, encik suami dah pakai Jonlivia® Phiro selama seminggu dan sangat selesa dengannya.. Setiap hari dia akan memakai Jonlivia® Phiro ni selama 30 minit dan paling lama pun 1 jam bagi melatih badan supaya lebih biasa dalam keadaan postur badan yang betul dan ideal.. Tulang belakang ni kalau tak dijaga dari awal, lama kelamaan badan kita akan kelihatan bongkok.. Mane taknye, cam aku sendiri bila duduk mengadap komputer, memang postur duduk aku akan membongkok tanpa sedar.. Bila dah terbiasa membongkok ni, bila berdiri dan berjalan pun akan nampak bongkok badan kita.. OMG!! Aku tak nak jadi bongkok sebelum waktunya.. Kalau boleh tak nak langsung menjadi bongkok sepanjang usia.. Sebab tu lah pentingnya kita biasakan badan kita dengan postur badan yang betul.. Dengan pemakaian Jonlivia® Phiro ini sedikit sebanyak pasti dapat membantu masalah sakit belakang dan juga masalah bongkok..   

Siapa yang memerlukan Jonlivia® Phiro ni?

Khas untuk yang menghadapi masalah :-

↪ Curved Spine

 Hunchback
 Sciatica
 Osteoporotic Fractured
 Spinal Deformation
 Muscles Fatigue
 Myopia



Jonlivia® Phiro ni didatangkan dalam 3 saiz yang berbeza iaitu saiz S, M dan L.. Yang encik suami pakai tu saiz S.. Saiz kitorang lebih kurang aje.. So, boleh kongsi-kongsi pakai sebab Jonlivia® Phiro ni kan unisex.. Perempuan boleh pakai, lelaki pun boleh pakai..


Seperti yang aku dah nyatakan tadi, material Jonlivia® Phiro ni tidak panas dan sangat selesa walaupun dipakai dibahagian dalam pakaian kita.. Jadi, terpulang atas keselesaan sendiri sama ada nak pakai diluar atau didalam pakaian korang... Kalau korang rasa malu-malu kucing dan tak nak expose sangat apa yang korang pakai, boleh la pakai kat belah dalam baju korang.. Jonlivia® Phiro ni nipis je.. Kalau pakai belah dalam pun memang tak perasan.. Kalau rasa nak ada kelainan, bolehlah pakai belah luar.. Nampak la sikit kelainannya dalam berfesyen sebab Jonlivia® Phiro design dia cantik dan boleh bergaya dengannya..


Ok, mengikut feedback dari encik suami, selama seminggu dia pakai Jonlivia® Phiro ni, dia dah dapat biasakan dengan postur duduk yang betul dan lebih selesa.. Bila duduk, postur badan lebih lurus dan tak bengkok lagi... Dah terbiasa dengan kedudukan semasa pemakaian Jonlivia® Phiro katanya.. Tapi perlu konsisten lagi agar terus terbiasa dengan postur badan yang betul dan ideal.. Berkenaan masalah sakit belakang yang dihadapinya, sedikit sebanyak membantu mengatasi masalah tu walaupun tak secara keseluruhan.. Mungkin dengan penggunaan Jonlivia® Phiro dengan lebih kerap, masalah sakit belakang dapat diatasi sepenuhnya.. So, lepas ni encik suami kene lebih konsisten lagi la nampak gayanya pakai Jonlivia® Phiro ni untuk betul-betul pulih dari masalah sakit belakangnya tu.. Nak cepat baik kena lah rajin berusahakan.. Hehe..

Orite, bagi korang yang ada masalah sakit belakang, tulang belakang melengkung, Hunchback (bongkok) atau masalah postur badan, boleh la cuba menggunakan Jonlivia® Phiro... Untuk mendapatkan Jonlivia® Phiro Back Support ni atau untuk maklumat lanjut tentangnya, korang  boleh layari :-


Website

Facebook

Instagram

Youtube

Email
hello.jonlivia@gmail.com

Contact no.
016-263 4410



6 comments:

  1. en.suami kita selalu sakit belakang..mcm sesuai je pakai jonlivia back support ni tapi ada size besor ke idok ni?kena terjah jap...

    ReplyDelete
  2. mmg sgt berguna.. jue pkai time mengadap pc.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula jue.. sangat best kata en. somi.. lea tak leh nk try agik..

      Delete
  3. Bagus ini.. Sha nak belilah.. Sha memang ada masalah tulang belakang..

    ReplyDelete
  4. Brace Support Belt - Helps Relieve Lower Back Pain ... pains and not straining your abdominal areas with this back brace best belt for back pain relief

    ReplyDelete