Tip Untuk Berjaya Dalam Kerjaya

Saturday, September 5, 2020

Assalamualaikum wbt..


Tip Untuk Berjaya Dalam Kerjaya  |  Tip lagi untuk korang.. Haaa kali ni aku nak kasi tip untuk berjaya dalam kerjaya.. Ada tak yang nak berjaya dalam kerjaya ni?? Kalau ada boleh la try tip yang akan aku up kat sini.. Sudi-sudikanlah membacanya ye.. Agak panjang sikit.. Kalau nak berjaya jangan malas-malas untuk baca sampai habis tau..

Silalah baca dan hadam ye.. :)



IMPIAN & SASARAN

Mempunyai impian dan sasaran tertentu untuk mencabar diri ternyata sesuatu yang baik.. Ia melatih diri untuk berusaha mencapai sesuatu yang luar biasa dalam kehidupan..

Bagaimanapun, jika impian atau sasaran yang ditetapkan terlalu tinggi, ia akan memberi tekanan yang lebih besar kepada kita.. Tetapi jangan cepat mengalah sebaliknya cuba sebaik mungkin terlebih dahulu... Gagal sekali bukan bermaksud gagal selama-lamanya.



JANGAN TERTEKAN

Tertekan apabila sesuatu kerja itu tidak dapat diselesaikan atau risau antara punca stress.. Tekanan tidak mendatangkan kebaikan dalam diri kita sebaliknya boleh mendatangkan banyak penyakit..

Apabila kita sering gembira dan senang hati, lebih mudah impian dicapai yang disusuli usaha.. Selain itu, stress akan membuatkan diri kita lemah dan malas untuk melakukan semua kerja.. Untuk Muslim, cara terbaik untuk menghilangkan stress adalah dengan memperbanyakkan doa dan zikir..



BERANI CUBA SESUATU YANG BARU

Sebagai manusia, kita mempunyai satu tabiat yang sering dilakukan iaitu sentiasa mengulangi perkara sama.. Kita takut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana khuatir hanya akan bertemu dengan kegagalan..

Sikap seperti inilah yang menyebabkan seseorang itu tidak maju dan terus ketinggalan.. Tidak salah untuk mencuba sesuatu sebab ia akan membuat minda kita mencuba perkara di luar zon selesa..

Keluar dari zon selesa antara langkah awal untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat...



BANDING PENCAPAIAN DIRI DENGAN ORANG LAIN

Anda boleh membandingkan pencapaian diri sendiri dengan orang lain yang lebih berjaya tetapi jangan terlalu obses sehingga ia berupaya membuatkan anda sentiasa dalam tekanan..

Ini kerana, sekiranya anda gagal untuk mencapai sesuatu tahap yang diingini, ia menyebabkan anda mudah berasa putus asa dan mengutuk diri sendiri..

Setiap individu diberikan daya mampu yang berbeza kerana ada antara kita yang mendapat lebih manakal yang lain pula sedikir rezeki mereka..



KONGSI IDEA DAN MAKLUMAT

Rata-rata manusia hari ini mempunyai 'penyakit' takut-takut untuk berkongsi dan memberitahu idea yang mereka miliki.. Contonnya, bila mereka mempunyai satu idea hebat tetapi mereka simpan kerana takut orang lain menirunya..

Sebenarnya, jika kita berkongsi idea itu bersama orang lain, kita akan menjadi lebih kreatif untuk berfikir.. Secara psikologinya, ia memaksa kita mencari idea yang lebih hebat daripada idea asal.. Ia juga membuatkan kita mengambil rindakan pantas untuk merealisasikan idea berkenaan..



KEKALKAN MOTIVASI DIRI

Kebiasaannya, anda akan berasa tahap untuk memotivasikan diri amat penting bagi setiap individu.. Tetapi pada masa yang sama motivasi diri akan hilang secara perlahan-lahan..

Cara untuk mengekalkan motivasi diri dengan kekalkan momentum anda.. JIka anda sedang berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu pekerjaan, jangan berhenti sehingga dua atau tiga hari kerana momentum anda akan berkurangan..

Motivasi diri juga akan berkurang dan akhirnya semuanya menjadi sia-sia saja.. Oleh itu, sentiasa fikir mengenai kerja yang dilakukan itu supaya momentum anda terus kekal dan tidak berkurangan..



SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

Ramai tidak percaya pada kekuatan berfikiran positif.. Sesetengah orang berpendapat, berfikiran positif hanya cakap kosong.. Sebenarnya tidak kerana apabila sentiasa berfikiran positif, minda kita akan segar dan berdaya saing..

Sematkan kata-kata positif dalam minda dan ulangi sebanyak mungkin.. Mungkin pada peringkat permulaan, anda tidak nampak kesannya tetapi sampai satu tahap, anda akan lihat dengan berfikiran positif kita tidak lagi cepat berputus asa..

Sebaliknya, lebih cekal dan tabah menghadapai dugaan atau cabaran yang mendatang..


DEKATI DIRI DENGAN ORANG YANG HEBAT & BERJAYA

Tahukah anda bahawa 85% kejayaan diri bergantung kepada mereka yang berada di sekeliling kita?

Oleh itu, dekatilah mereka yang hebat dan berjaya supaya anda mempunyai motivasi untuk menjadi seperti mereka.. Beranikan diri untuk meninggalkan kelompok lama dan binalah kelompok baru agar dapat mengorak langkah lebih maju ke hadapan dalam bidang perniagaan mahupun profesional lain..



CATAT MATLAMAT DIRI

Setiap individu mempunyai matlamat untuk berjaya.. Tetapi kalau sekadar mempunyai matlamat tidak cukup.. Ianya hanya ibarat angan-angan kosong..

Sebagai permulaan, tulis matlamat diri yang boleh dilihat, dipegang dan dibaca bagi tujuan peringatan..

Kajian menunjukkan 98% orang tidak menulis matlamat diri.. Ini menyebabkan mereka tidak tahu cara untuk menetapkan matlamat akibat tidak pernah didedahkan dengan perkara berkenaan.. Selain itu, mereka juga tidak percaya dengan menulis matlamat boleh memberi faedah.. Kebanyakannya menyatakan dengan berfikir sahaja matlamat tanpa menulisnya sudah mencukupi..



JANGAN MALU & SOMBONG UNTUK BERTANYA

Terdapat sesetengah orang yang sudah berada di tahap selesa dan hebat malu untuk bertanya kerana risau kredibiliti mereka akan merundum..

Jangan begitu, walau ditahap mana pown anda, ilmu harus sentiasa di cari.. Cara mudah untuk mendapatkan ilmu adalah dengan bertanya.. Dengan bertanya, kita akan mendapat jawapan yang diingini dengan tepat dalam masa yang singkat..

Ada juga yang terlalu merendah diri lalu malu untuk bertanya kerana bimbang soalan yang hendak ditanyakan itu dianggap soalan bodoh.. Mereka terus menyimpan pertanyaan itu dan semua persoalan tidak terjawab dan akhirnya mereka gagal mencapai cita-cita..

Jangan malu beryanya kawan.. Nanti korang jugak rugi.. Bak kata pepatah, "malu bertanya sesat jalan"..


Menguruskan Masa Dengan Baik


PENGURUSAN MASA YANG BAIK

Pengurusan masa sangatlah penting untuk menjadikan seseorang itu berjaya terutamanya apabila anda melakukan lebih daripada satu pekerjaan.. Dengan menyediakan jadual dalam diari harian, lebih memudahkan supaya segalanya berjalan dengan lancar..

Pastikan adan bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerja supaya hidup anda tidak kelam kabut.. Berkomunikasi dengan mereka sekiranya mengalami sebarang kesulitan yang tidak boleh dielakkan..






4 comments:

  1. thanks for sharing sis:) semoga kita semua berjaya mencapai matlamat

    ReplyDelete
  2. Nice sharing. Catatan milestone dalam kerjaya mahupun kehidupan memang penting.

    ReplyDelete
  3. kena pandai scoring and jangan tersasar ape yg kita nak tu :)

    ReplyDelete
  4. mama setuju dgn tips ni. mmg bagus utk praktikkan

    ReplyDelete