Ecolite Boostick Suplemen Untuk Kecantikan Kulit, Tingkatkan Tenaga dan Atasi Masalah Mata Letih

Ecolite Boostick Suplemen Untuk Kecantikan Kulit, Tingkatkan Tenaga dan Atasi Masalah Mata Letih


Ecolite Boostick Suplemen Untuk Kecantikan Kulit, Tingkatkan Tenaga dan Atasi Masalah Mata Letih  |  Hi guys! Agak lama tak berceloteh di sini.. Almaklumlah sekarang ni kehidupan seharian aku semakin sibuk.. Dari pagi sehinggalah membawa ke tengah malam.. Ada kalanya, awal pagi baru dapat lelapkan mata kerana menyiapkan kerja-kerja sampingan aku.. Disebabkan itu jugalah aku kena pastikan yang aku mengambil suplemen tambahan supaya aku sentiasa bertenaga sepanjang hari.. 

Ecolite Boostick Suplemen Untuk Kecantikan Kulit, Tingkatkan Tenaga dan Atasi Masalah Mata Letih

Oh ya, sebut pasal suplemen, kali ni aku nak share dengan korang tentang suplemen yang tengah aku consume sekarang ni iaitu suplemen Ecolite Boostick.. Bagus tau suplemen ni.. Aku consume sebabnya suplemen ini dapat membantu mencantikkan kulit, meningkatkan tenaga dan mengatasi masalah mata letih.. Almaklumlah umur semakin meningkat ni banyak bende nak kena jaga terutama kesihatan.. Kesihatan ni tak boleh dibeli dimana-mana tau.. So, kenalah jaga dari sekarang.. Hehe..

Kenapa Ecolite Boostick?

Ecolite Boostick Suplemen Untuk Kecantikan Kulit, Tingkatkan Tenaga dan Atasi Masalah Mata Letih

Jika ditanya, kenapa aku memilih Ecolite Boostick ni, jawapannya adalah manfaat yang aku perlukan ada padanya.. Ia bagus untuk kecantikan dan juga kesihatan.. Bukan itu saje tau, produk ini juga diformulasi dari bahan semulajadi berkualiti tinggi yang diproses menggunakan teknologi terkini dengan resepi tradisional.. Setiap proses yang dilakukan akan diperiksa dengan teliti bagi menjamin kebersihan dan kualiti produk yang dihasilkan..

Faktor lain yang membuatkan aku tertarik dengan suplemen Ecolite Boostick ini adalah disebabkan packagingnya yang super cute dan travel friendly.. So, mudahlah aku selit dalam handbag aku untuk dibawa kemana sahaja dan boleh consume bila-bila masa dimana sahaja.. 

Bukan itu saje tau, Ecolite Boostick ini juga telah disahkan HALAL oleh JAKIM.. Ini juga merupakan faktor utama bagi aku dalam pemilihan produk.. Bila dah ada status HALAL barulah yakin nak amalkan.. Tak perlu lagi nak rasa was-was.. Lagi pula, produk ini selamat diamalkan kerana mengandungi bahan-bahan semulajadi..

Ecolite Boostick Dengan 3 Variasi Yang Berbeza

Ecolite Boostick Suplemen Untuk Kecantikan Kulit, Tingkatkan Tenaga dan Atasi Masalah Mata Letih

Kalau korang nak tahu, Ecolite Boostick ni didatangkan dalam 3 variasi dengan fungsi yang berbeza iaitu :-

  1. Ecolite Boostick Concentrated Red Dates + Date Palm (Kurma Merah + Kurma Arab)
  2. Ecolite Boostick Concentrated Pear + Bird's Nest (Buah Pear + Sarang Burung)
  3. Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum (Buah Goji + Kekwa Putih)
Setiap kotak Ecolite Boostick ni mengandungi 10 sachet dengan berat bersih bagi setiap sachet adalah 12 gram.. Cara pengambilannya sangat mudah.. Boleh diambil terus ataupun bancuh dengan air suam.. Ikut mana-mana keselesaan sendiri.. Macam aku, lebih suka ambil dari pek terus.. Just koyakkan sachetnya dan terus picit dalam mulut.. Lebih mudah dan cepat.. 

Apa yang menarik lagi, korang juga boleh ambil ketiga-tiganya sekali kerana setiap satunya berbeza rasa dan juga manfaatnya.. So, takde masalah kalau nak ambil ketiga-tiganya kerana produk ini lebih kepada 'food suplement'.. Owh ya, aku suka suplemen ni sebab rasa dia sedap.. Rasa buah sebenar.. Cukup rasa masam manisnya.. Memang sedap.. Patinya juga pekat. Ecolite Boostick ini juga sesuai untuk semua genersai kerana dihasilkan dari bahan semulajadi..

Ecolite Boostick Concentrated Red Dates + Date Palm (Kurma Merah + Kurma Arab)

Ecolite Boostick Suplemen Untuk Kecantikan Kulit, Tingkatkan Tenaga dan Atasi Masalah Mata Letih

Aku agak teruja untuk cuba Ecolite Boostick Concentrated Red Dates + Date Palm ni kerana ia dihasilkan daripada gabungan 2 biji kurma iaitu Buah Kurma Merah dan Kurma Arab.. Siapa yang tak tahu kan tentang khasiat kurma ni.. Baik untuk kesihatan.. Dengan gabungan 2 jenis kurma dalam satu sachet menjadikan variasi ini lebih berkhasiat..

Antara kebaikan Ecolite Boostick jenis adalah ia kaya dengan zat besi dan pelbagai vitamin dimana ia dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh badan, memperbaiki fungsi peredaran darah, mencegah anemia, meningkatkan fungsi hematopoietik, menyuburkan kulit dan rambut serta bagus untuk masalah penghadaman kerana kurma arab merupakan sumber antioksida..

Selain kurma dan kurma arab, didalam boostick ini juga mengandungi Sirap Glukosa, Madu Linden, Gula Merah, Sirap Galacto Oligosakarida dan Asid Benzoik..

Ecolite Boostick Suplemen Untuk Kecantikan Kulit, Tingkatkan Tenaga dan Atasi Masalah Mata Letih

Aku suka rasanya yang masam-masam manis.. Lagi best bila makan yang sejuk baru keluar dari peti ais.. Perhh rasa dia lagi sedap.. Rasa nak makan berpaket-paket.. Hehe.. Sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya bagi yang selalu berasa pucat serta selalu sejuk kaki dan tangan.. Owh ya, kot ada yang nak pipi merah tu boleh la cuba variasi ini.. Katanya jenis ini berfungsi untuk memerahkan pipi.. Bestnyeee!!.. Haha..

Ecolite Boostick Concentrated Pear + Bird's Nest (Buah Pear + Sarang Burung)

Ecolite Boostick Suplemen Untuk Kecantikan Kulit, Tingkatkan Tenaga dan Atasi Masalah Mata Letih

Bila tengok je boostick yang ini, rasa tak sabar nak cuba sebabnya dalam boostick variasi ni mengandungi sarang burung.. Sebagaimana yang kita tahu Bird Nest ni bagus untuk kecantikan kulit disamping itu baik juga untuk kesihatan diri.. Kalau bab kecantikan kulit ni, memang aku teruja sikit.. Siapa yang  tak nak cantik kan.. Hehe.. Kalau korang nak tahu, salah satu khasiat sarang burung ni adalah untuk awet muda dan untuk tingkatkan imunisasi badan juga.. Dalam sihat, barulah luarannya nampak cantik kan.. Hiks..

Ok, dalam boostick ini juga mengandungi buah pear.. Buah pear juga banyak khasitnya tau, antaranya adalah sangat bagus untuk penghadaman kerana buah ini mengandungi serat, air dan nutrien yang tinggi.. 

So, dengan gabungan buah pear dan juga faktor pertumbuhan epidermis (EGF) yang unik ini serta asid sialik sarang burung dapat mendorong pembaharuan sel kulit dan memberi khasiat tambahan yang menjadikan kulit lebih sihat dan cantik.. Selain itu, ia turut membantu memperbaiki sistem pencernaan, mencegah kering tekak, kulit kering dan sembelit..

Ecolite Boostick Suplemen Untuk Kecantikan Kulit, Tingkatkan Tenaga dan Atasi Masalah Mata Letih

Korang yang nak cantik tu, boleh la cuba Ecolite Boostick Concentrated Pear + Bird's Nest ni.. Yang penting selamat untuk diamalkan.. Satu lagi perlulah konsisten ye.. Jangan pula korang cuba hanya satu boostick dah nak nampak cantik.. Memang tak dapat la.. Huhu.. Kena konsisten tau.. Baru nampak hasilnya.. Antara bahan utama yang terkandung dalam boostick ini adalah Sirap Glukosa, Pekatan Lobak, Air, Madu Linden, Sirap Galacto Oligosakarida, Pear Cina, Sarang Burung, Halia, Lily Bulb. Tuckhoe, Buah Luo Han Guo, Akar Kudzu, Ubi Ophiopogon dan Asid Benzolik..

Owh ya, boostick pear + bird nest ni juga bagus untuk mereka yang selalu bekerja sehingga lewat malam macam aku.. Haha.. Sebab itu juga aku ambil boostick pear + sarang burung ni.. Aku selalu kerja sampai lewat malam.. Kadang tu tidur pun tak cukup.. Bawah mata gelap tak payah nak cakap la.. Sentiasa rasa lesu dan tak bertenaga.. Alhamdulillah, lepas amalkan boostick ni, aku lebih bertenaga walaupun kurang tidur.. 

Untuk variasi ini, rasa dia manis, semanis buah pear.. Siapa penggemar buah pear pasti suka akan rasanya.. Sedap!

Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum (Buah Goji + Kekwa Putih)

Ecolite Boostick Suplemen Untuk Kecantikan Kulit, Tingkatkan Tenaga dan Atasi Masalah Mata Letih

Boostick yang ketiga adalah Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum.. Tau tak Wolfberry tu buah apa? Hehe.. Wolfberry itu adalah Buah Goji.. Buah goji juga banyak khasiatnya guys.. Antaranya juga untuk kecantikan kulit, kaya antioksidan, anti penuaan, dapat membantu meningkatkan penglihatan, mencegah kolestrol tinggi dan banyak lagi.. 

Chrysanthemum juga baik untuk mata tau.. So, gabungan antara kedua-dua bahan utama ini dapat membantu melegakan keletihan mata terutamanya bagi mereka yang bekerja dengan skrin komputer atau laptop atau handphone terlalu lama.. Nampak banyaknya 'atau' tu.. Haha.. Selain dua bahan tersebut, terdapat beberapa bahan lain lagi yang terkandung dalam boostick ini seperti Sirap Sirap Glukosa, Air, Jus Pekat Prun, Pekat Delima, Madu Linden, Sirap Galacto Oligosakarida, Buah Goji, Kekwa, Perisa Kekwa sebagai bahan perasa dan Asid Benzolik. Juga sesuai untuk semua peringkat umur..

Ecolite Boostick Suplemen Untuk Kecantikan Kulit, Tingkatkan Tenaga dan Atasi Masalah Mata Letih

Untuk variasi ini, rasa dia manis-manis sedap gitu.. Aku suka rasanya.. Nasiblah boostick Ecolite ni rasa dia sedap kan.. Kalau tak, susah juga aku nak consume boostick ni.. Dah la banyak khasiat, rasanya pun sedap.. Hiks..

Dimana nak dapatkan Ecolite Boostick ni?

Ecolite Boostick Suplemen Untuk Kecantikan Kulit, Tingkatkan Tenaga dan Atasi Masalah Mata Letih

Oklah, bagi korang yang rasa nak cantik tu dan nak jaga kesihatan, bolehlah cuba Ecolite Boostick ni.. Nak ambil ketiga-tiga variasi sekali pun boleh.. Macam aku memang ambil ketiga-tiganya sekali kerana khasiatnya berbeza dan ianya adalah suplemen tambahan dan selamat diamalkan.. Lagi pula, aku memang memerlukan khasiat daripada ketiga-tiga variasi ini..

Biasalah umur dah semakin meningkat ni, banyak benda nak kena jaga terutamanya kesihatan.. Sebab itulah aku amalkan suplemen Ecolite Boostick ni.. Bukan sahaja mudah dibawa kemana-mana malah mudah juga pengambilannya.. 

Dekat mana nak dapatkan Ecolite Boostick ni? Haaa korang boleh dapatkannya di Guardian, Big Pharmacy dan Health Lane Family Pharmacy.. Produk ini memang dijual di farmasi dan ini membuatkan aku lebih yakin untuk mengamalkannya.. 

Harga? Ok, untuk harganya pula - sekotak hanya RM38.80 sahaja.. Dalam satu kotak ni terdapat 10 sachets.. Boleh dibancuh dengan air suam atau terus makan begitu sahaja.. Mudahkan!

Orite guys, untuk info lanjut, boleh layari 👇

➥ Website : https://www.ecolite.com.my/

➥ Instagram : https://www.instagram.com/ecolite_malaysia/

➥ Facebook : https://www.facebook.com/ecolitemalaysiapage/


** Make use of Zalora Coupons to get good discounts on beauty products**




Read more »
Lea Azleeya
0 Comments
Lima Juadah Nostalgia Ramadan yang Mudah dan Lebih Berkhasiat

Lima Juadah Nostalgia Ramadan yang Mudah dan Lebih Berkhasiat


Ayam Brand Kongsi Lima Juadah Nostalgia Ramadan yang Mudah dan Lebih Berkhasiat | Santan ialah makanan utama dalam kalangan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan dan Raya untuk rasanya yang begitu nostalgia, lemak berkrim dan sihat untuk dihidang dalam apa jua juadah masakan.

Ayam Brand ™ memahami kesukaran rakyat Malaysia yang rindu akan rasa kuih pada zaman kanak-kanak dulu namun amat sibuk dengan gaya kerja, dan risau dengan masalah kesihatan yang bakal dihadapi melalui pengambilan makanan yang tidak sihat. Sesetengahnya pula tidak sempat untuk menyediakan juadah sahur dan buka puasa. Kelapa segar umum diketahui sangat bagus tetapi proses mengekstrak santan sememangnya mengambil masa yang begitu lama.

Ayam Brand telah™ pun menyediakan santan kelapa yang enak, sihat dan mudah untuk didapatkan sejak beberapa dekad yang lalu. Santan Ayam Brand™ diperah dengan bersih daripada kelapa-kelapa matang yang terpilih. Ia kemudian disimpan di dalam pek-pek tetra yang mudah, menggunakan teknologi Suhu Ultra Tinggi (UHT). Santan ini setaraf santan yang diperah menggunakan tangan, tetapi lebih mudah kerana anda tidak perlu membersihkannya selepas itu.

Anda boleh menggunakan Santan Ayam Brand™, Santan Trim Ayam Brand™ (45% kurang lemak) atau Santan Super Light Ayam Brand™ (hanya mengandungi 5% lemak) bergantung kepada citarasa anda.

Bersempena dengan bulan Ramadan dan Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, Ayam Brand telah memperkenalkan Santan Ayam Brand™ 200ml dengan pek mudah dibuka Edisi Terhad supaya anda boleh menggunakan hanya ketika perlu, tutup penutup dan sejukkan selebihnya untuk digunakan kemudian hari. Pek baharu tetapi resipi santan yang sama.

Sekiranya anda gemar berkunjung ke bazar Ramadan, anda pasti sedar bahawa juadah nostalgia kegemaran anda tidak selalunya mudah untuk didapatkan. Pencipta resipi Ayam Brand™ telah memperkenalkan lima resipi tradisional menggunakan santan yang boleh anda cuba di rumah. Resipi ini telah diolah dengan teliti bagi mengikut kesesuaian kelengkapan dapur di rumah serta kurang kandungan gula dan lemak melalui kerjasama dengan pakar pemakanan.

Kuih-muih tradisional seperti kuih Akok dari Pantai Timur, kuih Tako yang juga dikenali sebagai kuih Limas dari Selatan, Bubur Pulut Hitam dari Utara, kuih Seri Muka Labu Kuning dari Kelantan dan sagu gula Melaka pasti mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak di kampung halaman. Kesemua kuih ini merupakan hidangan nostalgia yang mempunyai rasa lemak berkrim, diperbuat daripada Santan Ayam Brand™.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom cuba Santan Ayam Brand™ pek mudah buka 200ml untuk Ramadan dan Hari Raya tahun ni! Jangan lupa sertai pertandingan Ayam Brand Masak dan Menang. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu ambil gambar masakan anda yang dibuat menggunakan Santan Ayam Brand™ dan muat naik ke akaun Facebook atau Instagram anda dengan hashtag #santanayambrand. Anda berpeluang memenangi hadiah lumayan all-in-one cooker Innochef yang bernilai sehingga RM17,200! Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.ayambrand.com.my/masakdanmenang.

1. Kuih Akok yang Mudah dan Pantas

Anda hanya memerlukan acuan mufin dan ketuhar sahaja! Didihkan gula Melaka bersama daun pandan yang telah dihiris nipis sehingga gula Melaka larut dan berbau wangi. Alihkan periuk dari dapur dan masukkan Santan Ayam Brand™ secara perlahan ke dalam periuk. Biarkan campuran tersebut sejuk. Sementara itu, panaskan ketuhar, dan sapukan minyak ke dalam acuan mufin. Masukkan telur dan tepung yang telah diayak ke dalam periuk yang mengandungi campuran santan dan gula Melaka dan kacau sehingga sebati. Tuang adunan tersebut ke dalam acuan mufin. Bakar selama 25 minit atau sehingga warna permukaan kuih menjadi perang.

Tips Sihat

Anda boleh mengurangkan gula Melaka tetapi rasa karamel akan berkurangan. Jangan digantikan dengan gula putih kerana ia akan menjejaskan rasa kuih Akok tersebut. Jika anda ingin kuih yang mengandungi kadar lemak yang rendah, gunakan Santan Super Light Ayam Brand™ yang hanya mengandungi 5% lemak.

2. Kuih Tako (juga dikenali sebagai Kuih Limas) 

Kuih Tako atau kuih Limas adalah sama seperti kuih Tepung Pelita tetapi mengandungi elemen manis atau rangup. Kemungkinan besar kuih ini sukar didapati di bazar-bazar Ramadan kerana memerlukan langkah tambahan iaitu penambahan elemen manis atau rangup tersebut. Mari kita lihat resipi mudah daripada Ayam Brand™ yang menggunakan jagung manis dan sengkuang Cina sebagai inti rahsia untuk tekstur dan serat.

Langkah pertama ialah untuk membuat 30 kelongsong kuih tako menggunakan daun pandan. Ini merupakan aktiviti yang menyeronokkan bagi kanak-kanak yang ingin membantu. Seterusnya, sediakan lapisan bawah dengan mencampurkan tepung kacang hijau, gula, garam dan air. Masak adunan tersebut di atas api yang sederhana sehingga pekat, dan padamkan api. Letakkan sengkuang Cina ke dalam setiap kelongsong dan tuang adunan ke dalamnya. Biarkan sejuk.

Untuk lapisan atas, campurkan santan, tepung kacang hijau dan air ke dalam periuk yang lain, dan kacau sehingga pekat. Tuang aduan lapisan atas ke dalam kelongsong dan hiaskan dengan sesudu kecil jagung manis. Simpan di dalam peti sejuk. Sesuai untuk Sahur!

Tip Sihat

Sukatan gula untuk resipi ini telah dikurangkan supaya ia tidak terlalu manis. Tepung kacang hijau, Jagung Manis Ayam Brand™ dan sengkuang Cina menambahkan serat dan vitamin. Apabila dimakan pada waktu Sahur dalam keadaan sejuk, ia mampu membekalkan tenaga yang mencukupi sepanjang hari.

3. Bubur Pulut Hitam


Bubur pulut hitam adalah juadah enak, menyihatkan dan mudah disediakan. Anda boleh membuatkannya mengikuti citarasa anda.

Masakkan pulut hitam, daun pandan dan air di dalam periuk yang bertutup di atas api perlahan. Reneh adunan tersebut selama sejam atau sehingga pulut hitam telah lembut. Pada masa yang sama, panaskan santan, garam dan gula secukup rasa. Untuk menghidangkannya, kaut bubur pulut hitam ke dalam mangkuk and tuang campuran santan ke atasnya.

Tip

Jika anda memiliki periuk tekanan, anda boleh mengurangkan masa penyediaan juadah ini. Anda juga boleh memanaskan campuran santan di dalam ketuhar mikro selain daripada menggunakan dapur. Kita boleh juga memakai alat-alat elektrik yang lain untuk memasak. Anda juga boleh menyediakan hidangan ini dalam kuantiti besar supaya boleh disimpan dalam peti sejuk dan dipanaskan untuk dinikmati semasa buka puasa atau sahur pada hari lain.

4. Kuih Seri Muka Labu

Kuih Seri Muka yang dikenali dengan lapisan bawah pulut yang berlemak dan lapisan atas kastard pandan hijau mudah didapati di mana-mana. Namun, kuih Seri Muka Labu agak sukar ditemui di bazar-bazar Ramadan kerana ia biasanya dibuat hanya untuk suka-suka.

Resipi untuk lapisan bawah pulut boleh didapati di laman web Ayam Brand™. Untuk kastard labu, gaul telur, santan, isi labu yang telah direbus dan dilenyekkan, gula dan tepung sehingga sebati. Gunakan teknik double boil untuk menghasilkan kastard yang halus dan licin.

Tekan pulut ke dalam acuan sehingga padat supaya boleh mengekalkan bentuknya apabila dipotong nanti. Gunakan penapis untuk menuangkan kastard labu ke atas pulut tadi. Kukus di atas api sederhana. Pastikan kuih tersebut sudah sejuk sebelum dipotong secara tradisi dalam bentuk berlian.

Tip Sihat

Guna periuk nasi elektrik untuk menyediakan lapisan bawah. Memandangkan isi labu manis secara semula jadi, anda boleh mengurangkan sukatan gula mengikut cita rasa. Telur adalah sumber protein manakala labu dan santan menambahkan serat, vitamin dan perisa untuk menghasilkan juadah berbuka puasa yang enak.

5. Sagu Gula Melaka

Ini merupakan salah satu juadah yang diminati ramai namun versi komersilnya kerap menghampakan atas sebab kekurangan sagu dan santan, manakala gula Melaka tidak wangi dan tidak mempunyai tekstur karamel. Setelah anda mencuba resipi mudah ini, anda pasti tidak akan kembali ke bazar untuk membeli sagu gula Melaka lagi.

Renehkan sagu di dalam periuk yang mengandungi air panas selama 30 minit dan kacau dengan kerap supaya sagu tidak melekat di periuk. Sementara menunggu sagu masak, panaskan santan bersama air dan garam. Biarkan sejuk. Potong gula Melaka menjadi bentuk dadu dan panaskan sehingga terbit bau wangi.

Untuk menghidangkannya, letak sagu di dalam mangkuk dan tuang santan dan gula Melaka yang telah dicairkan.

Tip Sihat

Anda boleh kurangkan gula Melaka dan gula perang. Untuk rasa lebih enak, panaskan gula Melaka sehingga ia menjadi karamel.

Begitulah caranya kami membangkitkan nostalgia! Ramadan Karim.

Dapatkan semua resipi di atas dan banyak lagi di www.ayambrand.com.my 


Read more »
Lea Azleeya
2 Comments

5 Menu Pencuci Mulut Mesti Cuba di Ipoh Perak  |  Ipoh adalah salah satu tempat yang boleh dianggap sebagai syurga makanan. Dari sarapan pagi, makan tengahari, makan malam sehingga ke kedai kopi, semuanya ada di bandar kecil ini.

Ipoh juga terkenal dengan menu makanannya yang pelbagai. Sesuai dengan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Di sini ada senarai lima tempat makan terbaik untuk aneka hidangan pencuci mulut penyejuk tekak yang sedap dan menyelerakan di Ipoh.

1. Hokkaido Ice Cream Puff

Hokkaido Ice Cream Puff salah satu tempat yang terbaik untuk dikunjungi pada waktu panas di Ipoh. Konsep di sebalik makanan ringan yang menggembirakan ini mendapat perhatian ramai orang.

Paling banyak sambutan adalah ice cream puff! Di sini ada juga roti segar seperti scone yang rangup. Dengan lebih daripada sepuluh pilihan ais krim, pelanggan pasti akan jatuh hati. Nama yang diberi juga unik, poket doremon!

Alamat : 36, Jalan Yau Tet Shin, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Negeri Perak  

Jam : 12.30 PM - 7.30 PM

2. Tai Soo Ipoh


Tai Soo menyajikan beberapa pencuci mulut tempatan terbaik. Ramai mengunjungi tempat makan ini untuk mencuba Soya Bean dan Pandan Syrup Tau Fu Fah.

Tau Fu Fah di sini cukup terkenal dengan lapisan atasnya yang mempunyai kacang bersama hidangan sirap wangi yang tidak terlalu manis. Minuman soyanya pula di buat segar di sini setiap hari dan soya ini merupakan salah satu minuman yang boleh menyejukkan badan.  

Alamat : 24, Jalan Mustapha Al-Bakri, Bandar Ipoh, 30300 Ipoh, Negeri Perak  

Jam : 10.30 PG - 6.00 Petang (Tutup pada hari Rabu) 

3. Mooghurt 


Yogurt beku selalu menjadi pilihan pencuci mulut yang hebat. Bukan sahaja rasanya enak, tetapi juga bagus untuk usus! Di Mooghurt, pelanggan boleh memilih untuk membuat menu pencuci mulut hasil ciptaan sendiri dengan perkhidmatan layan diri.

Menu paling disyorkan adalah Crossy Choco Berry, croissant berlubang yang diisi hingga penuh dengan rasa yoghurt beku coklat dan ditaburkan dengan segenggam Oreos dan sirap coklat. Hidangan coklat yang sedap ini turut ditambah dengan strawberi segar yang dihiris untuk rasa yang lebih wow!

Alamat : 81, Jalan Raja Ekram, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Negeri Perak

Jam : 12.00 PM - 11.00 PM

4. Funny Mountain Soya Bean & Tau Fu Fah


Kedai ini mempunyai konsep yang agak lucu. Mereka tidak mempunyai ruang makan, dan hanya menyajikan tiga pencuci mulut di sini iaitu Tau Fu Fah, Ais Kacang Soya dan Ais Lengkong. Walaupun pilihan menu terhad, orang ramai datang hingga tahap beratur panjang. Kedai pencuci mulut ini merupakan salah satu tempat pelancongan terkenal di Ipoh.

Alamat : 50, Jalan Mustapha Al-Bakri, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Negeri Perak

Jam : 11.00 Pagi - 4.00 Petang 

5. Bella Zia Gelato 


Pemilik kedai gelato ini telah dilatih di Itali. Jika belum pernah merasa menu gelato, inilah tempatnya. Gelato dari bahasa Itali ini maksudnya adalah ‘beku’. Gelato dibuat dengan bahan asas seperti susu, krim, gula, dan dirasakan dengan puri buah-buahan, kacang dan lain-lain perasa. Ia biasanya rendah lemak, tetapi lebih tinggi gula berbanding ais krim biasa.

Gelato boleh disajikan dalam bermacam cara seperti ais krim kon, sandwich, kek, pai, dan sebagainya. Di sini gelato boleh dinikmati bersama donat atau bersama muffin yang baru dibakar.

Alamat : 23 (Bahagian Depan, Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh, Negeri Perak

Jam : 11.00 Pagi - 9.00 malam

Boleh buat tempahan pesanan melalui aplikasi Foodpanda juga. Dengan Foodpanda, para pelanggan tak perlu bersusah payah. Siapa saja boleh order online food delivery dengan senang tanpa masalah.

Lokasi penghantaran juga boleh dipilih berdasarkan lokasi di mana anda sedang berada. Cuaca di Malaysia ini memang tidak menentu, kadang terlalu panas hingga boleh membuatkan diri rasa malas untuk ke mana-mana.

Di mana saja sedang berada, baik di Ipoh, Kuantan, Kuala Lumpur dan sebagainya, cara mudah order makanan sudah ada jadi kenapa perlu nak bersusah payah. Terlalu panas untuk keluar? Tidak perlu risau! Muat turun aplikasi foodpanda ke telefon bimbit masing-masing sekarang juga.



Read more »
Lea Azleeya
3 Comments
Resepi Ayam Tumis Paprika Sedap

Resepi Ayam Tumis Paprika Sedap


Resepi Ayam Tumis Paprika Sedap  |  Sahur pertama kelmarin, aku tak tahu nak masak apa.. Bila jengok dalam peti, cuma ada ayam sahaja.. Tekak rasa nak makan sesuatu yang pedas.. Tapi bosan pulak kalau nak buat ayam masak merah.. Fikir punya fikir, on jerk la Ayam Tumis tetapi diolah sikit resepinya supaya ada kelainan pada rasanya.. Bila dah olah tu, terciptalah Resepi Ayam Tumis Paprika.. Alhamdulillah sedap!! Haha masuk bakul sila angkat sendiri.. 

Resepi Ayam Tumis Paprika Sedap

Eh kenapa tak de lobak dan kacang panjang? Hahaha.. kan aku dah cakap tadi dalam peti ais aku cuma ada Ayam sahaja.. Aku saje je isi nama resepi ni Ayam Tumis Paprika sebab aku masukkan daun limau purut dalam masakan ni.. Bila rasa, ada sikit-sikit macam Paprik.. Kire on la dengan nama tu.. Huhu.. Jom tengok resepinya.. Resepi simple jerk tau!!

RESEPI AYAM TUMIS PAPRIKA SEDAP

Bahan-Bahan :-

5 ketul ayam
Tepung Tempura Bistari
1 biji Bawang Besar - hiris
3 ulas Bawang Putih - ketuk
5 biji Lada Kecil - buang tangkai & belah 2 bahagian atas sahaja
1 biji Lada Besar (Merah) - hiris
2 sudu besar Cili Boh
2 sudu besar Sos Cili
2 sudu besar Sos Tiram
1 helai daun limau purut
Sedikit Kicap
Sedikit perasa Pasti Sedap Knorr
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara-Cara :-

Goreng Ayam
  • Perap ayam dengan Tepung Tempura Bistara selama 30 minit
  • Selepas 30 minit, gaulkan atau golekkan ayam perap tadi ke dalam Tepung Tempura Bistari sekali lagi
  • Goreng ayam sehingga masak
Tumis Ayam

  • Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bawang putih & bawang besar..
  • Seterusnya masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak
  • Masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit kicap serta garam dan perasa Pasti Sedap Knorr secukup rasa.. Kacau rata..
  • Sekiranya terlalu kering, boleh masukkan sedikit air..
  • Kemudian, masukkan ayam, lada kecil, lada besar dan daun limau purut.. Kacau rata dan tunggu sehingga masak
  • Dah masak bolehlah dihidangkan..

Pasti Sedap Knorr Menyedapkan Lagi Masakan


Ni tip nak bagi kat korang.. Kalau nak sedapkan lagi masakan korang, pastikan korang guna Pasti Sedap Knorr barulah terangkat masakan korang tu.. Aku memang pengguna setia produk keluaran Knorr ni.. Bukan Pasti Sedap sahaja tetapi Chicken Stock dan Lime Flavoured Powder pun aku guna jugak..

Baca Sini : Chefmanship Akademi Mendidik Pengendali Makanan Dengan Pengurusan Sisa Dan Lebihan Makanan Sebelum Bulan Puasa


Read more »
Lea Azleeya
14 Comments
Tahukah Anda Kelebihan Berbuka Puasa Dengan Kurma?

Tahukah Anda Kelebihan Berbuka Puasa Dengan Kurma?



Assalamualaikum wbt..

Korang dah ada stok kurma ke kat umah tu?? Kalau tak de lagik baik pergi la beli sebab banyak sangat manfaatnya bila kita berbuka dengan kurma... Kengkonon kan aku ni.. Aku pown baru jerk tahu sebenarnya.. Baru aje tadi aku search kat tenet manfaat berbuka puasa dengan kurma.. Nak jugak tahukan kelebihannya.. Rupanya banyak betul kelebihan bila kita berbuka dengan kurma.. Korang nak tau tak?? Meh sini ramai-ramai aku nak kongsi ngan korang ni... 


Tu dia.. Korang leh la baca lebih lanjut kat page Kevin Zahri.. Banyak jugak tips ramadhan dia bagi... hehe

Selamat berbuka untuk korang semua.. Berbuka dengan kurma dulu yeekkk...!! Jangan loopaaa...


Read more »
Lea Azleeya
3 Comments
4 Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Wajah Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai

4 Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Wajah Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai


4 Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Wajah Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai | Baru-baru ni aku plan nak beli pencuci muka dekat satu website ni.. Tetiba aku jadi blur sekejap tak tahu nak pilih pencuci muka jenis apa sebabnya aku sendiri konfius dengan jenis kulit aku.. Apa jenis kulit muka aku yang sebenarnya.. Berminyak ke? Kering ke? Kombinasi ke? Haduii kusut jugak sekejap.. Haha!! Takkanlah aku nak pergi ke pusat rawatan kecantikan, semata-mata nak tahu jenis kulit aku kan.. Jadi, jalan penyelesaiannya aku mintak tolonglah encik google.. Dan hasilnya, aku terjumpa artikel ni dari website Hijab & Heels sebagai panduan aku.. Jom pakat kenal pasti jenis kulit wajah sebelum beli pencuci muka yang sesuai..

4 Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Wajah Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai

Read more »
Lea Azleeya
13 Comments
[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)