BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength Baik Untuk Jantung, Otak dan Mata

Wednesday, March 24, 2021

1 comment

BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength Baik Untuk Kesihatan Jantung, Otak dan Mata  |  Hi guys! Lama tak bercerita kat sini.. Rindu serindu rindunye... hehe.. Ok kali ni aku nak bercerita tentang supplement yang sedang aku amalkan untuk kekal sihat.. Supplement tambahan ni penting tau sebabnya macam aku sendiri, pengambilan makanan seharian bukanlah seimbang mana.. Memang tak terjaga sangat.. Sebab itulah, aku perlukan supplement tambahan untuk mencukupi apa yang tak cukup dalam badan aku ni.. hehe.. Ok, kali ni aku nak sembang tentang supplement minyak ikan pula.. Mesti korang dah familiar kan atau korang pun mengamalkannya juga..

BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength Baik Untuk Jantung, Otak dan Mata

Ingat lagi masa kecil-kecil dulu, ayah aku selalu sangat belikan supplement minyak ikan dalam bentuk cecair untuk kami adik beradik.. Katanya kami ni, kurus sangat.. Ikan pun tak berapa nak makan, asyik dok hadap ayam jerk.. Haha.. Sebab itulah, dia belikan minyak ikan untuk kami.. Paling tak boleh nak hadap minyak ikan perisa original yang warna putih, perghh nak telan tu bercita-cita... Tapi kena telan jugak.. Kalau tak, kena marah dengan ayah.. Haha.. Itu cerita zaman kanak-kanak dulu la.. Now, dah dewasa aku masih amalkan supplement minyak ikan ni tapi dalam bentuk softgel iaitu BiO-LiFE MaxX Fish Oil Double Strength..

BiO-LiFE MaxX Fish Oil Double Strength Baik Untuk Kesihatan Jantung, Otak dan Mata

BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength Baik Untuk Jantung, Otak dan Mata

Tahukah anda? Omega-3 merupakan sejenis kumpulan asid lemak poli tak tepu yang diperlukan oleh tubuh.. Kalau korang nak tahu, ianya tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita dan mesti diambil dalam diet harian kita.. So, diet kita mesti kena seimbang untuk dapatkannya.. Omega-3 ni memainkan peranan penting tau dalam fungsi otak, perkembangan dan tumbesaran juga memberi kebaikan kepada kesihatan kita seperti mengurangkan risiko penyakit jantung, mencegah kemurungan dan banyak lagi... Sebab itulah kita disarankan untuk mengambil satu sajian ikan dalam diet harian kita kerana ia dapat membantu pengambilan omega-3 yang mencukupi dalam diet seharian kita.. 

Kalau korang nak tahu, omega-3 boleh didapati daripada pelbagai sumber tetapi sumber yang paling kaya adalah daripada sumber ikan laut seperti :-

  • Ikan tuna
  • Ikan parang
  • Ikan sardin
  • Ikan kembung
  • Ikan bilis

Bagi korang yang mungkin tiada masa untuk mengatur diet harian dengan seimbang atau mungkin ada juga yang tidak gemar makan ikan, bolehlah mengamalkan supplement minyak ikan.. Sekarang ni di pasaran terdapat pelbagai produk supplement omega-3 terutama dalam bentuk supplement minyak ikan.. Jadi, bagi korang yang mengalami kekurangan pengambilan kumpulan asid lemak penting daripada diet harian bolehlah mengambil supplement minyak ikan ni.. Supplement apa yang bagus? Ofkos la Bio-Life MaxX Fish Oil Double Strength guys!! Korang nampak tak perkataan 'double' tu.. Jom aku cerita.. hehe..

BiO-LiFE MaxX Fish Oil Double Strength


MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength adalah minyak ikan berkualiti berganda yang mengandungi asid lemak Omega-3 untuk menyokong fungsi normal badan yang sihat.. Asid lemak omega-3 diekstrak dari ikan laut dalam iaitu ikan bilis dan minyak ikan yang digunakan dibersih menggunakan proses penyulingan molekul..

Mengapa ia dipanggil "Double Strength"?

Minyak ikan 1000mg biasa menyediakan 180mg EPA dan 120mg DHA .. Oh ya, kalau korang nak tahu EPA dan DHA ini adalah sejenis Omega-3 ya.. Apa yang bagusnya BiO-LiFE MaxX Fish Oil Double Strength 1000mg ini adalah ia mengandungi 360mg EPA dan 240mg DHA dalam satu kapsul.. Jadi kandungan omega-3 nya 2 kali lebih pekat berbanding minyak ikan biasa.. 

Kelebihan MaxX Fish Oil Double Strength

  • Mengandungi 2 kali ganda kepekatan Omega-3 EPA & DHA
  • Berbentuk Omega-3 triglyceride, yang mudah diserap dan digunakan oleh badan
  • Diproses melalui penyulingan molekul yang menghilangkan hampir semua kotoran dan bahan cemar dari minyak ikan mentah (safety & quality assurance)
  • Dihasilkan daripada ikan bilis, salah satu ikan kecil laut dalam yang kaya dengan asid lemak omega-3

MaxX Fish Oil Double Strength ni merupakan kaedah yang paling mudah untuk kita ambil bagi meningkatkan pengambilan omega-3 untuk kekal sihat dan mengurangkan risiko penyakit jantung.. Bukan sahaja baik untuk jantung tau tetapi baik juga untuk otak dan juga mata.. Siapa yang disyorkan untuk mengambil MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength ni? Semua orang terutamanya orang yang kurang pengambilan ikan secara semulajadi dan orang yang ingin menjaga kesihatan..

Cara Pengambilan MaxX Fish Oil Double Strength

BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength Baik Untuk Jantung, Otak dan Mata

Dos yang disyorkan dalam pengambilan MaxX Fish Oil ini adalah :-

  • Dewasa : Ambil 1 kapsul, 2 kali sehari selepas makan atau seperti yang disarankan oleh doktor atau ahli farmasi anda..

Dapatkan BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength Untuk Kekal Sihat


BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength Baik Untuk Jantung, Otak dan Mata

Ok, bagi korang yang ingin kekalkan kesihatan atau yang memang tak suka makan ikan, bolehlah amalkan BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength ini.. Kat mana nak dapatkannya? Orite, korang boleh dapatkan di farmasi berdekatan dengan korang dengan harga RM190 untuk satu box ini kat dalamnya ada 3 botol fish oil yang mengandungi 100 biji softgel bagi setiap botol.. (RM190 untuk 100s X 3)

Untuk maklumar lanjut, korang boleh layari : http://www.biolife.com.my/



Read More

BiO-LiFE Proutix Supplement Probiotik Khas Untuk Wanita

Monday, March 15, 2021

1 comment

BiO-LiFE Proutix Supplement Probiotik Khas Untuk Wanita  |  Jadi seorang wanita ni banyak cabaran dan dugaannya... Nampak mudah tapi sebenarnya tak seperti yang dilihat.. Tambahan pula bila sudah bergelar seorang isteri dan ibu ni, tanggungjawab yang digalas lebih berat dan mencabar.. Perkara paling penting yang harus aku kena jaga adalah kesihatan.. Sebab itulah aku mengamalkan supplement bagi memastikan kesihatan aku terjaga dan aku dapat menjalankan rutin harian aku dengan sempurna. Kat sini aku tak nak kongsikan semua supplement yang aku ambil tetapi aku nak share dengan korang satu supplement ni khas untuk kesihatan para wanita di luar sana.. Oh, wanita jom ambil tahu!

BiO-LiFE Proutix Supplement Probiotik Khas Untuk Wanita

BiO-LiFE Proutix Supplement Probiotik Khas Untuk Wanita

Mungkin dikalangan kita pada hari ini memandang remeh tentang kesihatan dibahagian intim wanita.. Tahukah korang, amatlah penting bagi kita sebagai wanita menjaga bahagian tersebut dengan sebaiknya supaya tidak mengalami masalah yang lebih serius. Kali ni aku nak share dengan korang supplement probitik yang diformulasikan khas untuk meningkatkan kesihatan miss-v wanita..

Ada tak dikalangan korang yang mengalami kegatalan dibahagian miss-v? Kalau ada korang kena baca ni sampai habis ye.. Macam aku sendiri pernah mengalaminya terutama semasa mengandung.. Amatlah tidak selesa bila berlakunya kegatalan dibahagian tersebut.. Segala aktiviti yang dilakukan pun rasa tak kena dan tak selesa.. Apa puncanya? Ok kalau korang nak tahu, rawatan antibiotik boleh mengubah bakteria protektif (Laktobacilli) dalam vagina dan menggalakan pembiakan Candida yang berlebihan. Pengeluaran hormon estrogen dan progesterone yang tinggi semasa mengandung merendahkan tindakbalas imuniti dan seterusnya boleh meningkatkan peluang untuk mendapat jangkitan kulat pada miss-v yang menyebabkan kegatalan berlaku..

BiO-LiFE Proutix Supplement Probiotik Khas Untuk Wanita

Adakah miss-v kita sihat?

Kalau korang nak tahu, dalam faraj wanita yang sihat, ia terdiri daripada keseimbangan bakteria bermanfaat yang sihat umumnya dikuasai oleh lactobacillus yang dapat membantu mengekalkan persekitaran miss-v yang sihat dan mencegah jangkitan pada miss-v kita...

BiO-LiFE Proutix Dengan Probiotik Membantu Miss-V Kekal Sihat

BiO-LiFE Proutix Supplement Probiotik Khas Untuk Wanita

Proutix adalah suplemen probiotik yang dirumus khas untuk kesihatan wanita. Proutix ™ mengandungi 2 strain yang dikaji secara klinikal, Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan Lactobacillus reuteri RC-14 untuk membantu meningkatkan kesihatan wanita.

Tahukah anda? Dengan mengambil probiotik dapat membantu menghasilkan semula bakteria bermanfaat dan mengembalikan keseimbangan mikrobiota miss-v yang terganggu. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan oral Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan Lactobacillus reuteri RC-14 selama 4 minggu telah meningkatkan populasi bakteria bermanfaat secara signifikan dalam flora miss-v. Ia dapat membantu melindungi kesihatan miss-v melalui beberapa mekanisme :-

  • Mengekalkan keasidan miss-v pada pH 3.8 - 4.4 yang menyokong pertumbuhan bakteria bermanfaat tetapi mengurangkan pertumbuhan bakteria jahat
  • Membentuk penghalang semulajadi terhadap bakteria jahat di permukaan dinding faraj
  • Menghasilkan bahan antimikroba dan hidrogen peroksida yang membunuh bakteria jahat


Kelebihan Proutix

BiO-LiFE Proutix Supplement Probiotik Khas Untuk Wanita

  • Disahkan HALAL
  • Selamat untuk penggunaan jangka panjang
  • Sesuai untuk wanita hamil
  • Strain probiotik iaitu Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan Lactobacillus reuteri RC-14 terbukti secara klinikal
  • Kembalikan keseimbangan mikroflora dalam sistem urogenital wanita
  • Mengurangkan risiko mendapat ketidakselesaan urogenital
BiO-LiFE Proutix Supplement Probiotik Khas Untuk Wanita

Aku suka packagingnya yang berwarna pink.. Memang sesuai dengan temanya supplement untuk wanita.. hehe.. Kapsul Proutix ini pula berasaskan sayur-sayuran yang menggunakan pengkapsulan-micro khas untuk melindungi kultur bakteria hidup daripada asid gastrik.. Di dalam setiap kapsulnya mengandungi 2.5 bilion CFU Lactobacuillus rhamnosus GR-1 dan 2.5 bilion CFU Lactobacillus reuteri RC-14.  It does not added with yeast, milk derivatives, wheat or corn starch, gluten and preservatives, artificial colours and flavours ya! Selamat untuk penggunaan jangka panjang..

Cara penggambilannya pula adalah 1 kapsul setiap hari selepas makan atau seperti yang disyorkan oleh ahli farmasi atau pakar perubatan. 1 botol terdapat 30 biji kapsul cukup untuk pengambilan sebulan..

Pengalaman Selepas Mengamalkan BiO-LiFE Proutix

BiO-LiFE Proutix Supplement Probiotik Khas Untuk Wanita

Selepas mengamalkan BiO-LiFE Proutix ni, Alhamdulillah aku rasa lebih yakin dan selesa sepanjang hari.. Aktiviti yang dilakukan sepanjang hari pun lebih bermakna disamping anak-anak dan family tercinta.. Tiada lagi ketidakselesaan dalam beraktiviti bersama mereka.. Rasa lebih bebas dan sihat.. Terima Kasih BiO-LiFE kerana memahami setiap wanita.. Dengan Proutix aku rasa lebih sihat, yakin dan ceria.. Nak meluangkan masa melakukan hobi membaca buku pun rasa happy!

Info lanjut, boleh terjah website mereka di http://biolife.2.vu/GR1andRC14



Read More

Tanda, Rawatan dan Pencegahan Penyakit Tibi (Tuberkulosis)

Sunday, March 14, 2021

3 comments
Assalamualaikum wbt..


Tanda, Rawatan dan Pencegahan Penyakit Tibi (Tuberkulosis)  | Kebelakangan ini ramai betul yang batuk-batuk.. Kadang-kadang ada yang sampai berminggu-minggu tak baik-baik lagi.. Mungkin kah batuk biasa atau telah dijangkiti penyakit batuk kering atau lebih dikenali dengan penyakit Tibi... Kalau korang perasan di televisyen sekarang pown kerap ditayangkan iklan tentang penyakit Tibi ni.. Mungkin sekarang musim ramai yang terkena Tibi kowt.. Bahaya ke Tibi ni?? Ofkos bahaya... Jom ambil tahu serba sedikit tentang Penyakit Tibi (Tuberkulosis) ini..


APA ITU PENYAKIT TIBI?




TANDA-TANDA & GEJALA PENYAKIT TIBI

 Batuk yang berterusan selama 2 minggu
 Kahak yang mengandungi darah
 Demam dan berpeluh, lazimnya pada sebelah petang dan malam
 Susut berat badan dan hilang selera makan
 Sakit dada bila batuk atau semasa menarik nafas panjang
 Mudah letih dan lemah badan


CARA JANGKITAN

Kuman TIBI disebarkan melalui udara.. So, bila pesakit TIBI bersin atau batuk, kuman TIBI akan bertebaran di udara... Individu yang menyedut udara tercemar tersebut akan terdedah kepada jangkitan kuman TIBI ini..


GOLONGAN BERISIKO TINGGI MENDAPAT JANGKITAN TIBI

 Perokok tegar
 Pembawa HIV
 Warga tua
 Pengidap penyakit kronik seperti diabetis, tekanan darah tinggi, buah pinggang
 Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka masa yang lama


CARA MENGESAN TIBI

 Melakukan pemeriksaan kahak 
 Menjalankan pemeriksaan x-ray


LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT TIBI

 Dapatkan suntikan BCG bagi bayi yang baru dilahirkan dan murid sekolah darjah 1 (7 tahun) sekiranya tiada parut BCG dilengan.
 Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya mengalami batuk berterusan lebih 2 minggu
Ahli keluarga / individu yang terdekat/rapat dengan pesakit TIBI hendaklah tampil bagi menjalani pemeriksaan.

TIPS UNTUK PESAKIT TIBI

 Mendapatkan rawatan yang berterusan sehingga betul-betul sembuh
 Amalkan cara hidup yang sihat dan memakan makanan yang seimbang
 Mendapatkan rehat yang secukupnya
 Pastikan pintu dan tingkap rumah dibuka pada waktu siang supaya mendapat pengudaraan   yang baik bagi mencegah kuman TIBI merebak.
 Cahaya matahari juga penting bagi membunuh kuman TIBI yang bertebaran di udara dengan membiarkan cahaya matahari memasuki rumah seberapa banyak yang boleh
 Berhenti merokok


Dah tahukan tanda-tanda penyakit TIBI ni.. So, kalau korang mengalami tanda-tanda tersebut, cepat-cepatlah ke klinik untuk membuat pemeriksaan... Cegah sebelum parah..!!

Sepintas lalu, pesanan dari KKM...






Read More

Petua Hidup Tenang

7 comments

Assalamualaikum wbt..



Selamat pagi olls... Dah sarapan belum?? Sebelum kerja pergi sarapan dulu yekk.. Baru best buat kerja.. Tenang aje.. Ye dak..?? Okeh.. Pagi ni aku nak kongsi tips atau petua untuk mendapatkan hidup yang tenang... Bagaimana?? haaa.. ni la yang aku nak habaq kat korang ni... Ada 12 petua yang aku nak kongsikan disini... Sama-sama kita amalkan dan mencari ketenangan dalam hidup ni.. Moga dapat membantu korang-korang semua dan aku juga.. hikss... Jommm followwww 12 tips hidup tenang...!!

1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.

2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.

3. Tidak berlebihan melakukan  apa yang anda tidak mampu buat.  Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.

4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyum kan saja.. 

5. Jangan bazirkan tenaga dan masa  terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.

6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.

7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.

8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan..

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang..

10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan..

11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri..

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah..


Dah abeh baca ke?? Kalau dah abeh baca pasni boleh la amal-amalkan yek.... Tanam dalam hati "Aku boleh..!!!" Bila hidup tenang baru lah hari-hari yang dilalui indah dan lebih bermakna kan... 


Read More

Tips Disiplinkan Diri Minum Air Mencukupi Setiap Hari

Tuesday, March 9, 2021

4 comments
Assalamualaikum wbt..


Tips Disiplinkan Diri Minum Air Mencukupi Setiap Hari  |  Terasa kekusaman diri kini.... Dengan kulit keringnye.. Tumit pecah lah.. Bagai-bagai kejadian pada diri telah berlaku.. hehe.. Bunyik cam tragik jerk kan... Sies wehh, rasa diri aku sekarang kusam bangat... Mungkin tak cukup air kowt.. Almaklumlah aku ni memang seorang yang sangatlah susah nak minum air masak/putih/mineral... Terasa payau tekak bila minum.. hehe.. Asek dok minum air manis aje seharian... Kalau minum air masak pown, mesti yang berais.. Barulah boleh telan...

Harini aku dok google tips-tips untuk disiplinkan diri untuk minum air masak secukupnya untuk sehari-hari... Hari ni berkobar-kobar nak usaha.. Esok lusa tak tahu la ape jadik.. haha..!! Nak minum air yang cukup untuk badan kita seharian, kena tahu jugak ye berapa keperluan air untuk badan kita.. Nak tahu sebanyak mana keperluan air untuk badan kita kene lah sukat dulu..

Sukatan Air Mengikut Berat Badan

Tengok jadual yang dikeluarkan oleh KKM tu.. Korang yang mana satu?? Untuk aku keperluan air untuk sehari adalah dalam 2 Liter lebih... Banyak tu weh.... Banyak bagi aku yang susah nak minum air masak ni hokehhh!! Haha..

Okeh lepas ni aku nak disiplinkan diri aku yang dah kusam ni dengan minum air masak yang mencukupi... Jom tengok tips apa yang encik google suggestkan pada aku.. Cewaahh.. Mula-mula kita tengok dulu waktu yang betul dan sesuai untuk kita minum air ye...

Untuk cara di atas, sehari keperluan air hanya 5 gelas sehari..



Untuk cara kedua ni pulak, keperluan air adalah 8 gelas sehari

Cara ketiga ni pula, disiplin 3L sehari... Huwahhh..!! Pengsannn..!!


AWAS!!!

Perlu diingat ye korang-korang semua... Air yang berlebihan juga akan memberi kesan yang buruk pada kita... Yang ni aku terbaca di blog Kevin Zahri... Bahaya juga sebenarnya jika pengambilan air berlebihan rupanya.. 


Info lanjut berkenaan bahaya minum air secara berlebihan dalam seharian kita boleh lah klik dekat tajuk artikel ini ye.. >>>>Kesan Minum Air Berlebihan<<<< Artikel ni ditulis oleh Kevin Zahri.. Bila baca artikel ni baru tahu yang kita tidak boleh sembarangan minum air.. Tak boleh berlebihan.. hehe.. 

Oklah.. Sampai sini aje la aku menceceh petang hari ni.. Itu saje tips yang aku dapat sepanjang aku bergoogle beberapa minit tadi..  Moga tips ni berguna untuk aku dan korang jugak.. Hiks..

Selamat mendisiplinkan diri k.. Ahakz..


Read More

Bagaimana Cara Kenal Pasti Madu Asli?

Monday, March 8, 2021

5 comments
Assalamualaikum wbt..

Bagaimana Cara Kenal Pasti Madu Asli? |  Zaman sekarang memang banyak yang palsu dari yang originalnya.. Begitu juga al kesahnya dengan madu ni.. Terlalu banyak yang palsu dijual dengan tanpa rasa bersalah.. Kita yang tak ada ilmu tentang madu ni seringkali tertipu oleh peniaga-peniaga yang tak bertanggungjawab..


Lagi parah bila si pembuat madu palsu zaman sekarang ni dah terlebih pandai dapat meniru sebahagian sifat dan karekter fizik madu asli sehingga kebanyakan kebanyakan pembeli sukar untuk membezakan keaslian madu dengan melihat aspek fikizal atau luaran madu tersebut...

Walaubagaimanapun, Madu Asli mempunyai beberapa karekter fizik yang tidak dapat dipalsukan iaitu :-
  • Madu Asli mempunyai kandungan gula yang spesifik yang dapat mengubah sudut putaran cahaya terpolarisasi...
  • Masu Asli bersifat menyerap air, jika madu dibiarkan terbuka pada tempat dengan kelembapan udara tinggi maka madu akan bertambah cair..
  • Madu Asli jika dituangkan ke dalam air suam, ianya tidak akan pecah atau air akan tetap jernih sebelum dikacau... Bagi madu yang sudah dicampur akan lebih cepat keruh...
  • Sifat-sifat umum madu yang umumnya dipalsukan adalah seperti sifat madu yang dapat membuatkan telur masak, tidak beku, tidak menyerap kertas atau jika digancang mengeluarkan gas.
  • Kandungan madu yang juga tidak dapat dipalsukan adalah adanya kandungan Enzim Diatase. Kandungan diatase inilah salah satu cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak kerana enzim ini hanya dapat dihasilkan dari kelenjar ludah atau air ludah lebah.. Namun hanya ujian di makmal sahaja yang dapat mengenalpasti sifat tersebut. 

Jom tengok video ni pulak bagi membezakan Madu Asli dan Palsu :-



Jadilah pengguna yang bijak..!! Pastikan produk madu yang dibeli di  pasaran telah melalui ujian ketulenan dari institusi yang diiktiraf..

Pastikan yang Asli baru beli..!!

CREDIT PAGE : ILMU MADU ASLI


Read More