How WD-40® Can Help Companies to Save Money

Wednesday, March 13, 2019

1 comment
How WD-40® Can Help Companies to Save Money  |  Penyelenggaraan dan pembaikan adalah antara perkara yang tidak dapat dielakkan oleh pemilik bagi memastikan peralatan mereka dalam keadaan baik dan berfungsi. Begitu juga situasinya bagi syarikat.


Malah, untuk mempunyai peralatan atau mesin yang digunakan berada pada tahap optimum, penyelenggaraan khususnya, adalah sesuatu perkara penting yang tidak boleh diabaikan oleh syarikat. Ini kerana kerosakan akan mengganggu produktiviti dan menyebabkan kehilangan perolehan (apabila penghantaran pesanan pekerjaan ditangguhkan), dan dalam sesetengah kes, syarikat boleh kehilangan pelanggan. Kerosakan juga mungkin boleh menyebabkan tuntutan dari segi undang-undang jika ia telah melanggar kontrak.


Dalam erti kata lain, kerosakan menyebabkan kos yang mahal, dan mungkin mendorong syarikat ke arah kerugian. Pembaikan pula termasuk penggantian baru sama ada ia memerlukan kos yang tinggi dan barangkali menyumbang kepada kelewatan dalam pengeluaran, oleh itu mereka perlu memastikan kerosakan itu pada tahap minimum.

Satu-satunya cara untuk memastikan kedua-duanya, iaitu pembaikan dan penggantian berada pada tahap minimum adalah dengan membuat penyelenggaraan berjadual serta lebih baik dilakukan secara berkala. Melalui pembantu yang boleh diharap dan dipercayai seperti Produk Pelbagai Guna WD-40®, ia dilihat telah membantu banyak syarikat selama bertahun-tahun bagi menangani situasi seperti ini.


Turut dikenali sebagai ‘Tin dengan beribu kegunaan’, Produk Pelbagai Guna WD-40® telah membantu pengguna dalam pelbagai bidang dan industri, seperti pembinaan kapal, sektor tenaga angin, keretapi, percetakan, perlombongan, pertanian, dan penyelenggaraan umum peralatan elektrik dan pneumatik serta pelbagai lagi.

Produk ini adalah jenama yang dipercayai dalam penyelenggaraan mesin kerana ia melindungi logam daripada karat dan hakisan, membebaskan benda yang tersekat atau beku, menghilangkan kelembapan, dan berfungsi sebagai pelincir bagi hampir semua benda, yang membuatkannya hebat untuk mengurangkan geseran dan memanjangkan jangka hayat peralatan.


Dan disebabkan ia menghilangkan kelembapan, produk ini cepat mengeringkan sistem elektrik untukmengelakkan daripada berlakunya litar pintas. Ia juga menghalang hakisan bateri dan membantu untuk menghidupkan enjin ketika basah. Selain itu, ia juga memberi pembersihan yang berkesan bagi gris dan kotoran degil, manakala formula bukan aerosolnya juga memudahkan pelekat ditanggalkan.

Ciri-ciri-dan reka bentuk pintarnya yang terdapat dalam produk ini, termasuk straw fleksibel yang disediakan menjadikannya pembantu yang hebat dalam pemasangan dan penyelenggaraan peralatan dan barangan, serta memberi perlindungan kepada semua jenis gear dan bahagian enjin daripada berkarat, melonggarkan skru yang ketat, serta membersihkan dan melincirkan bahagian yang sukar dicapai.


Dalam proses pembuatan yang dipanggil pengacuan, sebagai contohnya, Produk Pelbagai Guna WD-40® juga menyediakan pembersihan dan penyelenggaraan cetakan anti-karat yang berkesan dan mudah, serta memanjangkan hayat perkhidmatan peralatan terbabit. Ia juga digunakan sebagai ejen pelepas untuk acuan plastik tertentu, meningkatkan kecekapan pengeluaran dan mengurangkan prosedur teknikal, yang menjimatkan penggunaan tenaga manusia dan bahanyang digunakan.


Terdapat banyak sebab mengapa tin kecil biru dan kuning ini, dengan formula asalnya dicipta sejak 66 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1953, kekal sebagai produk penting yang perlu ada di setiap garaj dan kotak peralatan anda, sama ada di kalangan penyelenggara profesional mahupun amatur.

WD-40®juga mempunyai rangkaian siri pakar dan produk siri automotif untuk memenuhi keperluan khusus dan tugas berat industri bagi setiap situasi yang berbeza.

Untuk mengetahui bagaimana Produk Pelbagai Guna WD-40® atau barisan produk pakarnya boleh membantu dalam perniagaan anda atau memudahkan kehidupan anda, boleh terus melayari https://wd40.asia/.


Read More

Crestar Pengedar Pelbagai Design Kipas Siling Berkualiti

5 comments
Crestar Pengedar Pelbagai Design Kipas Siling Berkualiti  |  Kipas angin atau kipas siling merupakan keperluan bagi setiap rumah.. Sama ada untuk mendapatkan keselesaan ketika berada di rumah terutamanya pada musim panas mahupun hanya sekadar sebagai hiasan.. Ada juga dikalangan kita pada hari ini, memasang kipas siling dirumah semata-mata sebagai hiasan kerana pada masa kini, terdapat pelbagai design dan jenama kipas siling ada dijual di pasaran.. Begitu jugalah dengan rumah aku, tidak lengkap sekiranya tiada kipas siling walaupun penggunaan lebih kepada aircond.. Ada masa kipas siling juga diperlukan pada waktu-waktu tertentu..


Perlu diingat ye, pemilihan kipas siling yang baik bukanlah semata-mata melihat pada designnya sahaja tetapi perlu juga menilai dari segi ketahanan, kualiti, warranty dan juga harganya.. Kalau harga mahal tetapi langsung tak berkualiti, baik tak payah beli kan.. Jadi, sebelum beli teliti dulu kehebatan kipas itu sendiri.. Jangan asal cantik terus aje beli.. Hehe..

Aku kenal satu tempat di Singapura dimana terdapat sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai design kipas siling.. Semua kipas silingnya cantik-cantik dan moden tetapi yang paling penting sekali ianya berkualiti.. Nak tahu? Jom aku cerita...

Crestar Pengedar Pelbagai Design Kipas Siling Berkualiti

Crestar Enterprise telah ditubuhkan pada tahun 2004 merupakan sebuah syarikat pengedar pelbagai design kipas siling berkualiti di Singapura.. Ia juga sebuah syarikat yang mempunyai reputasi tinggi dalam industri elektrik di Singapura dan menjadi pilihan ramai pelanggan. 

Pada Oktober 2009, syarikat ini telah bertukar kepada Crestar Enterprise Pte Ltd dan telah berkembang menjadi salah satu peneraju pasaran terkemuka di perdagangan kipas siling di Singapura sejak penubuhannya..


Kalau korang nak tahu, syarikat ini adalah pengedar tunggal kipas siling Crestar dimana mereka menawarkan pelbagai rekabentuk kipas siling yang berbeza, lain dari yang lain dan ergonomik.. Bukan kipas sahaja yang berkualiti tau tetapi aksesori yang dijual juga berkualiti termasuklah pengawal selia, pencahayaan dan kelengkapan lain yang berkaitan.

Apa yang bestnya dengan kipas siling di Crestar ni, ia dilengkapi sepenuhnya dengan versi terbaru 188/153 Alumi Motor ™.. Lagi menarik, Crestar Enterprise Pte Ltd memperkenalkan kipas siling model premium 2014 yang baru termasuk Siri Icol, Skylite Series dan Rainlite Series. Siri 2014 Rainlite / Skylite kini dilengkapi dengan alat kawalan jauh dengan 6 kelajuan dan pelbagai fungsi untuk kegunaan maksimum.


Bila kita guna kipas siling yang berkualiti, keselesaan di rumah pasti terjamin.. Di Crestar Enterprise Pte Ltd, mereka menjanjikan pengalaman keselesaan maksimum dan pengudaraan yang baik dengan pelbagai rekabentuk kipas Crestar berkualiti.. Bukan itu sahaja, malah terdapat pelbagai warna seperti silver, putih, hitam matte dan kelabu yang boleh disuai padan dengan keadaan rumah masing-masing. 

Dengan versi Alumi Motor ™ (AC & DC), kipas siling yang mereka tawarkan juga mempunyai ketahanan yang paling tinggi.. Kipas siling Crestar juga didatangkan dalam pelbagai saiz dari 32 sehinggalah 55 inci bersama lampu LED atau tanpa lampu LED dan aksesorinya juga adalah original termasuklah alat kawalan jauh. 

Jom kita lihat design kipas siling yang ada di Crestar Enterprise Pte Ltd ni.. 





Bagi aku sendiri, semua design yang ada di Crestar Fan ni cantik-cantik belaka.. Andaikata aku ke showroomnya, pasti aku akan rambang mata untuk memilihnya.. Bagi korang yang ada plan untuk mencari kipas siling yang designnya ohsem dan moden serta berkualiti, bolehlah usha di Crestar Fan ni sama ada secara online atau terus ke showroom mereka.... Di laman web mereka juga telah tersedia perkhidmatan online service booking dan online warranty bagi memudahkan pelanggan mereka..


Haa kalau nak tengok design, bolehlah terjah laman web mereka ye.. Sekiranya ada sebarang pertanyaan bolehlah ajukan di bahagian Product Enquiry.. Pihak mereka akan memberi maklumbalas kepada korang nanti.. 


Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram

Authorised Showroom
944 Bendemeer Rd #05-01 B Central
339943 Singapore

Contact No.
6254 9483  /  6841 6412 

Faks
6254 9438

Email
info@crestarfan.com.sg


Read More

KidZania Damansara Beri Pengalaman Pembelajaran Yang Menyeronokkan Untuk Anak-Anak Anda

Monday, March 11, 2019

7 comments
KidZania Damansara Beri Pengalaman Pembelajaran Yang Menyeronokkan Untuk Anak-Anak Anda  |  Kanak-kanak ni perlu sentiasa dididik dalam persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan sejak kecil lagi barulah otaknya berkembang dengan baik.. Selain itu, dapatlah mengelakkan mereka daripada dilanda kebosanan kerana melakukan aktiviti yang sama setiap hari.. Haa kalau nak pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan untuk anak-anak korang, KidZania Damansara la jawapannya kerana di sana tersedia aktiviti pembelajaran yang menarik untuk anak-anak korang.. Best sangat tau.. Bukan anak-anak jerk teruja, mak ayah pun teruja sama!!


KidZania merupakan pusat pendidikan dan hiburan keluarga yang menawarkan pengalaman pembelajaran dan hiburan interaktif yang disasarkan kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 14 tahun yang terletak berdekatan dengan IKEA Damansara.. KidZania adalah tempat yang seakan bandar kecil yang dilengkapi dengan hospital, balai bomba, stesen radio, teater dan studio TV... Semasa di sini, si kecil akan bekerja dan turut menerima gaji dalam bentuk matawang KidZania yang dipanggil KidZos. Duit tersebut boleh disimpan di dalam akaun bank KidZania mereka dan dibelanjakan di kedai yang terdapat di dalam KidZania tersebut. Mereka akan alami sendiri pengalaman kehidupan realiti, melatih nilai kerja berpasukan disamping meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang kewangan.


Haa kalau korang mempunyai anak-anak yang berumur dalam lingkungan 4-14 tahun dan mempunyai sfat ingin tahu serta mahu belajar tentang kerjaya orang dewasa seperti ahli bomba, juruterbang, doktor dan pelbagai lagi, bolehlah terjah KidZania KL ni ye dimana ia merupakan taman tema pendidikan terbesar di Malaysia.. Untuk pembelian tiket KidZania juga boleh dibuat secara online ataupun boleh terus beli di kaunter tiket.. Namun begitu, terdapat promosi diskaun untuk harga tiket KidZania jika korang beli secara online di Tripcarte.asia..



Tempah Tiket KidZania Pada Harga Rendah Di Tripcarte.asia

Mesti ada yang tertanya-tanya tentang tiketnya kan? Haa korang tak yah nak risau sangat ye sebabnya tiket KidZania adalah berpatutan untuk semua saiz keluarga.. Korang juga boleh dapatkan KidZania tiket dengan harga lebih murah semasa promosi di Tripcarte.asia.. Memang murah weh kalau time promosi.. Rugi sangat kalau tak grab awal-awal kerana tiket KidZania ni sah selama 6 bulan dari tarikh pembelian.. Haa kalau dah tau ada promosi, beli jerk dulu.. Tempoh tamatnya sangat panjang.. 6 bulan tu boleh simpan.. 


Zaman sekarang ni semuanya di hujung jari sahaja.. Dah tak perlu nak pergi ke kaunter bagai untuk beli tiket.. Beli saja secara online lebih mudah dan menjimatkan masa.. Tak perlu nak beratur panjang dan bersesak-sesak dengan orang ramai.. Jadi, kalau korang nak mudah untuk mendapatkan tiket KidZania ni, korang boleh aje beli secara online di laman web Tripcarte.asia ni.. Lagi pun, dengan menggunakan platform Tripcarte.asia ni korang boleh berjimat kerana terdapat pelbagai tawaran diskaun dan promo yang ditawarkan untuk pelanggannya..

Bagaimana cara nak beli tiket KidZania Kuala Lumpur di Tripcarte.asia ni? Mungkin ada yang dah biasa dan ada juga yang belum pernah beli secara online.. Betul tak? Jangan risau, aku akan tunjukkan caranya step by step ye.. Jom mula..

Cara Menempah Tiket KidZania Kuala Lumpur Di Tripcarte.asia


Untuk harga semasa KidZania 2019 adalah seperti berikut :-

Harga Tiket KidZania 2019
  • 2 - 3 tahun : RM41
  • 4 - 17 tahun : RM85
  • 18-59 tahun : RM45
  • 60+ tahun : RM34
Step 1 : Pilih tiket yang hendak dibeli

Kalau ada yang plan nak membawa anak-anak berhibur di KidZania Kuala Lumpur, bolehlah book tiket sekarang kerana terdapat harga promo bagi dewasa yang berumur dari 18 hingga 59 tahun.. Boleh jimat banyak tau..


Step 2 : Buat Pilihan Anda


  1. Person type sama ada Adult, Child atau Senior
  2. Masukkan bilangan orang
  3. Klik 'Add to order'

Perhatian ye! Kanak-kanak di bawah lapan (8) tahun mestilah diiringi oleh orang dewasa pada setiap masa dan masuk PERCUMA bagi kanak-kanak di bawah umur dua (2) tahun.


Step 3 : View Cart

Ok, sebelum membuat pembayaran sila 'view cart' korang dulu ye.. Pastikan order yang korang buat tu betul.. Segala detailnya tepat.. Bila dah semua ok, bolehlah klik "Proceed to checkout".


Step 4 : Penuhi 'Billing Details' dan Place Order

Pastikan korang mengisi ruangan 'billing details' dengan maklumat yang lengkap. Seterusnya korang dah boleh membuat pembayaran.. Korang boleh pilih 3 cara pembayaran iaitu iPay88 - online banking atau credit & debit card, Online banking (Malaysian Banks) atau Direct Bank Transfer.. Dah pilih cara pembayaran, bolehlah 'Place order' dan buat pembayaran..

Step 5 : Buat Pembayaran

Setelah pembayaran dilakukan, QR Code dan e-tiket akan dihantar ke email korang dalam tempoh 2 jam.

Bagaimana Untuk Menebus Tiket KidZania Yang Ditempah?


Untuk redeem tiket KidZania, korang boleh ikut step di bawah ini ye..
  • Ini merupakan tiket FlexPlus, jadi tiada reservation diperlukan
  • Lawati attraction korang pada bila-bila masa kerana ia berkonsepkan 'open hours'
  • Untuk redeem, korang hanya perlu tunjukkan QR Code sahaja di online ticket counter.

Bagaimana kalau plan ke KidZania terpaksa dibatalkan? Haa jangan bimbang kerana dengan membeli tiket menggunakan platform Tripcarte.asia ini, mereka menjanjikan refund dengan cara yang sangat mudah iaitu korang hanya perlu mengisi borang refund di laman Tripcarte.asia sahaja dan wang akan dikembalikan.

Contoh Borang Refund


Booking KidZania Ticket Sekarang Di Tripcarte.asia Untuk Harga Lebih Murah!


KidZania Malaysia menawarkan pengalaman yang mendebarkan seumur hidup untuk anak-anak korang.. KidZania juga menawarkan pengalaman yang dirancang untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada anak-anak. Semua aktiviti dirancang untuk mendidik anak-anak melalui pengalaman, memupuk perkembangan kemahiran hidup, perspektif kanak-kanak, semuanya adalah menyeronokkan. 

KidZania Kuala Lumpur sentiasa memberikan persekitaran pendidikan terbaik kepada kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi, jom beli tiket Kidzania sekarang juga untuk anak-anak merasai pengalaman sebagai Pegawai Polis, Doktor, Pegawai Bomba dan sebagainya. Booking KidZania Ticket korang sekarang secara online di Tripcarte.asia untuk harga lebih murah.

Waktu Operasi

Ahad - Jumaat : 10.00 am - 5.00 pm
Sabtu, Cuti Umum dan Cuti Sekolah : 10.00 am - 7.00 pm
Ditutup pada hari Isnin (Kecuali pada Cuti Umum & Cuti Sekolah)

Alamat

Curve NX,
18, Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor

Untuk sebarang pembelian tiket atau maklumat lanjut, sila layari :-

Website


Email
info@tripcarte.asia

Contact No.
1700 828 095



Read More

Contact Lens Super Duper Cute Dari Barbie Eyesland

Sunday, March 10, 2019

5 comments
Contact Lens Super Duper Cute Dari Barbie Eyesland  |  Hollaaaa!!! Hey, hari ni aku nak share dengan korang semua tentang contact lens super duper cute dari jenama Barbie Eyesland.. Serius weh, designnya sangat cantik dan menarik.. Sampaikan aku pun rambang mata nak pilih yang mana satu.. Oh ya, aku sebenarnya tiada masalah rabun pun, tetapi aku tetap obses dengan contact lens ni hanya untuk melaram sahaja.. hehe.. Kalau dulu time bujang, memang contact lens ni adalah benda wajib ada.. Now, aku guna untuk bergambar dan sekali sekala pergi jenjalan.. Hehe.. Tengok orang bermata cantik, aku pun nak jugak.. Hiks..


Contact Lens Super Duper Cute Dari Barbie Eyesland

Memandangkan aku dah lama tak memborong contact lens, baru-baru ni aku terlebih excited memilih contact lens di website Barbie Eyesland.. Macam-macam design dok ada.. Bukan tu aje, malahan banyak pilihan warna sampaikan aku sendiri tak tahu nak pilih yang mana satu sebabnya semua lawa-lawa belaka... Ok, aku memang tak de masalah rabun, so aku tak perlu pilih power.. Maka aku ambil saja yang 0 power.. Yang mana ada masalah rabun, korang tak perlu bimbang kerana korang boleh pilih power mata dari 0 - 800..


Nampaknya aku tak boleh lari dari memilih warna grey dan brown.. Ini adalah warna wajib aku.. Rasanya untuk warna lain setakat ni aku tak berani lagi pakai.. Risau tak sesuai dengan muka aku.. So kali ni aku memilih design Oh My Spark Grey 14.5mm (2 pcs) dan juga Adore Brown 16mm.. Kenapa aku ambil design Oh My Spark Grey 14.5mm sampai 2 unit? Haaa sebabnya aku suka design ni.. Jadi, aku buat stock 1 unit.. hehe.. Untuk Design Eclipse Brown tu pula, bukan yang aku sebenarnya.. Hehe.. Itu yang kawan aku punya dimana dia hanya menumpang beli bersama aku.. So, tak dapatlah nak tengok design tu aku pakai ye.. Maybe nextime aku beli yang tu pulak.. Nampak macam cantik jerk.. Hiks...

Kalau nak diikutkan, banyak yang aku berkenan.. Memang rambang mata aku dibuatnya.. Ada juga yang aku minat tetapi untuk power 0 dah habis.. Tak pe, nextime kite boleh order lagi.. Orite, untuk lens diameter pula ia bermula dari 14mm sehingga 16.5mm.. 


Sebenarnya aku lebih suka yang diameternya besar sebab bila pakai, boleh dapat efek mata besar.. Almaklumlah mata tak berapa nak besar kan.. Hiks.. Tetapi, untuk diameter besar yang aku berkenan banyak dah habis.. So, terpaksa la memilih yang lebih kecil.. Melekat jugak la satu yang bersaiz 16mm.. Ahakz..

Servis Penghantaran Di Barbie Eyesland


Orite, untuk order kali ni aku sangat berpuashati dengan servis penghantarannya kerana sangat cepat.. Shipped out mereka dalam masa 24 jam dan hanya mengambil masa 1 hingga 3 hari waktu bekerja bagi penghantaran dalam Malaysia.. Manakala untuk penghantaran ke Singapura pula mengambil masa 2 hingga 5 hari waktu bekerja... Pantas kan!

Lagi best di Barbie Eyesland ni, kos penghantaran bagi semua item adalah FREE SHIPPING untuk Malaysia dan RM25 untuk Singapura.. Untuk kaedah pembayaran pula, korang boleh guna ipay88 atau PayPal.. Mudah sangat..

Packaging Yang Menarik


Ok, untuk setiap pembelian di Barbie Eyesland, barang akan dihantar dalam bungkusan yang bagus dan selamat.. Contact lens akan diletakkan di dalam kotak untuk memastikan ianya selamat.. Manakala untuk packaging contact lens itu sendiri, aku boleh katakan ia super duper cute.. Ia didatangkan dalam botol yang comel dan kedap udara bagi memastikan tahap keselamatan dan kualiti contact lens itu terjaga dengan baik.. 


Contact lens dihantar bersekali dengan case box.. Beli 4 dapat 4 case box.. Tak perlu dah nak fikir, beli asing.. Di Barbie Eyesland, ia disediakan untuk memudahkan pembeli menyimpan contact lens yang telah digunakan.. Bagusnya Barbie Eyesland ni kan.. 

Contact Lens Berkualiti Di Barbie Eyesland


Kalau korang nak tahu, walaupun contact lens di Barbies Eyesland harganya sangat murah tetapi jangan tak tahu ye produk meraka adalah 100% authentic dan berkualiti tinggi.. Untuk jangka hanyat bagi setiap contact lens, ia boleh dipakai sehingga 3 bulan sahaja.. Lepas 3 bulan, sila tukar contact lens yang lain ye.. Jadi, korang kena set sendiri date.. Jangan sampai terlebih tempoh pulak korang guna untuk satu-satu contact lens tu.. Tak nak nanti masalah lain pula timbul.. Mata kena jaga dengan betul oiiii!! Satu lagi nak pesan, pemakaian untuk sehari adalah sehingga 8 jam sahaja ye.. No lebih-lebih!! hiks..

Nak tengok tak contact lens pilihan aku? Jom layan gambar di bawah.. hehe..

Oh My Spark Grey 14.5mm
Beli di SINI

Adore Brown 16mm
Beli di SINI


Serius, aku sangat suka dengan contact lens dari Barbie Eyesland ni.. Selain designya yang ohsem dan pilihan warna juga banyak, ia juga jenis soft lens dan sangat selesa.. Selain itu, ia juga tidak memedihkan dan mengeringkan mata.. Memang best lah!! Paling aku suka, warna juga sangat natural seolah-olah seperti mata asal kita.. Lepas ni bolehlah aku repeat order lagik sebab aku dah jatuh cinta dengan contact lens di Barbie Eyesland ni..

Macam mana nak order? Meh tonton video kat bawah ni..

Order Guna Mobile


Order Guna PC



Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-



Read More

I Don't Wanna Talk About It - Rod Stewart

Friday, March 8, 2019

4 comments
I Don't Wanna Talk About It - Rod Stewart  |  Aku, Dia dan Lagu... Opsss...!! Satu lagi lagu untuk aku semadikan dalam blog aku ni.. Yeahh, aku suka lagu ni.. Dari melodi dia.. lirik dia.. Semua best.. Lagu ni juga bermakna pada aku.. Haha!! Gitchewww!! Korang ada tak kenangan dengan lagu ni? Kot ada leh la layan lagu ni seminit dua.. Hiks.. 


I Don't Wanna Talk About It
Rod Stewart

I can tell by your eyes that you've prob'bly been cryin' forever
And the stars in the sky don't mean nothin' to you, they're a mirror.

I don't want to talk about it
How you broke my heart. 
If I stay here just a little bit longer
If I stay here, won't you listen to my heart, my heart?

If I stand all alone, will the shadow hide the color of my heart
Blue for the tears, black for the night's fears.
The stars in the sky don't mean nothin' to you, they're just a mirror.

I don't want to talk about it
How you broke my heart. 
If I stay here just a little bit longer
If I stay here, won't you listen to my heart, whoa, my heart? 
whoa My.. My heart, My heart.

I don't want to talk about it
How you broke my heart.
If I stay here just a little bit longer
If I stay here, won't you listen to my heart
whoa, my heart? 





Read More

The Big Bad Wolf Book Sale Pahang gets Honorary Visit from the Vice Chancellor of Universiti Malaysia Pahang

3 comments
The Big Bad Wolf Book Sale Pahang gets Honorary Visit from the Vice Chancellor of Universiti Malaysia Pahang | The Vice Chancellor of Universiti Malaysia Pahang (UMP) made a surprise visit to the Big Bad Wolf Book Sale Pahang last weekend, bringing his family along to seek out books at the Sale.


Professor Dato'  Sri Ts. Dr. Daing Nasir Ibrahim who arrived at the sale late Sunday, was pleased to find many Pahang folks still shopping for books at the hall. “It's a really great offer to the community in Pahang to be able to access affordable books that allows them to read more. It is also in line with our Minister of Education’s direction who has announced that the nation is observing the National Reading Decade Campaign this year,” said the professor.

Before leaving, he also urged the people to not overlook the importance of reading as it opens up one’s mind, knowledge and understanding about the world. He also reiterates that reading should start from young in an ecosystem that provides an ideal environment to encourage reading. “Reading is basically food for the thought,” added the professor.


Open from 10.00AM to midnight until 10 March 2019, Pahang folks and book lovers can still visit the Big Bad Wolf Book Sale at UMP, Gambang to pick up their favourite books and enjoy discounts from 75% to 95%.

For updates, follow #BBWPahang2019 on our Facebook at fb.com/bbwbooks and Instagram at @bigbadwolfbooks 


(From left to right) 

Muhammad Azli Shukri, Senior Publishing Officer of Universiti Malaysia Pahang; Prisly Yap, Senior Brand Executive of Big Bad Wolf Books; Raymond Yeo, Managing Executive of Kualiti Books Sdn Bhd; Datin Sri Fazia Ali,  General Manager of the Research and Innovation Department of Universiti Malaysia Pahang; Professor Dato’ Sri Ts. Dr. Daing Nasir Ibrahim, Vice Chancellor of Universiti Malaysia Pahang; Timothy Teh, Brand Manager of Big Bad Wolf Books; Dr. Muhamad Noor, Publishing Director of Universiti Malaysia Pahang and Sharol Azmi, Senior Operation Executive of Kualiti Books Sdn Bhd.


Read More