Top Social

KidZania Damansara Beri Pengalaman Pembelajaran Yang Menyeronokkan Untuk Anak-Anak Anda

Monday, March 11, 2019
KidZania Damansara Beri Pengalaman Pembelajaran Yang Menyeronokkan Untuk Anak-Anak Anda  |  Kanak-kanak ni perlu sentiasa dididik dalam persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan sejak kecil lagi barulah otaknya berkembang dengan baik.. Selain itu, dapatlah mengelakkan mereka daripada dilanda kebosanan kerana melakukan aktiviti yang sama setiap hari.. Haa kalau nak pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan untuk anak-anak korang, KidZania Damansara la jawapannya kerana di sana tersedia aktiviti pembelajaran yang menarik untuk anak-anak korang.. Best sangat tau.. Bukan anak-anak jerk teruja, mak ayah pun teruja sama!!


KidZania merupakan pusat pendidikan dan hiburan keluarga yang menawarkan pengalaman pembelajaran dan hiburan interaktif yang disasarkan kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 14 tahun yang terletak berdekatan dengan IKEA Damansara.. KidZania adalah tempat yang seakan bandar kecil yang dilengkapi dengan hospital, balai bomba, stesen radio, teater dan studio TV... Semasa di sini, si kecil akan bekerja dan turut menerima gaji dalam bentuk matawang KidZania yang dipanggil KidZos. Duit tersebut boleh disimpan di dalam akaun bank KidZania mereka dan dibelanjakan di kedai yang terdapat di dalam KidZania tersebut. Mereka akan alami sendiri pengalaman kehidupan realiti, melatih nilai kerja berpasukan disamping meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang kewangan.


Haa kalau korang mempunyai anak-anak yang berumur dalam lingkungan 4-14 tahun dan mempunyai sfat ingin tahu serta mahu belajar tentang kerjaya orang dewasa seperti ahli bomba, juruterbang, doktor dan pelbagai lagi, bolehlah terjah KidZania KL ni ye dimana ia merupakan taman tema pendidikan terbesar di Malaysia.. Untuk pembelian tiket KidZania juga boleh dibuat secara online ataupun boleh terus beli di kaunter tiket.. Namun begitu, terdapat promosi diskaun untuk harga tiket KidZania jika korang beli secara online di Tripcarte.asia..



Tempah Tiket KidZania Pada Harga Rendah Di Tripcarte.asia

Mesti ada yang tertanya-tanya tentang tiketnya kan? Haa korang tak yah nak risau sangat ye sebabnya tiket KidZania adalah berpatutan untuk semua saiz keluarga.. Korang juga boleh dapatkan KidZania tiket dengan harga lebih murah semasa promosi di Tripcarte.asia.. Memang murah weh kalau time promosi.. Rugi sangat kalau tak grab awal-awal kerana tiket KidZania ni sah selama 6 bulan dari tarikh pembelian.. Haa kalau dah tau ada promosi, beli jerk dulu.. Tempoh tamatnya sangat panjang.. 6 bulan tu boleh simpan.. 


Zaman sekarang ni semuanya di hujung jari sahaja.. Dah tak perlu nak pergi ke kaunter bagai untuk beli tiket.. Beli saja secara online lebih mudah dan menjimatkan masa.. Tak perlu nak beratur panjang dan bersesak-sesak dengan orang ramai.. Jadi, kalau korang nak mudah untuk mendapatkan tiket KidZania ni, korang boleh aje beli secara online di laman web Tripcarte.asia ni.. Lagi pun, dengan menggunakan platform Tripcarte.asia ni korang boleh berjimat kerana terdapat pelbagai tawaran diskaun dan promo yang ditawarkan untuk pelanggannya..

Bagaimana cara nak beli tiket KidZania Kuala Lumpur di Tripcarte.asia ni? Mungkin ada yang dah biasa dan ada juga yang belum pernah beli secara online.. Betul tak? Jangan risau, aku akan tunjukkan caranya step by step ye.. Jom mula..

Cara Menempah Tiket KidZania Kuala Lumpur Di Tripcarte.asia


Untuk harga semasa KidZania 2019 adalah seperti berikut :-

Harga Tiket KidZania 2019
  • 2 - 3 tahun : RM41
  • 4 - 17 tahun : RM85
  • 18-59 tahun : RM45
  • 60+ tahun : RM34
Step 1 : Pilih tiket yang hendak dibeli

Kalau ada yang plan nak membawa anak-anak berhibur di KidZania Kuala Lumpur, bolehlah book tiket sekarang kerana terdapat harga promo bagi dewasa yang berumur dari 18 hingga 59 tahun.. Boleh jimat banyak tau..


Step 2 : Buat Pilihan Anda


  1. Person type sama ada Adult, Child atau Senior
  2. Masukkan bilangan orang
  3. Klik 'Add to order'

Perhatian ye! Kanak-kanak di bawah lapan (8) tahun mestilah diiringi oleh orang dewasa pada setiap masa dan masuk PERCUMA bagi kanak-kanak di bawah umur dua (2) tahun.


Step 3 : View Cart

Ok, sebelum membuat pembayaran sila 'view cart' korang dulu ye.. Pastikan order yang korang buat tu betul.. Segala detailnya tepat.. Bila dah semua ok, bolehlah klik "Proceed to checkout".


Step 4 : Penuhi 'Billing Details' dan Place Order

Pastikan korang mengisi ruangan 'billing details' dengan maklumat yang lengkap. Seterusnya korang dah boleh membuat pembayaran.. Korang boleh pilih 3 cara pembayaran iaitu iPay88 - online banking atau credit & debit card, Online banking (Malaysian Banks) atau Direct Bank Transfer.. Dah pilih cara pembayaran, bolehlah 'Place order' dan buat pembayaran..

Step 5 : Buat Pembayaran

Setelah pembayaran dilakukan, QR Code dan e-tiket akan dihantar ke email korang dalam tempoh 2 jam.

Bagaimana Untuk Menebus Tiket KidZania Yang Ditempah?


Untuk redeem tiket KidZania, korang boleh ikut step di bawah ini ye..
  • Ini merupakan tiket FlexPlus, jadi tiada reservation diperlukan
  • Lawati attraction korang pada bila-bila masa kerana ia berkonsepkan 'open hours'
  • Untuk redeem, korang hanya perlu tunjukkan QR Code sahaja di online ticket counter.

Bagaimana kalau plan ke KidZania terpaksa dibatalkan? Haa jangan bimbang kerana dengan membeli tiket menggunakan platform Tripcarte.asia ini, mereka menjanjikan refund dengan cara yang sangat mudah iaitu korang hanya perlu mengisi borang refund di laman Tripcarte.asia sahaja dan wang akan dikembalikan.

Contoh Borang Refund


Booking KidZania Ticket Sekarang Di Tripcarte.asia Untuk Harga Lebih Murah!


KidZania Malaysia menawarkan pengalaman yang mendebarkan seumur hidup untuk anak-anak korang.. KidZania juga menawarkan pengalaman yang dirancang untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada anak-anak. Semua aktiviti dirancang untuk mendidik anak-anak melalui pengalaman, memupuk perkembangan kemahiran hidup, perspektif kanak-kanak, semuanya adalah menyeronokkan. 

KidZania Kuala Lumpur sentiasa memberikan persekitaran pendidikan terbaik kepada kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi, jom beli tiket Kidzania sekarang juga untuk anak-anak merasai pengalaman sebagai Pegawai Polis, Doktor, Pegawai Bomba dan sebagainya. Booking KidZania Ticket korang sekarang secara online di Tripcarte.asia untuk harga lebih murah.

Waktu Operasi

Ahad - Jumaat : 10.00 am - 5.00 pm
Sabtu, Cuti Umum dan Cuti Sekolah : 10.00 am - 7.00 pm
Ditutup pada hari Isnin (Kecuali pada Cuti Umum & Cuti Sekolah)

Alamat

Curve NX,
18, Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor

Untuk sebarang pembelian tiket atau maklumat lanjut, sila layari :-

Website


Email
info@tripcarte.asia

Contact No.
1700 828 095



7 comments on "KidZania Damansara Beri Pengalaman Pembelajaran Yang Menyeronokkan Untuk Anak-Anak Anda "
  1. memang seronok gi sini. pernah gi sekali dulu, and kid memang teruja.. dr bukak sampai tutup yer...tak perasan masa berlalu sbb diaorang busy kerja, cari kerja.. and yes..mak bapak pun sama teruja sbb nak amik gambar anak2 keja la kononnya. best!!!

    ReplyDelete
  2. wow bestnya mama x penah ke sini lg

    ReplyDelete
  3. teringin nak bawak anak² ke sini..nasib jauh..banyak pengalaman yang anak² boleh dapati disini

    ReplyDelete
  4. seronokkan. nak tunggu amzar masuk tadika, nak bawak datang sini.

    ReplyDelete
  5. Ada masa nanti nak bawak anak² pi kidzania

    ReplyDelete
  6. Tempat seronok.. kanank2 bermain dan belajar..

    ReplyDelete
  7. dulu time study kat uni ada tingin nak masuk Kidzania hehe tapi da tua bangka.
    now nak bawa anak2 buah le.. tiket makcik depa nak masuk skali sbenarnya =D

    ReplyDelete