LazAdaStyle Fashion Reality TV Show Bersiaran Di TV3

Saturday, May 26, 2018

6 comments
LAZadaStyle Fashion Reality TV Show Di TV3  |  Lazada Malaysia merupakan sebuah nama  besar yang tidak asing lagi bagi mereka yang gemar membeli belah secara online. Lazada Malaysia kini melangkah setapak lagi kehadapan bagi meluaskan kemasyurannya dengan melancarkan sebuah program realiti tv iaitu LazAdaStyle Fashion Reality TV Show yang bersiaran di TV3 pada setiap hari Ahad jam 3 petang bermula 8 hingga 27 Mei 2018 dengan menampilkan Selebriti Tempatan seperti Rizman Rozaini, Wirda Adnan, Nana Mahazan dan ramai lagi..


LazAdaStyle Fashion Reality TV Show ini merupakan sebuah rancangan realiti tv yang pertama di negara ini untuk Fashionistas Tempatan dan Pereka Fesyen.. Ia disiarkan khas sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini..

Dengan kerjasama Rangkaian Televisyen Media Prima, LazAdaStyle Fashion Reality TV Show ini akan diacarakan oleh seorang pelakon Malaysia iaitu Nana Mahazan. Rancangan realiti tv ini disiarkan bertujuan untuk meletakkan Lazada sebagai destinasi membeli belah rakyat Malaysia bagi produk kecantikan dan juga fesyen.

"Kami sedang memulakan perjalanan yang menarik untuk memperdalamkan rayuan kami kepada pengguna yang berpusatkan fesyen. LazAdaStyle Fashion Reality Show ini merupakan cara kami untuk terus melibatkan mereka dalam cara yang lebih menarik dan relevan selain menyediakan pengguna dengan pelbagai jenis barangan. Fesyen dan kecantikan adalah tumpuan utama kami untuk Hari Raya tahun ini kerana fashion merupakan salah satu elemen penting untuk keluarga Melayu semasa hari perayaan ini." - kata Christophe Lejeune, Ketua Pegarai Eksekutif Lazada Malaysia.

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show - Episod 1

Rancangan LazAdaStyle ini terdiri daripada 4 episod dengan menggabungkan 8 pereka fesyen tempatan yang berminat untuk mempamerkan pakaian terbaik mereka dalam program ini.. Mereka juga akan dibekalkan dengan bahan atau material mengikut tema yang akan diberikan pada setiap minggu.

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show - Episod 1

Reka bentuk yang mereka hasilkan akan dinilai oleh personaliti terkenal dalam industri fesyen seperti Rizman Rozaini dan Wirda Adnan.. Sepanjang pertandingan ini berlangsung, para peserta akan diawasi oleh usahawan fesyen popular seperti Min Luna, Syed Faizal dan Bustaman Mokhtar.

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show - Episod 1

Selain itu, para penonton juga dapat melihat selebriti undangan seperti Siti Sarah, Elfira Loy, Sherry Alhadad, Yasmin Hani, Sha'rin Razali dan pereka kegemaran mereka.. Para peserta juga akan melalui proses penyingkiran secara berperingkat sehinggalah pemilihan pemenang dibuat di akhir rancangan ini.

Apa yang bestnye, pemenang LazAdaStyle ini akan membawa pulang wang tunai dan hadiah yang cukup lumayan bernilai sehingga RM100,000.00.

Menerusi rancangan ini juga, Lazada turut menawarkan tawaran Hari Raya dan promosi khas di lazada.com.my. Jadi kepada korang semua di luar sana, jangan lupa ikuti episod LazAdaStyle pada setiap hari Ahad jam 3.00 petang bermula 6 hingga 27 Mei di TV3.

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show - Episod 2

LazAdaStyle Fashion Reality TV Show - Episod 2

8 peserta telah disenarai pendek melalui uji bakat tertutup yang diadakan selepas pertandingan yang dianjurkan oleh Lazada Malaysia di Instagram yang menerima lebih daripada 300 penyertaan di seluruh negara..

Apa yang menarik, korang boleh membeli setiap barangan penampilan kegemaran korang di rancangan realiti tv tersebut di aplikasi Lazada.. [ KLIK SINI ].

Korang juga boleh terus muat turun Lazada App bagi memudahkan korang untuk membuat sebarang pembelian di Lazada kerana kesemua alatan dan material yang digunakan di dalam rancangan ini adalah daripada barangan yang terdapat di Lazada.. Manalah tahu kan, ada yang berkenan di hati korang.. Bolehlah terus beli secara online di Lazada..


"Shake Shake" Contest

Ada sesuatu yang istimewa menanti korang sepanjang rancangan ini disiarkan.. Semasa rancangan LazAdaStyle Fashion Reality TV Show ini ditayangkan, korang berpeluang untuk menyertai "Shake Shake" Contest dimana Lazada Malaysia akan menyediakan voucher untuk dimenangi.. Jadi, pastikan anda telah memuat turun LazadaApp di dalam smartphone korang bagi membolehkan korang menyertai "Shake Shake" Contest ini..

Korang seller? Haaa kalau korang adalah seorang seller dan berminat untuk dipaparkan dalam LazadaStyle, korang bolehlah terus daftar sebagai seller di lazada.com.my.. Manakala bagi pelanggan Lazada yang membuat pembelian di Lazada pula, korang berpeluang untuk kongsikan gambar OOTD korang dengan menggunakan #mylazadastyle dan korang berpeluang untuk muncul di dalam LazAdaStyle.

Saksikan Episod Ke-4 LazAdaStyle Fashion Reality TV Show Di TV3

Jangan lupa saksikan Episod ke-4 pada hari Ahad ini, 27 Mei 2018 dengan tema "Raya Couple Collection".. Sudah pastinya pada minggu ke-4 ini cabaran dan persaingannya lebih sengit.. Hanya 3 finalists sahaja yang akan tercalon pada minggu akhir nanti.. Siapalah agaknya juara LazAdaStyle ini ye?.. Nak tahu siapa juara, kenalah saksikannya nanti..

Video Teaser - Episod 4


Mungkin ada yang terlepas menyaksikan episod yang sebelumnya.. Jadi, untuk menyaksikan semula episod pertama, kedua dan ketiga, korang boleh tonton video dibawah ni..

Episod 1
Tema : Hijabista Collection



Episod 2
Tema : Mother & Me Collection



Episod 3
Tema : Bold & Curvy Collection - Plus Size


Jumlah Keseluruhan Peserta adalah 8 orang


  • Episode 1: 2 teams, 2 eliminated from losing team 
  • Episode 2: 2 teams, 2 eliminated from losing team 
  • Episode 3: 1 eliminated out of remaining 4 contestants. Contestants to push their own style in this episode! 
  • Episode 4: 3 finalists

Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Facebook

Instagram




Read More

Pelbagai Idea Hadiah Hari Jadi Yang Menarik Di Printcious

Thursday, May 24, 2018

6 comments
Pelbagai Idea Hadiah Hari Jadi Menarik YangDi Printcious  |  Holaaa!! Hari ni nak cerita pasal hadiah hari jadi.. Aku kalau bab nak mencari hadiah hari jadi ni memang stress sikit sebabnya tak tahu nak beli apa.. Kadang tu sampai naik lenguh kaki pusing satu mall ke mall yang lain tetapi tak berhasil jugak.. Stresss woii... Tapi itu dulu la sebelum aku kenal dengan satu online gift shop ni yang mampu memenuhi apa yang aku inginkan dimana aku dapat memilih pelbagai hadiah hari jadi yang menarik hanya di Printcious.com

Pelbagai Idea Hadiah Hari Jadi Yang Menarik Di Printcious
Pelbagai Idea Hadiah Hari Jadi Yang Menarik Di Printcious

Korang pernah dengar tak tentang Printcious ni? Eceli aku dah beberapa kali menempah hadiah hari jadi di Printcious ni dan sangat berpuas hati dengan setiap hadiah yang aku tempah tak kiralah dari segi material mahupun kualiti barang itu sendiri.. Oh ye, sebenarnya di Printcious ni korang boleh design sendiri hadiah hari jadi korang atau kalau korang tak pandai nak design, korang boleh beli terus yang readymade... Best kan?

Bagi yang belum pernah tahu tentang kewujudan online gift shop no.1 di Malaysia ni, meh aku story serba sedikit tentangnya.. Di samping itu, aku juga akan kongsikan 'birthday gifts idea' yang menarik di Printcious dengan korang.. Manelah tahu kot korang nak beli something buat someone special kan.. Boleh reka sendiri design yang korang suka... Pada aku hadiah macam ni lebih bermakna buat penerima bertepatan dengan slogannya "Printcious.com - Precious Gifts From Your Heart".


Apa Itu Printcious?

Printcious is a play on word “Printing” and “Precious” which is where our catch phrase “Print Your Precious Gifts”. We hope that our customers are happy no matter they are giving our customised gifts to someone or receiving customised gifts from someone, as we always believe that "Giving with Art is Giving with Heart”!
Printcious merupakan sebuah online gift shop No.1 di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan percetakan pada barang dan menyediakan pelbagai jenis hadiah seperti Mug, Cushion, Canvas, Keychain, Mousepad, Ceramic Tiles dan banyak lagi yang boleh korang design sendiri mengikut kreativiti dan idea masing-masing.. Hadiah-hadiah yang ditawarkan di Printcious sangat sesuai untuk dibuat hadiah hari jadi, perkahwinan, ulang tahun, tamat pengajian atau acara korporat.

Kebiasaan kalau sebut sahaja hadiah hari jadi, mesti dah terbayang-bayang jam tangan, perfume dan sebagainya.. Rasanya semua tu dah terlalu biasa dan agak membosankan sebab dah menjadi kebiasaan bagi semua orang.. Apa kata, kali ni kita bagi sesuatu yang lain dari kebiasaan dan menjadi lebih istimewa bila kita sendiri yang design mengikut idea kita.. Tentu hadiah itu lebih bermakna tambahan pula harganya pun harga yang mampu milik.. Jadi, bolehlah berjimat cermat kan.. Hehe.. Yang penting kualitinya setanding hadiah yang mahal..

Banyak hadiah yang menarik dan unik boleh ditempah dan dijadikan hadiah hari jadi di Printcious ni.. Hadiah yang disediakan sesuai untuk semua golongan bermula dari kanak-kanak hinggalah dewasa, lelaki mahupun wanita.. Serius!! Jom lihat birthday gifts idea yang ada di Printcious.

1.  Mug


Antara hadiah yang aku suka untuk dijadikan hadiah adalah Mug.. Mug yang ada di Printcious ni bukanlah cuma mug biasa-biasa tetapi ada juga Magic Mug yang boleh bertukar warna bila kita masukkan air kedalamnya.. Aku dah ada satu.. Haha!! Hadiahkan untuk diri sendiri.. Kohkohkoh!!

Bagi aku mug adalah idea hadiah hari jadi yang baik sebabnya fungsinya 2 in 1.. Kenapa aku cakap camtu? Haaa selain boleh dijadikan sebagai hiasan, korang boleh juga guna mug tersebut untuk kegunaan harian.. Jangan ingat mug hadiah ni hanya untuk hiasan ye.. Lagi pun harganya tak mahal mana.. Jadi, ianya tak membebankan bagi yang kurang berkemampuan..

Kalau nak design sendiri, bolehlah abadikan foto-foto peribadi atau kata-kata indah.. Pasti si penerima tersenyum sampai ke telinga.. Tak percaya, silalah cuba.. Hehe..

2.  T-Shirt


Yang ni paling aku suka hokeh!! Dah 2 helai aku tempah untuk diri sendiri.. Haha!! Nampak tak betapa aku sukakan produk di Printcious ni.. Serius berkualiti ok!! Kedua-dua jenis dah aku tempah.. Cotton dan juga Graphic Tee..  Kedua-dua jenis material ni aku suka dan selesa dipakai.. Tapi paling best tentulah dari material cotton sebab serap peluh dan sejuk..

Untuk T-Shirt ni ada pelbagai pilihan warna dan saiz yang korang boleh pilih... Warna yang ada pun cantik-cantik belaka.. Pengalaman aku sendiri beli T-Shirt di Printcious, aku sangat berpuas hati dengan warnanya.. Tidak pudar dan kainnya pun berkualiti.. Jadi, kalau korang berhajat nak hadiahkan sehelai T-shirt buat teman korang, bolehlah pilih di Printcious ni.. Gerenti puas hati.. Oh ye, baju untuk kanak-kanak pun ada tau..

3.  Aprons


Ini hadiah yang paling mak-mak suka... Ehh bukan mak-mak jerk tau, tetapi bagi setiap kaum wanita yang sangat cintakan dunia dapur, mesti sangat happy bila dapat hadiah Aprons ni dihari jadinya.. Hadiah Aprons yang didesign sendiri oleh yang tersayang.. Perghh memang penuh makna la jawabnya hadiah tersebut.. Ada sentimental value kat situ...  Mana tak nya, setiap kali pakai time nak memasak, mesti teringat si pemberi... Sweet gile kot!! Haha..

Banyak lagi sebenarnya yang ada di Printcious yang boleh korang pilih untuk dijadikan hadiah hari jadi.. Semuanya menarik bagi aku.. Kalau ada yang suka dengan hiasan dalaman, aku suggest korang pilih hadiah berbentuk canvas. Bolehlah hias dinding rumah dengan hasil sentuhan kreativiti sendiri.



Lepas ni aku dah tak payah nak pening-pening kepala dah kalau ada ahli keluarga, saudara mara atau kengkawan yang nak sambut hari jadi, aku boleh terus order dekat Printcious sahaja hadiah hari jadi mereka.. Mudah kan.. Pilih, design, bayar dan tunggu sahaja hadiah sampai depan pagar rumah.. Nak lagi best, boleh terus buat surprise hantar ke rumah birthday boy or girl itu terus.. Mesti terkejut katak dorang.. Hehe..

Oklah, kalau korang nak beli hadiah hari jadi, pastikan korang beli dengan Printcious ye.. Rugi kalau tak guna perkhidmatan mereka.. Servis memang terbaik dan barang berkualiti.. Ingat hadiah hari jadi, ingatlah Printcious.. Hah gituuu!!

If you are looking for mug printing supplier, colour mug or button badges, don’t forget to contact them. Or if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, photo booth rental is your best entertainment.

Printcious.com - Precious Gifts From Your Heart


Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram

Read More

Ikan Talapia Masak 3 Rasa Yang Simple Dan Mudah

Tuesday, May 22, 2018

12 comments
Ikan Talapia Masak 3 Rasa Yang Simple Dan Mudah  |  Hari ahad baru ni encik suami request nak makan Ikan Talapia Masak 3 Rasa... Jadi, aku usahakan juga untuk buat walaupun sebelum ni tak pernah buat.. Haha!! Kiranya firstime la aku try buat ni.. Ada la jugak usha resepi kat internet sekali imbas.... Bende tak pernah buat jadi nak jugak tahu basicnya macam mana ye dak? hehe.. Lepas tu main agak-agak sendiri jerk la... Nasib baik menjadik.. Huhu.. Jom tengok resepinya...

Ikan Talapia Masak 3 Rasa Yang Simple Dan Mudah
Ikan Talapia Masak 3 Rasa Yang Simple Dan Mudah

Ikan Talapia Masak 3 Rasa
Oleh : Lea Azleeya

Bahan Untuk Ikan
1 ekor ikan talapia
Tepung Tempura Bistari - lumur pada ikan
Minyak Masak untuk menggoreng


Bahan Untuk Sos
4 ulas bawang putih - ketuk
8 tangkai cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
1/4 biji lada benggala - dipotong dadu (aku guna warna hijau & merah)
kuib nenas dalam tin
3 helai daun limau purut - sila buang tulang daun tu ye!
Minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Perasa - Pasti Sedap Knorr secukup rasa

Cara-Cara Goreng Ikan
  • Bersihkan ikan sebersih-bersihnya dan gaulkan dengan Tepung Tempura Bistari.. Biasa orang guna tepung jagung kan.. Disebabkan tepung jagung tiada, jadi aku gantikan dengan Tepung Tempura Bistari.. Sedap rupanya..
  • Panaskan minyak di dalam kuali.. Setelah minyak betul-betul panas, barulah masukkan ikan.. Setelah garing, angkat dan ketepikan..


Cara-Cara Buat Sos
  • Panaskan minyak di dalam kuali.. Tumis bawang putih, halia dan cili padi.
  • setelah bawang putih kekuningan, masukkan pula sos cili dan sos tiram... Seterusnya masukkan juga 5 sudu jus nenas di dalam tin beserta daun limau purut.. Sepatutnya kena isi juga sos tomato untuk cipta rasa masam tu.. Masalahnya aku tak suka sos tomato jadi aku lebihkan sikit jus nenas.. Hehe.. Kacau seketika.
  • Last sekali, masukkan bahan-bahan lain seperti bawang besar, tomato, nenas dan cili benggala.. Masukkan sedikit air supaya tak terlalu kering dan seterusnya masukkan garam, gula dan serbuk perasa - Pasti Sedap Knorr secukup rasa..
  • Biarkan kuah mereneh seketika.. Setelah kuah agak pekat dan berkilat, bolehlah diangkat dan terus curahkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi..
  • Sedia untuk dihidang!!


Mudahkan!! Dulu-dulu aku ingatkan masak 3 rasa ni susah dan cerewet.. Bila dah buat ni, rasa senang gile kot!! Anytime boleh buat... Cuma bahan-bahannya agak banyak la.. Boleh aje kalau nak isi nenas saja, tetapi kurang sedap dan tak cantik la persembahan Masak 3 Rasa tu.. Betul tak? Hehe..

Orite, kalau korang nak cuba resepi derhaka aku ni, boleh la cuba.. Kalau nak resepi yang penuh, bolehlah terjah resepi dari Kak Azie Kitchen di SINI.. Biasa kalau nak masak apa-apa mesti aku rujuk blog beliau.. Tapi akan terjadinya resepi derhaka sebab aku suka tukar dan ubah bahan-bahannya.. Haha!! Sorry Kak Azie.. Apa-apa pun, resepi ni memang menjadik.. 

Selamat mencuba uolls!!


Read More

Perfume Mont Cabana Tahan 24 Jam

7 comments
Perfume Mont Cabana Tahan 24 Jam  |  Dah dekat nak raya ni, orang lain sibuk dok usha baju raya tetapi aku sibuk mencari perfume yang tahan lama untuk memastikan aku sentiasa mewangi di hari raya nanti.. Yelah, tak kan dah pakai cantik-cantik lepas tu nak biarkan badan berbau hangit ye tak? Mau satu kampung lari bertempiaran nanti.. Hahaha!!  Ok, setelah aku buat risikan, aku berkenan dengan satu jenama perfume ni.. Ramai dok kata yang perfume ni mampu bertahan selama 24 jam dan wangiannya best gila!! Perfume apa tu?? Haaaa ni nak perkenalkan kat korang ni.. Perfume yang aku maksudkan tu adalah perfume Mont Cabana tahan 24 jam wangiannya.. Serius best!! Jom aku story..

Perfume Mont Cabana Tahan 24 Jam

Kalau korang nak tahu, Mont Cabana ini merupakan minyak wangi premium yang diblend sendiri dan mempunyai kilang sendiri.. Huh, berapa banyak 'sendiri' daaa.. Hehe!!.. Ok, bila sebut saja minyak wangi premium ini bermakna, bau minyak wanginya haruslah bau orang kaya.. Dan yang paling penting perfume Mont Cabana ni adalah perfume yang berkualiti, bukan inspired perfume, bukan perfume biasa-biasa tetapi perfume yang terbaik mampu bertahan sehingga 24 jam..

Apa yang istimewanya lagi dengan perfume Mont Cabana ni adalah setiap keluarannya akan digandingkan dengan artis-artis Malaysia atau public figure terkenal supaya menjadikan promosi Mont Cabana ini akan jadi lebih meriah dan tidak membosankan.. Kiranya setiap keluaran menjadi sebagai signature bagi artis-artis tersebut.. Sempena pelancaran Mont Cabana Code 1 & Code 2, artis yang berkolaborasi dengan Mont Cabana adalah Zul Ariffin..



Oh ya, sebelum terlupa perfume Mont Cabana ini akan dijual bermula Mei 2018 secara berperingkat.. Ini bermakna, perfume ni dah mula dijual ye.. Jadi, korang dah boleh dapatkannya sekarang sebelum raya tiba nanti.. Hehe.. Pada tahun 2018 ini, sebanyak 24 jenis wangian Mont Cabana akan dikeluarkan dan untuk pelancaran awal, sebanyak 2 jenis wangian dikeluarkan iaitu untuk lelaki dan juga wanita manakala 22 jenis wangian lagi akan dikeluarkan secara berperingkat dalam masa terdekat ini iaitu :-
  • Mei 2018   -  Mont Cabana 1 & 2
  • Jun 2018    -  Mont Cabana 3, 4, 5 & 6
  • Julai 2018  -  Mont Cabana 7, 8, 9 & 10
  • Ogos 2018 -  Mont Cabana 11, 12, 13 & 14

Mont Cabana 1
Mont Cabana 2
Ada lagi yang menarik perhatian aku tentang Mont Cabana ni.. Aku suka akan 'persembahannya'.. Apakah? Perfume ini didatangkan dalam casing besi dan botolnya agak menarik sangat class gituu menjadikan ia kelihatan eksklusif.. Bukan sahaja persembahan luarannya sahaja menarik dan eksklusif tetapi baunya juga eksklusif dan premium tahan sehingga 24 jam.. Pendek kata, bila time raya nanti memang sentiasa harum la walaupun seharian tak mandi.. Haha!! Gile best wehh!!

Ok, untuk permulaan ni Mont Cabana dikategorikan sebagai Eau De Parfum dahulu dan selepas ini semua keluarannya akan bertukar ke wangian kategori PARFUM.. Lagik best dan lagi tahan lama..



Dimana Boleh Dapatkan Mont Cabana Eau De Parfum?

Mont Cabana Eau De Parfum merupakan minyak wangi pertama di Malaysia yang ketahanan baunye menghampiri 24 jam.. Baunya yang unik dan tersendiri menjadikan Mont Cabana antara yang terbaik dalam kelasnya tersendiri.. Jadi, rugi kalau korang tak cuba sendiri keharuman Mont Cabana ini.. Dimana boleh dapatkan Mont Cabana ini? Haaa bagi korang yang lebih selesa untuk bershopping secara online, korang bolehlah dapatkannya melalui laman web Montcabana.my atau boleh terus klik di link ini - https://montcabana.my/shop/ kerana mereka menyediakan pembayaran mudah dan selamat untuk korang.. Mudah kan?


Apa Yang Montcabana.my Tawarkan?

  • Montcabana.my akan melakukan penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia, Singapore, Brunei dan Indonesia
  • Montcabana.my juga menyediakan perkhidmatan penghantaran terus (COD) ke rumah atau pejabat korang melalui wakil-wakil jualan Mont Cabana yang berdekatan dengan tempat korang.. Senarai ejen, korang boleh check kat link ni ye - https://montcabana.my/senarai-ejen/
  • Montcabana.my sudah berpengalaman lebih 10 tahun dalam menguruskan perniagaan online. Jadi korang tak perlu risau masalah barang tak sampai atau rosak kerana mereka akan bertanggungjawab sepenuhnya jika barang tidak sampai atau mengalami kerosakan semasa di pos.
  • Montcabana.my menyediakan pembayaran mudah dan selamat iaitu korang boleh menggunakan FPX Payment, Online Transfer, Kad Kreadit atau Kad Debit yang diuruskan oleh senangPay.

Ingin Menjadi Wakil Jualan Montcabana.my?

Memandangkan ekonomi sekarang tidak berapa memberangsangkan, aku yakin ramai dikalangan korang yang ingin mencari pendapatan sampingan.. Betul tak? Ok, bagi korang yang ingin mencari side income, bolehlah sertai team Montcabana.my kerana mereka kini sedang mencari wakil jualan untuk produk mereka.. Manalah tahu, dengan menyertai mereka korang boleh menyelesaikan masalah kewangan korang sekaligus menambah pendapatan seisi keluarga.. Nak tahu lebih lanjut, meh baca ni :-
  • Montcabana.my sedang mencari wakil jualan di seluruh Malaysia, Singapore, Brunei dan Indonesia..
  • Mereka juga akan membantu marketing online dan offline..
  • Pihak Montcabana.my juga telah memperuntukkan lebih RM2 juta untuk kos marketing. Antara medium pemasaran yang sudah siap ditempah adalah seperti 60 billboard di sepanjang lebuhraya, iklan-iklan di TV dan radio, Iklan suratkhabar, media sosial Facebook dan lain-lain.
  • Mereka juga mencari ejen-ejen dan juga kedai-kedai yang berminat untuk memasarkan produk mereka.. Antara yang disediakan seperti tools online dan offline, banner, flyers dan lain-lain.
  • Sistem jualan mereka juga canggih, ada bonus dan reward.
Kalau ada yang nak daftar sebagai ejen Montcabana.my, boleh terus klik kat link ni - https://montcabana.my/daftar-ejen-mont-cabana/


HARGA
RM 129 (50ML)

Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, boleh layari :-

Website

Facebook

Instagram

Whatsapp
012-337 7045


Read More