Hang Out Dengan BFF Sambil Pekena Makanan Korea Sedap

Sunday, April 15, 2018

15 comments
Hang Out Dengan BFF Sambil Pekena Makanan Korea Sedap  |  Alkesahnya dah berbulan-bulan berlalu tetapi baru ada masa untuk aku memorikan dalam blog aku ni.. 28 Februari yang lalu, aku memang dah plan siap-siap sebelum tu untuk ambil cuti bagi menenangkan fikiran pergi berjalan-jalan sambil happykan diri bersama BFF aku, si Yatt.. Dari dulu lagi memang begitulah cara kami.. Kami akan keluar bersama time hari bekerja sebab tak nak ganggu hujung minggu yang memang dah diperuntukan hari untuk bersama keluarga.. 


Masa untuk diri sendiri ni penting tau bagi meneutralkan kembali diri dan fikiran daripada tekanan di tempat kerja mahupun dirumah... Hehe... Selalunya kami akan keluar dari rumah sama waktu dengan kami pergi kerja.. Kenalah keluar awal sikit supaya perut dapat diisi terlebih dahulu sebelum misi kami jalankan.. Haha!! Bila dah perut kenyang, baru seronok nak jalan-jalan.. Betul tak?

Hari tu kami makan dekat kedai berhampiran rumah aku je.. Malas nak jelajah tempat yang jauh.. Lepas makan, barulah kami rancang apa aktiviti seterusnya.. Kami perlu setting masa dengan baik sebab jam 5 petang aku harus ambil anak aku pula di rumah pengasuh.. Masa tu ibarat emas bagi kami..

Black Panther Jadi Pilihan


Macam biasa, aktiviti menonton wayang harus ada dalam jadual kami.. Kali ni kami pilih movie Black Panther untuk santapan mata kami.. Pertama kali kami menonton di MBO selepas beberapa bulan dibuka di Kuantan City Mall (KCM)... Biasanya kami layan movie di Golden Screen Cinema (GSC) jerk.. Oh lupe, selalunya kami akan pilih hari rabu untuk kami keluar bersama sebab tiket wayang murah pada hari tersebut.. Nak berseronok pun, kena save bajet jugak kan.. Haha!!

Pada awalnya kami sangka tiket wayang di MBO ni mahal.. Rupanya, banyak pilihan rupanya.. Ada yang mahal ada juga yang murah mengikut seat dan juga hall... Kami memilih untuk menonton di small hall sahaja walaupun kami diberi cadangan oleh mereka untuk mencuba hall yang ada 'katil'.. Haha!! Kira katil la tu kan, sebab siap boleh baring lagik katanya.. Kalau kami pilih hall tu, rasanya kami tak menonton sebaliknya kami membuta.. Haha!!

Sementara tunggu nombor hall menyala!

 Nak bergambar kat sini pun boleh cetus kontrolbesi.. Haha!

Sebelum masuk panggung, kita bergambar dulu..

Black Panther? Hurmm pada pendapat aku, jalan ceritanya not bad.. Best jugak.. Tak membosankan.. Itu paling penting bila tengok wayang.. Kalau bosan, memang boleh kejadian keluar awal la jawabnya.. Hehe.. Cerita ni ada serius, sedih dan lawak.. Nampak macam cerita serius kan, tapi dalam serius tu ada jugak lawaknya.. Atau, kami jerk yang rasakan ianya lawak.. Haha!! Kiranya tak rugi la kami menonton cerita ni.. Berbaloi-baloi bayar tiket walaupun tiket tak mahal mana sebab hari rabu.. Half price!

Pekena Makanan Korea Sedap Di MyeongDong Topokki

Hang Out Dengan BFF Sambil Pekena Makanan Korea Sedap, Makanan Korea Sedap, MyeongDong Topokki, Kuantan city mall, kaki wayang, black panther movie

Eceli, ini adalah kali pertama aku makan makanan korea.. Aku ulangi, kali pertama!! Serius, sebelum ni memang aku tak ada terlintas langsung kat hati nak makan makanan korea sebab aku ni jenis yang tak suka explore makanan baru dan pelik.. Disebabkan desakan kawan aku sorang ni, aku cabarlah diri untuk makan makanan korea ni..

Lepas habis menonton, kami ke MyeongDong Topokki di dalam KCM juga.. Awal lagi kawan aku ni dah plan nak makan kat sini.. Aku ni dah biru muka tak tahu nak terima pelawaan dia atau pun tak.. Haha!! Kelakooo!! Almaklumlah jenis yang susah nak makan bende-bende diluar kotak.. Bagi aku, di luar kotak la.. Bagi korang, mungkin dah biasa dengan makanan korea ni kan..


Time nak order tu, aku dah tak tahu nak order apa.. Yang mana sedap pun ofkoslah aku tak tahu kan.. Jadi, jalan selamat aku pilih la menu yang berasaskan megi korea.. Nampak gambar pun menarik dan hot seller kat situ.. Apa yang aku order? Jom tengok..

Bersedia pilih menu

Ini pilihan aku.. Nampak sedap nak menarik..

Berasap lagi tuu... Mane tak berasapnya, sama berasap dengan hati aku sebab makanan aku ni dapat lambat gile.. Boleh pulak dorang terlupa buat yang aku punya.. Hampeh betul la..!! 2 kali pergi tanya baru dapat...


Menu pilihan aku adalah Hangul Chicken Ramyun berharga RM18.90... Set ni didatangkan sekali dengan sushi sayuran, bilis goreng (serius sedap), kimchi dan sayur kacang panjang. Air pilihan aku pula adalah Green Tea Ais.. Alhamdulillah menu pilihan aku ni dapat aku telan dengan aman tanpa rasa ragu-ragu sebab ternyata sedap.. Memang la megi tapi rasanya sedikit lain dari megi yang biasa aku makan.. Nama lagi megi korea kan, mestilah lain rasanya.. Tapi sedap wehh!!

Green Tea

Green Tea menjadi pilihan kitorang.. Inginkan sedap, rupanya tak rasa ape pun.. Haha!! Air teh tanpa gula.. Macam minum air kosong aje.. Itu pandangan kami yang selalu sangat minum air manis ni.. Padahal memang airnya rasa macam tu.. Green Tea kosong untuk kesihatan.. Orang korea kan memang mementingkan kesihatan.. Tak gitu hakak-hakak k-pop sekalian? Hehe..

Menu pilihan BFF aku

Rabokki namanya.. Dah nama cam robot jerk.. Hehe

BFF aku pilih untuk cuba Rabokki dengan harga RM17.90... Setnya juga seperti yang aku tadi juga ada sushi sayuran, bilis goreng, kimchi dan sayur kacang panjang... Kalau dilihat melalui gambar, aku rasa memang tekak aku tak boleh nak hadam menu ni.. Ternyata, bila aku cuba sikit yang BFF aku ni, tekak tak berapa nak terima sebab rasa peliknya agak kuat.. Tapi BFF aku boleh aje habiskan semuanya.. Hehe..

Cabaran makan Yangnyeom Chicken

Merah menyala warnanya..

Ini menu terakhir yang kami order.. Yangnyeom Chicken, RM 9.90 sahaja.. Nak tahu cabaran apa yang kami hadapi semasa makan ayam ni.. Pedas wehhh!! Pedas meletop.. Bukan sikit-sikit punye pedas.. Memang berapi mulut.. Aku larat makan seketul aje sebab pedas terlampau.. Yang lain BFF aku yang terpaksa habiskan.. Merah muka-muka dia nak habiskan ayam ni.. Memang tak order dah.. Haha!!

Haha.. sempat lagi dia kunyah tu time nak snap gambar.. Hadoii!!

Ini harga yang perlu kami bayar.. Kami dapat diskaun tau 15%... Muka ada sinyummm!! Alhamdulillah rezeki aku ari tu, BFF belanja.. Hehe

Kalau korang nak cuba makanan korea atau korang memang seorang yang craving makanan korea, bolehlah cuba di Myeongdong Tapokki ni.. Mungkin ramai yang dah familiar dengan kedai ini sebab mereka ada cawangan dimerata-rata di Malaysia ni..

Alamat

MyeongDong Topokki (Kuantan City Mall)
Kuantan City Mall, 
Jalan Putra Square 6/1,
Putra Square, Kuantan, 
25300 Kuantan, Pahang


Lepas makan, kami bergegas pula ke Kuantan Parade untuk aktiviti seterusnya.. Sebelum meneruskan aktiviti, kami menunaikan dulu kewajiban kami kepadaNYA.. Kami bersolat di Surau Kuantan Parade... Bila dah selesai solat, baru senang hati nak teruskan aktiviti kami..

Seperti biasa, aktiviti wajib kami adalah aktiviti menyumbangkan suara.. Suara dahlah sumbang, kami sumbangkan lagi.. Hehe.. Selepas kami karok sejam dua, kami pun terus pulang.. Memang tak singgah dimana-mana dah sebab aku berkejar-kejar pula untuk ambil anak di rumah pengasuh.. Kesimpulannya, hang out kami kali ni memang best!! Ehh bukan kali ni jerk tau, tetapi setiap kali hang out pasti akan rasa puas hati.. Hilang segala gundah gulana hati dan stressss.. Hehe...

Tunggu next plan kami lagi ye...


Read More

LiveCollagen Untuk Kulit Kekal Sihat, Anjal Dan Cantik

Saturday, April 14, 2018

5 comments
LiveCollagen Untuk Kulit Kekal Sihat, Anjal Dan Cantik  |  Semakin berusia kita, semakin menyusutlah peratus kolagen dalam badan.. Masa tu, kulit akan hilang keanjalan dan garis-garis kedutan mula menghuni kulit kita.. Mengikut kajian, semasa kita berusia 25 tahun, tubuh mula beransur-ansur kehilangan kolagen sebanyak 1.5% setiap tahun. Akibatnya, kulit tidak lagi mempunyai sokongan yang baik untuk lapisan kulit teratas dan kulit mula melahirkan kedutan kerana kolagen sudah tidak berfungsi lagi.. Ini bermakna, kolagen sangatlah penting untuk memastikan kulit kekal sihat, anjal dan cantik. 


Bagaimana nak kekalkan kolagen dalam badan ni supaya kekal sihat, anjal dan cantik? Haaa itu soalan yang sering bermain difikiran mereka-mereka yang dah berusia termasuklah aku sendiri.. Haha!! Dulu mungkin aku tiada jawapan bagi soalan itu.. Tetapi sekarang ianya sudah terjawab sejak aku diperkenalkan dengan LiveCollagen untuk kulit kekal sihat, anjal dan cantik.. 

Apa Itu LiveCollagen?


LiveCollagen merupakan makanan kesihatan dan juga kecantikan yang dirumus daripada rumusan unik yang terdiri daripada Hydrolyzed Marine Collagen dari Perancis, Glisin (Asid Amino) dan 9 jenis Buah Beri Liar dari Amerika Syarikat iaitu :-
  • Blackberry
  • Rasberry Merah
  • Rasberry Hitam
  • Blueberry
  • Strawberry
  • Boysenberry
  • Mulberry
  • Cranberry
  • Ceri
Minuman lazat dan berkhasiat ini tidak mengandungi kalori yang tinggi, tiada pengawet, tiada pewarna tiruan, tiada penapis atau agen bulking dan paling penting tanpa bau ikan yang kuat.. Minuman ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin cantik, awet muda (anti-penuaan) dan ingin mencapai tahap kesihatan semulajadi..

Apakah Manfaat LiveCollagen?


Manfaat Untuk Kesihatan
  • Melindungi tulang rawan dan cecair sinovial
  • Mengurangkan kerosakan oxidative kepada sendi dan mengurangkan sakit sendi
  • Mengurangkan rasa sakit akibat gangguan keradangan seperti arthritis
  • Mencegah pembekuan darah dan membantu mengekalkan jantung yang sihat
  • Meningkatkan kemampuan dan corak tidur
  • Mencegah kerosakan sel dari tekanan emosi dan fizikal
  • Menggalakkan penyembuhan luka
  • Menguatkan sistem imun badan

Manfaat Untuk Kecantikan
  • Menggalakkan kehilangan inci badan
  • Mengurangkan selulit
  • Meningkatkan kesihatan rambut dan kuku
  • Menghilangkan garis-garis kerutan, kaki merekah, garis pada hidung dan juga kedutan
  • Meningkatkan keanjalan dan kelebihan kulit
  • Membantu kulit agar lebih bersinar dan berseri-seri
  • Membaiki kulit kering, kulit merekah dan kulit rosak akibat panahan cahaya matahari
  • Anti-Penuaan
  • Membantu pembesaran payudara secara semulajadi
  • Mempercepatkan keberkesanan produk penjagaan kulit

Tahukah Anda?

Apakah Yang Menyebabkan Radikal Bebas?


Radikal bebas akan terus terhasil di dalam badan akibat dari :-
  • Reaksi metabolisme
  • Semasa bersenam
  • Perokok aktif dan pasif
  • Alkohol yang berlebihan
  • Pendedahan kepada pencemaran alam sekitar, cahaya matahari, X-Ray dan radiasi
  • Mengambil beberapa ubat terutamanya antibiotik
  • Tekanan fizikal dan emosi

Kesan Kerosakan Radikal Bebas Kepada Badan Dan Kulit

Manusia terdedah kepada lebih daripada 70 jenis penyakit dan 90% daripada mereka adalah berkaitan dengan radikal bebas.. Radikal bebas boleh merosakkan sistem saraf, penglihatan, kulit, organ, dan kecergasan secara keseluruhan dan dikaitkan dengan :-
  • Penuaan awal kulit
  • Pengerasan dan pembengkakan arteri
  • Penyakit radang kronik seperti arthritis
  • Imuniti terjejas
Boleh dikatakan hampir setiap hari kita terdedah dengan radikal bebas.. Betul tak? Aku juga tidak terkecuali.. Sebab itulah aku amalkan LiveCollagen ni sebab ianya memberi manfaat bukan sahaja untuk kecantikan tetapi juga untuk kesihatan.. 

Bagaimana Cara Penggambilan LiveCollagen?

Best tau rasa LiveCollagen ni... Walaupun ada sedikit rasa pahit tetapi ianya masih sedap diminum.. Terasa keenakan berry di dalamnya.. Seriusss wehh!! Ok, untuk cara pengambilannya sangatlah mudah dan tidak rumit.. Jom lihat step dibawah beserta arahan pengambilannya.

Cara Bancuh
  • Campurkan 1 sachet LiveCollagen dalam 125ml air masak atau jus dibawah suhu 50"c
  • Kacau sehingga betul-betul larut
  • Kemudian minum segera...

Arahan pengambilan
  • Minum sebelum waktu tidur
  • Untuk 2 minggu pertama, ambil 2 sachet sehari sebelum sarapan dan sebelum waktu tidur 
  • Maintenance : 1 sachet sehari sahaja sudah memadai

Apa Kata Aku Tentang LiveCollagen?


Eceli aku dah consume LiveCollagen ni habis sekotak iaitu 20 sachets selama 10 hari.. Sehari aku amalkan 2 sachet pada pagi dan malam.. Almaklumlah, nak result yang cepat kan.. Rasa LiveCollagen ni ofkoslah rasa berry.. Nama lagi diperbuat daripada 9 jenis berry kan.. Mestilah rasa berry... Ada sedikit masam, manis dan pahit.. Kira balance la rasa dia.. Sedap!!

Selain rasa yang sedap, LiveCollagen ni dah bantu tidur aku.. Serius, lepas amalkan LiveCollagen ni tidur aku lebih baik dari sebelum ni.. Bila bangun tidur pun, badan lebih segar.. Bukan itu saja tau, emosi aku pun makin stabil sekarang.. Kalau tak asyik stresssss aje.. Haha!!  Yela, bila badan sihat, sudah tentu emosi pun stabil kan..

Yang paling best, aku dapati kulit aku ni lebih lembut dan lembap tak seperti sebelum ni, kering merekah.. Haha!! Adalah sedikit berlakunya keanjalan di situ.. Kalau nak lebih anjal, kenalah consume LiveCollogen ni berterusan dan konsisten.. Betul tak? Paling penting, minum air yang mencukupi.. Korang makanlah supplement ape saja, perkara yang paling utama kena minum air putih yang banyak, barulah kesan tu lebih powerrrrr!!

Bagaimana Untuk Dapatkan LiveCollagen Ini?

Orite, bagi korang yang rasa-rasa nak jugak alami apa yang aku alami lepas consume LiveCollagen ni dan nak kekal sihat, anjal dan cantik, bolehlah dapatkan LiveCollagen ni sekarang kerana aku ada berita baik buat semua pembaca blog aku... Dengan setiap pembelian LiveCollagen atau mana-mana produk keluaran Dynamic Nutrition di website, anda layak untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM5 dengan menggunakan promo code seperti dibawah ini :-

leaazleey5


Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

No. Telefon
+603 80812128

Email
enquiries@dyna-nutrition.com


Read More

Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki Dengan CokkoWhite Lightening Soap

Friday, April 13, 2018

12 comments
Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki Dengan CokkoWhite Lightening Soap  |  "Muka putih tapi tangan hitam"... Perghh sentap weh kalau kena ayat macam ni.. Siapa yang pernah mengalami situasi camni? Mesti padu terasa kat hati kan.. Nak buat macam mana, dah dekat muka kita dok pakai macam-macam jenis produk.. Dekat tangan, paling rajin pun losyen jerk kita sapu.. Tu pun kalau rajin la.. Kalau malas memang kirim salam jerk la kan.. Sebab tu lah, muka nampak terlebih putih berbanding tangan.. Nak angkat tangan ke muka pun rasa malu.. Betul tak? Huhu.. Jangan risau, aku ada jalan penyelesaiannya.. Kali ni aku nak kongsikan dengan korang cara cerahkan kulit tangan dan kaki dengan menggunakan sabun ajaib, CokkoWhite Lightening Soap.

Dengan CokkoWhite Lightening Soap, cokkowhite, cokkowhite instant, putih dengan cokkowhite, cokkowhite testimoni,

Mungkin ada dikalangan korang sanggup berhabis untuk mendapatkan kulit yang cerah.. Betul tak? Tak kurang juga yang sanggup mengamalkan petua-petua tradisional yang memakan masa yang lama untuk berhasil.. Tak salah, cuma mengapa harus berbelanja wang yang banyak dan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan kulit yang cerah sedangkan ada cara yang lebih mudah, cepat, murah dan berkesan boleh dilakukan untuk mendapatkan kulit wajah dan badan tampak cerah, flawless dan sekata.. Bagaimana caranya? Ya, dengan hanya menggunakan CokkoWhite Lightening Soap, impian korang untuk cerah sekata pasti tercapai..

Kalau korang nak tahu, CokkoWhite Lightening Soap ni banyak kelebihannya.. Bukan hanya boleh cerahkan kulit, tetapi banyak lagi kelebihan lain yang boleh korang dapat dari penggunaan sabun ajaib ni.. Nak tahu kelebihan apa yang ada pada sabun ni? Jom sama-sama kita selongkar misteri yang ada pada CokkoWhite Lightening Soap ni.. Cewahh dah macam misteri nusantara jerk bunyinya kan.. Haha!!


CokkoWhite Lightening Soap adalah sabun pencerah dan penghilang daki degil yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat bumiputera.. Ia diperbuat daripada 5 bahan utama semulajadi iaitu :-

1.  FucoWhite

FucoWhite merupakan bahan utama yang terkandung dalam sabun ini yang mempunyai ejen-ejen yang mampu memutihkan serta mencerahkan kulit


2.  Minyak Zaitun

Minyak Zaitun mengandungi bahan antioksidan yang mampu mengelakkan kulit dari terkena radiasi berbahaya


3.  Tea Tree Oil

Tea Tree Oil sangat bagus untuk menghilangkan jerawat, jeragat atau parut kesan daripada jerawat.. Ia juga membantu melembutkan kulit agar tidak mengelupas.




4.  Vitamin C

Bertindak melindungi kulit dari menjadi kering dan mengelupas serta mencegah kulit dari tanda-tanda penuaan


5.  Isi Kelapa

Menjadi bahan skrub untuk menghilangkan daki-daki degil yang menyebabkan kulit menjadi hitam


Daki Hilang Kulit Jadi Cerah

Nak cerahkan kulit, kenalah buang segala daki yang ada dulu kan.. Dengan CokkoWhite ni, korang tak perlu risau sebab segala daki-daki degil yang ada pada badan korang pasti akan hilang.. Isi kelapa yang terkandung di dalam sabun ini bertindak sebagai skrub bagi menyingkir segala daki yang ada pada kulit.. Bila daki hilang, kulit pun jadi cerah.. 

Begitulah juga, nak cerahkan tangan kenalah singkir dulu daki yang ada pada tangan, barulah tangan boleh cerah senada dengan muka.. Eh, kat tangan pun ada daki ke? Haaa jangan tak tahu ye, kat tangan pun ada daki walaupun kita nampak tangan kita sentiasa bersih aje.. Jadi, perlu untuk singkirkan daki degil terlebih dahulu untuk dapatkan kulit yang cerah..

Kelebihan CokkoWhite Lightening Soap


Seperti yang aku katakan tadi, CokkoWhite Lightening Soap ni banyak kelebihannya.. Bukan saja dapat mencerahkan kulit malah banyak lagi kelebihan yang dapat diperolehi dari penggunaanya.. Antara kelebihan lain yang ada pada sabun ajaib ini adalah :-
  • Menghilangkan parut, flek hitam, kesan bekas jerawat, jeragat dan bintik-bintik di muka serta badan.
  • Membantu mencerah dan memutihkan kulit muka dan badan secara alami tanpa membuatkan kulit mengelupas dan kemerahan.
  • Menghilangkan daki-daki degil dan bekas hitam di celah ketiak, leher, lipatan siku dan lutut serta dicelah peha.
  • Membantu menghilangkan bau badan walaupun berpeluh
  • Menghilang jerawat dan gangguan ringan pada kulit muka dan badan
  • Membantu melewatkan proses penuaan kulit agar kulit kekal muda dan flawless
  • Membuatkan kulit jadi lebih lembut dan terjaga kelembapannya serta menjaga kesegaran dan keselesaan kulit. Bebas dari minyak dan kulit kering.
  • Membantu menghilangkan sunburn

Banyak gile kelebihan sabun ni.. Dengan hanya sebuku sabun hijau ni sahaja, korang boleh dapat manfaat berlipat kali ganda darinya..

Cara Penggunaan CokkoWhite Lightening Soap

Tekstur skrub CokkoWhite - isi kelapa

Jangan pandang remeh tentang cara penggunaan ye.. Sebab kalau guna dengan cara yang salah, memang tak akan mendapat hasil yang bagus.. Tetapi janganlah risau kerana cara penggunaan sabun ini sangatlah mudah tak serumit mana.. Cuma perlu pastikan cara penggunaannya mengikut step yang betul untuk mendapat hasil yang maksimum.. 

Cara guna
  • Cuci muka/badan/leher/kaki/tangan atau dikawasan yang gelap dan berdaki dengan CokkoWhite Lightening Soap (Untuk bahagian badan, boleh sental sesedap rasa ye, serius best gile!!)
  • Biarkan 1-2 minit
  • Kemudian bilas dengan air bersih
  • Guna setiap kali mandi dan untuk muka pula sebelum tidur
Jom tengok video ni!


Mudah kan? Kalau sabun yang biasa kita pakai tak perlu biarkan 1-2 minit.. Tetapi sabun CokkoWhite ni perlu bagi memastikan sabun bertindak balas dengan kulit dan sekaligus menyingkirkan segala daki dan kekotoran yang ada pada kulit.. Bila daki hilang, kulit pun cerah berseri-seri..

Tangan sebelah kiri aku sental guna sabun CokkoWhite selama 3 hari setiap kali mandi.. Nampak sedikit perbezaan berbanding tangan kanan

Apa Kata Aku Tentang CokkoWhite Lightening Soap ini?

Orite, aku sendiri pun dah menggunakan sabun hijau ajaib ni dan sangat berpuashati dengan hasilnya.. Misi aku untuk mencerahkan kulit tangan ternyata membuahkan hasil.. Terdapat sedikit perbezaan kulit tangan aku berbanding dulu... Walaupun hasilnya tidak serta merta putih melepak, tetapi tetap juga kelihatan sedikit cerah daripada sebelumnya.. Jadi, untuk mencapai misi dan impian aku, kenalah terus menggunakan CokkoWhite Lightening Soap ni sehinggalah mendapat result yang aku inginkan.. Yang penting konsisten ye.. 


Satu lagi aku perasan, kulit aku sentiasa lembap sepanjang menggunakan sabun ini.. Bukan takat lembap aje, tapi lembut juga ala-ala kulit bayi gituu.. Jangan jelessss!! Haha.. Walaupun misi aku untuk cerahkan kulit tangan senada dengan kulit muka, aku juga menggunakan sabun ini untuk keseluruhan badan aku.. Manalah tahu boleh putih satu badan kan.. Lagilah aku happy.. 

Disamping itu juga, dapatlah aku menghilangkan daki yang ada pada badan aku ni.. Yelah, nak menyental dengan berus bukannya rajin sangat.. Tambahan pula, tak punya masa yang banyak untuk manjakan diri sendiri.. Bila ada Cokkowhite Soap ni, memang memudahkan kerja aku menyental badan.. Tak menyakitkan macam guna berus.. Memang terbaik..!!

Testimoni Pengguna CokkoWhite Lightening Soap




Dapatkan CokkoWhite Lightening Soap Dengan Harga Berpatutan

Mesti korang tertanya-tanya, berapa harga sabun ni kan? Ok, kalau korang nak tahu sabun ni tak lah semahal mana.. Harganya ofkos mampu milik berbaloi-baloi dengan kelebihan yang ada padanya.. Bagi yang ingin mencuba sabun ini, bolehlah mendapatkannya dengan harga seperti berikut :-

Harga Biasa
Sekotak - RM70.00
(Free Postage)

Harga Promosi

Pakej A
1 kotak - RM60.00
(Free Postage)

Pakej B
2 kotak - RM100.00
(2 special gift & Free Postage)

FREE POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA!!



Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Facebook

Instagram

No.Telefon
010-282 6344  /  014-426 6132


Read More

Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends Tamat!

4 comments
Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends Tamat!  |  Alhamdulillah, tamat sudah perjalanan Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends.. Seramai 85 orang peserta telah sudi meluangkan masa untuk join giveaway ini.. Sebenarnya aku sendiri tak sangka giveaway ini akan mendapat sambutan sebegini.. Alhamdulillah.. TQ pada korang yang sudi support giveaway yang aku anjurkan ni..


Insyaallah nama pemenang akan aku umumkan tidak lama lagi.. Mudah-mudahan minggu depan aku ada masa untuk memilih pemenang.. Bukan korang saja tak sabar nak tahu siapa pemenangnya, aku sendiri pun tak sabar.. Haha!! Pemenang akan aku pilih melalui khidmat random.org sekiranya aku kemalasan dan seandainya angin rajin aku datang, aku akan buat pemilihan melalui cabutan... Tengok yang mane termampu ye aku lakukan nanti..

Moga korang semua sabar menunggu..


Read More

Amalkan Multi Grains With Black Fungus Untuk Gaya Hidup Lebih sihat

Monday, April 9, 2018

9 comments
Amalkan Multi Grains With Black Fungus Untuk Gaya Hidup Lebih sihat | Kalau difikirkan tentang umur sekarang ni yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, jadi risau jugak.. Mana tak risau, pemakanan pun tak jaga.. Main makan aje apa saja.. Belum sampai masa, dah sakit sana sakit sini, lenguh sana lenguh sini.. Bila dah mula rasa semua tu, barulah timbul kesedaran untuk jaga diet pemakanan.. Kalau tak, memang tak insaf lagi.. Haha!! Nak dijadikan cerita, baru-baru ini LA diperkenalkan dengan satu produk minuman kesihatan berkhasiat dari jenama Genlife.. Jadi sekarang ni, LA tengah amalkan Multi Grains With Black Fungus untuk gaya hidup yang lebih sihat..

Amalkan Multi Grains With Black Fungus Untuk Gaya Hidup Lebih sihat

Bersesuaian dengan jenamanya Genlife yang membawa maksud 'Generation of Healthy Lifestyles' minuman ini sangat sesuai bagi mereka yang mula sedar dan mahu mengubah gaya hidup dan diet yang sihat.. Macam LA la sekarang.. Bila dah timbul kesedaran, barulah nak ambil tahu tentang diet dan pemakanan yang sihat.. Jadi, sebab itulah LA memilih untuk mengamalkan Multi Grains with Black Fungus ni kerana ianya memberi banyak manfaat kepada kesihatan LA disamping mengamalkan juga senaman dan memastikan air masak diminum dalam kuantiti yang mencukupi setiap hari...

Nahhhh itu dia rutin harian LA sekarang ni.. Minum Multi Grains With Black Fungus, Senaman dan Minum air putih secukupnya.. Nak sihat punya pasalkan.. Kenalah berubah dan berusaha.. Oh, ya dengan mengamalkan Multi Grains With Black Fungus ni, LA juga boleh kekalkan berat badan sebab minuman ini boleh mengenyangkan.. Biasa LA akan ambil sebelum sarapan pagi dan rasa kenyang tu agak lama.. Jadi, LA dah tak perlu kudapan sampingan lagi selepas makan.. Seronok wehh!! Ok, mesti korang dah tak sabar nak tahu tentang Multi Grains With Black Fungus ni kan? Jom LA story kat korang..

Multi Grains With Black Fungus Minuman Yang Berkhasiat


Multi Grains With Black Fungus adalah minuman yang sangat berkhasiat yang diperbuat daripada 23 jenis bahan semulajadi. Dalam pek nutrisi ini mengandungi bijirin, kekacang dan bahan utamanya Black Fungus atau dalam bahasa melayunya adalah Kulat Hitam.. Black Fungus ni bagus tau.. Ia adalah sumber Vitamin B1, B2 dan D, protien, lemak, polysaccharides dan zat besi.. Minuman yang berkhasiat dan enak ini sangat sesuai untuk seisi keluarga termasuklah mereka-mereka yang prihatin tentang kesihatan seperti LA.. Haha!!

Bahan-Bahan Utama Multi Grains With Black Fungus

Sepertimana yang LA dah nyatakan diawal tadi, Multi Grains With Black Fungus ni dihasilkan dari 23 bahan semulajadi dan 6 daripadanya adalah bahan yang paling utama iaitu :-


1.  Black Fungus (Kulat Hitam)
  • Mengurangkan kolestrol dan tekanan darah
  • Meningkatkan peredaran darah


2.  Beras Perang
  • Kaya dengan Protien, Vitamin B1, Kalsium, Magnesium, Serat dan kalium


3.  Kacang Soya
  • Sumber untuk Protein, Vitamin B dan Mineral


4.  Buckwheat (Gandum Kuda)
  • Kaya dengan Protien, Serat, Vitamin dan Mineral
  • Meningkatkan kesihatan jantung dengan menurunkan kolestrol dan tekanan darah
  • Membantu mencegah diabetes


5.  Barli
  • Mengurangkan kolestrol
  • Baik untuk gastrointestinal
  • Membantu dalam penurunan berat badan


6.  Kacang Hitam
  • Kaya dengan Serat, Kalium, Folat, Vitamin B6 dan Phytonutrient.. Kandungan ini baik untuk kesihatan jantung
  • Mengurangkan kolestrol.

Selain 6 bahan utama di atas, Multi Grains With Black Fungus ini juga mengandungi bahan lain seperti Black Sesame, Red Bean, Green Bean, Rice Bean, Flower Bean, Green Pea, Corn, Pine Nut, Gingko, Walnut, Lotus Seed, Creeping Lily Turf, Chinese Yam, Gorgon Fruit, Tuckahoe, Medlar dan Chinese Wolfberry.


Apa Itu Black Fungus (Kulat Hitam)

Mungkin ada diantara korang yang tak familiar dengan Black Fungus ni kan.. Atau ada yang tak pernah tengok dan tak tahu langsung akan kewujudannya.. Macam LA sendiri, mula kenal dengan Black Fungus ni masa LA makan Yong Tau Foo... Mula tu macam geli nak makan sebab rupa dia agak pelik.. Bila sekali rasa, perghh memang sedap..


Black Fungus atau Kulat Hitam ini dikenali juga sebagai wood ear, cloud ear atau tree ear.. LA pun ada nama sendiri untuk Black Fungus ni tau.. Haha!! Tapi biarlah LA guna sendiri nama tu..  Black Fungus ni adalah sejenis kulat yang berwarna coklat gelap hingga hitam dan sering digunakan dalam masakan Asia terutamannya masakan cina.. Seperti yang LA katakan tadi, ia mungkin kelihatan menakutkan tetapi jangan tak tahu ye, ia telah dilabel sebagai makanan perubatan selama beribu-ribu tahun disebabkan kandungan nutrien yang ada padanya seperti Zat Besi, Protien, Lemak, Vitamin, Polysaccharides dan Mineral..

Black Fungus ini juga bermanfaat untuk darah kerana ia dapat menyuburkan, mengaktifkan dan sekaligus dapat membersihkan darah. Ia selalunya digunakan dalam ubat herba cina untuk meningkatkan daya tahan darah dan meningkatkan peredaran darah.. Oleh itu, ia dapat mengurangkan kolestrol tinggi dalam darah.. Bukan itu sahaja tau, Polysaccharides yang ada dalam Black Fungus juga mampu mencegah pembekuan darah dan trombosis.. Penggambilan yang berterusan boleh membantu mencegah aterosklerosis dan penyakit jantung koronari..

Satu lagi kebaikan Black Fungus ini ialah ia kaya dengan Zat Besi.. Jika korang makan secara teratur ia dapat memekatkan darah dan mencegah anemia disebabkan kekurangan Zat Besi.. Barulah LA tahu yang Black Fungus ni tinggi kandungan Zat Besinya.. Masa mengandung dulu, LA memang mengalami anemia, HB rendah.. Kalau tahu time mengandung ritu, memang LA pergi cari Black Fungus ni untuk naikkan HB LA.. hehe.. Kalau korang nak tahu, Black Fungus ini juga mempunyai serat pemakanan yang tinggi dan ia boleh menyerap toksin dalam sistem pencernaan kita dan boleh membersihkannya melalui perkumuhan..

Manfaat Multi Grains With Black Fungus


  • Membantu menurunkan kadar kolestrol dan tekanan darah
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Membantu mencegah diabetes
  • Baik untuk gastrointestinal
  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Membuang toksin dalam sistem pencernaan melalui perkumuhan.

Banyak manfaatnya kan Multi Grains ni untuk kesihatan kita.. Sebab itulah LA yakin untuk consume minuman berkhasiat ni.. Sekurang-kurangnya ada minuman sampingan yang boleh membantu LA dalam menjaga kesihatan..

Multi Grains With Black Fungus Selamat Diminum

Bab selamat tak selamat ni perlu dititikberat dalam pemilihan produk.. Tak kiralah sama ada produk makan, minum atau pakai.. Untuk minuman Multi Grains With Black Fungus ni, ia memang selamat diminum dan diamalkan kerana minuman ini tanpa kolestrol, tiada trans lemak,, tiada bahan pengawet, tiada pewarna dan tiada krimer.. Bukan itu saja ye, minuman berkhasiat ini juga telah mendapat status HALAL dari JAKIM.. Alhamdulillah.. Jadi, dah tak perlu nak risau dan was-was untuk consume produk ini..



Cara Pengambilan


Cara bancuh :-
  • Letakkan 1 paket ke dalam cawan
  • Tambah 200ml air suam
  • Kacau dan sedia untuk dinikmati

Multi Grains With Black Fungus ni boleh diminum untuk sarapan pagi mahupun tea break dan boleh diambil oleh seisi keluarga... LA biasa ambil semasa sarapan supaya perut kenyang sampai tengahari.. Kalau tidak sebelum ni, dah breakfast tetapi masih jugak lapar.. Lepas consume Multi Grains ni, waktu makan pun terjaga dengan baik..

Ok, secara jujurnya LA tak gemar sangat akan rasa minuman ini kerana ada sedikit rasa beras.. Yela kan, kandungannya pun ada beras perang, mestilah ada rasa beras tu sedikit sebanyak.. Jadi, untuk menyedapkan rasanya supaya LA boleh telan dengan aman, LA blend dengan buah-buahan.. Selain itu, minuman ini juga boleh dicampurkan dengan oat, nestum dan lain-lain mengikut citarasa sendiri.. Jadi, tiada alasan lagi untuk tidak consume Multi Grains With Black Fungus ni kan.. Hehe..

Bagaimana Untuk Mendapatkan Multi Grains With Black Fungus ini?


Orite, kalau korang berminat untuk dapatkan Multi Grains With Black Fungus ni, korang boleh beli secara online di :-

Genlife Online Store

Lazada

11Street

Shopee

Ataupun korang juga boleh dapatkannya di farmasi-farmasi terpilih (dikawasan Lembah Klang/Seremban) seperti :-
  • Multicare Health Pharmacy
  • Mediconstant Pharmacy
  • Alpha Pharmacy
  • Alpro Pharmacy
  • BE Pharmacy
  • Health Lane Pharmacy
  • MPlus Pharmacy
  • Hai-O

Berita baik buat pembaca Blog Lea Azleeya!!

Untuk menghargai semua pembaca Blog Lea Azleeya ini, LA nak bagi korang diskaun 20% untuk setiap pembelian Multi Grains With Black Fungus di Genlife Online Store - www.genlife.my dengan menggunakan kod diskaun seperti dibawah ini :-

LEA20M

Sah sehingga : 1 April - 1 Oktober 2018

Terma & Syarat :-
  • Tidak sah dengan mana-mana promosi Genlife yang berlanjutan atau item diskaun
  • Kod diskaun hanya terpakai untuk pembelian Multi Grains With Black Fungus di Genlife Online Store Sahaja..

Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Email
enquiry@genlife.my 

No Telefon
 603-56123303


Read More