Top Social

Amalkan Multi Grains With Black Fungus Untuk Gaya Hidup Lebih sihat

Monday, April 09, 2018
Amalkan Multi Grains With Black Fungus Untuk Gaya Hidup Lebih sihat | Kalau difikirkan tentang umur sekarang ni yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, jadi risau jugak.. Mana tak risau, pemakanan pun tak jaga.. Main makan aje apa saja.. Belum sampai masa, dah sakit sana sakit sini, lenguh sana lenguh sini.. Bila dah mula rasa semua tu, barulah timbul kesedaran untuk jaga diet pemakanan.. Kalau tak, memang tak insaf lagi.. Haha!! Nak dijadikan cerita, baru-baru ini LA diperkenalkan dengan satu produk minuman kesihatan berkhasiat dari jenama Genlife.. Jadi sekarang ni, LA tengah amalkan Multi Grains With Black Fungus untuk gaya hidup yang lebih sihat..

Amalkan Multi Grains With Black Fungus Untuk Gaya Hidup Lebih sihat

Bersesuaian dengan jenamanya Genlife yang membawa maksud 'Generation of Healthy Lifestyles' minuman ini sangat sesuai bagi mereka yang mula sedar dan mahu mengubah gaya hidup dan diet yang sihat.. Macam LA la sekarang.. Bila dah timbul kesedaran, barulah nak ambil tahu tentang diet dan pemakanan yang sihat.. Jadi, sebab itulah LA memilih untuk mengamalkan Multi Grains with Black Fungus ni kerana ianya memberi banyak manfaat kepada kesihatan LA disamping mengamalkan juga senaman dan memastikan air masak diminum dalam kuantiti yang mencukupi setiap hari...

Nahhhh itu dia rutin harian LA sekarang ni.. Minum Multi Grains With Black Fungus, Senaman dan Minum air putih secukupnya.. Nak sihat punya pasalkan.. Kenalah berubah dan berusaha.. Oh, ya dengan mengamalkan Multi Grains With Black Fungus ni, LA juga boleh kekalkan berat badan sebab minuman ini boleh mengenyangkan.. Biasa LA akan ambil sebelum sarapan pagi dan rasa kenyang tu agak lama.. Jadi, LA dah tak perlu kudapan sampingan lagi selepas makan.. Seronok wehh!! Ok, mesti korang dah tak sabar nak tahu tentang Multi Grains With Black Fungus ni kan? Jom LA story kat korang..

Multi Grains With Black Fungus Minuman Yang Berkhasiat


Multi Grains With Black Fungus adalah minuman yang sangat berkhasiat yang diperbuat daripada 23 jenis bahan semulajadi. Dalam pek nutrisi ini mengandungi bijirin, kekacang dan bahan utamanya Black Fungus atau dalam bahasa melayunya adalah Kulat Hitam.. Black Fungus ni bagus tau.. Ia adalah sumber Vitamin B1, B2 dan D, protien, lemak, polysaccharides dan zat besi.. Minuman yang berkhasiat dan enak ini sangat sesuai untuk seisi keluarga termasuklah mereka-mereka yang prihatin tentang kesihatan seperti LA.. Haha!!

Bahan-Bahan Utama Multi Grains With Black Fungus

Sepertimana yang LA dah nyatakan diawal tadi, Multi Grains With Black Fungus ni dihasilkan dari 23 bahan semulajadi dan 6 daripadanya adalah bahan yang paling utama iaitu :-


1.  Black Fungus (Kulat Hitam)
  • Mengurangkan kolestrol dan tekanan darah
  • Meningkatkan peredaran darah


2.  Beras Perang
  • Kaya dengan Protien, Vitamin B1, Kalsium, Magnesium, Serat dan kalium


3.  Kacang Soya
  • Sumber untuk Protein, Vitamin B dan Mineral


4.  Buckwheat (Gandum Kuda)
  • Kaya dengan Protien, Serat, Vitamin dan Mineral
  • Meningkatkan kesihatan jantung dengan menurunkan kolestrol dan tekanan darah
  • Membantu mencegah diabetes


5.  Barli
  • Mengurangkan kolestrol
  • Baik untuk gastrointestinal
  • Membantu dalam penurunan berat badan


6.  Kacang Hitam
  • Kaya dengan Serat, Kalium, Folat, Vitamin B6 dan Phytonutrient.. Kandungan ini baik untuk kesihatan jantung
  • Mengurangkan kolestrol.

Selain 6 bahan utama di atas, Multi Grains With Black Fungus ini juga mengandungi bahan lain seperti Black Sesame, Red Bean, Green Bean, Rice Bean, Flower Bean, Green Pea, Corn, Pine Nut, Gingko, Walnut, Lotus Seed, Creeping Lily Turf, Chinese Yam, Gorgon Fruit, Tuckahoe, Medlar dan Chinese Wolfberry.


Apa Itu Black Fungus (Kulat Hitam)

Mungkin ada diantara korang yang tak familiar dengan Black Fungus ni kan.. Atau ada yang tak pernah tengok dan tak tahu langsung akan kewujudannya.. Macam LA sendiri, mula kenal dengan Black Fungus ni masa LA makan Yong Tau Foo... Mula tu macam geli nak makan sebab rupa dia agak pelik.. Bila sekali rasa, perghh memang sedap..


Black Fungus atau Kulat Hitam ini dikenali juga sebagai wood ear, cloud ear atau tree ear.. LA pun ada nama sendiri untuk Black Fungus ni tau.. Haha!! Tapi biarlah LA guna sendiri nama tu..  Black Fungus ni adalah sejenis kulat yang berwarna coklat gelap hingga hitam dan sering digunakan dalam masakan Asia terutamannya masakan cina.. Seperti yang LA katakan tadi, ia mungkin kelihatan menakutkan tetapi jangan tak tahu ye, ia telah dilabel sebagai makanan perubatan selama beribu-ribu tahun disebabkan kandungan nutrien yang ada padanya seperti Zat Besi, Protien, Lemak, Vitamin, Polysaccharides dan Mineral..

Black Fungus ini juga bermanfaat untuk darah kerana ia dapat menyuburkan, mengaktifkan dan sekaligus dapat membersihkan darah. Ia selalunya digunakan dalam ubat herba cina untuk meningkatkan daya tahan darah dan meningkatkan peredaran darah.. Oleh itu, ia dapat mengurangkan kolestrol tinggi dalam darah.. Bukan itu sahaja tau, Polysaccharides yang ada dalam Black Fungus juga mampu mencegah pembekuan darah dan trombosis.. Penggambilan yang berterusan boleh membantu mencegah aterosklerosis dan penyakit jantung koronari..

Satu lagi kebaikan Black Fungus ini ialah ia kaya dengan Zat Besi.. Jika korang makan secara teratur ia dapat memekatkan darah dan mencegah anemia disebabkan kekurangan Zat Besi.. Barulah LA tahu yang Black Fungus ni tinggi kandungan Zat Besinya.. Masa mengandung dulu, LA memang mengalami anemia, HB rendah.. Kalau tahu time mengandung ritu, memang LA pergi cari Black Fungus ni untuk naikkan HB LA.. hehe.. Kalau korang nak tahu, Black Fungus ini juga mempunyai serat pemakanan yang tinggi dan ia boleh menyerap toksin dalam sistem pencernaan kita dan boleh membersihkannya melalui perkumuhan..

Manfaat Multi Grains With Black Fungus


  • Membantu menurunkan kadar kolestrol dan tekanan darah
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Membantu mencegah diabetes
  • Baik untuk gastrointestinal
  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Membuang toksin dalam sistem pencernaan melalui perkumuhan.

Banyak manfaatnya kan Multi Grains ni untuk kesihatan kita.. Sebab itulah LA yakin untuk consume minuman berkhasiat ni.. Sekurang-kurangnya ada minuman sampingan yang boleh membantu LA dalam menjaga kesihatan..

Multi Grains With Black Fungus Selamat Diminum

Bab selamat tak selamat ni perlu dititikberat dalam pemilihan produk.. Tak kiralah sama ada produk makan, minum atau pakai.. Untuk minuman Multi Grains With Black Fungus ni, ia memang selamat diminum dan diamalkan kerana minuman ini tanpa kolestrol, tiada trans lemak,, tiada bahan pengawet, tiada pewarna dan tiada krimer.. Bukan itu saja ye, minuman berkhasiat ini juga telah mendapat status HALAL dari JAKIM.. Alhamdulillah.. Jadi, dah tak perlu nak risau dan was-was untuk consume produk ini..



Cara Pengambilan


Cara bancuh :-
  • Letakkan 1 paket ke dalam cawan
  • Tambah 200ml air suam
  • Kacau dan sedia untuk dinikmati

Multi Grains With Black Fungus ni boleh diminum untuk sarapan pagi mahupun tea break dan boleh diambil oleh seisi keluarga... LA biasa ambil semasa sarapan supaya perut kenyang sampai tengahari.. Kalau tidak sebelum ni, dah breakfast tetapi masih jugak lapar.. Lepas consume Multi Grains ni, waktu makan pun terjaga dengan baik..

Ok, secara jujurnya LA tak gemar sangat akan rasa minuman ini kerana ada sedikit rasa beras.. Yela kan, kandungannya pun ada beras perang, mestilah ada rasa beras tu sedikit sebanyak.. Jadi, untuk menyedapkan rasanya supaya LA boleh telan dengan aman, LA blend dengan buah-buahan.. Selain itu, minuman ini juga boleh dicampurkan dengan oat, nestum dan lain-lain mengikut citarasa sendiri.. Jadi, tiada alasan lagi untuk tidak consume Multi Grains With Black Fungus ni kan.. Hehe..

Bagaimana Untuk Mendapatkan Multi Grains With Black Fungus ini?


Orite, kalau korang berminat untuk dapatkan Multi Grains With Black Fungus ni, korang boleh beli secara online di :-

Genlife Online Store

Lazada

11Street

Shopee

Ataupun korang juga boleh dapatkannya di farmasi-farmasi terpilih (dikawasan Lembah Klang/Seremban) seperti :-
  • Multicare Health Pharmacy
  • Mediconstant Pharmacy
  • Alpha Pharmacy
  • Alpro Pharmacy
  • BE Pharmacy
  • Health Lane Pharmacy
  • MPlus Pharmacy
  • Hai-O

Berita baik buat pembaca Blog Lea Azleeya!!

Untuk menghargai semua pembaca Blog Lea Azleeya ini, LA nak bagi korang diskaun 20% untuk setiap pembelian Multi Grains With Black Fungus di Genlife Online Store - www.genlife.my dengan menggunakan kod diskaun seperti dibawah ini :-

LEA20M

Sah sehingga : 1 April - 1 Oktober 2018

Terma & Syarat :-
  • Tidak sah dengan mana-mana promosi Genlife yang berlanjutan atau item diskaun
  • Kod diskaun hanya terpakai untuk pembelian Multi Grains With Black Fungus di Genlife Online Store Sahaja..

Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Email
enquiry@genlife.my 

No Telefon
 603-56123303


8 comments on "Amalkan Multi Grains With Black Fungus Untuk Gaya Hidup Lebih sihat"
  1. kalau beli black fungus tu tak tau cemana nak hilangkan rasa pahit dia

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera

    Terima kasih kerana sertai Review Blog April 2018.

    Senarai Peserta : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-peserta-review-blog-april-2018.html

    Senarai Pemenang : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-pemenang-review-blog-april-2018.html

    ReplyDelete
  3. bagus khasiatnya.. rasanya mesti ok juga kan

    ReplyDelete
  4. fuhh banyak khasiat dia.. jue pernah mkn jugak dlm air tu.. hehehe

    ReplyDelete
  5. sedapnya black fungus masak dengan sayur campur tapi kalau buat air tu macam mana agaknya Lea ?

    ReplyDelete
  6. Kulat hitam.. Produk yang bagus..

    ReplyDelete