Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel Mengekalkan Kemudaan Kulit Anda

Monday, September 25, 2017

15 comments
Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel Mengekalkan Kemudaan Kulit Anda |  Jika anda berasa wajah anda kasar dan ketat, maka anda mungkin mempunyai kulit yang kering. Ini bermakna kulit anda kekurangan air. Apabila kulit dehidrasi, ia akan menghasilkan lebih banyak minyak untuk mengimbangi kelembapan kulit. Ini akan menyebabkan jerawat, kerengsaan dan tompok kering di wajah. Keadaan ini akan menjejaskan kesihatan dan keyakinan kita.

Dehidrasi adalah satu masalah besar. Kulit kita di Asia selalunya akan terjejas lebih teruk daripada yang lain kerana kelembapan cuaca di sekeliling kita. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa 40-72 peratus pengguna mempunyai kulit kering di wajah mereka. Walaupun meminum air adalah sangat penting untuk mengembalikan kelembapan dan kemudaan kulit, ia mungkin bukan penyelesaian yang mencukupi untuk memerangi dehidrasi kulit. Kulit yang sihat adalah satu sebab kita akan berasa lebih baik. Salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan anda adalah untuk memberikan kulit anda lebih cerah dan kelihatan lebih licin.

murad, dr. murad, hydro glow aqua peel, mask

Produk baru Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel dicipta untuk mengembalikan kulit lebih sihat, bersinar dan berseri dari dalaman ke luar.  Produk ini dilengkapi dengan 2 langkah sistem yang unik dimana ia melembutkan kulit dan memberikan faedah anti-penuaan dengan memberikan dos penghidratan yang mengagumkan sehingga 400% untuk mengurangkan garis halus dan kedutan.

Retexturizing Swab boleh melembutkan kulit dan menghidratkan kulit yang kering. Ia mempunyai Lactic Acid, Glycolic, and Hyaluronic Acids yang menyokong pergerakkan sel untuk menyerikan kulit dan membersihkan serpihan kulit untuk mengungkap kulit yang licin, cerah dan bercahaya. Saiz Swab ini direka khas untuk kulit anda yang halus dimana ia membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.

Apabila berlakunya dehidrasi kulit dan kulit kusam, Murad Moisture Infusion Mask dipenuhi asid hyaluronik yang akan mengembalikan dan menyuburkan kulit, ia berfungsi sebagai penghidratan segera sehingga 400% untuk kulit anda. Dengan penggunaan yang berpanjangan, kulit muka yang kering dan kusam tidak akan berlaku lagi.


Secara ringkas, Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel mengandungi 4 rawatan mudah termasuk:-

Retexturizing Swab – Swab besar ini adalah tunas kapas bertutup yang telah tepu dalam campuran berasaskan AHA campuran Latuc dan Glycolic Acid, yang berfungsi untuk melembapkan lapisan permukaan kulit dengan perlahan, melarutkan sel-sel mati dan membersihkan liang-liang kulit yang tersumbat untuk memberikan tekstur yang lebih halus.

Moisture Infusion Mask – Topeng lembaran membekalkan asid hyaluronik untuk memberikan rangsangan segera kepada tahap kelembapan sehingga 400% dan membantu mengurangkan kesan garis kedut. Kulit akan kelihatan lebih cantik dan bersinar apabila kesan kedutan berkurangan.

LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKANNYA 

Gunakannya sekali seminggu.

Langkah 1 - Retexturizing Swab
Sapu swab di muka yang bersih. Jangan bilas.

Langkah 2 - Moisture Infusion Mask
Letakkan topeng lembaran di muka selama 15-20 minit. Keluarkan topeng lembaran dan jangan bilas. Kemudian sapukan pelembap kepada muka.

Diasaskan lebih dari 28 tahun yang lalu, Murad adalah jenama doktor pertama yang diiktiraf di Amerika Syarikat. Jenama ini tetap benar dengan prinsip saintifik pengasasnya, dermatologi terkenal di dunia, Howard Murad, M.D. Melalui lebih daripada 50 tahun pengalaman penyelidikan Dr. Murad telah membuktikan bahawa kecantikan dan kesihatan adalah saling berkaitan dan terbaik dicapai melalui pendekatan inkusif yang meningkatkan setiap sel di dalam badan.

Murad Hydro-Glow Aqua Peel boleh didapati di kedai Murad diseluruh Malaysia. Ia juga boleh didapati di laman web www.murad.com.my bermula pada pertengahan bulan September.  Nikmati diskaun 10% pada produk Hydro-Glow Aqua Peel apabila anda membeli di laman web dengan kod GLOW di https://www.murad.com.my/unlock-secret-to-youthful-skin sah sehingga 31st Mac 2018.

Untuk maklumat lanjut mengenai Murad, sila layari www.murad.com.my atau Facebook Murad di Murad.Malaysia.

Read More

Tiada Lagi Kebosanan Dengan Si Pakar Kecil Ini !

Sunday, September 24, 2017

7 comments
Tiada Lagi Kebosanan Dengan Si Pakar Kecil Ini !  |  Cermin kereta tersekat?  Pintu bunyi berkeriut? Kita sedia maklum bahawa getah dan PVC  lama kelamaan akan mendegrasi dan mengeras. Untuk mengatasi masalah ini, kita  memerlukan bahan pemplastik untuk mengembalikan getah kepada kekenyalan asal. Kerana itulah anda memerlukan WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant.  


Usah gusar dan tidak perlu bersusah payah berkejar mencari mekanik sebelum hujan turun atau tersekat di kesesakan jalan raya. Dapatkan setin  WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant,  yang berupaya melincirkan, mengalisairkan dan melindungi permukaan logam dan bukan logam termasuk getah, plastik dan vinil. 


Untuk mengatasi masalah tingkap cermin kereta yang tersekat-sekat, hanya semburkan sedikit  ke atas penutup getah tingkap cermin tersebut dan ia akan kembali mudah dinaik dan diturunkan.

Sekiranya anda memiliki atau sedang membaik pulih kereta klasik dengan tingkap menggunakan tombol pemusing di mana ada habuk dan minyak terperangkap, hanya  semburkan ke arah mekanism trek tingkap, dan ia akan terus kembali lancar digelongsorkan.  Begitu juga dengan pintu kereta yang berkeriut, hanya sempurkan dan biarkan beberapa minit, dan nahhh tiada lagi bunyi yang menjengkelkan. 

Paling menarik, pelincir ini tidak memerangkap habuk dan kotoran, serta sangat bagus untuk pengalisan air dan melindungi alat ganti daripada kelembapan.  Selamat digunakan untuk kebanyakan getah dan plastik, WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant tidak meninggalkan kesan warna dan ia memberikan prestasi unggul merentangi julat suhu yang besar iaitu dari -73°C sehingga +260°C. Ia juga boleh digunakan untuk peralatan yang bertekanan tinggi sepeti injap, peralatan pemasangan dan tetiub.   


Merupakan antara produk daripada WD-40®'s, WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant juga begitu sesuai digunakan untuk takal, engsel, kekunci, kabel dan banyak lagi. 


Selain daripada penggunaan automotif, ia juga sangat sesuai untuk pintu gelongsor atau mana mana bahagian penyambung yang sukar. Hanya semburkan pada trek logam pintu untuk membersihkan landasan dan melancarkan gelongsor pintu.        

Ingin tahu lebih lanjut? Layari  laman web WD-40® Silicone di https://goo.gl/e5yJz2 atau  di  http://wd40.asia  hari ini  Paling penting adalah usah panik sekiranya anda berada di dalam situasi yang sukar.  Hanya pastikan ada memiliki setin pelincir hebat ini di rumah. Seperti yang dikatakan oleh para pelanggan kami, setiap rumah perlu ada satu.


Read More

OSIM Meraikan Ulangtahun Ke-38 Dengan Kerusi Urut uLove Warna Emas Edisi Terhad

Saturday, September 23, 2017

8 comments
OSIM Meraikan Ulangtahun Ke-38 Dengan Kerusi Urut uLove Warna Emas Edisi Terhad | Tahun 2017 melakar sejarah sebagai ulangtahun ke-38 buat OSIM. Setelah sekian lama OSIM memperkukuhkan jenama sebagai pengeluar barangan keperluan rumah dan perabot kesihatan yang berinovasi serta berkualiti tinggi, pihak OSIM dengan khususnya telah menyediakan pelbagai aktiviti istimewa dalam kedai sempena sambutan ulangtahunnya ke-38.    

Jenama kami sudah mencapai kejayaan cemerlang selepas 38 tahun berada dalam pasaran global dan ianya pencapaian yang cukup membanggakan. - kata Pengurus Besar OSIM Malaysia, Cik Chia Sook Fun   
Menerusi produk yang dihasilkan, matlamat kami adalah untuk memastikan kesejahteraan dan keselesaan pelanggan kita. Bagi terus kekal relevan dalam pasaran, pelbagai inovasi dalam penghasilan produk serta peningkatan prestasi barangan dijalankan untuk mencapai piawaian terbaik, katanya.

Maklum balas positif dari berjuta pengguna OSIM di seluruh dunia terhadap kerusi urut rata-rata mengatakan ia berkualiti dan berprestasi tinggi apatah lagi dalam memberi keselesaan. Pelangan juga memberi respon dengan berkata kerusi urut OSIM adalah pilihan terbaik dan mereka amat berpuas hati dengan prestasinya. 


Keistimewaan kerusi urut mewah OSIM uLove adalah gabungan tiga unsur iaitu sebagai kerusi urut  yang mampu memberi kelegaan badan dan ketenangan minda; dilengkapi sistem audio secara menyeluruh bagi memberi relaksasi minda yang lebih mendalam dan merangsang deria tubuh bagi mendapatkan tidur yang lebih nyenyak.   

Sebagai tawaran istimewa sempena ulangtahun OSIM ke-38 ini, kerusi urut mewah OSIM uLove dilengkapi peranti khas untuk hiburan anda! Peranti ini berfungsi untuk memegang gajet pintar seperti tablet atau telefon pintar ketika anda menikmati urutan menyamankan kerusi urut uLove.    

Sejak kerusi urut uLove ini dilancarkan, ia mendapat respon yang cukup mengalakkan dari peminatnya di seluruh dunia. Pelanggan yang juga seorang surirumah, Ivy Lew, 33 berkata beliau mengalami masalah tidur yang agak kronik, menyebabkan sering tidak cukup tidur dan lemah. Namun kerusi urut  uLove membantu beliau untuk tidur dengan lebih senang dan lena.     
Kerusi urut  uLove ini cukup selesa dan mudah untuk digunakan. Saya berpuas hati dengan pilihan urutan yang diprogramkan pada kerusi mewah ini. Dengan citarasa masing-masing yang berlainan, setiap pilihan urutan tetap menepati kehendak saya dan keluarga. Selain itu ia cukup dinamik dengan 7 tahad pilihan 3D bagi urutan bahu, tulang belakang dan punggung, katanya.  
Pelanggan yang juga pegawai IT, Willie Koh, 40, memuji kepintaran kerusi urut uLove ini dengan berkata ia mempunyai pelbagai ciri-ciri yang cukup istimewa. 
Kerusi ini adalah rekaan yang paling hebat. Saya mampu memuat turun urutan menerusi internet dan memprogramkan ia pada kerusi ini menerusi bluetooth. Ia cukup mudah, telefon pintar ini hanya perlu disambungkan pada kerusi dengan sambungan bluetooth saja dan saya dapat menikmati pelabagai jenis urutan yang dimahukan dengan mudah.    
Bagi Andrew Teh, 43, pula, beliau menggemari rekaan dan keaslian reka bentuk kerusi urut mewah OSIM uLove yang turut mengabungkan pelbagai fungsi di samping ia sesuai dijadikan perabot hiasan pada ruang tamu. Sementara itu pelanggan yang juga pemilik salun rambut, Charmaine Chen, 37, turut berkongsi pengalaman beliau menikmati serta merasai kehebatan kerusi urut mewah uLove.  Chen berkata beliau sering berasa kerusi urut, biasanya kelihatan terlalu besar dan memakan terlalu banyak ruang di dalam rumahnya. Tetapi dengan kerusi urut mewah uLove ini ia kelihatan elegan dan cukup selesa seolah-olah sedang menaiki penerbangan kelas pertama. Selain dari itu dan yang paling penting, ia memberikan urutan cukup intensif untuk melegakan tekanan dari hujung rambut ke hujung kaki, katanya.   


Apa yang membuat kerusi urut mewah uLove ini lebih istimewa adalah unit edisi terhad yang didatangkan dalam kemasan warna emas. Hanya 66 unit saja dikeluarkan sempena ulangtahun OSIM ke-38 dan ia dijual pada harga runcit iaitu RM19,988. Ia turut dilengkapi dengan meja tambahan istimewa sebagai tambahan koleksi perabot untuk menghiasi rumah anda.   

Kerusi urut mewah uLove OSIM ini boleh didapati di mana-mana cawangan OSIM seluruh negara termasuk roadshow yang akan diadakan nanti. 

Layari www.OSIM.com.my untuk keterangan lanjut.
Read More

Giveaway Comel By Syahirah Valiant

Friday, September 22, 2017

9 comments
Giveaway Comel By Syahirah Valiant  | Assalamualaikum... Hai korang... Yeahhh, kali ni dengan gigihnye aku join giveaway dengan menaip entry ni menggunakan android aku... Memang sekso sikit, tapi dek kerana giveaway comel by Syahirah Valiant ni hadiahnya agak menarik, ku kuatkan semangat besarkan bijik mata, kecikkan jari jemari menaip entry ini.. Hehe.. 

giveaway, contest, planner, planner addict
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Sejak dua menjak terjebak dengan dunia planner addict ni, aku terlebih excited bila ada rakan blogger yang anjurkan giveaway dengan menawarkan hadiah berupa tools planner... Itu sebab aku cakap, hadiah giveaway ni sangat menarik bagi aku... Hiks.. 

Dengan lafaz bismillah aku join giveaway ni.. Moga ada rezeki aku untuk menang.. Haha.. Yela, dah join giveaway haruslah nak menangkan... Kalau tak menang tu, tandanya bukan rezeki kita.. Sekurang-kurangnya kita dapat support antara satu sama lain.. Tak gitu... Dunia blogging ni memerlukan kite support sesama kita.. Baru ukhwah tu terjalin lebih baik... Cewaaahhh.. Berceramah free lak kat sini yek..

Oklah, kalau korang nak join boleh klik banner kat atas nunn ye... Jangan memalu jangan sesegan tau... Just one click!!

Tarikh Tamat
9 Oktober 2017



Read More

Dengarlah Suara Hatimu Dan Minum Minuman Yang Lebih Sihat!

Thursday, September 21, 2017

14 comments
Dengarlah Suara Hatimu Dan Minum Minuman Yang Lebih Sihat!  |  Senyap dan merbahaya, ia merayap didalam anda semasa anda tidak menyedarinya. Dan ia adalah pembunuh No. 1 di negara ini. Apa yang kami maksudkan adalah penyakit jantung, dan kira-kira 20% daripada rakyat Malaysia terdedah kepadanya. Menurut kajian Institute Jantung Negara (IJN), penyakit jantung adalah punca utama kematian dikalangan wanita dan bukan kanser payudara sepertimana yang dianggap oleh kebanyakkan orang. 

Wanita yang berusia 45 tahun ke atas mempunyai kebarangkalian yang sama seperti lelaki untuk mengalami penyakit jantung. Sebelum menopaus, badan wanita mempunyai kelebihan berbanding dengan lelaki, kerana badan mereka menghasilkan jumlah estrogen yang mencukupi untuk mengurangkan risiko serangan jantung berbanding dengan lelaki. 

Akan tetapi, selepas menopaus berlaku, bilangan perlindungan daripada estrogen menurun, dan jika ia digabungkan dengan faktor risiko lain seperti diabetes dan obesiti, itulah bagaimana penyakit jantung akan berlaku. Realitinya, kami berada di negara yang mana IJN menyaksikan pesakit lelaki/wanita – semuda 20 tahun menjalani pembedahan pintasan untuk membersihkan arteri yang tersumbat.


Oleh itu, sempena Hari Jantung Sedunia yang akan berlangsung pada 29 September setiap tahun, Juice Works memperkenalkan “Heartbeat”, minuman bermusim yang di penuhi dengan semua kebaikan semulajadi untuk membantu kami melawan pembunuh senyap ini. 

Jus ini diperbuat dari limau gendang, timun, oren, lobak merah dan epal. Heartbeat kini boleh didapati di setiap cawangan Juice Works dan Juice Works2Go. Apa lagi, jika anda seorang ahli VIP Juice Works, anda akan juga mendapat 10% diskaun daripada harga runcit**! 

Kenapa Limau Gedang? Kerana gabungan nutrien berkuasa serat, lycopene, vitamin C, kalium dan choline di dalam limau gedang ini boleh membantu mengekalkan jantung yang sihat. Satu penyelidikan mendapati bahawa makanan yang ditambah dengan limau gedang merah segar mempengaruhi tahap lipid darah, terutama trigliserida. 

Kenapa Timun? Rendah kalori, kandungan fiber dan air yang tinggi, timun juga adalah kaya dengan potassium yang membantu mengurangkan tekanan darah. Ia juga mengandungi polifenol yang dipanggil lignans, yang boleh mengurangkan risiko kanser tertentu. Ia kaya dengan vitamin K yang penting untuk kesihatan tulang.   

Kenapa Oren? Para penyelidik telah melaporkan bahawa buah ceria ini mempunyai antioksidan yang dipanggil hesperidin, yang meningkatkan fungsi saluran darah dan membantu menurunkan risiko penyakit jantung seseorang. Hesperidin adalah sebatian yang berasaskan tumbuhan yang dipanggil falvonoid, yang dikatakan dapat meningkatkan kesihatan sel-sel yang halus yang mengalirkan saluran darah. 

Kenapa Lobak Merah? Lobak merah adalah sumber yang sangat baik untuk antioxidant alpha dan beta karoten, yang diproses oleh tubuh badan ke retinol (vitamin A), yang baik untuk kulit, paru-paru, sistem kekebalan tubuh dan kesihatan jantung. Ia juga mengandungi antioksidan lutein, yang penting untuk kesihatan mata. 

Kenapa Epal? Kajian telah menunjukkan bahawa memakan epal setiap hari dapat membantu menurunkan kolesterol jahat yang disebut LDL dalam tubuh badan dan dua penanda lain yang berkaitan dengan plak dan peradang di dinding arteri. Ia seolah-olah epal hidup sehingga pepatah lama membantu untuk menghindari daripada doktor apabila dimakan setiap hari. 

Jadi, dengarlah suara hatimu dan dapatkan Heartbeat hari ini untuk menjadi lebih kuat dan sihat! 
  • Ia tidak boleh digabungkan dengan diskaun / penawaran / baucar yang lain 
  • Minuman bermusim ini hanya boleh diperolehi sehingga 31 Oktober 2017. 
  • Sementara stok masih ada 
  • Juice Works Malaysia mempunyai kata putus terakhir mengenai promosi ini.


Read More

Review Novel | Pelaris Karya Muhammad Fatrim

Monday, September 18, 2017

13 comments
Review Novel | Pelaris Karya Muhammad Fatrim | Assalamualaikum wbt. Hi korang!! Tak best rasanya kalau dibiarkan blog bersawang terlalu lama.. Walaupun masih dalam pantang, rindu yang amat nak update blog.. Jadi, aku siapkan jugak entry yang dah lama dok dalam draft ni.. Novel pelaris karya Muhammad Fatrim ni sebenarnya dah lama aku beli tapi 31hb Ogos yang lepas baru berkesempatan aku baca.. Nampaknya, novel ni mampu menarik minat membaca aku... Nak tahu kenapa? Teruskan baca entry ni sampai habis ye..

pelaris, muhammad fatrim, novel seram, novel best, novel hantu, best seller, buku fixi
Pelaris karya Muhammad Fatrim

Dengan mengambil masa lebih kurang 2 hari lebih aku dapat habiskan baca keseluruhan novel ni... Bagi aku, novel ni mempunyai keistimewaannya tersendiri dari segi jalan ceritanya.. Bila disebut saja tentang pelaris, mesti korang dah tahu kan berkenaan apa... Novel ini mengisahkan sebuah kedai makan yang dikendalikan oleh seorang wanita bernama Mawar yang telah kematian suaminya menggunakan pelaris bagi melariskan kedainya yang pada awalnya hampir-hampir ditutup kerana tidak dikunjungi oleh pelanggan.. 

Jalan singkat yang diambil olehnye ini telah mengancam hidup dia dan anaknya serta hampir-hampir meragut nyawa anaknya.. Tanpa dia sedar pembantu kedainya yang berasal dari indonesia yang juga telah lama bekerja di kedai itu sebagai tukang masak sejak suaminya masih hidup lagi telah mengkhianatinya kerana tukang masak itu adalah isteri kedua suaminya.. Punca kedainya tidak berpelanggan adalah disebabkan oleh perbuatan jahat tukang masak yang  juga merangkap madunya itu... 

Setelah itu, datang seorang lelaki sebagai pekerjanya untuk membantu memperbetulkan keadaan.. Dengan usaha lelaki itu, segalanya dapat diselesaikan dengan baik... Dan akhirnye mawar dan anaknya terselamat daripada pelaris yang dibelanya.. 

Tulah serba sedikit jalan cerita novel ni yang dapat aku kongsi dengan korang... Bagi aku, aku suka jalan cerita yang digarap oleh penulis.. Penuh misteri sampaikan aku rasa pelaris tu ada disekitar aku... Hehe.. Kalau dulu-dulu aku ingat pelaris ni tidak mengancam nyawa si pemakainya/penggunanya.. Tapi sebenarnya, silap langkah akan memakan diri sendiri.. Banyak pengajaran juga dalam cerita novel ni.. Tak rugi baca sebab ianya dapat menyedarkan kita betapa bahayanya bila dah terjebak dengan ilmu pelaris ni.. 


Ok, macam biasa kalau novel dari Muhammad Fatrim memang aku akan beli terus dari penulisnya dan dapatlah aku tinta cinta dari beliau.. Haha!! 


Kalau korang rasa nak baca jugak buku ni boleh la beli yek.. Baca la dulu sinopsisnya ni.. Baru boleh nilai sendiri best ke idok.. Karya dari Muhammad Fatrim ni, memang tak pernah mengecewakan aku... Semuanya best-best... Dok usha kat facebook beliau sekarang ni ada lagi buku baru nak keluar tu.. Kena dapatkan cepat la nampaknye ni.. Rugi tak baca.. Serius uolls!!

Ok la, nak kasi review dekat goodreads tak boleh ye sebab novel ni special edition dari penulis dan dikeluarkan sendiri oleh penulis tanpa ISBN... So, memang tak de la dalam goodreads.. Makanya, kene review sendiri aje.. 

Read More

Shawl Halfmoon Hajra Hadiah Dari Giveaway CikLaPunyaBelog

Sunday, September 10, 2017

24 comments
Shawl Halfmoon Hajra Hadiah Dari Giveaway CikLaPunyaBelog  |  Alhamdulillah sempat juga update entry tentang shawl halfmoon Hajra hadiah giveaway CiklaPunyeBelog ni sebelum aku bersalin.. Hadiah ni atas kemenangan aku dalam menyertai Giveaway Tudung Preloved Halfmoon by Hajra ciklapunyabelog.blogspot.my pada 03 Ogos 2017 yang lalu... Tak sangka juga sebenarnya aku terpilih sebagai pemenang sebabnya memang ramai sertai giveaway ni.. Mungkin dah tertulis kot rezeki ini untuk aku.. Alhamdulillah.. 

shawl, halfmoon, hajra, shawl bersulam, shawl cantik, hadiah giveaway,
Shawl Halfmooh Hajra Hadiah Dari Giveaway CikLaPunyaBelog

Hadiah ni baru sampai petang kelmarin... Kemain excited aku bukak parcel sebab nak tahu warna apa yang aku dapat.. Akhirnya dapat jugak warna yang aku harapkan.. Biru.. Yep, bila diumumkan nama pemenang, aku dah simpan dalam hati agar aku ada rezeki untuk dapat shawl yang berwarna biru.. Tak sangka, betul-betul dapat warna biru.. Hehe...

Apa-apa pun thankz to Cik La sebab pilih aku sebagai pemenang dan sekali pakej kasi hadiah shawl warna yang aku hajati.. Hiks.. Aku doakan moga CikLa selaku penganjur giveaway tersebut, sentiasa berada dibawah lindunganNYA dan sentiasa dibuka pintu rezeki yang luas serta dilimpahkan dengan rezeki yang halal..

Aku suka shawl ni.. Kualiti kain memang terbaik.. Tebal tau shawl dari Hajra ni.. So, bila pakai tak de la risau tentang jarang kainnya.. Dan juga senang dibentuk.. Sulamannya pun kemas dan cantik.. Tak sabar aku nak cuba.. Tak berkesempatan lagi untuk menggayakannya.. Insyaallah, nanti aku gayakan dan tempek gambar kat IG, FB dan juga disini.. Hehe..


Read More