Top Social

Image Slider

Showing posts with label murad. Show all posts
Showing posts with label murad. Show all posts

Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum & Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum Review

Thursday, March 14, 2019
Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum & Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum Review  |  Panas betul cuasa sekarang ni kan.. Nak keluar rumah pun fikir banyak kali kalau hari cuti.. Hari bekerja tu terpaksa la keluar jugakkan untuk sesuap nasi.. Cewahh.. hehe.. Time cuaca panas camni, mula la terfikir nak lindungi kulit dari sinaran UV.. Mahu terbakar kulit kalau tak dilindungi.. So, kali ni aku nak share dengan korang produk yang boleh melindungi kulit dari sinaran UV.. Produk apa tu? Haa ofkoslah produk Dr Murad iaitu Murad City Skin Age Defence Broad Spectrum dan juga Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum.. 


Murad City Skin Age Defence Broad Spectrum SPF50 PA++++

Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ merupakan perlindungan kulit yang baru  dimana ia dirumuskan khas dengan Teknologi Perlindungan Alam Sekitar untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya yang boleh merosakkan kulit.. Selain itu, ia juga melindungi kulit daripada 5 punca kerosakan yang mempercepatkan tanda penuaan seperti :-
  • Blue Light dari peranti telefon pintar, laptop dan lain-lain
  • Pencemaran
  • Radiasi Inframerah
  • UVA
  • UVB

Tak sangka ye, cahaya dari telefon pintar dan laptop pun memberi ancaman kerosakan pada kulit.. Selama ini aku tak rasa ia berbahaya.. Kalau korang nak tahu,  Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ ini dapat melindungi kulit kita daripada :-
  • 96% pencemaran*
  • 89% Blue Light dari peranti**
  • 52% Sinaran Inframerah
So, lepas ni dah tak perlu risau sebabnya aku dah ada pelindung bagi masalah ini.. Hehe..  Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ ini mampu melindungi kulit secara menyeluruh..


Orite, untuk teksturnya pula ia sangat ringan dan mudah menyerap kedalam kulit.. Paling penting tak melekit ye... Mungkin ada yang risau, kalau pakai sunblock ni muka bercapuk.. Jangan risau deknon, produk ini didatangkan dalam warna peach untuk serasikan dengan warna kulit kita.. Bila di apply kat muka, memang nampak natural sahaja.. hiks.. Produk ini juga sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif kerana ia fragrance free.. Kalau nak letak kat bahagian mata yang lembut tu pun selamat uolls.. Tak menjadi masalah.. 

Didalam Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ ini juga terkandung Vitamin C dimana ia membantu mencerahkan kulit, membaiki tona kulit dan membaiki kulit yang rosak.. 

Cara guna
  • Goncang terlebih dahulu sebelum digunakan.
  • Apply pada muka, leher dan juga dada secara bebas
  • Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, gunakan dalam jumlah berukuran nikel selepas memakai pelembap harian untuk perlindungan yang lengkap.
Harga : RM298 (50ml)


Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 PA+++


Teruja pulak nak memperkenalkan produk kedua Dr Murad ni iaitu Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 PA+++.. Kenapa aku teruja? Hehe sebabnya ia berkaitan dengan makeup.. Kalau korang nak tahu, produk ini sangat sesuai dijadikan makeup primer kerana ia merupakan primer Soft-Focus Complex yang dapat menjadikan kulit flawless dan solekan bertahan selama 12 jam.. 

Manfaat Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 PA+++
  • Mengurangkan garis halus dan kedut
  • Mengecilkan liang pori
  • Merawat tekstur kulit yang tidak sekata
  • Membaiki tona kulit yang tidak sekata
Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit.. Apa yang bagusnya, ia tidak mengandungi Paraben, Sulfat, Phthalates dan Gluten iaitu bahan yang berasal dari haiwan. So, ia selamat digunakan ye.. 


Bahan Utama
  • Peptida Cendawan - Perangi tanda-tanda penuaan yang dapat dilihat untuk membantu memulihkan kekuatan, keanjalan dan ketahanan kulit yang kelihatan muda
  • Soft-Focus Complex - Melicinkan kulit, membaiki tona dan tekstur kulit yang tidak sekata untuk solekan yang lebih ideal dan tahan lebih lama
  • Ekstrak Barli, Bunga Matahari dan Timun - Meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan.
Result Selepas Menggunakan Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF30 PA+++
  • Kesempurnaan dan ketahanan solekan selama 12 jam
  • Pengurangan segera 30% dalam penampilan liang pori
Dalam kajian klinikal selama 3 hari pula di dapati :-
  • 71% berkurangan garis halus dan kedutan
  • 94% kelihatan kulit lebih licin dan tekstur kulit menjadi lebih baik
  • 100% invisible perlindungan SPF30


Cara Guna

Urus secara merata pada kulit wajah, leher dan dada. Boleh digunakan sebelum solekan sebagai makeup primer ataupun boleh juga dipakai secara solo bergitu sahaja.

Harga : RM328


Untuk sebarang pembelian atau info lanjut, sila layari :-

Website

Instagram

Facebook


Murad Dew A Little Hilangkan Garis Halus Dan Kedutan Di Wajah

Wednesday, January 09, 2019
Murad Dew A Little Hilangkan Garis Halus Dan Kedutan Di Wajah  |  Semakin meningkat usia, semakin kelihatan garis-garis halus dan kedutan di wajah sekiranya tidak dijaga dengan betul... Pelbagai produk ada dijual di pasaran bagi tujuan tersebut.. Tetapi, adakah ianya berkesan? Haaa, kalau  tak cuba tak tahu kan.. Paling penting yang perlu korang tahu, setiap produk kesannya berbeza-beza bagi setiap individu.. Ada yang berjaya dan ada juga sebaliknya.. Jadi, pilihlah yang bersesuaian dengan kulit muka dan diyakini selamat digunakan..


Kalau sebut Murad rasanya ramai yang dah familiar dengan jenama terkenal ni kan.. Bagi aku sendiri, aku yakin dengan produk keluaran Murad ini kerana ianya selamat digunakan dan telah diuji secara klinikal..  Baru-baru ni aku diperkenalkan dengan satu lagi produk Murad iaitu Dew A Little Travel Pack.. Bila saja sebut perkataan Murad, aku memang agak teruja untuk mencubanya sebabnya produk Murad ni memang best dan sesuai dengan kulit muka aku.. Lagi pula, kali ni ia didatangkan dalam bentuk Travel Pack dimana packagingnya yang kecil dan comel mudah dibawa kemana sahaja.. 

Kalau korang nak tahu, Murad Dew A Little ni teksturnya sangat ringan dan mudah menyerap ke dalam kulit.. Tak perlu risau dengan kesan melekit kerana ia tidak meninggalkan kesan melekit sama sekali pada kulit.. Kulit pun jadi selesa.. 


Kelebihan Murad Dew A Little Travel Pack
  • Meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan keseimbangan air 
  • Penghidratan selama 24 jam dan tahan lama
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah
  • Sesuai untuk light travel
  • Melembapkan kulit wajah


Bahan-Bahan Utama Murad Dew A Little
  • Ekstrak Kelapa - Mengekalkan kelembapan dengan lebih baik untuk menghalang dehidrasi dan menjadikan tekstur kulit lebih licin serta kelihatan lebih muda
  • Asid Hyaluronik -  Meningkatkan keupayaan kulit untuk menarik dan mengekalkan air jauh kedalam permukaan kulit bagi tujuan penghidratan yang lebih baik dan tahan lama
  • Mentega Shea, Alpukat, Bunga Matahari dan Minyak Buah Zaitun - Membantu memulihkan kelembutan kulit dan menjadikan kulit lebih sihat.

Bahan - bahan lain yang terkandung dalam Dew A Little Travel Pack

Water/Aqua/Eau, C12-15 Alkyl Benzoate, Glycerin, Dicaprylyl Carbonate, Cetearyl Alcohol, Butylene Glycol, Ethoxydiglycol, Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Phenoxyethanol, Cetearyl Glucoside, Xylitylglucoside, Phenyl Trimethicone, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Cocos Nucifera (Coconut) Fruit Extract, Polyacrylate Crosspolymer-6, Acrylamide/Sodium Acryloyldimethyltaurate Copolymer, Anhydroxylitol, Isohexadecane, Chlorphenesin, Allantoin, Urea, Xanthan Gum, Glucosamine HCl, Xylitol, BHT, Bisabolol, Dipotassium Glycyrrhizate, Disodium EDTA, Ethylhexylglycerin, Laminaria Digitata Extract, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Persea Gratissima (Avocado) Oil, Saccharomyces Cerevisiae Extract, Tocopheryl Acetate, Polysorbate 80, Sodium Hyaluronate, Retinyl Palmitate, Avena Sativa (Oat) Kernel Extract, Yeast Amino Acids, Betaine, Inositol, Taurine, Trehalose, Magnesium Chloride, Palmitoyl Dipeptide-5 Diaminobutyroyl Hydroxythreonine, Palmitoyl Tripeptide-5, Tetradecyl Aminobutyroylvalylaminobutyric Urea Trifluoroacetate


Murad Dew A Little ni sesuai digunakan oleh semua jenis kulit tidak kira sama ada jenis kulit normal, kering, kombinasi ataupun sensitif.. Semuanya sesuai menggunakannya.. Jangan risau ye, produk ini tidak mengandungi paraben, sulfat, phthalates dan juga gluten.. Jadi ianya selamat digunakan..


Cara Guna Murad Dew A Little

Murad Dew A Little ini boleh digunakan pada waktu pagi dan juga malam.. Caranya, urut secara perlahan dan ratakan keseluruh kawasan muka, leher dan dada.. Kalau pada waktu siang tu, lepas guna Dew A Little ni, korang bolehlah apply pula Sunblock Murad untuk melindungi wajah korang daripada sinar UV...


Apa Kata Aku Tentang Murad Dew A Little

Yesss aku suka! Memang sejak dulu lagi aku percaya dengan produk Murad ni.. Cumanya kalau nak pakai berterusan, memerlukan modal yang agak tebal jugalah.. Haha!! Almaklumlah produk bagus, seharusnya harganya juga exclusive kan.. Nak cantik kenalah berkorban sikit.. Tak gitu? 

Selepas 2 minggu aku guna Murad ni, memang banyak perubahan dan paling ketara, garis-garis halus dekat muka aku ni dah berkurangan.. Serius aku suka produk ni.. Nampaknya lepas ni aku kena spend duit lebih sikit la untuk jadikan produk ni salah satu rutin penjagaan wajah aku.. Huhu.. Bagi korang yang mengalami masalah garis-garis halus, kedutan, kulit kusam dan kering, bolehlah cuba produk ni ye.. Aku sangat recommend.. Nak cantik kenalah jaga dari sekarang.. Ye dak? 

Bagaimana untuk dapatkannya?


Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Instagram


Murad® Retinol Youth Renewal Eye Serum Menghalang Penuaan Menjadikan Anda Kembali Remaja

Friday, December 01, 2017
Murad® Retinol Youth Renewal Eye Serum Menghalang Penuaan Menjadikan Anda Kembali Remaja | Murad® jenama penjagaan kulit klinikal yang tidak asing lagi telah melancarkan Retinol Youth Renewal Eye Serum, serum anti-penuaan baru yang menyasarkan tanda-tanda yang kelihatan dengan cepat tanpa sebarang kesan sampingan.  Diformulasikan oleh Retinol Tri-Active Technology, serum yang mampu bertindak cepat ini mampu mengurangkan garis kedutan secara mendalam, menegangkan, melicinkan kulit, menyinar dan memudakan kulit. 

Murad® Retinol Youth Renewal Eye Serum Menghalang Penuaan Menjadikan Anda Kembali Remaja, serum muka, serum bagus, serum berkesan, serum cantik, serum awet muda, produk murad


Mengikut kajian yang dibuat oleh Murad, 93% pengguna telah melihat pengurangan garis dan kedutan pada kulit mereka manakala 98% mengatakan kulit mereka lebih licin berbanding sebelumnya dan 87% telah mendapat kulit yang lebih tegang selepas hanya dua minggu penggunaan.*  

Retinol dikenali sebagai bahan anti penuaan berstandard emas; itulah sebabnya pesakit saya kerap memintanya,” kata Dr. Howard Murad, pengasas Murad. 

Walaubagaimanapun, saya telah melihat keperluan yang signifikan untuk product baru yang memberikan hasil yang lebih cepat dan tidak akan menyebabkan kerengsaan dan kekeringan. Setelah bertahun-tahun penyelidikkan dan pembangunan, saya berbangga mengatakan bahawa kita akhirnya telah menyempurnakan ilmu retinol dengan serum ini.”  

Walaupun terdapat banyak produk retinol di pasaran yang bergantung kepada satu bentuk retinol dan mengambil masa beberapa minggu untuk mendapat perubahan yang ketara tetapi formula unik Murad ini mempunyai gabungan tiga teknologi retinol untuk memberikan hasil yang lebih cepat tanpa kerengsaan. Hasil daripada tiga gabungan ini, Retinol Youth Renewal Eye Serum memberikan hasil pada paras optimum dengan retinol bekerja lebih cepat, memberikan hasil yang mampan dan meningkatkan keberkesanan.  



Retinol Tri-Active Technology berfungsi melalui tiga cara :-  
  • Fast-Acting Retinoid - Mempercepatkan hasil melalui peningkatan perolehan selular 
  • Time-Released Retinol - Encapsulated in a lipid shell perlahan-lahan meresap ke dalam kulit, ia menyampaikan retinol yang konsisten dan berterusan sepanjang masa 
  • Retinol Booster - Meningkatkan keberkesanan dengan bertindak seperti magnet untuk membantu meningkatkan daya penerimaan kulit kepada manfaat retinol. 
  • Peptide-rich Red Algae Extract - Meningkatkan ketegasan dan keanjalan kulit sambil menenangkan kulit melalui Krim Malam.    


Sebagai tambahan kepada pecahan formulasinya, Murad Retinol Youth Renewal Eye Serum ini merupakan antara yang pertama mengamalkan penggunaan Swertia Flower Extract, bahan yang berasal dari Himalaya dan diiktiraf atas keupayaannya untuk membantu di dalam pertumbuhan semula sel-sel kulit selepas terbakar. Ekstrak ini, apabila digabungkan dengan bahan aktif yang lain, ia dapat mengurangkan kerengsaan dan melembutkan kulit. Retinol Youth Renewal Eye Serum ini juga menggunakan Hyaluronic Acid Spheres untuk menghidrat dan menyejukkan kulit serta melicinkan.  


Retinol Youth Renewal Eye Serum (RM 478 30ml), dan Night Cream (RM 428, 50ml) boleh di dapati di Murad.com.my, kedai-kedai utama Murad, Sephora dan salun di seluruh negara bermula Januari 2018. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Retinol Youth Renewal Eye Serum atau produk-produk Murad lain, sila layari Murad.com.my atau cari kami di Facebook, Twitter, Instagram, YouTube and Pinterest.   



Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel Mengekalkan Kemudaan Kulit Anda

Monday, September 25, 2017
Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel Mengekalkan Kemudaan Kulit Anda |  Jika anda berasa wajah anda kasar dan ketat, maka anda mungkin mempunyai kulit yang kering. Ini bermakna kulit anda kekurangan air. Apabila kulit dehidrasi, ia akan menghasilkan lebih banyak minyak untuk mengimbangi kelembapan kulit. Ini akan menyebabkan jerawat, kerengsaan dan tompok kering di wajah. Keadaan ini akan menjejaskan kesihatan dan keyakinan kita.

Dehidrasi adalah satu masalah besar. Kulit kita di Asia selalunya akan terjejas lebih teruk daripada yang lain kerana kelembapan cuaca di sekeliling kita. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa 40-72 peratus pengguna mempunyai kulit kering di wajah mereka. Walaupun meminum air adalah sangat penting untuk mengembalikan kelembapan dan kemudaan kulit, ia mungkin bukan penyelesaian yang mencukupi untuk memerangi dehidrasi kulit. Kulit yang sihat adalah satu sebab kita akan berasa lebih baik. Salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan anda adalah untuk memberikan kulit anda lebih cerah dan kelihatan lebih licin.

murad, dr. murad, hydro glow aqua peel, mask

Produk baru Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel dicipta untuk mengembalikan kulit lebih sihat, bersinar dan berseri dari dalaman ke luar.  Produk ini dilengkapi dengan 2 langkah sistem yang unik dimana ia melembutkan kulit dan memberikan faedah anti-penuaan dengan memberikan dos penghidratan yang mengagumkan sehingga 400% untuk mengurangkan garis halus dan kedutan.

Retexturizing Swab boleh melembutkan kulit dan menghidratkan kulit yang kering. Ia mempunyai Lactic Acid, Glycolic, and Hyaluronic Acids yang menyokong pergerakkan sel untuk menyerikan kulit dan membersihkan serpihan kulit untuk mengungkap kulit yang licin, cerah dan bercahaya. Saiz Swab ini direka khas untuk kulit anda yang halus dimana ia membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.

Apabila berlakunya dehidrasi kulit dan kulit kusam, Murad Moisture Infusion Mask dipenuhi asid hyaluronik yang akan mengembalikan dan menyuburkan kulit, ia berfungsi sebagai penghidratan segera sehingga 400% untuk kulit anda. Dengan penggunaan yang berpanjangan, kulit muka yang kering dan kusam tidak akan berlaku lagi.


Secara ringkas, Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel mengandungi 4 rawatan mudah termasuk:-

Retexturizing Swab – Swab besar ini adalah tunas kapas bertutup yang telah tepu dalam campuran berasaskan AHA campuran Latuc dan Glycolic Acid, yang berfungsi untuk melembapkan lapisan permukaan kulit dengan perlahan, melarutkan sel-sel mati dan membersihkan liang-liang kulit yang tersumbat untuk memberikan tekstur yang lebih halus.

Moisture Infusion Mask – Topeng lembaran membekalkan asid hyaluronik untuk memberikan rangsangan segera kepada tahap kelembapan sehingga 400% dan membantu mengurangkan kesan garis kedut. Kulit akan kelihatan lebih cantik dan bersinar apabila kesan kedutan berkurangan.

LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKANNYA 

Gunakannya sekali seminggu.

Langkah 1 - Retexturizing Swab
Sapu swab di muka yang bersih. Jangan bilas.

Langkah 2 - Moisture Infusion Mask
Letakkan topeng lembaran di muka selama 15-20 minit. Keluarkan topeng lembaran dan jangan bilas. Kemudian sapukan pelembap kepada muka.

Diasaskan lebih dari 28 tahun yang lalu, Murad adalah jenama doktor pertama yang diiktiraf di Amerika Syarikat. Jenama ini tetap benar dengan prinsip saintifik pengasasnya, dermatologi terkenal di dunia, Howard Murad, M.D. Melalui lebih daripada 50 tahun pengalaman penyelidikan Dr. Murad telah membuktikan bahawa kecantikan dan kesihatan adalah saling berkaitan dan terbaik dicapai melalui pendekatan inkusif yang meningkatkan setiap sel di dalam badan.

Murad Hydro-Glow Aqua Peel boleh didapati di kedai Murad diseluruh Malaysia. Ia juga boleh didapati di laman web www.murad.com.my bermula pada pertengahan bulan September.  Nikmati diskaun 10% pada produk Hydro-Glow Aqua Peel apabila anda membeli di laman web dengan kod GLOW di https://www.murad.com.my/unlock-secret-to-youthful-skin sah sehingga 31st Mac 2018.

Untuk maklumat lanjut mengenai Murad, sila layari www.murad.com.my atau Facebook Murad di Murad.Malaysia.