Terjebak Dengan Novel Fixi

Saturday, July 29, 2017

15 comments
Terjebak Dengan Novel Fixi  |  Setelah selesai baca novel Kelabu by Nadia Khas, aku terpaut dengan gaya penyampaian dalam novel fixi sehinggakan aku terjebak dengan novel fixi yang lain pula.. Makanya akan bertambahlah novel fixi dalam koleksi buku aku nanti.. Huhuhu.. Gaya penyampaian dalam buku fixi ni agak sempoi dan tak terlalu serius.. Bila baca tak de la rasa kusut sangat dan boleh santai-santai aje feelingnya.. Aku harap koleksi yang aku beli ni juga gaya penyampaiannya juga sempoi.. 

buku fixi, novel seram
Terjebak Dengan Novel Fixi

Setelah dok survey harga sana sini, aku buat keputusan untuk borong buku fixi terus di laman web Buku Fixi... Boleh beli kombo dengan harga yang berbaloi-baloi.. 6 buah buku RM 100.. Tak sampai seratus pun sebenarnya.. Dalam RM 98 aje rasanya.. Adehh tak ingat pulak aku ye.. Huhu.. Pada awalnya, aku cuma cari yang preloved aje.. Puaslah dok cari tapi susah nak jumpa yang betul-betul murah dan berbaloi.. Bila di compare dengan yang baru, lebih baik beli baru aje sebab harga tak banyak beza..


Sebelum beli, aku usha dulu buku mana yang best dan banyak feedback yang positif dari pembaca dan barulah aku beli.. Antara buku fixi yang menjadi feberet pembaca adalah Kacau by Ariff Adly.. Bila baca feedback dari pembaca memang teruja aku nak baca jugak.. Ramai yang suka buku ni.. Selain tu, Garam, Gantung, Sejadah dan Rahsia juga ramai yang memberikan pendapat yang positif.. Sebab itulah aku borong semua buku ni.. Hehe.. Ada lagi beberapa buku yang aku nak beli.. Tapi biarlah dulu... Tunggu koleksi yang belum dibaca berkurangan dulu.. Hahaha!! Membeli memang seronok tapi nak membacanya, kena curi-curi masa.. Hadoii..!!

Nanti dah baca baru aku review satu persatu yek.. Tungguuuu!!


Read More

Novel Pelaris Datang Dengan Gift Yang Comel

Thursday, July 27, 2017

29 comments
Novel Pelaris Datang Dengan Gift Yang Comel  |  Muhammad Fatrim atau lebih mesra dengan panggilan Ayim adalah salah seorang penulis feberet aku... Antara karyanya yang sudah aku baca seperti Asrama, Revenge dan Pemangsa.. Manakala Teman Roh masih lagi dalam simpanan aku dan tunggu masa yang sesuai aje untuk dihadam.. Mungkin dengan keadaan aku sekarang ni, belum cukup kuat untuk membacanya.. Ekekeke.. Karya beliau yang terbaru, novel PELARIS datang dengan gift yang comel..

pelaris, muhammad fatrim, novel seram,
Novel Pelaris Datang Dengan Gift Yang Comel

Novel Pelaris ni aku beli Pre-Order.. Kiranya lama jugak la aku menunggu untuk mendapatkannya.. Yela dah nama lagi Pre-Order, haruslah kene tunggu sehingga ianya dicetakkan.. Tu sebab la memakan masa.. Seperti Biasa, kalau beli dengan Ayim memang akan dapat gift beserta tandatangannya sekali beserta nota cinta darinya.. Haha!! Tapi kali ni berlainan sikit gift yang aku dapat.. Ada gift comel kat situ ye.. Penanda buku dari batang aiskrim dan klip kertas yang dibuat sendiri oleh penulis.. Ada sentimental value ye disitu.. Harus dijaga dengan baik... Apa-apa pun gift yang aku nak sangat adalah FM Pelaris.. Boleh tambah koleksi FM aku.. Bukan senang nak dapat FM cover novel tau.. Dah 3 keping aku ada semuanya dari penulis Muhammad Fatrim.. Thankz tau Ayim..


Orite, tentang novel pulak aku rasa cover novelnya lebih cantik, menarik, mantap dan matang... Aku suka covernya.. Ini adalah cover yang aku vote di fb penulisnya tempoh hari.. Kulit novel ni juga dari kertas yang berkilat.. Memang terbaik.. Nampak lebih meyakinkan.. Ditambah pula ada bookmark kecil disediakan juga dari cover buku ni.. Aku suka!! Hehe..

Oklah, buat penulis buku Pelaris ni, moga terus berjaya dalam bidang penulisan dan menghasilkan karya yang terbaik dan mendapat tempat dikalangan peminat novel di Malaysia mahupun diluar Malaysia.. Luaskan kuasamu... hehehe!!


Read More

WOWSKIN Vitamins Serum Untuk Kulit Cantik Dan Sihat

Wednesday, July 26, 2017

15 comments
WOWSKIN Vitamins Serum Untuk Kulit Cantik Dan Sihat  |  Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah lega sikit rasa bila ada kelapangan untuk diri dan minda direhatkan dari bekerja dan berfikir.. Seperti beberapa minggu yang lepas memang aku agak sibuk dengan persiapan program ditempat kerja aku.. Pelbagai benda nak disiapkan dalam masa yang singkat dan tergesa-gesa.. Sampaikan diri pun tak terurus.. Makan entah kemana, rehat tak cukup, badan letih, muka lesu.. Hadoiii!! Stresss sangat... Lagi bertambah stresss bila kulit muka mula mengeluarkan 'gunung berapi' yang tak di undang.... Tau tak 'gunung berapi' tu apa? Jerawat laa.. Hehe.. Ditambah pula dengan cuaca yang agak panas sekarang muka mudah sangat berminyak... Kalau tak dijaga kulit muka dengan betul memang boleh menyebabkan berleluasanya pertumbuhan jerawat.. Oh tidakkkkk!!!

WOWSKIN Vitamins Serum Untuk Kulit Cantik Dan Sihat
WOWSKIN Vitamins Serum Untuk Kulit Cantik Dan Sihat

Dalam dok stresss dengan kulit muka yang berjerawat (walaupun beberapa ketol sahaja hehehe), aku diperkenalkan dengan satu produk dari WOWSKIN Malaysia iaitu Vitamins Serum Set yang pada aku sangatlah best sebab dapat menyelesaikan masalah jerawat aku ni.. Walaupun jerawat yang tumbuh tu tak la banyak tapi tetap memberi tekanan pada aku hokeh!! Seperti yang korang tahu dan aku sendiri pun dah sedia maklum, serum memang bagus untuk kulit wajah selain set penjagaan kulit yang biasa kita guna.. Tak keterlaluan kot kalau aku kata serum ni adalah salah satu produk penjagaan kulit yang juga penting untuk kulit kelihatan cantik dan sihat...

Ok, jom aku perkenalkan kat korang pulak serum muka 2017, serum muka terbaik yang pernah aku guna.. WOWSKIN Vitamins Serum Set.. Hiks..!!


Dalam set ni, ada 2 jenis serum tau.. Day Serum dan Night Serum.. Untuk Day Serum didalamnya mengandungi Vitamin B3, C & E, manakala Night Serum pula mengandungi vitamin A & D.. Haaa sebab itulah set ni dinamakan Vitamins Serum.. Sebab ia mengandungi vitamin-vitamin penting yang diperlukan oleh kulit wajah kita.. Mesti korang pelikkan, biasa serum muka ni ada satu botol je dan boleh dipakai bila-bila masa.. Tapi tidak dengan WOWSKIN Vitamins Serum Set ni.. Ia agak berbeza dan istimewa..





Kenapa perlu asingkan Siang dan Malam? Haaa ini jawapannya....
Ini kerana vitamin B3, C & E lebih diperlukan pada waktu siang dimana ada sinaran cahaya matahari manakala Vitamin A & D pula lebih sesuai dijadikan rutin pada waktu malam ketika kita sedang berehat dan tidak berada dalam persekitaran panas terik..
Kalau korang nak tahu, Vitamin Serum ni bukan sahaja serum untuk kulit jerawat malahan ia juga serum untuk kulit berminyak dan serum untuk jeragat... Sesuai sangatlah dengan masalah yang aku hadapi sekarang.. Kulit berminyak, jerawat seketul dua, parut jerawat dan sedikit jeragat.. Ohsemmm wehh!! Dengan set ni aku dapat selesaikan pelbagai masalah.. Banyak lagi sebenarnya manfaat serum ni.. Nak tahu tak? Jom semak satu persatu..



Manfaat Day Serum 

Membantu menghilangkan kemerahan akibat dari keradangan kulit ataupun jerawat
Membantu meningkatkan ketahanan sistem imun kulit wajah anda
Membantu mengehadkan penghasilan radikal bebas pada kulit yang menjadi punca kulit tidak sihat
Membantu memastikan wajah semakin glowing secara semulajadi
Membantu meningkatkan penghasilan kolagen kulit secara semulajadi
Membantu memperbaiki tekstur kulit agar semakin rata
Membantu memastikan kelembapan kulit berada ditahap optimum
Membantu memudarkan kesan gelap pada wajah
Membantu menegangkan kulit yang semakin kendur akibat faktor penuaan
Membantu hilangkan kesan sunburn 



Manfaat Night Serum

Membantu melambatkan proses penuaan
Membantu menjadikan kulit semakin lembut dan gebu
Membantu memastikan kulit tidak kering selepas seharian terkena cahaya matahari
Membantu mengurangkan kadar penghasilan sebum atau minyak pada wajah
Membantu mempercepatkan kadar penyembuhan dan pengeringan jerawat
Membantu memastikan sel kulit sentiasa diperbaiki pada kadar lebih optimum
Membantu mengurangkan keradangan kulit


Haaa, banyakkan manfaat WOWSKIN Vitamins Serum ni.. Paling best bila serum ni boleh mempercepatkan kadar penyembuhan dan pengeringan jerawat.. Jerawat dah sembuh, sekarang hanya perlu hilangkan parut jerawat dan juga jeragat pula.. Malah aku tak perlu risau sebab kedua-dua serum di dalam set WOWSKIN ini telah mendapat kelulusan dari KKM.. Bermakna ia selamat digunakan dan tiada bahan merbahaya didalamnya.. Lagi satu aku prefer untuk gunakan serum ni kerana WOWSKIN selamat untuk dipakai bagi ibu-ibu mengandung ataupun yang sedang menyusu.. Almaklumlah tengah mengandung ni kan, kena berhati-hati dalam memilih produk kecantikan.. Mane boleh main hentam aje.. WOWSKIN ni ternyata selamat untuk aku gunakan..


Cara menggunakan WOWSKIN Vitamins Serum

Untuk Day serum haruslah pakai waktu siang dan Night Serum pula pakai waktu malam.. Untuk waktu siang, korang boleh gunakan Day Serum dengan mekap tau... Sebab serum ni adalah serum untuk mekap juga.. Jom tengok step aku setiap hari dalam penggunaan serum ini..

Siang

1. Pencuci Muka
2. Penyegar
3. WOWSKIN Day Serum
4. Foundation
5. Compact Powder
6. Make up

Malam

1. Pencuci Muka
2. WOWSKIN Night Serum

Untuk malam memang aku akan pakai WOWSKIN Night Serum semata-mata supaya kulit lebih free dan manfaat dari serum tersebut dapat diserap sepenuhnya..

Day Serum

Night Serum

Mudahkan?.. Serum ni hanya perlu disapu rata pada wajah dan biarkan ia meresap ke dalam kulit... Paling aku suka dengan serum ni kan, walaupun teksturnya pekat tapi bila disapu pada wajah ia terasa sangat ringan seolah-olah menyapu air je tau.. Satu lagi serum ni tak melekit dan tidak berminyak serta mudah menyerap.. Memang terbaik!! Bukan itu saja tau yang best tentang serum ni, ada lagi.. Korang tahu tak  cara untuk glowingkan mekap?? Haaa dengan menggunakan WOWSKIN Day Serum, korang dapat glowingkan mekap korang tau.. WOWSKIN ni sangat sesuai dipakai sebelum mengenakan make-up kerana ia mampu menjadikan mekap tahan lama serta kulit kekal lembap... Aku suka tengok muka aku bila time solat zohor tu, sebelum cuci make up, muka nampak glowing.. Rasa sayang pulak nak tanggalkan make up time tu.. hehe..

Sebelum dan Selepas

Orite, selepas lebih kurang 3 minggu aku menggunakan Vitamins Serum dari WOWSKIN ni, memang ada perubahan pada wajah aku.. Jerawat ofkos la dah surut ye.. Cuma parut jerawat dan jeragat aje yang tinggal.. Itupun dah pudar sikit parutnya.. Biasalah parut jerawat dan jeragat ni bukan senang nak hilang.. Haruslah memakan masa  jugak untuk betul-betul pudar kan.. Yang penting jerawat aku dah surut.. Itu paling utama.. Haha!! Selain tu, kulit wajah aku pun semakin lembut dan tak berminyak sangat... Seronok ohhh!!

Apa-apa pun, untuk kesan yang lebih ketara dan berpanjangan, kenalah guna serum ni secara berterusan.. Tak boleh lah sekadar 'angat-angat tahi ayam' bak kata orang-orang tua.. Bila tak berkesan, mulalah nak salahkan produk.. Padahal diri sendiri tak konsisten dan disiplin.. Tak gitu?? Kalau nak cantik dan sihat kenalah RAJIN hokeh!! Jangan malas-malas nanti diri sendiri yang rugi.. Cewahhh panjang lebar aku kasi nasihat.. Haha!!

Oklah, aku dah pun try WOWSKIN Vitamins Serum ni dan sangat berpuashati dengannya serta sangat sesuai dengan kulit aku.. Alhamdulillah.. Korang bila lagi? Tak nak cuba ke? Hehe.. Kot-kot lah korang ada masalah jerawat, kulit berminyak, berjeragat macam aku ni kan, aku recommended sangat WOWSKIN ni.. Untuk mendapatkan WOWSKIN Vitamins Serum Set ni ataupun untuk keterangan lanjut korang boleh layari website yang aku sertakan kat bawah ni ye.. Jangan segan-segan nak klik pulak.. Haha!!



Website

Facebook Page

Instagram

Pengasas

Contact No.
010-313 0631




Read More

The Unsung Hero Hadiah Dari Sahabat Blogger

12 comments
The Unsung Hero Hadiah Dari Sahabat Blogger  |  Sebuah lagi novel Melur Jelita berada dalam koleksi novel aku.. The Unsung Hero... Alhamdulillah novel ni aku dapat dari seorang sahabat blogger aku, Siqah.. Dia hadiahkan kepada aku.. Aku pernah cerita dah sebelum ni kan.. SINI.. Katanya dia tak larat dah nak  baca sebab terlalu tebal.. Hehe.. Memang tebal pun novel ni... Berapa lama la agaknya masa yang aku ambil untuk habiskan sebuah novel ni nanti.. Hehe.. 

The Unsung Hero Hadiah Dari Sahabat Blogger, melur jelita
The Unsung Hero Hadiah Dari Sahabat Blogger
Kebanyakan novel Melur Jelita memang tebal-tebal belaka.. The Unsung Hero ni ketebalan novelnya 1156 muka surat dengan 151 chapter.. Huhu.. Sekarang ni aku tengah berusaha habiskan novel Terukir Cinta karya Anna Lee.. Lepas tu baru aku akan baca novel ni kot.. Tengok mood macam mana nanti.. Hiks.. Oklah, apa-apa pun, moh le kite pakat baca sinopsis buku ni dulu sebelum kita menghadam ketebalan novel ni.. haha!!



Read More

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul

Tuesday, July 25, 2017

17 comments
Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul  |  Tengah dok hangin dengan Shopee Malaysia sebab nak buat pembayaran sikit punye susah step dia.. Siap nak kene ada verifikasi kod la bagai.. Menyusahkan betul.. Huhu.. Bagi menyejukkan sikit hati aku yang tengah panas membara ni, aku nak join giveaway anjuran Blogger Sii Nurul ni.. Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul.. Chocolate kan boleh menenangkan hati yang tengah marah.. Haha.. Belum menang lagik tu.. Ekeke..

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul
Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul
KLIK BANNER YE KALAU NAK JOIN SAMA

3 orang pemenang dicari untuk memenangi hadiah berbentuk coklat.. Coklat apakah? Haruslah my feberet coklat, Ferrero Rocher.. Selain tu Cadbury dan Hersheys... Orite, kepada yang sukakan coklat jom pakat join ramai-ramai.. Mana tau ada rezeki menang, leh makan coklat kan.. Kalau tak menang sila beli sendiri kat kedai.. Kohkohkoh!!

Tarikh Tamat
15 Ogos 2017


Read More