Dapatkan FREE Botanics Hydra Whitening Wash (12g) Sample

Tuesday, May 23, 2017

9 comments
Dapatkan FREE Botanics Hydra Whitening Wash (12g) Sample  |  Berita baik untuk korang.. Ada yang nak try pencuci muka dari Botanics tak? Kalau ada, korang boleh try redeem samplenye (12g) sekarang.... Bolehlah try dulukan.. Kalau rasa sesuai, boleh beli yang besar pulak.. hehe.. Maklumat ni pun aku dapat time aku blogwalking ke blog sahabat Sha Mohamad... Berita baik kenalah share-share kan... Camne nak redeem tu?? Meh aku ajo.. hiks..

Botanics Hydra Whitening Wash (12g) Sample
Botanics Hydra Whitening Wash (12g) Sample

Aku tertarik dengan packagingnya.. Cantik.. Bila tengok memang terasa nak menggunakannya.. Ok, camne nak redeem Botanics Hydra Whitening Wash (12g) Sample ni? Korang hanya perlu isi form yang disediakan seperti gambar kat bawah ni.. Kat mana nak isi??

Redemption Form

Korang boleh isi formnya kat SINI... Selamat me-redeem... :)


Read More

Kadar Zakat Fitrah Bagi Tahun 2017

Monday, May 22, 2017

10 comments
Kadar Zakat Fitrah Bagi Tahun 2017  |  Tak lama dah kita nak menyambut bulan Ramadhan.. Tinggal beberapa hari aje lagik.. 27hb Mei 2017, insyaAllah semua umat Islam akan menyambut bulan ramadhan.. Bila dah sebut tentang bulan Ramadhan ni, tak sah kalau tak singgah kat fikiran kita tentang zakat fitrah kan.. Agaknya berapalah kadar Zakat Fitrah bagi tahun 2017 ni.. Naik ke turun ke.. Untuk kepastian, jom pakat tengok jadual yang aku sediakan kat bawah ni.. hehe..

Kadar Zakat Fitrah Bagi Tahun 2017
Kadar Zakat Fitrah Bagi Tahun 2017


Read More

Giveaway Busyra Takiyudin : Saya Nak Shopping Credit RM1000!!

Sunday, May 21, 2017

8 comments
Giveaway Busyra Takiyudin : Saya Nak Shopping Credit RM1000!!  |  Kembali bersiaran petang ni setelah berehat sekejap kerana beri tumpuan pada si kecik yang demam.. Hehe.. Bila start bersiaran ni, mulalah cari bahan untuk di buat entry.. Time blogwalking tadi, aku tertarik dengan giveaway yang dianjurkan oleh blogger Busyra ni... 

Giveaway Busyra Takiyudin : Saya Nak Shopping Credit RM1000!!
Giveaway Busyra Takiyudin : Saya Nak Shopping Credit RM1000!!
Klik banner untuk join

Banner pun kemaheeenn mengancam jiwa lagik.. Terus aje teruja nak join.. Korang dah join ke belum? Kalau belum tu, moh le pakat-pakat join ye.. Hadiah menarik disediakan... Tengok tajuk aje dah rasa tak keruan.. Haha..

Hadiah untuk pemenang giveaway ni adalah shopping credit bernilai RM 100 untuk 10 orang pemenang.. Kalau menang  bolehlah bershopping di SGShop... Andai kata ada rezeki aku untuk menang ni, harusss aku beli kabinet baju untuk baby baru aku nanti.. Hajat hati nak letak kat umah mak aku.. Senang time pantang nanti.. Aku dah siap usha dah kat SGShop kabinet tu.. Nak tengok tak camne gayenye?? Meh aku tunjuk..


Banyak lagi sebenarnya pilihan.. Tapi aku tertarik yang ni sebab warna putih dan cam comel jerk gambar-gambar yang ada depan pintu kabinet tu.. Hehe..

Orite, kalau korang berhajat jugak nak shopping free di SGShop Malaysia, bolehla join giveaway  ni.. Kot-kot rezeki menyebelahi kitakan.. Leh la shopping kabinet comel ni..


Tarikh Tutup
28 Mei 2017


Read More

Review Novel | Pemangsa By Muhammad Fatrim

Saturday, May 20, 2017

7 comments
Review Novel | Pemangsa By Muhammad Fatrim  |  Yeahhh!! Sebuah lagi novel dari penulis Muhammad Fatrim atau lebih dikenali dengan panggilan sweetnya Ayim.. Pemangsa... 

Pemangsa by Muhammad Fatrim

3 hari aku ambil masa untuk baca novel Pemangsa ni.. Dari 15 hb  hinggalah 17hb Mei 2017... Novel Pemangsa ni boleh dikatakan sebagai novel sambungan dari kisah Revenge kerana ada watak dari novel Revenge di dalam Pemangsa.. Novel ni juga bersifat dendam kesumat.. Bersifat hokeh!! Haha.. Tapi bezanya, cara balas dendamnya agak berbeza dari Revenge.. Mungkin disebabkan wujudnya watak dari siri Revenge tersebut.. Biasalah orang terdahulukan lebih berpengalaman.. Bak kata pepatah terlebih dahulu makan garam.. Hehe..


Aku up sinopsis novel ni dulu ye.. Korang boleh baca dan hayatinya.. Cerita Pemangsa ni juga ada kelainannya tersendiri cuma persamaannya adalah jalan ceritanya bertunjangkan dendam kesumat..

Review Aku

Jalan cerita menarik.. Masih mengekalkan kisah pembunuhan.. Terdapat sedikit kisah seram dalam novel ni.. Watak heroin dalam cerita ni juga bertukar identiti diri seperti Revenge... Mungkin novel ni kesinambungan dari Revenge tu sebab watak heroin tu ada persamaan.. Kisah yang digarap dalam novel ni, seorang suami yang sanggup membunuh isterinya dengan melemaskannya di tengah laut untuk hidup bersama isteri pertamanya.. Pelikkan.. Dah kenapa pulak nak bunuh isteri kedua.. Biasa-biasa isteri pertama jadi mangsa.. Hehe.. Sebabnya perkahwinan pertamanya disorok dari pengetahuan orang termasuk keluarganya kerana isteri pertama adalah seorang artis terkenal yang mementingkan kerjayanya.. Lepas dah sampai masa nak dedahkan perkahwinan, cara camtu yang dorang pilih dengan bunuh isteri kedua yang naif dan tak tahu pape.. Gila meroyan betul dorang ni..!!

Lepas tu wujudlah watak Fattah Amin.. Adehh nama pelakon terus penulis amek.. haha.. Tersedak mak nakk!!  

Fattah menyelamatkan Aisha dari lemas.. Kebetulan si Fattah ni dok tepi pulau dan nampak kejadian tersebut.. Si Aisha ni ingat suami dia si Amsyar tu dah mati lemas.. Sebenarnya suami dia dah diselamatkan oleh isteri pertamanya.. Plan dorang jugak tu semua.. Sian pulak Aisha diperbodohkan camtu jerk.. 

Bermulalah dendam Aisha bila dah tahu semuanya.. Bermula juga kehidupannya yang baru dengan keluarga barunya iaitu keluarga Fattah tadi.. Dengan nama barunya Indah Suraya Abdullah, dia memulakan langkah untuk membalas dendam terhadap mereka-mereka yang telah menghancurkan hidupnya.. Cara dia balas dendam bukan dengan membunuh atau apa-apa cara yang kejam.. Tapi dengan bangkit semula dalam hidup dan berjaya menjadi usahawan terkenal dan menjatuhkan perniagaan musuhnya.. Cara bijak kot.. Tapi dalam pada tu pelbagai dugaan jugak dia harus tempuh kerana pemangsa ada dimana-mana..

Korang nak tahu siapa pemangsa?? 

Kalau nak tahu moh pakat order buku ni.. Leh la tahu siapa pemangsanya.. Haha.. 

Apa yang aku boleh simpulkan kat sini, novel ni tak rugi aku beli sebab jalan ceritanya menarik dan tak membosankan.. 

Read More