Tersenarai Dalam Carta Special Bloglist Starlavenderluna

Monday, May 8, 2017

9 comments
Tersenarai Dalam Carta Special Bloglist Starlavenderluna  |  Aku kalau terlalu biz memang tak sempat nak blogwalking dan tinggal jejak kat blog kengkawan.. Dapat update entry pun rasanya dah cukup bali.. Masa itu Emas bagi aku sekarang ni.. Rasa 24 jam sehari tak cukup untuk aku buat semua bende.. Sampaikan buku tertangguh untuk aku habiskan bacaannya.. Bila ada masa terluang, aku akan cuba untuk blogwalking blog kengkawan dan tinggalkan jejak aku... Mungkin dengan sedikit masa tersebut dan kegigihan aku blogwalking + tinggal jejak, aku tersenarai dalam carta special bloglist Starlavenderluna.. Siapa tu..?? haaa ni la blog Blogger Shikin.. 


Yang Rajin Komen.. Aku di carta no.3.. Hehe.. Aku kembali ke dalam senarai kaki komen blog beliau.. Oleh sebab itu aku terpilih untuk dimasukkan kedalam bloglist blog beliau.. alhamdulillah... Ritu dalam text dari Blogger Shikin di Cbox aku...


Dan ternyata, blog aku dah disenaraikan dalam bloglist beliau sehingga 31 Mei 2017 nanti... Thanks tau Shikin...


Jom terjah BLOG SHIKIN.. Sape yang belum follow boleh la follow blog beliau.. Banyak info menarik kat sana..




Read More

Giveaway Pikachu Luggage Tag by KasihkuAmani

3 comments
Giveaway Pikachu Luggage Tag by KasihkuAmani  |  Yeahh sahabat buat giveaway... Bila sahabat buat giveaway, haruslah aku join.. Kali  ni blogger Sha buat giveaway yang agak comel hadiahnya.. Giveaway Pikachu Luggage Tag by KasihkuAmani.. 

Giveaway Pikachu Luggage Tag by KasihkuAmani
Giveaway Pikachu Luggage Tag by KasihkuAmani
Kalau korang pun rasa nak menang hadiah comel ni, boleh klik banner ye untuk turut serta dalam giveaway ni.. Syarat yang ditetapkan pun tak de la susah mana.. Cuma kene jawab 1 soklan jerk.. Jom tengok apakah soklan tersebut..

Anda suka tak kalau Sha buat giveaway dan bagi hadiah buku? Kenapa?

Jawapan aku...


Haruslah SUKA dan TERLEBIH SUKA sebabnya aku suka baca buku.. Bila dapat hadiah giveaway berbentuk buku memang teruja unta la aku dan akan menghargainya lebih dari segala-galanya.. Cewahh... Buku tu ilmu kot weh..!!



Tarikh Tamat
27 Mei 2017



Read More

Menang Giveaway Anjuran Blogger Sis Hawa

8 comments
Menang Giveaway Anjuran Blogger Sis Hawa  |  Keputusan pemenang untuk giveaway "I Love Blogging With Sis Hawa & Her Sponsors" dah lama sebenarnya diumumkan... Tak silap aku pada 22 April 2017 yang lalu.. Aku adalah salah seorang pemenang giveaway anjuran blogger Sis Hawa ni.. Terlewat pulak update pasal ni.. hehe.. Tak sempat sebab terlalu membizi...


Aku peserta no.7... Jom tengok hadiah ape aku menangi untuk giveaway ni.. 



#7... Aku memenangi Baby Headband.. Haipp cam ada hint jerk tu.. Hehe.. Amiin.. Moga-moga baby yang bakal lahir nanti adalah gegel.. Leh la melaram dengan Baby Headband tu nanti.. Haha.. Tunggu hadiah sampai aku update ye camne rupe Baby Headband yang aku dapat tu.. Detail dah email kepada Sis Hawa.. 

Pape pun, aku nak ucapkan terima kasih pada penganjur dan sponsor kerana menganjurkan GA yang best ni.. Nanti anjurlah lagi yek.. Hiks.. ;)

Jom pakat singgah di BLOG SIS HAWA




Read More

Juara Mentor Milenia 2017

Sunday, May 7, 2017

6 comments
Juara Mentor Milenia 2017  |  Konsert akhir Mentor Milenia 2017 baru je berakhir.. Kemahenn semangat aku nonton tadi.. Sesambil pekena ayam bakar.. Hehe.. Aku rasa tahun ni adalah tahun yang dimana para pesertanya memberi saingan yang hebat... Semua best-best belaka.. Tak seperti tahun-tahun sebelum ni..  Jom kita tengok, siapakah yang bergelar juara Mentor Milenia 2017..

Juara Mentor Milenia 2017
Juara Mentor Milenia 2017
Antara protege yang berentap pada malam ni di Konsert Akhir Mentor Milenia 2017 ialah Along, Usop, Elica dan Syeera... Kesemua peserta bagi aku memberikan persembahan yang terbaik pada malam ni.. Kirenya tak mengecewakan lah.. Paling ketara adalah persembahan dari Along.. Memang berbeza dari biasa.. Mantap dan bertenaga.. Cewahh dah macam juri aje aku.. Haha..

Orite, sebelum kite tengok keputusan penuh Konsert Final Mentor Milenia 2017, apa kata kita tengok senarai lagu yang dinyanyikan oleh mereka pada malam ini..


Pusingan Pertama
(Duet)
***********

Elica ft Heal
Ceritera Cinta

Along ft Siti Nordiana
Memori Berkasih

Usop ft Salma
Malam

Sheera ft Misha Omar
Di Pintu Syurga


Pusingan Kedua
(Solo)
***********

Along
Merisik Khabar

Syeera
Sekadar Di Pinggiran

Elica
Samar Bayangan

Usop
Bayang

Siapa Juara Mentor Milenia 2017??

Hehe.. Mungkin ramai yang meramalkan Usop menjadi juarakan.. Tak kurang juga yang meramalkan Elica... Tak gitu.. Ternyata kedua-duanya memberi saingan yang hebat pada malam ni.. Ehh Along dan Syeera pun apa kurangnya.. Mereka pun hebat malam ni tau..


KEPUTUSAN KONSERT MENTOR MILENIA 2017

TEMPAT KE-4
Syeera
(Wang Tunai RM 10,000 & Trofi)

TEMPAT KE-3
Along
(Wang Tunai RM 20,000 & Trofi)

TEMPAT KE-2
Usop
(Wang Tunai RM 50,000 & Trofi)

JUARA
Elica
(Wang Tunai RM 100,000, Trofi & Pakej Percutian ke London)


Anugerah Khas
********

PROTEGE PILIHAN NEFFOS
Elica
(Wang Tunai RM 10,000)

Orite.. Dah tahu siapa Juara Mentor Milenia 2017 kan.. Tak dinafikan persembahan Elica pada malam ni memang mantap dan bertenaga.. Tinggi kot dia punya tarik... Terkujat aku mendengarnya.. Hehe.. Jom tengok persembahan dorang dalam Konsert Akhir Mentor Milenia 2017 pula.. Kot ada yang tak berkesempatan nak tengok.. Leh tengok kat sini..

Tonton
KONSERT AKHIR MENTOR MILENIA 2017

**nanti akan diupdate videonya.. hiks..







Read More

Pigeon Newborn Pure | Produk Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir

Thursday, May 4, 2017

10 comments
Pigeon Newborn Pure | Produk Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir  |  Pigeon adalah jenama yang tak asing lagi dikalangan ibu-ibu di Malaysia ni malahan di seluruh dunia.. Aku sendiri adalah salah seorang pengguna produk jenama Pigeon.. Sebelum ni aku menggunakan botol susu jenama Pigeon untuk Qhaliff.. Dan sekarang aku berpeluang untuk mencuba produk penjagaan kulit bayi pula iaitu Pigeon Newborn Pure, produk penjagaan kulit bayi baru lahir.. 

Pigeon Newborn Pure
Pigeon Newborn Pure | Produk Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir

Baru-baru ini, Motherhood.com.my telah menghadiahkan aku 2 produk terbaru keluaran Pigeon iaitu Newborn Pure Purifying Body Wash dan Newborn Pure Moisturizing Lotion.. Kemahenn cantik lagik bungkusannya.. Rasa sayang pulak nak buka.. Haha!!


Sebelum tu, jom ambil tahu serba sedikit tentang jenama Pigeon ni terlebih dahulu..
Jenama Pigeon ni sebenarnya dah lama bertapak dalam pasaran.. Dengan pengalaman dan kredibiliti lebih 40 tahun, Pigeon kekal dibarisan hadapan dalam teknologi penjagaan kulit untuk bayi yang baru lahir.. Jenama Pigeon ini disokong oleh kajian yang meluas dan terus berusaha untuk mewujudkan inovasi terkini.. Salah satu inovasi terkini yang dihasilkan ialah Pigeon Newborn Pure Skincare Series yang mengandungi formula trademark yang unik iaitu Natulayer yang menyediakan lapisan dwi perlindungan dan keselesaan untuk kulit halus bayi yang baru lahir..
Natulayer ini menawarkan dua lapisan perlindungan dan pelembapan. Ia merupakan Mimic Vernix iaitu lapisan pelembap untuk kulit bayi yang baru lahir.. Manakala Ceramide pula untuk membantu mengekalkan kelembutan kulit, terhidrat dan terpelihara.. Ia juga mengekalkan lapisan perlindungan kulit dengan memastikan tahap pH yang seimbang.. 

Ok, sebenarnya Pigeon Newborn Pure Skincare Series ni ada 5 jenis produk iaitu :-
  • Pigeon Newborn Pure Calming Oil
  • Pigeon Newborn Pure Moisturizing Lotion
  • Pigeon Newborn Pure Nourishing Shampoo
  • Pigeon Newborn Pure Protective Cream
  • Pigeon Newborn Pure Purifying Body Wash

Apa yang menariknya dengan Pigeon Newborn Pure Skincare Series ni? Haa ni nak habaq kat hangpa semua, produk pigeon ni telah pun diuji secara Dermatologi bagi memastikan penggunaannya selamat pada semua jenis kulit.. Paling penting produk ini bebas dari Paraben, Formaldehyde dan Alkohol yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit.. Produk ini juga diperbuat di negara Jepun dengan menggunakan teknologi tinggi untuk menghasilkan kualiti yang baik..

Orite, aku dapat 2 produk, so aku cerita satu persatu ye.. Hiks.. 


Pigeon Newborn Pure Purifying Body Wash

Pigeon Newborn Pure Purifying Body Wash ini merupakan salah satu daripada 5 produk penjagaan kulit Newborn Pure untuk mencuci badan yang dirumus khas untuk membersih secara perlahan-lahan kulit bayi yang halus tanpa menyebabkan sebarang iritasi.. Purifying Body Wash ini mengandungi bahan-bahan pelembap semulajadi bagi melindungi kulit bayi yang baru lahir...

Sepatutnya aku simpan dulu mandian Newborn Pure ni untuk baby baru nanti.. Tapi bila dah ada depan mata tu, rasa nak jugak cuba gunakannya walaupun sekali.. Jadinya, baru-baru ni aku cubalah mandikan Qhaliff dengan mandian ni.. Wahh, memang best la.. Bau dia wangi.. Paling penting senang dibilas hokeh!! Aku paling tak suka kalau mandian yang susah nak bilas dan rasa melekit-lekit walaupun dah dibilas banyak kali.. Mandian Newborn Pure ni senang dibilas.. Aku suka!! Qhaliff pun macam syok jerk dapat guna mandian baru... Hehe..

Pigeon Newborn Pure Moisturizing Lotion

Oke, ini produk kedua yang aku dapat.. Pigeon Newborn Pure Moisturizing Lotion.. Moisturizing Lotion ni memberi kelembapan pada kulit bayi yang baru lahir.. Bukan takat memberi kelembapan sahaja tetapi juga boleh menyegarkan dan melembutkan kulit bayi kerana lotion ni diperkaya dengan bahan-bahan pelembab semulajadi untuk memberi pelindungan pada kulit..

Yang paling aku suka tentang lotion ni ialah cepat menyerap ke dalam kulit dan tidak berminyak.. Bau lotion ni pun best.. Bila pakai pada Qhaliff, terasa kelainan pada kulit Qhaliff.. Lembut aje.. Best je pegang kulit dia.. 

Bagi aku, kedua-dua produk pigeon ni best dan aku suka.. Paling penting produk ni Free Paraben.. Biasa kalau aku nak beli produk baby ni, aku mesti check dulu ada tak tercatat Free Paraben pada pembungkusan produk.. Kalau tak de memang aku tak beli.. Huhu.. So, bagi ibu-ibu diluar sana yang ada baby dan yang bakal ada baby macam aku ni, aku sarankan korang mencuba produk Pigeon Newborn Pure ni.. Korang pasti puas hati.. Anak pun selesa dan selamat.. 

Mesti korang nak tahu berapa harga bagi setiap produk Pigeon Newborn Pure Skincare ni kan.. Jom kite tengok satu persatu..

HARGA PRODUK
Pigeon Newborn Pure Skincare
**************


Dah tahu harga mesti nak tahu pulak kat mane nak beli kan.. Hehe.. Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk Pigeon Newborn Pure Skincare Series ni, boleh dapatkannya di :-

Website


Untuk maklumat lanjut tentang produk, boleh layari :-

Website

Facebook

Read More