Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

Tuesday, April 18, 2017

19 comments


Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my | Hehe sori, mood join giveaway datang lagi la.. Kali ni giveaway anjuran Blogger Fiza pula... Jom tengok apa kata Fiza selaku penganjur giveaway ni.. Hiks..

*********

Assalamualaikum.. Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza...

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my
Copy dan klik banner untuk penyertaan

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.


Dior Miniature Perfume Mini Set mengandungi:
5 ml EDT Dolce Vita, 
5 ml EDP Miss Dior, 
5 ml EDT J'adore,
 5 ml EDT Midnight Poison,
 5 ml EDT Dior Addict

Ada 5 jenis Dior Miniature Perfume untuk dimenangi dan hanya 5 pemenang yang akan dipilih. Jemput semua blogger untuk memeriahkan giveaway ini.

Tarikh Tamat
01 Mei 2017


Read More

Jom Join Giveaway Jiakreatifelt!

8 comments
Jom Join Giveaway Jiakreatifelt! |  Join giveaway lagik.. Dua tiga harini mood bergiveaway dan bersegmen semakin menjadik-jadik.. Saje nk tambah kenalan baru dikalangan blogger.. hehe.. Korang dah join giveaway ni ke? Kalau belum Jom Join Giveaway Jiakreatifelt! yang dianjurkan oleh blogger Najiah ni.. 7 orang blogger bertuah dicari tau untuk memenangi Handsock Dwitone dan Stoking Sandy...
Klik banner untuk join ye!!

Tarikh Tamat
27 April 2017

Read More

Segmen 'I Am Bloglisted By Mrs Pip'

Monday, April 17, 2017

12 comments
Segmen 'I Am Bloglisted By Mrs Pip' | Kembali bersegmen... Kali ni nak join segmen anjuran blogger Mrs Pip pulak iaitu Segmen 'I Am Bloglisted By Mrs Pip'...

Segmen 'I Am Bloglisted By Mrs Pip'
Segmen 'I Am Bloglisted By Mrs Pip'
Macam biasa, kalau nak join klik banner kat atas ni ye.. Syarat sangat mudah juz follow Blog dan Google+ penganjur sahaja.. Jom pakat join ramai-ramai kasi meriahkan lagi segmen Mrs Pip ni.. 


Tarikh Tamat
30 April 2017

Read More

Bateri Kereta Kong, Jangan Risau Bateriku.com Penyelamat Anda!

15 comments
Bateri Kereta Kong, Jangan Risau Bateriku.com Penyelamat Anda!  |  Wohaaa!! Arini aku nak ajak korang bayangkan satu situasi dimana korang keluar sampai tengah malam, tak kira la sama ada korang keluar bekerja atau jenjalan atau bershopping dan sampai masa nak balik, korang start kereta tak hidup la pulak... Dah la sorang-sorang tak berteman... Lagi parah dah tak de orang kat kawasan tu nak mintak tolong.. Tak ke gelabah... Kalau yang lelaki mungkin boleh cool lagik.. Kalau cam aku ni seorang wanita yang lemah lagik sopan santun ni (hahaha perasan!!), harusss gelabah unta time tu.. Nak cakap minyak habis, baru jerk isi.. Full tank kot isi!! Dah apa masalahnya lagi.. Ni tak lain tak bukan mesti BATERI KERETA KONG ni..

Bateri kereta kong? Jangan risau Bateriku.com ada!


Kalau korang lelaki mungkin boleh tengok-tengok apa yang patut... Bagi kaum hawa, aku yakin mesti korang dah tak keruankan... yang terfikir cuma nak call suami je time tu (bagi yang dah berkahwin)... Ehh suami outstation laaa.. Lupa pulak.. Call ayah la.. Oh tidakkk ayahku tak jawab call... Dah tidur agaknya... Haaa try call sahabat dunia akhirat la.... Adoiii sahabat balik kampung la pulakk.. Arghhh.. Apa harus aku buat ni?? Nak cari bengkel pun mesti semua dah tutup malam-malam buta ni.. Siapa nak tolong aku ni..??

Bateriku.com Penyelamat Ketika Bateri Kereta Kong

Bateriku.com penyelamat ketika bateri kereta kong
Bateriku.com penyelamat ketika bateri kereta kong

Haaa korang dah tak perlu risau kerana bateriku.com ada untuk menyelamatkan situasi korang itu... Korang hanya perlu call sahaja mereka, nanti dorang akan datang untuk membantu... Korang pernah dengar tak tentang bateriku.com ni?.. Okeh, kalau tak pernah dengar meh aku cerita sikit tentang mereka.. Bateriku.com menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pemasangan bateri kereta terus ke lokasi korang dengan segera hanya melalui panggilan telefon ataupun whatsapp.. Mudahkan..!! Tak perlu nak ke bengkel mereka.. Mereka akan buat terus di lokasi korang.. Jimat masa dan jimat duit...

Servis yang diberikan oleh Bateriku.com memang terbaik.. Bagi mereka yang dah pernah menggunakan perkhidmatan mereka pasti dah tahu kualiti yang ada pada servis mereka.. Meh aku kongsikan dengan korang KELEBIHAN bateriku.com berbanding yang lain..

1. Harga yang ditawarkan adalah tetap dan tiada caj yang tersembunyi
Jangan ingat aku main serkap jarang je tau kata bateriku.com jual bateri murah dan mahal... Aku nikan blogger.. So, aku dah google siap-siap harga dari beberapa kedai online ni.. Dan ternyata harga bateri di bateriku.com adalah yang termurah.. Yang part sangat best bagi aku adalah, kalau aku tak ada cash, aku boleh swap je debit/credit card.. Kan dah senang tu...

2. Keluasan jaringan kawasan servis dari Perlis hinggalah ke Johor Bahru.
Kalau dulu hanya beberapa negeri je yang ada bateriku.com, sekarang dah ada dari Utara, Perlis hingga ke Selatan Malaysia, Johor. Apa yang bagusnya kat sini, bila kita beli di Perlis, kita boleh je tukar selagi dalam warranty dekat mana-mana cawangan bateriku.com... Memang terbaikk uollss..!!

3. Penghantaran, pemeriksaan dan pemasangan adalah PERCUMA
Yang ni mesti ramai yang sukakan.. Mane taknya, PERCUMA hokeh!! Ok untuk penghantaran, pemeriksaan dan pemasangan PERCUMA ni, situasinya camni, andai kata pihak bateriku.com periksa kereta korang dan didapati bateri kereta korang elok lagi, makanya mereka tak akan tukar.. So, Free of charge je dorang tolong periksa tu.. Bestkan!!

4. MOTEC (Mobile Technician) adalah terlatih, peramah dan boleh dipercayai
Kalau tak kenal ni, risau jugakkan.. Tapi dengan bateriku.com ni korang tak perlu risau sebab mereka sentiasa menjaga keselamatan pelanggan mereka..

5. WARANTI dari 12 bulan hingga 30 BULAN
Wahhhh sampai 30 bulan tu... Siapa nak kasi kan.. Selalunya bateri kereta ni dalam setahun dah buat hal.. Paling lama pun dalam 2 tahun.. Huhu.. Tapi dengan bateriku.com sehingga 30 bulan hokeh!! Haaa tapi jangan lupa simpan resit pembayaran ye.. Resit hilang camne nk klim warranty, ye dak??

6. WARANTI servis di setiap network kawasan yang diliputi oleh Bateriku.com
Ini dah aku terangkan kat atas nunn... Banyat sangat dah kelebihan bateriku.com ni aku rasa yang buat aku sendiri rasa, ini adalah pilihan aku yang tepat.. Maybe juga pilihan tepat untuk korang..

7. Waktu sevis adalah dari 7.00 pagi hingga 1.00 pagi
Waktu pagi kita kelam kelibut nak pergi kerja... Mereka pulak dah standby dimana-mana.. Masa kita pulang lewat bekerja pun mereka ada juga.. jangan lupa save talian hotline mereka ya!! Tak perlu dah nak Google bagai bila kereta korang rosak.. Save sekarang pleaseeee!! Haha..

8. PROGRAM #FreeChecking untuk badan korporat, kelab kereta, komuniti perumahan secara PERCUMA *bergantung pada tempahan
Bukan semua orang tahu pasal kereta kan.. Terutama kaun hawa seperti aku ni haa.. Pakai pandai la.. Yang lain-lain memang tak tahu.. hehe.. So, ini adalah inisiatif untuk kita belajar tentang kereta... Bonus ni tau untuk korang..

9.  Ada Mobile App Bateriku.com
Haa ni ada satu lagi yang best nak kasitau korang ni.. Korang juga boleh muat turun Mobile App BATERIKU.COM sekarang di Google Play Store dan Apple App Store bagi memudahkan korang "track" pergerakan Mobile Tecnician mereka.... Kalau nak booking bateri pun boleh guna Mobile App tersebut.... Perghh memang terbaikk..!!

Banyakkan kelebihan bateriku.com ni.. Rasa rugi kalau tak menggunakan servis mereka.. Harga dan servis memang berbaloi-baloi... 

NAK TUKAR BATERI KERETA?

#JanganTukarDulu
MUNGKIN BATERI OK LAGI !
#DapatkanKepastian
#GetSecondOpinion

JIMATKAN DUIT ANDA

Panggil BATERIKU.COM @ Tol Free 1-800-22-2324 

Atau

Klik sini untuk terus Whatsapp ( Untuk Kawasan Lembah Klang, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis )

Klik sini untuk terus Whatsapp ( Untuk kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor )

Mereka datang ke lokasi anda | Pemeriksaan PERCUMA | Tidak perlu beli bateri & DIJAMIN tiada sebarang caj sekiranya bateri anda masih elok.

Isnin ~ Ahad | 7am~1am | Johor ke Perlis

Anda berminat menyertai BATERIKU.COM di seluruh negara ?? Sila mohon secara on-line di www.bateriku.com >> Dealer >> Runner ( Full Time/Part Time/Freelance) >> Rakan Wokshop >> Rakan Tow Truck



Untuk maklumat lanjut tetang BATERIKU.COM, sila layari :-

Website
www.bateriku.com

Facebook
www.facebook.com/bateriku

Twitter
www.twitter.com/baterikudotcom

Instagram
www.instagram.com/baterikudotcom

Email
customersupport@bateriku.com


Read More

Mat Saleh Dari US Nyanyi Lagu Assalamualaikum Ustazah

14 comments
Mat Saleh Dari US Nyanyi Lagu Assalamualaikum Ustazah  |  Assalamualaikum wbt.. Hi korang!! Moga pagi ni memberi lebih semangat kepada kita semua untuk meneruskan kehidupan kita seharian... Korang pernah dengar lagu Assalamualaikum Ustazah?? Takan tak pernah dengar.. Femes kot lagu ni.. Mat saleh pun tahu lagu ni tau.. Korang tahu tak ada Mat Saleh dari US nyanyi lagu Assalamualaikum Ustazah ni....

Mat Saleh Dari US Nyanyi Lagu Assalamualaikum Ustazah
Mat Saleh Dari US Nyanyi Lagu Assalamualaikum Ustazah

Semalam tengok berita kat tv, tertarik pulak dengan berita tentang sekumpulan mat saleh dari US menyanyikan salah sebuah lagu dari Kumpulan Khalifah iaitu Assalamualaikum Ustazah..  Kalau korang sempat tengok berita semalam mesti tahu kan.. Ataupun bende ni dah viral sebenarnya cuma aku jerk yang baru tahu.. hahaha.. Tak pe la mane-mane pun... Jom kite tonton video itewwww!!


Suka dengar slanga dorang ni.. hehe.. Tapi thorrrbaekkk dorang nyanyi..


Read More