Mummy Ayu's Giveaway

Monday, March 6, 2017

12 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk turut serta

Mummy Ayu's Giveaway  |  Macam dah lama jerk tak join Giveaway... Bila kesihatan tak berapa nak mengizinkan, nak mengadap blog pown tak berapa nak selera.. Untuk tidak terus dilupakan, aku usahakan jugak untuk blogwalking ke blog-blog rakan blogger... hehe..

Pagi ni terasa terpanggil untuk join GA dari Mummy Ayu ni.. Hadiahnya terlalu kiut dan comel... Kalau ikutkan kemasalan ni memang tak daya nak join.. Bila terpandang hadiah yang begitu berwarna warni tu, ku gagahkan diri jugak untuk join.. Haha.. Cenggitu sekali yek.. Tapi yang sebetulnya aku dah buntu nak apdet blog ni.. Jalan terbaik aku join la GA.. Hahaha.. Jangan kecam hakak hokek...!!

Kalaulah ada rezeki untuk menang, aku nak pilih warna pepel tu.. Hahaha.. Contikkk songattt!!

Adehh terpanjang pulak entry GA kali ni.. Okeh la... Buat semua blogger melaysia, moh le kite join GA ni... Tak lama dah nak tamatnya... Support sesama kita... 

Tarikh Tamat
8 Mac 2017

Read More

Review Novel | Ketika Azazil Berputus Asa By Hadi Fayyadh

Thursday, March 2, 2017

14 comments
Assalamualaikum wbt..


Beli Buku Hadi Fayyadh Lagi  |  Rasa macam dah lama tak beli buku.. Semalam jejak kedai buku popular ternampak la buku Ketika Azazil Berputus Asa karya Hadi Fayyadh ni.. Menarik.. Lagi pown sebelum ni aku pernah baca buku dari penulis yang sama iaitu Semusim Di Barzakh... Dan aku suka hasil karya dan penulisan dari penulis ni.. Jadinya, untuk buku beliau yang kedua ni, aku tertarik jugak untuk memilikinya dan aku dah pown beli.. Hahaha!!

Ketika Azazil Berputus Asa... Tajuknya pun dah menarik minat aku untuk membacanya.. Tapi aku belum start baca lagi.. Tunggu ada masa terluang sikit baru aku akan mula pembacaan.. Tak sabar sebenarnya nak hadam buku ni.. Tapi masa tak mengizinkan lagi.. Nanti dah baca aku buat review lain ye.. Tungguuuuu..!!


Aku harap buku ini pown sehebat buku Semusim Di Barzakh... Harga buku ni Rm 29.90 sahaja... Harga mampu milik.. Kalau korang rasa nak baca buku ni jugak, pergi la terjah kedai-kedai buku yang berdekatan ngan korang yekk.. Hiks..

New Update!!

Jom baca review aku di goodreads...

REVIEW AKU DI GOODREADS

Ketika Azazil Berputus AsaKetika Azazil Berputus Asa by Hadi Fayyadh
My rating: 5 of 5 stars
Start : 05.03.2017
Finish : 08.03.2017

Buku karya Hadi Fayyadh memang tak pernah mengecewakan.. Jalan cerita yang digarap dalam novelnya sangat menginsafkan.. Sebuah cerita yang membuatkan kite terfikir dan mengingati kita sebagai pendosa di atas muka bumi tuhan ni.. Sangat menginsafkan.. Semua orang harus baca buku ni.. Buku terbaik yang ada di pasaran...

View all my reviews



Read More

Tukar Plan Internet

8 comments
Assalamualaikum wbt..


Tukar Plan Internet  |  Kemahennn payah lagik nak dapatkan talian customer service RedONE hari ni.. Mungkin dorang terlebih bizi kowt... Dari pagi call, jam 2 lebih baru dapat disambungkan... Hadoii.. Berkeladak telinga dok tekap hp kat telinga ni.. Hehe..

Aku sebenarnya nak tukar plan internet je.. Sebelum ni aku pakai internet RM40 untuk 3G... 3G korang rasa cukup tak untuk sebulan?? Untuk FB, IG, Blog, Email, Smule (ehhh!!) dan sebagainye.. Haha.. Memang tak cukup la wehh.. IG saje dah rabak internet... Tu pown dok kontrol guna IG sebab takut tak dan sebulan internet dah habis.. Tapi tetap jugak kehabisan kuota sebelum waktunye.. Abeh cenggane nak buat... 


Mula-mula plan nak tukar jerk pakai WEBE.. Tapi bila tengok RedONE ada buat promosi plan baru, tangguhkan dulu niat tu.. Kita try dulu plan baru dari RedONE ni tengok macam mana kekdahnye.. Hehe... Bagi aku 3G sebulan memang tak mencukupi.. So, tadi aku dah tukar ke plan Amazing48 untuk 20GB sebulan.. Perghhh 20GB tu weh... Tapi ada term & condition nya... Hehe... Jom tengok...


Ok, korang boleh tengok jadual kat atas ni.. Plan Amazing48 ni, sebulan RM 48.. Dapat 20GB data dan free call 200 minit.. Tapinya 20GB tu terbahagi kepada dua keadaan.. Korang dapat pakai 8GB dengan speed yang laju dan selebihnya 12GB lagi untuk speed slow selepas korang dah habis pakai speed laju 8GB tadi.. Faham tak?? Kalau tak faham tanye CS la ye.. Haha.. 

Aku rasa cukup kowt 8GB untuk sebulan... Insyaallah.. Hari ni baru daftar so, kite tengok cenggane nanti ye.. Untuk bil pertama dengan plan yang baru ni, aku kene tambah RM10 lagi sebagai pendaftaran plan.. So, bulan ni pakej internet yang aku kene bayar RM 58... Huhu..

Lepas ni boleh la aku berIG lebih sikit.. Haha...


Read More

Buku Amalan Mengangkat Darjat

Tuesday, February 28, 2017

14 comments
Assalamualaikum wbt..


Buku Amalan Mengangkat Darjat  |  Minggu lepas aku dapat hadiah buku ni daripada seorang member opiz aku ni... Alhamdulillah rezeki untuk aku... Moga dengan pembacaan aku nanti, ganjaran pahala buat dia... Insyaallah.. Kat sini aku nak kongsikan dengan korang kebagusan buku  ni.. 'Kebagusan' hokeh.. Hahaha.. Ayat tamo kalah tu... 

Buku ini menghimpunkan amalan-amalan mudah yang boleh dilaksanakan pada setiap hari seawal bangun daripada tidur hinggalah tidur kembali... Bagus tau buku ni... Lengkap.. Setiap amalan diatur dalam sebuah jadual mengikut waktu... Amalan-amalan biasa dalam kehidupan kita jika dilakukan dengan ilmu dan penghayatan secara berterusan serta istiqamah, tinggi nilainya di sisi ALLAH SWT...

Jom tengok isi kandungan buku ni dulu..


Bermula dengan Qiamulail sampailah amalan dan adab ketika nak tidur... Siap ada lampiran lagik tu... Sangat membantu untuk kita dalam amalan seharian... 


Ni la jadual yang aku maksudkan... Setiap waktu disediakan jadual, apa yang patut dilakukan.. Mengikut aturan... Aku suka sangat dengan aturan jadual ni.. Kalau kita amalkan, terasa lengkap amalan kite seharian... Ada beberapa jadual dalam buku ni mengikut waktu-waktu yang ada.. Aku up kat sini satu aje la jadualnye.. Kalau korang nak tengok jadual yang lain, kena lah beli ye.. Tak rugi beli buku ni.. Banyak ilmu di dalamnye yang mungkin ada yang kita tak tahu..


Bacaan wirid selepas solat (Wirid Al-Qusyasyiah) dan Wirid Rabbani pown ada dalam buku ni... Mungkin ada yang dah biasa dengan wirid-wirid ni dan mungkin juga ada yang belum tahukan tentangnya.. So, dengan buku ni korang boleh kenal dan belajar tentang wirid ni... Sanad pown ada disertakan tau dalam buku ni.. memang terbaik.. Lupa lak aku nak snap wirid-wirid tersebut.. Sori yekk.. Hehe..


Ni last sekali dalam buku... Jadual yang boleh kite guna dan tick yang mana kite dah amalkan.. Mudahkan.. Buku ni siap disediakan jadual untuk memudahkan kita tick amalan yang dah kita buat... Tak yah susah-susah nak buat jadual sendiri.. Semuanya dah disediakan.. Cuma beramal aje yang tinggal.. Hiks..

Oklah.. Jom kite kenal dengan penulis buku ini..



USTAZ JAFRI ABU BAKAR MAHMOODI berasal dari Kampung Tambun Tulang, Arau, Perlis. Kini menetap di Bandar Baharu, Kedah. Merupakan Pengasas Kompleks Islam Dar al-Faizin (KIDAF) merangkap Mudir (Pengetua) di Maahad Darul Faizin, Madrasah Mahmudiyah, Arau dan Pra Tahfiz al-Fateh, Sg. Duri, Pulau Pinang. Kini menjadi Pendakwah Bebas sepenuh masa yang aktif berdakwah ke seluruh tanah air.. Beliau pernah menjadi pengacara rancangan Ayat Riwayat (TV Alhijrah), Pengisi Slot Mujahadah Ramadhan (TV Alhijrah) dan Tanyalah Ustaz (TV9).. 
AMALAN MENGANGKAT DARJAT adalah karya susunan pertama beliau bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd. 

Read More