Shapee Nursing Bra Memberikan Keselesaan

Thursday, February 2, 2017

15 comments
Assalamualaikum wbt..


Shapee Nursing Bra Memberikan Keselesaan  |  OMG..!!! Awalnya aku beli Nursing Bra... Haha.. Excited lebih nampaknyeee kali ni.. Ahakz.. Tak de la cenggitu sebenarnya.. Dah kebetulan jumpa yang terbaik bagi aku, so terus je la beli.... Nanti boleh fokus barang baby aje kan.. Nursing Bra yang aku beli ni, boleh juga dipakai oleh mommy-mommy yang tak menyusu sebenarnya.. Tapi lebih praktikal untuk ibu yang menyusu la.. Hiks..

Ehh.. Dah membebel panjang lebar, mesti korang nak tahukan jenama apa aku beli, dekat mana aku beli, apa yang bestnye tentang bra ni kan..?? Haaa ni la nak cerita ni.. Apa yang best, mesti aku akan kongsikan dengan korang.. Jangan risau ye.. Hehe.. Opsss entry kali ni untuk mommy-mommy tau.. Tapi daddy-daddy pown boleyyyy!! Haha..


Okeh, Nursing Bra yang aku beli tu adalah dari jenama Shapee.. Korang pernah dengar tak jenama ni? Tak pe, kalau tak pernah dengar meh baca sampai habis ape yang aku nak bebelkan kat sini..


Apa itu THE SHAPEE

The Shapee adalah sebuah laman web online shopping yang menjual produk dalam kategori maternity dan shapewear seperti Nursing Bra, Shaping Tights, Waist Shaper, Long Arm Shaper dan pelbagai lagi.. Dah nama lagi The Shapee kan, so, semua yang dijual berunsurkan 'shape'.. Hah gituuu!!


Why Shapee

Korang nak tahu tak kenapa aku memilih untuk menggunakan Nursing Bra dari Shapee ni..?? Ada 4 sebab kenapa aku memilih jenama ini.. Apakah?? Jom selongkar sama-sama...


Yeahhh.. Sebab 4 perkara ini lah yang membuatkan aku sangat yakin dengan jenama Shapee ni.. Pasti akan memberikan keselesaan.. Lihat sajalah berapa jumlah yang dah terjual sejak tahun 2012 dulu.. Setiap pelanggan yang pernah menggunakan produk dari jenama ini pun dah memberi feedback yang baik.. Jadinya tak perlu rasa ragu-ragu lagi untuk memilih jenama ni kan..


Nursing Bra Pilihan Aku

Mesti korang tak sabar nak tahu Nursing Bra pilihan aku kan.. Sebab di The Shapee ni ada 2 jenis Nursing Bra tau... Untuk permulaan ni aku memilih yang basic aje dulu... Hehe.. Save bajet kan.. Haha.. Nanti nak beli barang baby lagi.. Hiks.. Jom tengok Nursing Bra pilihan aku..


SEAMLESS NURSING BRA


Seamless Nursing Bra menjadi pilihan aku kali ini.. Ini adalah Shapee Nursing Bra paling basic tau di The Shapee.. Walaupun ianya Nursing Bra basic tetapi banyak kelebihan yang ada padanya.. Sebab itu Aku memilih untuk menggunakan Nursing Bra ni.. Eh, korang nak tahu tak apa kelebihannya?? Mesti nak kannn.. Hehehe.. Okeh, aku kasi tau korang dengan keikhlasan disulami kejujuran.. Cewahhh..


BENEFIT

SEAMLESS NURSING BRA (Basic)

Product features/benefits
  • 3D seamless design (non-wired)
  • 360° comfortable support
  • Improved non-slip straps for maximum support
  • Innovation nursing clip design for convenience + flexibility
  • Greater adjustability for versatile
  • Removable bra pad for easy replacement
  • Made by breathable material (nylon and spandex)
  • Free extender hook




Paling aku suka tentang Nursing Bra ni ialah Bra Pad dia boleh di cabut.. Kalau yang sebelum ni aku beli Nursing Bra dari jenama yang biasa, memang tak de Bra Pad.. So, bila susu tengah banyak, habis basah bra... Sebab itu aku pilih jenama Shapee pulak kali ni.. Mungkin harga agak mahal sikit tetapi sangat berbaloi dengan jaminan kualiti yang ada pada Nursing Bra ni.. 

Oh, satu lagi menariknya Nursing Bra ni.. Nursing clip dia tu.. Aku suka.. Memudahkan penyusuan.. Kebiasaannya yang biasa aku tengok jenis button di depan.. Seperti yang sebelum ni memang aku gunakan yang jenis button.. Agak susah jadinya bila button tu rosak.. Adehh.. Jadi, kali ni aku pilih untuk guna yang berklip pula.. 

Benefit dah tahu.. So, nak tahu tak warna ape yang available?? Hehe.. Jom tengok..


AVAILABLE COLOUR

 Black

Nude

Pink

Ada 3 warna.. Black, Nude dan Pink... Aku pilih warna basic aje.. Black dan Nude... Mesti ada yang minat dengan warna pink kan... Hiks.. Aku decide beli 2 helai aje.. So, pilih aje la warna basic.. Pink nextime pulak.. Insyaallah.. Jom tengok saiz pulak.. Saiz apa yang ada... Mane tau kowt-kowt korang berminat nak beli kan.. Senang sikit leh rujuk terus saiz ape yang ada.. Sesuai ke tidak.. Haaa gituuu!!


AVAILABLE SIZE


Macam bra lain jugak, ada saiz M, L dan XL... Korang tengok sendiri la ye yang mane sesuai untuk korang.. Kat situ ada jugak di ajar macam mana penjagaan bra ni... Boleh lah korang jadikan panduan... 

Nanti kalau ada bajet lebih aku nak beli Nursing Bra lain pulak kat The Shapee.. Insyaallah... 2 helai saja rasanya tak cukup untuk kegunaan dalam jangkamasa yang lama kan... Jadinyeeee, mungkin aku akan tambah lagi koleksi Nursing Bra aku.. Nanti aku nak beli yang Sassy Nursing Bra pulak la... Cantik sangat... hehe.. Cam gambar bawah ni.. Hiks..


Ok lah korang.. Itu je la yang aku nak kongsikan dengan korang... Mane tau kowt-kowt ada mommy-mommy yang preggy ke.. yang tengah menyusu ke.. yang tengah mencari Nursing Bra, bolehlah try Nursing Bra by Shapee ni.. Sangat selesa tau.. Selesa, mudah dan lancar... Haaa gituu.. Apa yang lancar tu?? Penyusuan la yang lancar... Hahaha..!!

Ehhh Harga aku belum kasitau kan.. Lupa pulak.. Hiks..


RETAIL PRICE

Seamless Nursing Bra
RM 45.00

Sassy Nursing Bra
RM 55.00


Untuk keterangan lebih lanjut atau untuk bershopping di The Shapee,
korang boleh kunjungi :-

Main Website

Shop Website

Facebook

Instagram

Youtube

Email
info@theshapee.com

Contact No.
07-554 7488


Read More

Giveaway Pocket Chia Seed

5 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Giveaway Pocket Chia Seed  |  Ritu rajin jugak minum air Chia Seed ni.. Sekarang je dah malas nak membeli.. Hiks.. Masa blogwalking, ternampak pulak giveaway dari bonde ni.. Jadi, aku nak join... Hehe..

Semua syarat dah terlaksana sejak dulu lagi.. So, lagi mudah la bagi aku join GA ni.. Jom korang join sama..

Tarikh Tamat
14 Februari 2017


Read More

Hadiah "Terpilih Sebagai 2 Rakan Blogger Bertuah" Dah Sampai

Wednesday, February 1, 2017

5 comments
Assalamualaikum wbt..

Hadiah "Terpilih Sebagai 2 Rakan Blogger Bertuah" Dah Sampai  |  Jeng Jeng Jeng... Haaa sepertimana yang pernah aku cerita ritu kat entry INI, aku telah dipilih sebagai 2 rakan blogger bertuah oleh Adik Rii tuan punye blog www.realsviors.blogspot.my ... Baca kat SINI ye.. Alhamdulillah, hadiah a.k.a buah tangan dari padang besar dah selamat mendarat depan rumah pada 26.01.2017 kalau tak silap aku la.. Nampak tak sekali lagi lupa tarikh.. Haha..

Beg comel dari Adik Rii

Inilah hadiah yang Adik Rii kasi tu.. Comel betul beg ni.. Bukan dalam gambar aje yang comel, tapi kat luar pown kemahinn comel agik.. Sampai sayang nak guna.. Dok simpan dalam bilik lagik.. Teragak-agak aku nak guna sebab sangat comel.. Ekekeke.. Ada pulak yang nak tu.. Hahaha.. Lagik best bila dapat pulak senaskah komik.. Huisss leh layan komik lak lepas ni.. 

Apa-apa pown thankz too Adik Rii kerana sudi pilih akak sebagai blogger bertuah tersebut.. Akak doakan semoga adik sentiasa dimurahkan rezeki oleh-NYA.. Amin.. Beg cecomel tu akak nak buat beg make up la supaya sentiasa ada bersama akak.. Hehehe.. 

Read More

Hadiah Giveaway Dari Blogger Shahida Dzulkafli

1 comment
Assalamualaikum wbt..


Hadiah Giveaway Dari Blogger Shahida Dzulkafli  |  Throwback story again...!! Haha.. Kan dah cakap, lepas ni memang akan banyaklah cerita terkebelakang yang tak berkesempatan untuk di apdet tepat pada waktunye.. Hiks.. Cerita kali ni tentang hadiah giveaway yang aku terima pada 27.01.2017 kalau tak silap aku.. Nampak tak, tarikh pown dah lupa.. Huhu..

Ritu ada join giveaway dari sahabat blogger aku ni... Tuan punya blog www.kasihkuamani.blogspot.my ... Aku panggil dia dengan panggilan manja mesra 'Sha' aje.. Hehe.. Tak sangka pulak boleh menang.. Dapat pulak planner.. Aku ni jenis gile planner sikit.. Nampak aje giveaway planner mesti teruja nak join.. Pernah satu ketika dulu time bujang-bujang dulu, habis orang aku tanye kowt-kowt ada planner yang cantik dan unik.. Tulis tak jugak.. Cuma sekarang aje planner sangat penting bagi aku.. Satu untuk perjalanan blog.. satu lagi untuk catat minit menysuarat... Kat jabatan aku sekarang ni kemain ligat lagik mesyuarat diadakan.. Kengkadang seminggu tu setiap hari ada miting.. Gile bebesss betul.. HAha..

Ehhh... Terpanjang pulak berceloteh ye.. Haa kalau nak tengok senarai pemenang, klik SINI ye.. Nama aku pown ada jugak tersenarai.. Tu sebab boleh dapat planner cantik ni.. Merah menyala lagik tu..

Apa-apa pown aku ucapkan terima kasih pada Sha sebab anjurkan giveaway yang 'ohsem' tu dan sudi pilih lea sebagai 'naib johan' dalam giveaway tu.. Ekeke.. Naib Johan tu.. Haha.. Dah nama diumumkan di tempat kedua, tak ke naib johan namanye tu.. Hiks.. Moga Sha dimurahkan rezeki olehNYA... Amin.. :)


Read More

Penawar Resdung Paling Mujarab

Tuesday, January 31, 2017

8 comments
Assalamualaikum wbt..

Penawar Resdung Paling Mujarab  |  Kali ni nak bercerita pasal resdung pulak.. Aku rasa penyakit resdung ni tak asing lagi dalam masyarakat kita hari ini kan?? Atau ada yang tak tahu resdung tu ape..?? Hurmm kalau ada yang tak tahu, meh la aku rungkai sikit tentang resdung ni.. cewahh.. 

Apa itu RESDUNG?

Resdung atau dikenali juga sebagai Sinusitis adalah sejenis penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput sinus.. Sinus pula adalah satu rongga atau ruang dalam tengkorak di bahagian kepala, pipi dan hidung iaitu sinus hidung (paranasal sinus), sinus pipi (maxillary sinus), sinus di belakang hidung (ethmoid dan sphenoid sinus) dan sinus di dahi (frontal sinus)... Radang yang berlaku di dalam rongga sinus sama ada disebabkan alahan atau jangkitan kuman.. 

Tanda-Tanda Resdung
  • Hidung sentiasa berair/selsema setiap masa terutama ketika cuaca sejuk dan awal pagi
  • Gatal-gatal pada hidung, mata dan telinga terutama bila memakan ayam, udang, ketam, ikan masin dan sambal belacan.
  • Bersin bila terkena habuk
  • Berkahak, banyak jerawat, kurang pendengaran/penglihatan, sakit kepala, kelemumur banyak, rambut gugur, nafas berbau, gatal kulit dan keputihan (wanita).


Dah tahu kan serba sedikit tentang resdung ni.. Korang pernah alami tak tanda-tanda resdung seperti di atas ni? Kalau pernah eloklah korang buat rawatan segera.. Sangat bahaya jika ianya dah ditahap yang kronik.. Penyakit resdung ini harus dirawat dengan segera kerana apabila tidak dirawat dan dibiarkan menjadi lebih teruk, ini boleh menyebabkan kita mudah menjadi pelupa, hilang deria bau dan lubang hidung menjadi bengkak dan tersumbat..

Aku sendiri pown kengkadang tu mengalami beberapa tanda-tanda di atas.. Paling teruk rambut gugur dan kelemumur.. Macam-macam jalan penyelesaian dah aku cuba... Tapi masih belum berjaya mengatasinya.. Sebelum ni aku cuba cara luaran sahaja.. Kali ni aku mencuba pula ubatinya dari dalam dengan mengambil penawar resdung paling berkesan ini..


Ubat Penawar Resdung Paling Mujarab ini merupakan Ubat Resdung Paling Berkesan yang diperbuat daripada akar kayu yang diwarisi oleh Pengamal Perubatan Islam selama 40 tahun yang lalu dan merupakan ubat warisan turun temurun.. Ianya dapat mengubati resdung dari dalam dan dapat melegakan daripada alahan makanan, cuaca, bersin, selsema dan sebagainya..

Ubat ini didatangkan dalam bentuk kapsul berwarna merah dan 1 botol mengandungi 35 biji kapsul.. Cara pengambilannya pula adalah seperti berikut :-


Cara Pengambilan

1 biji Malam (sebelum tidur) dan 1 biji Pagi..

Jika resdung makin berkurangan, bolehlah dikurangkan dosnya kepada 1 biji sehari sahaja atau boleh juga selang 1 hari 1 biji..

Amaran !!

Jangan dilangkah dan tidak sesuai untuk ibu-ibu mengandung ye..


Cara Pengambilan Yang Lebih Berkesan


Untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat, korang boleh bukak sarung kapsul dan masukkan serbuk akar kayu di dalam segelas air kosong.. Pastu korang kacau la hingga larut.. Haaa peringatan ni.. Sebelum minum tu, korang jangan lupa pulak ye baca Bismillah dan Selawat.. Pastu doalah sikit untuk kesembuhan.. Insyaallah dengan izin Allah swt, penyakit resdung yang dialami dapat disembuhkan.. 

Kelebihan Penggunaan Ubat Ini



Testimoni Pengguna Ubat Resdung Paling Mujarab

Oklah.. Tak nak bebel panjang sangat.. Kat sini aku nak tampal beberapa testimoni daripada pengguna yang dah menggunakan produk ni untuk korang lihat sendiri keberkesanan ubat ini.. Jom pakat-pakat baca ye..










Sebarang pertanyaan atau pembelian Ubat Penawar Resdung Paling Mujarab ini,
bolehlah hubungi :-

013-987 1616
( Pn. Aisyah )


Read More

Baru Masuk 6 Minggu..!!

9 comments
Assalamualaikum wbt..

Baru Masuk 6 Minggu..!!  |  Terasa lama tak update blog ni.. Dah makin usang rasanya.. Masih ada ke yang sudi singgah kat sini.. Kalau ada, Alhamdulillah.. Terima kasih ye sebab sudi singgah sekejap kat laman ni.. Hehe.. Masih dengan throwback story... Biasalah kalau keadaan diri yang semakin tak  mengizinkan ni, makin banyak la cerita throwback lepas ni.. Hiks..


25 Januari 2017 hari tu aku baru ke klinik untuk buat pregnant test walaupown aku dah test sendiri dekat rumah.. Ngade-ngade kan.. Haha.. Ehhh ni bukan sebab ngade-ngade tau.. Tapi ada sebab aku ke klinik.. Aku risau sebab kerap sangat keluar spot warna coklat.. Yelah kan.. Semasa mengandung sebelum ni, tak de pulak belaku cenggitu.. 

Alhamdulillah hari tu tak ramai pesakit luar.. So, tak perlu lah aku melangut menunggu terlalu lama untuk dapatkan rawatan.. Alhamdulillah juga sebab aku dapat rawatan daripada doktor perempuan.. Tak de la segan sangat nak cerita masalah aku kan... Hahaha.. 

Dah dipanggil, terus je aku cerita apa masalah aku pada doktor... Step pertama doktor suruh aku buat pregnant test dulu.. Doktor dengan tersipu malu menerangkan yang kerajaan sekarang tak de duit dan untuk buat pregnant test aku dikehendaki membayar sebanyak RM10 untuk perkhidmatan tersebut.. Huhuhu.... Aku hanya dapat ber 'huhuhu' aje laa.. Dah buat bayaran, terus buat pregnant test.. Seperti yang aku dah tahu, resultnye adalah 'positive'.. Hehe.. Kali kedua jumpe doktor, barulah doktor terangkan yang masalah aku hadapi tu tak serius dan biasa berlaku di awal kehamilan.. Alhamdulillah.. 

Doktor cakap kandungan aku baru 6 minggu.. Time pergi bahagian ibu dan anak, nurse bagi aku tarikh temujanji untuk buka buku pink.. Aku pown dah lupa berapa haribulan.. Yang pastinya hujung bulan Februari... Hehe.. Cepat betul lupe sekarang ni.. Ahakz..

Semoga kandungan aku sentiasa sihat dan segalanya dipermudahkan dari awal hingga akhir.. Amin.. :)

Read More

Friso Gold Dengan Teknologi LocNutri Susu Terbaik Buat Qhaliff

Friday, January 27, 2017

3 comments
Assalamualaikum wbt..

Friso Gold Dengan Teknologi LocNutri Susu Terbaik Buat Qhaliff  |  Hujung minggu lepas, semua adik beradik berkumpul di rumah mak aku.. Aku tak ketinggalan nak jugak turut sertakan.. Hehe.. Seronok bila ramai-ramai ni.. Macam-macam yang boleh disembangkan..Nak dijadikan cerita, adik beradik aku dok tegur, kenapa Qhaliff aktif sangat dan lebih besar dari anak mereka yang seusia Qhaliff.. Haha... Aku dah terbiasa dengan teguran tu.. Ramai yang dah tegur macam tu.. Kalau nak cakap pasal aktif, memang Qhaliff sangat aktif.. Rasanya setiap masa tak boleh duduk diam.. Ada saja bende yang dia nak buat.. Bagi memastikan Qhaliff sentiasa sihat, cergas dan aktif aku perlu pastikan anak aku sentiasa mendapat zat yang mencukupi mengikut keperluan usianya yang sedang membesar... Bagaimana tu?? Haaa ni nak cerita ni.. Baca ye.. Hiks..

Zaman sekarang tak macam zaman dulu.. Zaman sekarang pelbagai jenis makanan segera yang dok ada dijual kat pasaran.. Tak kira la untuk orang dewasa atau kanak-kanak.. Dengan makanan seperti ini lah membuatkan anak kita kurang zat bila mengambil makanan segera ni terlalu kerap.. Kengkadang aku sendiri pown terrrrrrbagi Qhaliff sikit makanan segera yang aku makan.. Haha.. Hadoiii Kecundang aku.. Jadi, untuk memastikan Qhaliff mendapatkan khasiat dan zat yang mencukupi, aku memilih susu Friso Gold untuk Qhaliff.. 



KENAPA AKU MEMILIH FRISO GOLD UNTUK QHALIFF?

Haaa korang nak tahu kenapa aku memilih Friso Gold untuk Qhaliff?? Meh aku stori mori kat korang semua.. Kalau korang nak tahu, Friso Gold 3 yang baru ni telah ditambah baik dengan teknologi LocNutri yang dirumuskan untuk memenuhi keperluan nutrisi si manja.. Selain tu, Friso Gold ini juga baik untuk penghadaman tau supaya anak kita kuat dari dalam.. Paling penting, Friso Gold 3 ni tidak mengandungi sukrosa hokek!! Selain itu, ianya membekalkan pelbagai nutrien penting yang diperlukan oleh Qhaliff seperti Vitamin B6, C, dan D, Selenium, GOS, Zat Besi, DHA & AA.

Mesti korang tertanya-tanya, apa LocNutri tu?? kan.. kan.. kan... Ngaku jerk laa.. Haha.. Meh aku kasi tau korang apa itu LocNutri..


APA ITU TEKNOLOGI LOCNUTRI?

Makanan sering diproses dalam suhu kepanasan yang tinggi. Ini menyebabkan struktur semula jadi protein menjadi rosak atau dihapuskan. Begitu juga dengan formula susu. Apabila protein rosak, ia sukar untuk diserap oleh usus dan ini boleh menyebabkan si manja mengalami masalah penghadaman, kembung perut, sembelit atau perut tidak selesa.

Teknologi LocNutri direka bentuk untuk menangani masalah ini.. Teknologi ini menggunakan hanya sedikit haba semasa proses penghasilan formula, agar protein dapat dikekalkan sebaik yang mungkin dalam struktur asalnya. Nutrien kemudian boleh diserap secara efektif oleh badan. Protein memainkan peranan penting dalam penghasilan otot, kulit serta rambut. Ia juga menyokong sistem imun dan membantu dalam penghasilan antibodi, demi memastikan si manja sihat serta kuat dari dalam dan luar.. 

Apabila si manja mempunyai sistem penghadaman yang sihat, si manja boleh keluar meneroka bersama anda kerana dia lebih kuat dari dalam..

Aku sertakan sekali video ini untuk korang lebih tahu dan faham tentang Teknologi LocNutri ini..


Penghadaman yang baik sangat penting buat anak kita sebenarnya.. Ini bagi memastikan anak kita berasa kurang tertekan dan mempunyai lebih tenaga dan semangat untuk menikmati pelbagai aktiviti bersama kita sepanjang hari.. Selepas pengambilan susu Friso Gold ni, aku lihat sistem penghadaman Qhaliff semakin baik.. Alhamdulillah.. Tak perlu tengok dia terseksa lagi semasa membuang.. Hehe..


APA ISTIMEWANYA FRISO GOLD 3 INI?

Korang semua perlu tahu apa yang istimewanya susu Friso Gold 3 ni.. Ada beberapa sebab kenapa susu ni terlalu bagus untuk diberikan kepada anak kita.. Jom check..

1 Ladang Milik Sendiri

Susu berkualiti tinggi adalah titik permulaan bagi menghasilkan susu tepung yang berkualiti.. Jadi, Friso Gold bermula dengan sumbernya di negara Belanda dan datangnya dari ladang-ladang milik sendiri.. Mempunyai 19,000 ladang yang menggunakan kepakaran bidang tenusu selama 140 untuk mencipta persekitaran yang ideal bagi menghasilkan susu berkualiti tinggi..

2 Lembu Baka Tulen Yang Dilayani Seperti Keluarga

Lembu-lembu diberi makanan yang berkualiti supaya menghasilkan susu yang berkualiti.. Lembu-lembu juga diberi penjagaan yang terbaik  dan diberi nama yang tersendiri serta dijaga seperti keluarga.. Kolar elektronik dan tag unik digunakan untuk memantau status kesihatan setiap lembu..

3 Warisan Kepakaran Bidang Tenusu dari Generasi Ke Generasi

Semua peladang-peladang mempunyai jiwa peladang dan berbangga untuk terus membawa kepakaran Belanda dalam bidang tenusu dari generasi ke generasi.. Mereka juga menggabungkan kepakaran ini dengan sistem penyusuan dan pemantauan berteknologi tinggi bagi memastikan lembu mereka kekal sihat dan menjamin susu berkualiti tinggi..

4 Memelihara Kebaikan Alam Semula Jadi

Telah mencipta satu proses khas yang memelihara susu pada setiap langkah proses dan mengekalkan kebaikan di dalam formula susu.. Setiap proses adalah dalam kawalan, dari ladang hinggalah ke kilang.. Susu berkualiti tinggi dibawa dari ladang terus ke kilang di mana kebaikan dikekalkan untuk memberikan nutrisi yang diperlukan.

5 Kualiti Keutamaan Nombor 1

Memastikan susu berkualiti kekal berkhasiat memerlukan kawalan kualiti yang khas. Peladang-peladang yang penuh dedikasi memantau kesihatan dan kesejahteraan setiap lembu di ladang dan melengkapkan proses sepenuhnya di Belanda kerana di sana mempunyai kawalan sepenuhnya untuk menjejak perjalanan penghasilan setiap tin susu tepung Friso Gold.

Kemain lagik dia.. Nak simpan tak nak kasi..

Banyakkan keistimewaan yang ada pada susu Friso Gold ni.. Tak hairanlah ramai ibu bapa yang memilih susu friso Gold ini sebagai makanan tambahan anak mereka.. Sepertimana yang korang sendiri tahu, kat pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis susu formula di jual.. Untuk memilihnya, bergantung kepada keserasian dan penerimaan anak kita terhadap susu yang kita pilih.. Macam biasa, kalau nak kasi apa-apa dekat Qhaliff, harusss umminya yang rasa dulu.. Tak kira la apa jua.. Makanan ke, air ke, susu ke.. Yela, nak tahu juga bagaimana rasanya kan.. Sedap ke tidak ke kan..

Begitu jugalah dengan Susu Friso Gold 3 ni.. Akulah yang rasa dulu sebelum Qhaliff.. Aku suka rasanya.. Sedap.. Patutlah, kali pertama aku bagi Qhaliff minum susu Friso Gold ni, dia tak tolak sebaliknya menghabiskannya dengan penuh bergaya.. Gituuu!!

Nikmati kesedapan Friso Gold sambil pintal rambut

Sungguhpun begitu, kerisauan tetap ada.. Risau kenapa pulak aku ni?? Yela, risau kot-kot tak serasi pulak susu ni dengan Qhaliff.. Biasanya kalau susu tak serasi, akan berlaku cirit birit, muntah-muntah atau perut kembung.. Alhamdulillah, Friso Gold serasi dengan perut Qhaliff kerana semua tanda-tanda tersebut tak berlaku padanya.. Hehe.. Satu lagi yang aku perasan, setelah Qhaliff consume Friso Gold ni, penghadaman dia sangat baik.. Tak mudah mengalami sembelit.. Kalau tak sebelum ni selalu sangat terkena sembelit.. Sekarang dia membuang setiap hari.. Seperti yang aku nyatakan sebelum ni, penghadaman yang baik sangat perlu bagi tumbesaran anak kita..

Ohh, satu lagi yang aku suka tentang Friso Gold ni.. Kalau korang nak tahu, Friso Gold adalah satu-satunya produk susu formula yang menggunakan Protection Lid.. Dengan adanya Protection Lid ni, kebersihan lebih terjamin dan lebih mudah berbanding penutup yang sebelum ini.. Kalau korang tak berapa nak faham apa yang aku maksudkan, boleh rujuk gambar dan video kat bawah ni ye..





Bagi aku, susu Friso Gold ni sangat bagus untuk Qhaliff.. Sebab itu aku bertukar kepada Friso Gold.. Segala khasiat yang diperlukan oleh Qhaliff ada didalam Friso Gold.. Korang pown mesti teruja kan.. Hehe...

Korang kalau shopping susu formula anak korang kat mane ye? Macam aku, kalau nak shopping susu formula atau pown pampers mesti cari online shop yang tengah buat sale gile-gile.. Kebiasaannya aku akan usha dekat Lazada.. Tapi sekarang ada satu tempat lagi yang biasa aku usha.. Nak tau kat mana?? Di laman web Motherhood. Kat sana macam-macam barang yang berkaitan dengan anak sehinggalah kepada ibu ada dijual.. Kalau masuk laman web Motherhood ni, mesti susah nak keluar.. Haha.. Rambang mata dibuatnya terutama time sale.. Korang cuba la terjah laman web Motherhood ni, Mane tahu ada sale untuk susu Friso Gold ni.. Boleh lah memborong kan.. Aku dah borong dah baru ni.. Memang terbaik..

Untuk memudahkan korang untuk membuat terjahan, aku sertakan detail Motherhood ye kat bawah ni.. Selamat bershopping...!!


MOTHERHOOD

Laman Web

Facebook

Instagram

Youtube

Email
hi@motherhood.com.my

Contact No.
03-2721 4870


Read More

Serum Mawar Zeeta Serum Muka Terbaik

Saturday, January 21, 2017

4 comments
Assalamualaikum wbt..



Serum Mawar Zeeta Serum Muka Terbaik  |  Bersiaran lagi kita dalam dunia kecantikan.. Cewahh.. Dah macam berita terkini hiburan sensasi aje gayanya yek.. Dah lama tak berceloteh tentang kecantikan ni.. Kali ni aku nak stori mori pula tentang Serum Muka... Biasanya kalau sentuh pasal serum ni, mesti korang dah dapat agak serum yang jenis macam mana kan... Yeahhh ini bukan serum sebarang serum, serum ini adalah Serum Antipenuaan.. Hah Gitu!! Serum apakah?? Nak tahu, jom teruskan pembacaan korang...

Serum yang aku maksudkan tu adalah Serum Mawar Zeeta... Serum ini adalah produk keluaran Zeeta... Kalau korang nak tahu, Serum Mawar Zeeta ini merupakan serum yang diperbuat daripada ekstrak kelopak mawar dan berfungsi sebagai penyegar (toner) yang boleh mengecilkan liang-liang pori, menganjal dan menyegarkan wajah.. Serum ini diperkaya dengan Vitamin A,C,E serta Zat Omega 3 & 6 dan sesuai untuk semua jenis kulit.. Produk ini tidak bahan kimia dan dijamin HALAL serta selamat digunakan... 

Jom kita lihat kelebihan Serum Mawar Zeeta ini pula.. Korang mesti nak tahu kan??

Kelebihan Serum Mawar Zeeta

Antara kelebihan yang ada pada Serum Mawar Zeeta ini ialah :-
  • Semburan getaran aura mawar
  • Memberi kesegaran serta merta
  • Menyembuhkan luka dengan cepat
  • Sembur dengan kerap untuk kesan menakjubkan
  • Mengekalkan keanjalan kulit wajah
  • Mengecutkan dan menghilangkan jerawat
  • Menjadukan solekan di bawah lebih menyerlah dan tahan lama
  • Terapi minda dan anti-stress
  • Boleh melegakan selesema dan resdung

Wahh banyak gile kowt kelebihan Serum Mawar Zeeta ni.. Kelebihan paling win 'mengecutkan dan menghilangkan jerawat'... Kenapa paling win, kerana aku yakin kat luar sana pasti ramai yang menghadapi masalah jerawat.. Mungkin ada yang di tahap yang kronik.. Jadi, pada korang yang mempunyai masalah jerawat, bolehlah mencuba Serum Mawar Zeeta ni.. Mana tau, ianya serasi dengan korang dan sekali gus dapat menyelesaikan masalah jerawat yang korang hadapi tu....  Tak cuba tak tahu kan.. Sebenarnya ramai yang dah berjaya mengatasi masalah jerawat dengan mengunakan Serum Mawar Zeeta ni.. Nanti diakhir entry aku upkan testimoninya ye.. Hehe..

Botol ke-2 aku..

Aku sendiri adalah pengguna Serum Mawar Zeeta ni.. Aku suka akan haruman serum ni.. Bau mawar.. Yelah dah nama lagi diperbuat daripada kelopak mawar kan.. Harusssss lah bau mawar.. Haha.. Tapikan, bau mawar tulah yang dapat menyegarkan aku sepanjang hari.. Terapi minda bak kata orang.. Hilang segala stresssss aku di tempat kerja.. haaa itulah kelebihan mawar kalau korang nak tahu... Dapat menenangkan.. Ok, eceli muka aku memang tak banyak masalah sebenarnya.. Aku guna serum ni untuk segarkan wajah dan ofkos untuk anti penuaan.. Almaklumlah sejak dah meningkat ke usia remaja uban ni, kenalah jaga sikitkan.. Kalau tak dijaga, mahu berkedut sana berkedut sini muka.. Tak lalu nak menengoknyaa.. Huhu..

Okeh, yang paling best tentang serum ni, time dekat opiz bila dah dok mengadap pc lama sangat mula lah mata ni mengantuk lah bagai.. Kalau mengantuk time rehat, bolehlah lelapkan mata sekejap.. Tapi kalau mengantuk tu datang time tengah kerja, hadoiii seksa tahan bijik mata supaya tak tertutup.. Huhu.. Korang nak tahu apa yang aku buat untuk hilangkan mengantuk time tengah kerja?? Haaa Petua menghilangkan mengantuk di pejabat adalah aku kasi sembur Serum Mawar Zeeta ni kat muka aku, terus mata segar bugar tak jadi nak tertutup... Haha!! Memang terbaikkk toqqqq.. Bagi aku serum ni adalah serum muka terbaik dan ianya juga adalah salah satu produk menghilangkan mengantuk.. Hiks..

Ehh dah bercerita panjang berjela ni, mesti korang tertanya-tanyakan macam mana cara nak guna serum ni.. Meh aku ajar.. Senang, nanti korang beli serum ni sekurang-kurangnya korang dah tau camne cara nak guna serum ni kan..


Cara Menggunakan Serum Mawar Zeeta

  • Semburkan ke wajah seberapa kerap yang anda mahukan untuk kesegaran yang berpanjangan..

Mudah kan cara guna serum ni... Hanya dengan 1 cara sahaja... Just sembut serum ke muda, then muka akan segar serta merta... Sangat mudah... So, korang tak nak cuba ke serum ni?? Spray muka terbaik ni tau.. Sebelum korang cuba serum ni, korang baca dulu testimoni pengguna Serum Mawar Zeeta ni yang dah terbukti keberkesanannya... Mesti korang teruja nanti..


Masalah jerawat


Hilang mengantuk dan make up tahan lama

Kulit lembut & Make Up tahan lama



Sembuhkan luka


Kulit segar & berseri




Hilangkan ruam dimuka


Tu dia feedback dari customer yang dah menggunakan Serum Mawar Zeeta ni.. Pendek kata serum ni adalah serum serbaguna.. Macam-macam kebaikan yang dapat korang perolehi dari penggunaanya.. Memang terbaik serum ni.. Bagi aku Serum Mawar Zeeta ni serum muka yang bagus dan murah.. Hah, sebut pasal murah ni, mesti korang nak tahu berapa harga serum ni kan.. Meh aku kasitau harganya.. Jangan risau, harga mampu milik jer..

HARGA

RM 20 sebotol (70ml)
Tidak termasuk postage

Postage : RM 6


Jika korang berminat untuk membeli atau ada sebarang pertanyaan tentang produk ini,
korang bolehlah Whatsapp segera ke nombor :-

019-220 9069 / 013-330 8583

atau

Terus komen PM di :-

Facebook  :  Zeeta Pakar Mawar

Instagram  :  @zeetaofficial

Website Rasmi

#zeetamagisaura
#zeetanista
#mawarista





Read More

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

Friday, January 20, 2017

13 comments
Assalamualaikum wbt..


Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin  | Terasa macam lama sangat tak buat giveaway kat blog. Beberapa minggu lepas, mummy buat giveaway di facebook je. Meraikan sahabat facebook pula katanya. Okey lah, berbalik pada Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin. Seperti biasa, syaratnya mudah sahaja. Jom join ramai-ramai !

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin


GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Syarat - syarat Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin


1. Buat satu entri blog yang bertajuk Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
2. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri ini.
3. Follow blog , G+ dan subscribe YouTube
4. Giveaway ini berlangsung dari 19 Januari 2017 - 31 Januari 2017

3 warna tudung bawal akan diberikan pada 3 pemenang (pemilihan warna secara rawak). Warnanya ialah pink, oren dan kelabu.

Keputusan pemenang pula akan di umumkan pada bila-bila masa selepas tarikh tutup.

Untuk memudahkan info, boleh add mummy dalam bloglist. Senang nak tahu info bila mummy update pemenang Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Ini contoh tudung bawal mummy warna biru dan hitam. Material tak panas, mudah pakai, mudah gosok dan mudah bentuk juga

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN




Read More

1st GA by BAJETciputseleraBESAR

Thursday, January 19, 2017

6 comments
Assalamualaikum wbt..

 Klik banner untuk join

1st GA by BAJETciputseleraBESAR  |  Hahaha korang jangan tensen ye jejak blog aku.. Asek entry giveaway aje yang bersiaran.. Hehehe.. Mood nak join giveaway aje untuk hari ini.. Esok lusa baru aku up entry ye.. Tu pown kalau keadaan diri mengizinkan.. Haha..

Untuk Giveaway kali ni, hadiahnya merupakan sourvenir dari Korea.. Sape yang minat Kpop tu mesti tak ketinggalankan join giveaway ni.. Hehe.. Nak harap diri sendiri jejak korea, entah bila la agaknya.. So, bila ada GA cenggini memang tak ketinggalan untuk join.. Mane tau ada rezeki untuk menang hadiah.. Dapat jugak buat kenang-kenangan.. Ye tak?? Hehe

Jom join ramai-ramai.. ehh tapi memang dah ramai gile kowt join GA ni.. Memang terbaikk..

Tarikh Tamat
31 Januari 2017


Read More

Giveaway Niyaz 1st Year Birthday by Deariescouple

3 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Giveaway Niyaz 1st Year Birthday by Deariescouple  |  Giveaway.. Giveaway... Giveaway.. Jom join giveaway.. Tarikh last lambat bagi.. Jom isi masa lapang dengan menjoin giveaway yang mana ada.. Hehe..

Tarikh Tamat
09 Februari 2017


Read More

3rd Mini Giveaway by azyyatiliah.blogspot.my

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

3rd Mini Giveaway by azyyatiliah.blogspot.my  |  Join giveaway lagi kali ni.. Nak buat entry panjang berjela rasa tak mampu lagi buat masa ni... So, join giveaway aje la kerja nya.. Okeh..!! Jom korang join giveaway ni.. Hadiah menarik.. Tapi tataw la ada rezeki atau tak untuk menang.. Semua bergantung kepada rezeki.. Sesambil tu dapat juga support sesama rakan blogger kan.. Jom join reramai ye koram-koram semua..

Tarikh Tamat
31 Januari 2017




Read More