3rd Mini Giveaway by azyyatiliah.blogspot.my

Thursday, January 19, 2017

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

3rd Mini Giveaway by azyyatiliah.blogspot.my  |  Join giveaway lagi kali ni.. Nak buat entry panjang berjela rasa tak mampu lagi buat masa ni... So, join giveaway aje la kerja nya.. Okeh..!! Jom korang join giveaway ni.. Hadiah menarik.. Tapi tataw la ada rezeki atau tak untuk menang.. Semua bergantung kepada rezeki.. Sesambil tu dapat juga support sesama rakan blogger kan.. Jom join reramai ye koram-koram semua..

Tarikh Tamat
31 Januari 2017




Read More

Surah-Surah Amalan Ibu Mengandung

Wednesday, January 18, 2017

6 comments
Assalamualaikum wbt

Surah-Surah Amalan Ibu Mengandung  |  Sejak mengandung ni asek nak up entry berkaitan pregnant aje kan aku ni.. Harap korang tak bosan yek.. Yela, aku mengandung yang terdahulu, tak banyak story tentang aku mengandung yang aku kongsikan disini.. Bila mengandung untuk kali kedua ni, semua aku dah lupa apa perlu dibuat... Huhu.. Sangat teruk ingatan.. Tak sampai 2 tahun lagi umur anak aku tu..Ahakz..

Kali ni aku nak kongsikan dengan korang semua yang mungkin dah tahu dan mungkin ada juga yang belum tahu tentang surah-surah yang  boleh diamalkan ketika mengandung... Aku nak abadikan kat sini supaya akan datang aku boleh rujuk semua.. Hiks..

Ada 8 surah yang biasa diamalkan oleh ibu-ibu yang sedang mengandung.. Dengan 8 surah ni, bukan bermakna surah lain tidak boleh diamalkan ketika mengandung.. Bukan begitu ye.. Semua surah patut diamalkan sebenarnya.. Tetapi yang 8 ni lah yang selalunya diamalkan oleh ibu-ibu mengandung kerana ianya berkaitan dengan kehamilan dan kelahiran seperti untuk dapat anak yang soleh solehah, cerdik, akhlak baik, cantik paras rupa, senang melahirkan dan sebagainya.. 

Kalau tak berapa nak faham apa aku bebelkan, korang boleh rujuk terus gambar kat bawah ni.. hehe.. 




Read More

Giveaway SlimmTreats Bersama DianaRashid.Com 2017

4 comments
Assalamualaikum wbt..

 Klik Banner untuk join

Sempena awal tahun 2017 saya bersama beberapa rakan ingin berkongsi sedikit keseronokan dan kegembiraan bersama-sama dengan pembaca blog ini. Selain itu giveaway ini juga untuk memperkenalkan produk Chia Seed SlimmTreats selaku penaja utama giveaway ini. Dengan ini dijemput untuk pembaca semua turut sama memeriahkan GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017 yang menawarkan beberapa hadiah menarik untuk pembaca semua.



Senarai Hadiah 

Wang Tunai RM50 x 5 pemenang

Wang Tunai RM20 x 1 pemenang

Wang Tunai Rm10 x 2 pemenang

1 Pek Slimmtreats Chia Seeds Bernilai RM20  X 10 pemenang.


Syarat-syarat penyertaan :-

1.  Mestilah warna negara Malaysia yang mempunyai blog .

2.  Buat satu entry dengan  Tajuk Giveaway " GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017" ..

3.  Like dan Follow penaja di bawah :-

Slimmtreats:
http://www.slimmtreats.com

Nora Misnan:
(follow blog +like page)

Jamil Hashim:
http://belogsjm.blogspot.my  (Follow blog & G+)

Nadiah Hanum:
Instagram.com/nadiah_ciknad/ (Follow blog & IG)

Aida Hanafiah: 
http://www.adianiez.com (follow blog )

**Doakan semoga semua penaja dilimpahkan rezeki dan terus berjaya.

4.  Copy & paste code dibawah  ke html post blog


Jangan lupa share entry give away korang di facebook (jika ada).Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6 FEBRUARI 2017 jam  12 malam..Pemenang akan di pilih melalui random dan hanya bagi yang memenuhi syarat-syarat penyertaan,.

Semoga Berjaya semua..


sekian..


Read More

Ranking Alexa LeaAzleeya.com Januari 2017

Tuesday, January 17, 2017

6 comments
Assalamualaikum wbt..

Ranking Alexa LeaAzleeya.com Januari 2017  |  Lama dah tak check ranking Alexa.. Seperti yang dijangkakan, statistiknya agak  menurun dari yang lepas.. Bila blog terabai beberapa hari, akan memberi kesan pada statistik/trafik blog.. Huhu.. Jom tengok statistik blog aku untuk bulan Januari 2017 ni..

17 Januari 2017

Keywords

Korang dah check ke alexa rank blog korang.. Kalau belum, boleh check dekat link bawah ni ye..



Read More

Planner And Calendar Giveaway By Kasihkuamani.Blogspot

Monday, January 16, 2017

11 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Planner And Calendar Giveaway By Kasihkuamani.Blogspot  |  Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal yang empuk.. Cewahhh main dengan perumpamaan pulak petang-petang hari ni ye.. Yelah, aku ni tengah mencarik giveaway yang boleh dijoin pepetang ni.. Bila bukak group family's blogger, ada pulak sahabat baik buat giveaway.. Kebetulan pulak.. Tu sebab la aku guna perumpamaan tersebut.. Hehe..

Giveaway ni dianjurkan oleh kawan aku Sha, owner blog Kasihkuamani.blogspot.com ... Syarat yang ditetapkan sangatlah mudah tak memberatkan bahu menggalasnya.. Ekeke.. Hanya perlu follow blog dan IG beliau aje.. Tu dah aku buat beribu tahun dulu..(Tipu).. Haha..

Jadinya aku menyeruuuuuu seluruh blogger Malaysia yang comel dan encem semua untuk join giveaway ni.. Mane tau kowt-kowt menang boleh dapat hadiah seperti lam gambo tu kan.. Tak menang pown, apa salahnya support antara satu sama lain.. Tak gitu?? Hehe..

Tarikh tamat
23 Januari 2017



Read More

13 Cara Pengendalian Makanan Yang Betul

6 comments
Assalamualaikum wbt..


13 Cara Pengendalian Makanan Yang Betul  |  Sedap pulak kebab kat atas ni.. Hehe.. Aku dapat sedikit info berkenaan pengendalian makanan dari kawan aku melalui group whatapps.. Bila aku baca, aku rasa perlu dikongsikan dengan korang... Sangat penting dan perlu diamalkan oleh semua orang.. Izinkan aku kongsikannya disini ye.. Hiks..

13 Cara Pengendalian Makanan Yang Betul

1  Sayuran yang dimakan mentah seperti taugeh, daun kesum, daun serai wangi dan lain-lain yang dibuat ulam yakni tidak dimasak perlu direndam dengan air garam terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada jangkitan virus e-coli..

2  Petua beli ayam segar - beli ayam pada waktu pagi kerana bakteria pada ayam masih sedikit.. Jika beli pada waktu tengahari, pastikan balik rumah terus cuci dan masukkan ke dalam peti beku sebelum dimasak bagi mematikan bakteria... Masak ayak dengan sempurna.. Kalau tak cukup masak, bakteria tak mati dan akan aktif semula bila makanan itu sejuk..

3  Panaskan makanan setelah sejuk.. Jangan makan makanan yang telah sejuk selama lebih 4 jam.. Perlu dipanaskan sampai mendidih..

4  Elakkan letak senduk nasi dalam periuk kerana pemegang senduk mungkin ada bakteria dari peluh ditangan kita..

5  Elakkan telur separuh masak kerana mengandungi banyak bakteria yang boleh menyebabkan demam panas dan kekejangan otak

6  Pastikan telur dibasuh sebelum digunakan

7  Makanan sejuk beku seperti nugget, ayam, daging burger digoreng terus selepas dikeluarkan dari peti sejuk.. Jangan biarkan makanan berada pada suhu bilik kerana mengundang bakteria.. Pastikan goreng dalam minyak yang betul-betul panas..

8  Pastikan tukang masak berada dalam keadaan yang bersih semasa memasak kerana 95% penyakit berjangkit dalam rumah berpunca dari tukang masak.. Itu sebab orang berniaga kena amek suntikan vaksin untuk elak dijangkiti penyakit dan menyebarkan kepada orang lain..

9  Pastikan makanan dan minuman dalam tin dibasuh dahulu sebelum digunakan untuk elakkan kencing tikus.. (tin tu basuh dulu.. hehehe)

10  Jika makan dikedai, pastikan basuh dan lap sudu yang nak digunakan terlebih dahulu.. Jangan gunakan sabun tongkol yang disediakan kedai makan.. Sebaiknya gunakan pencuci cecair dan tak salah kalau bawa kemana-mana pencuci tangan bersama kita.. Sekarang banyak penyakit berjangkit berpunca dari makanan..

11  Khasnya ayam golek, pastikan ayam itu panas.. jangan beli kalau ayam sudah sejuk dan yang sudah siap potong..

12  Pastikan papan pencincang ayam daripada plastik.. Kalau kayu jangan makan sebab serbuk kayu mungkin melekar pada ayam dan daging yang dicincang..

13  Pastikan makanan yang dibungkus dengan polisterin perlu dilapikkan dengan plastik untuk elakkan pengaktifan sel-sel kanser yang terdapat pada polisterin..




Read More

Penjelasan Daripada Pengasas Produk Tati Skincare

16 comments
Assalamualaikum wbt..

Penjelasan Daripada Pengasas Produk Tati Skincare  |  Hi korang.. Kecoh baru-baru ni tentang produk skincare yang mempunyi merkuri menyebabkan wajah seorang penggunanya menjadi teruk.. Tak pasti produk apa yang dimaksudkan kerana tidak didedahkan nama produk tersebut.. Sehingga produk Tati Skincare terpalit sama dengan viral tersebut.. Aku pon tak pasti yang mana satu kebenarannya.. Moga masalah ini dapat diselesaikan dengan baik.. 

Memandangkan Tati Skincare juga terviral sama dengan isu tersebut, makanya Pengasas Tati Skincare  pun dah memberikan maklumbalas terhadap kes viral yang melanda itewwww!!.. Jom tengok kenyataan Pengasas Tati Skincare..

Pn. Nurhayati Hashima, Pengasas Tati Skincare

Kalau korang mengikuti setiap isu viral dalam Malaysia ni mesti korang tahu apa kes yang dah diviralkan baru-baru ni.. So, ini maklumbalas dari pengasas Tati Skincare terhadap isu tersebut..



Aku doakan semoga semuanya dipermudahkan dan dapat diselesaikan dengan baik.. 


Read More