hiburan ·
story
5 comments
Keputusan Konsert Akhir Gegar Vaganza Musim Ke-3 2016
Monday, December 5, 2016
Assalamualaikum wbt..
Keputusan Konsert Akhir Gegar Vaganza Musim Ke-3 2016 | Semalam telah berlangsungnya Konsert Akhir Gegar Vaganza Musim Ke-3 bagi tahun 2016.. Sempat juga aku menonton semalam walaupown tergesa-gesa kerana melunaskan urusan yang lebih penting sebelumnye..
Konsert Akhir Gegar Vaganza semalam telah menampilkan 6 finalis yang terdiri daripada Ameng, Azharina, Gmie, Intan Sarafina, Siti Sarah dan Zarul..Konsert berlangsung di Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam..
Pada konsert final tersebut, untuk persembahan pertama mereka telah menyanyikan 2 buah lagu secara medley dan sebuah lagu dalam pusingan "Battle"... Jom tengok lagu apa yang dorang nyanyi malam konsert final itewww..!!
Pusingan Medley
Pusingan Medley
Lagu untuk task pertama
Ameng (Duhai Malam) VS Intan Sarafina (Sampai Hati)
Zarul (Bila Cinta Didusta) VS Gmie (Bukalah Hati)
Azharina (Kesetiaan) VS Siti Sarah (Seandainya)
Bagi aku, persembahan dorang malam tu memang ohsem dan mantap.. Kalau aku duduk di tempat juri jawabnya takde keputusan la malam tu.. haha.. sebab semua hebat-hebat belaka..
Untuk anugerah khas kali ni adalah pilihan peminat.. Anugerah Persembahan Pilihan Penonton dimenangi oleh Siti Sarah.. Ehh Jihan dan Nabil pown dapat juga anugerah khas tau.. Dato' Seri Vida sediakan hadiah untuk pengacara bagi menghargai mereka berdua mengacarakan rancangan gegar vaganza iteww.. Hehe.. Tahniah buat mereka..
Siapakah Juara Gegar Vaganza Musim Ke-3 [2016]??
Meh tengok senarai ni..
TEMPAT KE-6
G-Mie
TEMPAT KE-5
Intan Sarafina
TEMPAT KE-4
Ameng
TEMPAT KE-3
Zarul
NAIB JUARA
Siti Sarah
JUARA
Azharina
Tahniah kepada semua pemenang.. Korang memang ohsem..!!
Tonton Konsert Akhir Gegar Vaganza 2016