Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan

Wednesday, November 30, 2016

5 comments
Assalamualaikum wbt..


Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan  |  Sebuah lagi drama adaptasi dari novel bakal ditayangkan di Saluran Astro Ria dan Ria HD iaitu Isteri Tuan Ihsan... Drama ini akan bersiaran sebanyak 20 episod yang dilakonkan oleh Aaron Aziz dan Amyra Rosli sebagai teraju utama drama ini.. 

Drama ini akan diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dibawah terbitan Global Station Sdn. Bhd.. Novel Isteri Tuan Ihsan ini adalah hasil nukilan Sara Kyoko.. Haiss macam menarik aje novel ni.. Kena dapatkan ni... Jom tengok sinopsis drama ni..


SINOPSIS DRAMA ISTERI TUAN IHSAN

Seroja Irdina gadis 24 tahun, membesar di kota.. Konjungan ke kelab malam adalah tempat berhibur bersama teman-teman.. Demi melindungi rasa sedih, seroja berlagak selamba dan berani.. Seroja juga lantang dalam bersuara.. Tetapi yang pasti dia sangat nakal, manja dan keras kepala.. (semuanya cukup lengkap dan ada pada diri Seroja..

Tuan Ihsan Iskandar kerana keliru antara cinta dan teman, dia pergi jauh membawa hati yang kecewa dan membina kehidupan di kota London.. Tumpuannya hanya pada kerjaya, tidak pernah terlintas untuk jatuh cinta sehingga mencapai 47 tahun usianya...

Demi satu permintaan, Tuan Ihsan kembali ke Malaysia.. Demi sebuah amanah, dia dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang dipohon dapat dijaga olehnya selepas ibu Seroja meninggal dunia.. Ibu Seroja (Imaninah) adalah teman istimewa pada Tuan Ihsan.. Pada Umaninah, Tuan Ihsan sahaja yang boleh menjaga Seroja kerana Seroja sebatang kara.. Imaninah dibesarkan di rumah anak yatim dan keluarga ayah Seroja pula telah membuang mereka kerana Soleh berkahwin dengan bukan wanita pilihan keluarga.. Episod baru kehidupan Seroja bila tinggal di banglo mewah Tuan Ihsan bermula..

Hari pertama Seroja ke banglo Tuan IHsan.. Seroja memperkenalkan diri sebagai calon isteri Tuan Ihsan.. Kedegilan dan sikap suka melawan membuatkan Tuan Ihsan hampir sakit jantung.. Di dalam rumah ada peraturan ditetapkan tetapi Seroja susah untuk mendengar arahan Tuan Ihsan sehingga pembantu rumah turut dimarahi oleh Tuan Ihsan kerana kedegilan Seroja.. Tuan Ihsan yang digelar "Pakcik  Hot" pening dengan kerenah Seroja.. Seroja juga diberi seorang bodyguard yang bernama Yusri untuk memantau pergerakan Seroja..

Namun Seroja Irdina mempunyai aura yang kuat, sesiapa sahaja mudah jatuh sayang padanya.. Hadirnya di dalam banglo mewah Tuan Ihsan mengubah sunyi jadi gegak pempita, hambar jadi ceria, suasana menjadi meriah dengan gelak tawa, sehinggakan para pekerja banglo tersebut berpalings etia.. Tanpa pengetahuan Tuan Ihsan, Seroja mewujudkan applikasi group whatsapp Calon Isteri Tuan Ihsan.. Di situ mereka bercerita dan mengutuk Tuan Ihsan, projek dan pelbagai lagi..

Miskipun Tuan Ihsan dan Seroja kerap bertelagah apabila bersua muka, sebenarnya di hati masing-masing terbit satu rasa.. Memandangkan usia mereka yang terlalu ketara berbeza, Seroja tertanya, jatuh cintakah dia kepada Pakcik Hot tersebut? Sedangkan Tuan Ihsan pula keliru, apakah rasa didadanya itu dinamakan "CINTA".. Apabila sunyi yang dirasainya itu tandanya "RINDU"..??

Kehdairan Sr. Zaim, membuatkan Tuan Ihsan rasa cemburu dan rasa tercabar... Di tambah pula bila Dr. Zaim memberi amaran pada Tuan Ihsan agar tidak mengongkong Seroja... Tuan Ihsan terus merasa dirinya tercabar bila Seroja rapat dengan Dr. Zaim.. Dr. Zaim terlubat sebagi model projek kerja akhir Seroja.. Sebenarnya Seroja sengaja rapat dengan Dr.Zaim kerana dia cemburu melihat Hanani Jane (model kaki pensel 2B) yang bertujuan untu mengikis duit Tuan Ihsan..

Tuan Ihsan pergi berjumpa dengan Tan Sri Shamsuddin (Datuk Seroja) untuk meminta menjadi wali Seroja tetapi keegoaan Tan Sri enggan mewalikan Seroja kecuali Tuan Ihsan sanggup membayar 10 juta.. Soleh (ayah Seroja) mempunyai adik yang masih belajar di Rusia.. Dengan ini saja mereka boleh bernikah..

Perkahwinan yang dirancang menepati citarasa Tuan Ihsan.. Kini status aplikasi dalam whatsapp group bertukar kepada Isteri Tuan Ihsan.. Walaupun Tuan Ihsan lebih dewasa, gara-gara terlalu biasa bersendiri, kadang terlupa bagaimana menjaga hari wanita bergelar isteri selayaknya.. Seroja Irdina pula masih dengan jiwa mudanya, masih deng keras kepalanya, barannya tetap bersisa, adakalanya dia mahu dilayan bagaikan seorang puteri, dia mahukan suaminya meletakkannya sebagai 1st prioriti.. Jangan ada sebarang rahsia, dia mudah berburuk sangka..

Disangka Tan Sri Shamsuddin teru smenjulang keegoannya.. Masa berganti terlalu pantas.. Kehadiran cicit melembutkan hati Tan Sri Shamsuddin.. Pada mulanya keengganan Seroja memaafkan datuknya sendiri selepas dipujuk oleh suaminya yang kini Tan Sri Shamsuddin semakin uzur dimakan usia.. Persaudaraan yang terputus terjalins emula.. Seroja dan Tuan Ihsan bahagia.. Memang benar pepatah melayu berkata Cinta tidak mengenal usia..

Credit : Kepala Bergetar

************************

Jangan  lupa ye, saksikan nanti kesudahan drama Isteri Tuan Ihsan yang di adaptasikan dari sebuah novel karya asal Sara Kyoko yang akan bersiaran tidak lama lagi..




Read More

Wordless Wednesday #4 - Hanya Kerana Rupa

5 comments
Assalamualaikum wbt..





Full comic..
#hanyakeranarupa

Kesinambungannya di SINI

sumber : google..
Credit : penulis & pelukis berkenaan


Read More

Tonton Cinta Roller Coaster Full Episod [2016]

Tuesday, November 29, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..


Tonton Cinta Roller Coaster Full Episod [2016]  |  Drama ni eceli dah pernah ditayangkan di Slot Dahlia pada bulan September yang lalu.. Dan kini diulang tayang siarannya.. Mungkin ada yang terlepas tontonan pada tayangan yang terdahulu, macam aku.. Haha.. Boleh la tonton siaran ulangan tersebut.. Masih di slot dahlia.. Hiks.,

Judul : Cinta Roller Coaster
Penerbit : Suhan Movies
Pengarah : Amor Rizan
Pelakon : Syazwan Zulkifli, Puteri Aishah, Adik Arissa, Nadzmi Adhwa, Natasha Elyzza, Azlan Mokhtar, Syafiq M. Nazri, DJ Nas-T dan ramai lagi..


*****************************

Sinopsis

Mengisahkan Syakir dan Ziany yang berkahwin pada usia muda.. Mereka melalui pelbagai suka duka dalam kehidupan berumahtangga selepas berkahwin sejurus tamatnya SPM.. Pelbagai masalah dan isu timbul sehingga mereka menyambung pengajian ke universiti.. Mereka bertemu dengan ramai sahabat antaranya Izat, Muzammil, Athirah dan ramai lagi yang masing-masing mempunyai kisah hidup tersendiri..

*****************************

Sinopsisnya agak menarik.. Aku baru tengok episod 1.. Lepas ni boleh la tengok terus secara online.. Tak payahlah tertunggu-tunggu siaran kat tv.. Hehe.. kalau korang nak tengok full episod drama ni boleh klik pada pautan di bawah ni ye...


Jom Tonton FULL EPISOD Drama

CINTA ROLLER COASTER


Credit : Kepala Bergetar


Read More

5 Cara Awal Bagi Wanita Untuk Belajar Menutup Aurat

6 comments
Assalamualaikum wbt..

5 Cara Awal Bagi Wanita Untuk Belajar Menutup Aurat  |  Pagi ni tergerak hati nak kongsikan dengan korang tentang bagaimana cara awal bagi wanita-wanita belajar untuk menutup aurat.. Kirenya macam langkah permulaan la bagi mereka yang nak belajar menutup aurat.. Step by step.. Baru istiqamah.. Moga ianya dapat membantu korang dan juga aku.. Aku pown masih dalam pembelajaran.. Moga aku pown istiqamah.. Doakan aku juga ye.. Hehe.. Kalau ada salah dalam mana-mana perkongsian aku, silalah tegur secara berhemah ye.. Jom tengok apakah cara-caranya... 







Aku dapat info ni dari google.. Credit kepada yang melukis 'komik indah' ini.. Semoga dengan perkongsian ini, beliau juga mendapat kebaikan daripadanya.. :)


Read More

Tonton Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-7

Monday, November 28, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..


Tonton Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-7  | Siapa tengok Konsert Separuh Akhir Semalam?? Perghhh berdebar gile kowt semalam time keputusan diumumkan... Aku paling risau bila time Ameng perform.. Haissss risau dia lupa lirik lagik.. Alhamdulillah, dia buat persembahan dengan baik.. Hiks.. Nampak sangatkan team Ameng.. Haha..


SIAPA YANG TERSINGKIR DI KONSERT SEPARUH AKHIR GEGAR VAGANZA 3??


Alhamdulillah kerana Ameng, Zarul dan Gmie layak ke peringkat akhir... Hepi sangat.. Hehe.. Pada malam Konsert Separuh Akhir semalam, peserta yang tersingkir adalah Nora.. 


Anugerah khas semalam dibuat khas untuk kelab peminat.. Kelab peminat mana yang havoc akan memenangi Anugerah Khas dari Dato' Sri Vida iaitu Anugerah Kelab Peminat Paling Menyengat.. Peserta dapat hadiah, kelab peminat juga dapat hadiah.. Gileee best ohh!!

Siapa yang menang hadiah tersebut?? Hehe.. GMIE la siapa lagik.. Kelab Peminat GMIE paling havoc malam tu.. So, layak lah dorang menang.. Siap bawah jam dinding tu peminat-peminat dia sebagai simbolik untuk lagi Andai Dapat Ku Undur Masa.... Gempak gitu...!!


SENARAI LAGU KONSERT AKHIR GEGAR VAGANZA 3

Konsert Akhir Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-8
Tema  :  -
Tarikh : 04 Disember 2016 (Ahad)

  AMENG - Bougenvilla & Romantis
  AZHARINA - Mama Aku Ingin Pulang & Izinkanlah
  GMIE - Bila Bulan Berwarna Biru & Salam Terakhir
  INTAN SARAFINA - Sedetik Lebih & Kemelut Di Muara Kasih
  SITI SARAH - I Will Always Love You & Matahariku
  ZARUL - Gerhana & Dendangan Laguku

Lagu Pengacara GV3 Konsert Final

JIHAN & NABIL - Polaroid ( Sakura Band )

Kalau korang belum tengok lagi konsert semalam yang mantap meletop tu, bolehlah tonton video yang aku up kat bawah ni...

Jom Tonton
KONSERT SEPARUH AKHIR GEGAR VAGANZA 3




Read More