Pencarian Bloglist November by Aisyhah Nyais

Sunday, October 16, 2016

7 comments
Assalamualaikum wbt...

Pencarian Bloglist November by Aisyhah Nyais  |  Sekali lagi aku join segmen pencarian bloglist bagi Blog Aisyhah Nyais ni.. Kalau beliau buat segmen, memang harus join... Tataw la kenapa yek.. hehe.. Mungkin syarat yang dikenakan mudah dan ringkas.. Ahakz..


Tambahan pulak dengan banner yang comel ni, lagi semangat aku nak join segmen ni.. Hehe.. Okeh, jom kite sama-sama support segmen member kita ni.. Kepada yang belum follow blog Aisyhah Nyais ni boleh lah follow dan join segmen ni.. Mane tau dapat jadi bloglist dalam blog beliau.. Memang terbaik laaa...... Hehe..

Aku nak tag sape ye..?? Hurmmm 


p/s : Jom join!! hehe

Tarikh Tamat
28 Oktober 2016


Read More

Move On dan Semusim Di Barzakh Menjadi Pilihan

Saturday, October 15, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..


Move On dan Semusim Di Barzakh Menjadi Pilihan  |  Lama dah rasanya aku tak update pasal buku... Baru-baru ni aku ke kedai buku Popular teman member aku.. Dia nak beli novel.. Pada awalnya sekadar teman sahaja.. Last-last aku terjebak sama membeli buku.. Aduiii.. Aku dan buku tak dapat dipisahkan.. Hajat hati nak berpencen dah beli buku sebab dekat rumah banyak lagi buku yang belum dihabiskan pembacaannya.. Ni dah tambah lagi.. Dah tanam dalam hati "stop beli buku dulu.. Baca habis dulu yang mana ada baru beli lagik lepas tu"... Hurmmm ketabahan kecundang juga akhirnya.. Jom la tengok apa hasil tuaian aku di Kedai Buku Popular tu..

Move On karya Reyna Ibrahim

MOVE ON

Buku pilihan aku.. Aku tak pasti kenapa aku beli buku ni.. Time aku pegang buku ni dan belek isi dalam, aku terus rasa nak beli dan baca.. Ada sesuatu yang menarik di dalamnya.. Kisah benar.. Tentang sebuah penceraian dan bagaimana penulis bangun kembali dari kegagalan.. MENARIK!! Rasa ingin tahu bagaimana penulis Move On dari kegagalan yang dia alami, membuak-buak.. Jadi aku batalkan nekad aku yang tak nak beli buku kepada nak beli buku MOVE ON ini... Haha..

Cover belakang Move On

Isi Kandungan Move On

Sebetulnya aku belum habis baca buku ni.. Aku tengah menelaah buku ni.. Setakat apa yang aku baca memang menarik dan penulisan penulis pown sangat baik.. Mungkin sebab penulis adalah seorang guru... Hiks.. Banyak pengajaran yang penulis kongsikan dalam buku ini.. Buku ni sangat sesuai bagi mereka-mereka yang sedang berada dalam kegagalan hidup dan ingin bangkit kembali dari kegagalan tersebut..... 

Kata-kata semangat


Sajak penuh makna


Biodata penulis..

Dalam buku ni bukanlah sekadar penceritaan kisah hidup semata-mata.. Terdapat juga kata-kata semangat diselitkan sebagai panduan pembaca dan juga sajak yang penuh makna tersirat.. Muka surat last sekali, kita diperkenalkan dengan penulis buku ini.. Reyna Ibrahim... Tak rugi aku beli buku ni.. Best dan rasa bersemangat bila baca buku ni.. Serius beb..!!


SEMUSIM DI BARZAKH

Buku kedua menjadi pilihan aku adalah Semusim di Barzakh.. Tajuk yang agak mengerikan.. Tapi itulah yang kita sebagai makhluk ALLAH akan lalui bila tiba masanya nanti.. Apakah isi kandungannya?? Meh tengok..


Banyak juga isi kandungannya.. 21.. Aku tak dapat nak komen apa-apa tentang buku ni sebab aku belum start baca lagi.. Nanti dah habis baca insyaallah aku akan buat satu lagi entry tentang buku ini...

Cover belakang berserta sinopsis

Kenapa aku beli buku ni?? Hurmm aku memang suka beli buku berkaitan hari akhirat.. Tentang alam barzakh... Tentang Syurga.. Tentang Neraka... Tak tahu la kenapa.. Mungkin aku nak tahu bagaimana keadaan disana.. Walaupown dalam buku hanya gambaran tetapi ianya tetap memberi kesan keinsafan pada aku.. Jom kenali penulisnye pula.. 

Biodata Hadi Fayyadh

Firstime aku beli buku karya Hadi Fayyadh ni... Tak tahu la penulisan penulis ni menarik atau tidak.. Sebab aku belum lagi baca buku ni.. Harapnya buku ni dapat beri keinsafan jugak pada aku yang tak berapa nak insaf ni.. Adehhhh!!

Ok la.. itu aje nak kasi tau korang.. Hehe.. Babai...


Read More

Kadar Poslaju Terkini Bermula 15 Oktober 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..

Kadar Poslaju Terkini Bermula 15 Oktober 2016  | Semalam aku dapat text dari member aku yang menyatakan kadar poslaju dah naik.. Terus aje la aku check untuk kepastian sama ada betul atau tidak.. Ternyatalah BETUL!! Kadar baru Poslaju ni akan bermula pada 15 Oktober 2016 iaitu pada hari ini.. So, lepas ni kalau beli barang, korang janganlah terkejut kalau peniaga menaikkan harga postagenye ye... Kita sebagai pembeli ni, terpaksa la keluarkan kos lebih sikit untuk membeli barang secara online... Huhu.. Jom tengok apa kata poslaju..!!

RASIONALISASI HARGA POSLAJU


KADAR BARU POSLAJU BERMULA 15 OKTOBER 2016


Nampak tu harga terkini.. Memang naik banyak jugak tu.. Huhu.. Nasib baik aku pos barang ke Sarawak sebelum 15 Oktober.. Ahakz.. Selamat untuk 1 barang.. Hehe.. Aku berharap agar dengan kenaikan harga poslaju ni, perkhidmatan dan sistem poslaju lepas ini dapat dinaik taraf dan diperbaiki dengan lebih baik setanding dengan kenaikan harga tersebut.. 



Read More

Mengidam Roti Arab Suria Perdana

Thursday, October 13, 2016

8 comments
Assalamualaikum wbt..


Mengidam Roti Arab Suria Perdana  |  Malam ni selera agak pelik sikit.. Tekak rasa nak makan Roti Arab Suria Perdana.. Dah beberapa hari sebenarnya hajat tekak aku ni tertangguh.. Hari ni baru tertunai.. Hehe.. Perut tak de la lapar mana, cuma tekak aje mengada-ngada.. Dah macam orang mengandung mengidam aje.. Huhu..

Kalau sebut Roti Arab, automatik otak ingat Suria Perdana.. Aku suka Roti Arab dia.. Best.. Kari dia pown best.. Kari ayam empuk lembut gituu... Tadi aku order 2 keping roti arab... Satu untuk aku dan satu lagi untuk Qhaliff.. En somi?? Hehe Dia tak nak makan sebab udah makan nasik dekat rumah.. Haha.. Rugi ohh.. Tapi tak rugi mane gak sebab yang anak punye habis dia bedal.. Huh..!!

Selain Roti Arab, nasi dagang dan nasi kukus pown sedap tau kat situ... Tetapi menu paling femes di Suria Perdana sebenarnya adalah Nasi Kukus.. Aku tak makan nasi kukus hari ni, so tak dapat lah aku nak up gambar Nasi Kukus Suria Perdana yang sodap itewww!! Hehe

Restoran Suria Perdana Kuantan

Inilah restoran yang aku maksudkan tu.. Ianya terletak berdekatan dengan Shell Bukit Rangin, Kuantan, Jalan Bypass.... Kalau korang kebetulan lalu dekat situ boleh la singgah dan cuba makanan dekat situ.. Meh aku kasi alamat.. hehe

Restoran Suria Perdana
Lorong IM 16/1, Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang


Sementara menunggu makanan sampai, layan dulu kerenah si kecik ni.. Kejap berdiri kejap duduk.. Adoiiii tak senang duduk sekali dia.. Seb baik time makan tadi en. somi yang pegang dia.. Dapatlah aku santap Roti Arab dengan selesa.. Haha.. 


Read More

Giveaway Salam Perkenalan by Mashitahmamat

14 comments
Assalamualaikum wbt..


Giveaway Salam Perkenalan by Mashitahmamat  |  Holaa!! Petang ni dijemput oleh Blogger Mashitah untuk join GA yang beliau anjurkan.. Besar tapak tangan nyiru Lea tadahkan yee... Hehe Semua syarat dah di bereskan... So, dengan ini Lea join ye GA ni... 

Jom tengok hadiah ape yang disediakan bagi pemenang GA ni..


Tu dia ehhh hadiah.. Produk Mary Kay pown ada tuu.. Ayoyo.. Hakak nak lipglossss plzzzzzz!! Hahaha Moga adaaaaaaa rezeki aku untuk menang Lipgloss Mary Kay ni... Aminn...


Tarikh Tamat
15 November 2016


Read More

Tanda-Tanda Hipoglisemia

3 comments
Assalamualaikum wbt..


Tanda-Tanda Hipoglisemia  |  Nak dijadikan cerita hari ni aku bercuti disebabkan emak mertua  aku masuk hospital kerana Hypo akibat kekurangan gula dalam darah.. Jam 1.30 pagi, encik suami dikejutkan dengan panggilan telefon yang menyatakan emak tidak sedarkan diri oleh Ayah Mentua aku.. Nasib baiklah kami masih tidak tidur lagi ketika itu... Kalau dah tidur rasanya tak sedar kowt Ayah Mertua call.. Kami ni stok tido mati bak kata orang-orang tua.. Hehe..

Bergegaslah encik suami ke rumah mak mertua untuk bawa ke hospital.. Risau juga sebab kalau kurang gula dalam darah ni boleh membawa maut.. Allahuakbar.. Minta dijauhkan sesuatu yang buruk berlaku.. Sesampainya encik suami, time tu dia tengok emak dia dah tak sedarkan diri dan mulut dah berbuih... Makin risau pulak jadinya.. Terus dibawanya emak ke hospital.. Aku tak ikut sebab anak baru aje tidur.. Kesian pulak nak kejutkan.. Lagi pown encik suami cakap tak perlu ikut.. Mungkin bagi memudahkan menguruskan emak.. Kalau kami ikut buat serabut aje.. So, lebih baik dia sahaja yang pergi uruskan tanpa ramai orang yang boleh membuatkan keadaan lagi kelam kelibut..


Bila sampai aje di hospital, terus masuk bahagian kecemasan.. Emak di periksa dan didapati dalam darah tiada langsung kandungan gula.. Allahuakbar.. Keadaan kritikal kata doktor sebab emak tak sedarkan diri.. Doktor melakukan prosedur yang sepatutnya keatas emak... Yang encik suami tahunya emak dimasukkan gula dalam badan dan air... Tetapi emak masih tak sedarkan diri juga.. Encik suami dan ayah mertua dah semakin bimbang dengan kondisi emak ketika itu.. Tiada tindakbalas dan masih tidak sedarkan diri.. 

Hanya mampu menunggu dan berdoa agar segalanya selamat.. Jam 6.00 pagi encik suami minta izin untuk pulang sebentar untuk mandi dan ambil kami anak beranak... Setelah bersiap terus aje kami ke hospital untuk melihat keadaan emak.. Sesampai di hospital, ayah mertua arahkan kami naik ke tingkat 7.. Alhamdulillah.. Kenapa?? Alhamdulillah sebab tingkat 7 adalah wad biasa.. Ini bermakna keadaan emak sudah stabil.. Kami redah aje sebab time tu bukanlah time melawat.. Hehe.. Lepas tengok keadaan emak yang dah boleh bercakap dan stabil, baru lah terasa lega dan kami dengan senang hatinye pergi mengisi perut yang belum terisi dari pagi.. Hehe..

Jom kenali Hypoglisemia.. Info aku dapatkan di SINI..

APAKAH HIPOGLISEMIA?

Hipoglisemia ini sebenarnya kejadian yang berlaku dimana seseorang individu itu mengalami tanda-tanda atau simptom-simptom yang berkaitan dengan hipoglisemia.. 

BILA SELALUNYA TERJADINYA HIPOGLISEMIA?

Hipoglisemia ni terjadi apabila kandungan gula dalam darah adalah rendah dan akan hilang apabila paras gula tersebut dinaikkan ke paras yang normal... Jom tengok berapa paras gula yang membolehkan terjadinya hipo ni..
  • Paras gula mencecah bawah 3.9 mmol/L (60 or 70 mg/dL) tetapi selalunya individu hanya akan merasakan simptom tersebut apabila mencapai paras gula 2.8 - 3.0 mmol/L (50 to 54 mg/dL)

Ini bermakna keadaan emak tadi ditahap yang bahaya la yek.. Sebab kandungan gula dalam darah tiada langsung masa doktor check tadi.. Allahuakbar... Tu sebab kowt emak tak sedar diri dan mulut berbuih.. 

Ok, Hipoglisemia juga terjadi pada pesakit yang mengidap kencing manis akibat pengambilan ubat-ubatan kencing manis seperti sulfonilurea atau insulin...

Jom tengok tanda-tandanya pula...



TANDA-TANDA HIPOGLISEMIA

1.   Rasa berdebar-debar
2.   Menggigil
3.   Berpeluh-peluh
4.   Pening kepala/sakit kepala
5.   Rasa lapar
6.   Rasa penat
7.   Pengihatan jadi kabur atau mengalami perubahan visual seperti aura atau kilat
8.   Kulit menjadi pucat dan sejuk
9.   Pertuturan tidak jelas
10. Untuk hipo yang serius, individu itu boleh menjadi tidak sedarkan diri atau mengalami sawan..

Emak mengalami tanda yang ke-10 iaitu hipo yang serius yang mengakibatkan tidak sedar diri dan sawan.. Kejadian ni memberi pengajaran pada kami supaya lebih mementingkan kesihatan dan menjaga pemakanan lepas ni.. Kalau tak sebelum ni main hentam aje makan.. Kesihatan pown tak berapa nak jaga.. Hehe.. 


Credit info Hipoglisemia,
Dr. Nur Hidayati
http://www.mmgazette.com/

Artikel : Hipoglisemia? Kurang Gula? - Dr. Nur Hidayati


Read More