Leedee Shakolat Pengganti Sarapan Minuman Untuk Turunkan Berat Badan

Friday, January 28, 2022

1 comment
Leedee Shakolat Pengganti Sarapan Minuman Untuk Turunkan Berat Badan  |  Kemain risau lagi aku sebulan dua ni.. Mana tak risaunya gais, bila naik je atas penimbang, angkanya semakin bertambah bukan berkurangan.. Selera makan makin menjadi-jadi pulak sekarang.. Baju pun banyak dah yang sendat.. Huhu.. Itu menandakan berat badan aku dan bertambah.. 

Bila dah jadi macam ni, barulah nak insofffffff... Baru terhegeh-hegeh nak diet dan sebagainya.. Kalau tak, aku makan tak hingat dunia.. Tengah malam pun makan lagi.. Kehkeh! Sungguhpun aku nampak cam terdesak sangat nak turunkan berat badan, tak de la aku pilih cara yang boleh menjejaskan kesihatan aku.. Sebaliknya aku cuba diet yang sihat dan bersenam.. Biar lambat asal selamat.. Hehe.. 


Owh ya, kalau korang nak tahu, satu lagi cara aku amalkan untuk turunkan berat badan secara sihat dengan mengamalkan Leedee Shakolat!!.. Korang pernah dengar tak produk ni? Bagus tau produk Leedee ni.. Leedee Shakolat ni minuman pengganti sarapan yang dapat mengawal nafsu makan kita.. Bak kata omputeh "Meal Replacement and Craving Control".. Hehe.. 

Leedee Shakolat Minuman Pengganti Sarapan Untuk Turunkan Berat Badan

Betul ke Leedee Shakolat ni boleh turunkan berat badan?? 


Ye betul gais tapi kena la konsisten.. Kalau korang bercita-cita nak turunkan berat badan tetapi jenis 'angat-angat tahi ayam' memang tak dapat la hasilnya.. Lepas tu klim, produk tak berkesan.. Padahal diri sendiri tak disiplin.. Betul tak? Haha.. Baik ngaku sape yang macam ni.. !! Hehe..

Ok, aku cerita sikit ye.. Leedee ni merupakan produk makanan tambahan keluaran Nadd Empire Sdn. Bhd. Percaya tak percaya sebenarnya jenama Leedee ni dah pun berada di pasaran hampir 4 tahun bermula tahun 2018 lagi.. Sekarang ni di bawah label Leedee dah ada 3 produk makanan tambahan iaitu Leedee Pineapple, Leedee Tox Peach dan juga yang terbaru adalah Leedee Shakolat..

Leedee Shakolat Membantu Buat Rasa Kenyang


Perkara yang paling sukar kita buat dekat Malaysia ni adalah mengawal nafsu makan kita sebabnya dekat negara kita ni terlalu banyak makanan sedap-sedap.. Betul tak? Sebab itu jugalah jumlah mereka yang mengalami masalah obesiti di Malaysia ni mencatatkan jumlah yang tertinggi.. 

Menyedari masalah ini, Nadd Empire Sdn Bhd mengambil inisiatif untuk mengeluarkan Leedee Shakolat yang sedap ini.. Yess memang sedap rasanya.. Sekali minum rasa nak minum lagi dan lagi.. Serius sedap gais rasa dia.. Fungsi utama Leedee Shakolat ni adalah dapat membantu buatkan kita rasa kenyang.. So bila rasa kenyang, tak de la kita nak makan banyak-banyak kan.. Sekaligus dapatlah turunkan berat badan..

Kenapa Leedee Shakolat ni sedap sangat??


Haa sebabnya Leedee Shakolat ni dihasilkan daripada 5 bahan terbaik dan berkualiti tinggi iaitu :-
  • Coklat  -  Mengawal metabolisma
  • Ekstrak Mangga Afrika  -  Membakar lemak
  • Ekstrak Apple Fiber  -  Membantu mengenyangkan
  • Oat halus  -  Mengawal gula dalam darah
  • Ekstrak Chia Seed  -  Dipenuhi antioksidan
  • Ekstrak Garcinia Cambogia  -  Mengawal selera makan
  • Ekstrak Senna  -  Meningkatkan imunisasi
  • L-Carnatine  -  Membantu lemak badan bertukar menjadi tenaga

Kelebihan Leedee Shakolat


Ok, macam yang aku cite kat atas tadi, salah satu kelebihan Leedee Shakolat ni adalah dapat membuatkan kita kenyang.. Sebab apa? Haa sebabnya minuman Leedee Shakolat ni berfungsi sebagai pengganti sarapan.. Kalau korang berniat untuk turunkan berat badan, bolehlah gantikan sarapan korang dengan Leedee Shakolat ni secara konsisten kerana Leedee Shakolat ni boleh menurunkan berat badan jika diambil mengikut peraturannya dan sekiranya korang ni seorang yang sangat sibuk, jadual makan korang tak menentu, haaa bolehlah standby Leedee Shakolat ni untuk dijadikan sebagai pengganti makanan korang.. Memang mengenyangkan tau dan dapat juga mengawal craving guna dan juga karbohidrat.. Memang terbaik!!


Selain itu, ia juga kaya dengan antioksidan dan juga nutrisi.. Owh ya, minuman ini juga dapat memberikan tenaga tau pada korang sekaligus dapat meningkatkan metabolisma.. Paling penting, ianya rendah kalori.. Hehe.. 

Cara Pengambilan Leedee Shakolat

Dalam satu kotak Leedee Shakolat ni ada 10 sachet untuk 10 hari.. Setiap hari perlu ambil 1 sachet dijadikan pengganti sarapan.. 


Cara nak consume Leedee Shakolat ni, hanya perlu ambil 1 sachet bersama 150ml air suam atau sejuk sebelum sarapan pagi.. Aku lebih prefer sejuk.. Haha.. Sedap oii minum sejuk-sejuk... Tapi sekali sekala layan jugak Leedee Shakolat suam.. Jom aku ajar cara yang lebih detail..
  • Sediakan 150ml air sejuk / suam
  • Ambil 1 sachet Leedee Shakolat dan tuangkan
  • Goncang / kacau sehingga sebati dan minum
Cara penyimpanan pula, perlu disimpan di tempat yang sejuk, bersih dan kering..

Saya minum tak berkesan pun! 

Haaa mesti ada sebab tu tak berkesan.. Sama ada tak konsisten ataupun langgar pantang larang.. 


Apa pantang larangnya?

Ok, ini dia..
  • Pastikan air masak cukup sekurang-kurangnya 2 liter sehari
  • Elakkan minuman berkafein
  • Pastikan tidur cukup
  • Makan kerap tetapi dalam kuantiti sedikit.
Nak hasil yang lumayan, kenalah ikut pantang larangnya.. Barulah nampak kesannya.. Betul tak? Mungkin juga ada yang risau akan kesan sampingannya.. Jangan risau, kerana bahan yang digunakan adalah bahan semulajadi dan ada lab test.. 



Kalau stop consume Leedee, berat badan akan naik balik tak??

Waahh ni soalan paling femes ni.. Aku sendiri pun kadang-kadang soalan macam ni bermain di minda.. Yelah, dah kita consume mesti nak tau kesannya kalau kita stop sesuatu produk tu kan.. Untuk produk Leedee ni, dah terbukti ramai pelanggan mereka yang bagi feedback, bila stop memang berat badan masih menten.. Ini kerana kadar metabolisma meningkat dari sebelumnya..

Kalau nak lagi hebat kesannya, korang kenalah juga bersenam ye.. Ini akan mempercepatkan lagi kadar penurunan berat badan dari tidak bersenam.. Badan pun lebih sihat dan fit.. Nak badan cantik ni kenalah rajin ye.. hehe..

AWAS!!

Ibu mengandung dilarang keras ye daripada mengambil sebarang suplemen kurus termasuklah produk Leedee ini.. Manakala untuk ibu menyusu pula, korang boleh mengambilnya tetapi kena pastikan korang jaga pemakanan yang sihat dan mengambil nutrisi yang cukup.. Tetapi perlu diingat ye, ianya bergantung juga kepada setiap badan.. Satu lagi, bagi korang yang ada penyakit kronik, tidak boleh mengambil produk Leede ye.. Apa-apa pun kena dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu..

Nak Kesan Yang Lebih Efektif? Ambil Tiga Produk Leedee Ini!

Nak lebih berkesan turunkan berat badan? Haaa ni aku nak bagi korang tips.. Kalau nak lebih berkesan untuk turunkan berat badan, korang boleh consume tiga produk Leedee ini iaitu Leedee Pineapple, Leedee Tox Peach dan Leedee Shakolat.. Ketiga-tiga produk Leedee ni mempunyai fungsi yang berbeza untuk turunkan berat badan.. 



Perbezaan produk Leedee ini adalah :-
  • Leedee Pineapple  -  Membantu menurunkan berat badan
  • Leedee Tox Peach  -  Membuang toksin badan
  • Leedee Shakolat  -  Meal replacement & craving control, membantu buat rasa kenyang
Macam mana nak consume ketiga-tiga produk ni? Ok, korang boleh ikut cara consume produk Leedee di bawah ini..
  • Sebelum @ Gantian Sarapan - 1 sachet Leedee Shakolat
  • Selepas 30 minit - 1 sachet Leedee Pineapple
  • Malam sebelum tidur - 1 sachet Leedee Tox Peach

Produk Leedee ini boleh diambil oleh mereka yang berumur 15 tahun sehingga 50 tahun.. Korang yang berusia lebih dari 50 tahun tidak disarankan untuk mengambil produk Leedee ini tetapi bergantung juga kepada kesihatan diri masing-masing..

Leedee Shakolat Sangat Sedap!!

Yesss, memang sedap sangat rasa Shakolat ni.. Minum 1 sachet rasa tak puas.. Rasa dia secukup rasa.. Tak manis tak tawar.. Ada lemak berkrim dia.. Memang sedap.. Aku baru je consume Leedee Shakolat ni, kalau pagi tu aku ambil, memang tak perlu sarapan dah.. Rasa kenyang tu boleh sampai ke tengahari.. Time lunch tu pun masih berbaki lagi rasa kenyang dia.. Kalau amalkan bulan puasa ni memang sesuai sangat.. 

Ramai yang berpuashati dengan produk Leedee Shakolat ni.. Kalau korang tak percaya, jom tengok feedback mereka..

















Nak Kurus? Jom Amalkan Leedee!

Ok gais, sape-sape yang nak kurus tu bolehlah cuba produk Leedee ni.. Memang terbaik.. Aku dah try dan memang berkesan untuk aku.. Harganya pun mampu milik... Apa yang penting produknya memang berkesan.. Owh ya, sekarang ni Leedee Shakolat ada promo tau.. Rugi tak grab..!!


PROMO LEEDEE SHAKOLAT 
Net Price : RM69sm, RM75ss  

🍫 1 LEEDEE SHAKOLAT Rm59sm, Rm65ss  
🍫 🍫  2 LEEDEE SHAKOLAT Rm118sm, Rm130ss  
🍫🍫🍫 3 LEEDEE SHAKOLAT Rm177sm, Rm195ss 



Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, korang boleh layari :-

💧 Website  :  https://www.leedee.my/
💧 Contact No. : 017-679 7270 (Nadd Empire Sdn. Bhd.)  /  017-679 0191 (En. Syafiq)





Read More

Inginkan Kari Thai Hebat Dalam Masa Singkat? Ayam Brand Memperkenalkan Tiga Pes Kari Thai Tulen, Enak dan Menjimatkan Masa Demi Kemudahan Anda

Tuesday, January 25, 2022

2 comments
Inginkan Kari Thai Hebat Dalam Masa Singkat? Ayam Brand Memperkenalkan Tiga Pes Kari Thai Tulen, Enak dan Menjimatkan Masa Demi Kemudahan Anda  |  Anda ingin menikmati kari Thai yang sedap tetapi tidak mempunyai ramuan yang mencukupi, masa dan kesabaran untuk menyukat dan menyediakan hidangan itu untuk diri dan keluarga kecil anda? Kami faham perasaan anda!  


Ayam Brand™ mampu menyelesaikan masalah anda dengan memperkenalkan tiga pes kari Thai tulen yang enak dan menjimatkan masa. Ditawarkan Thai Green Curry Paste (Pes Kari Hijau Thai) yang ikonik; Thai Red Curry Paste (Pes Kari Merah Thai) yang digemari ramai dan Thai Yellow Curry Paste (Pes Kari Kuning Thai) yang kurang pedas dan mesra kanak-kanak. Dihasilkan di Thailand, setiap pes kari menggunakan ramuan tempatan yang memenuhi resipi tradisi dan diterima ramai. Pes Kari Thai Ayam Brand™ tidak mengandungi bahan pengawet, tanpa pewarna tiruan dan diiktiraf Halal. Setiap pek didatangkan dengan tiga pek kecil pes kari seberat 50gm, yang mana setiap pek kecil cukup untuk hidangan dua hingga tiga orang. Setiap pek adalah kecil, ringan dan fleksibel, memastikan pes kekal segar sementara anda menentukan tahap kepekatan atau tahap rasa karya kulinari anda.  

Pengenalan Pes Kari Thai Ayam Brand™ adalah amat bertepatan masa dan dialu-alukan kerana kebanyakan kita kini kembali ke pejabat, universiti dan sekolah, menjadikan masa lebih terhad untuk menyediakan hidangan bagi diri dan insan tersayang.  

Menariknya, penglibatan tenaga kerja wanita telah meningkat sebanyak 55.4% pada tahun 2021 berbanding 46.8% pada 2010. Sebahagian besar kerja-kerja memasak untuk keluarga masih disempurnakan oleh golongan wanita. Oleh itu, pes kari yang mampu menjimatkan masa dan pada masa yang sama, enak, merupakan tambahan sempurna dalam kotak alatan Superwoman anda.  


Pes kari baharu ini sesuai digandingkan dengan Santan Ayam Brand™, memberikan rasa hebat berkrim, aroma yang menambat selera dan mempunyai manfaat kesihatan santan dalam pek mudah.  

Diperah dengan keadaan bersih daripada kelapa terpilih, kemudian dibungkus dalam pek menggunakan teknologi Suhu Ultra Tinggi (UHT), Santan Ayam Brand™ menyingkirkan kerja-kerja mengagak ketika memasak menggunakan santan.     

Untuk kari Thai yang hebat, anda boleh memilih untuk menggunakan Ayam Brand™ Classic Coconut Milk (Santan Klasik Ayam Brand™) atau Ayam Brand Coconut Milk Trim (Santan Trim Ayam Brand™) dengan kandungan 45% rendah lemak.  

Di bawah beberapa resipi segera ketika anda terasa ingin menikmati kari Thai lazat dengan cepat :

Kari Hijau Ayam Thai  

Apabila digandingkan dengan ayam atau udang, hidangan kari hijau Thai adalah satu hidangan kegemaran ramai, terutamanya apabila disajikan bersama nasi panas pada cuaca yang sejuk atau ketika hujan. Kesegaran rasa daun selasih, ketumbar dan limau purut bersama kepedasan cili hijau menjadikan kari ini satu hidangan yang amat menyelerakan.   


Pes Kari Thai Ayam Brand™ membolehkan anda menyediakan kari berkualiti setaraf dengan masakan restoran dalam masa 20 hingga 25 minit.   

Caranya
  1. Dalam pan, panaskan minyak dan tumis satu pek kecil (50gm) Pes Kari Hijau Ayam Brand™ selama 30 saat sehingga harum.  
  2. Kemudian, masukkan 200gm potongan dada atau paha ayam dan gaul dan masak sehingga lembut. 
  3. Tambahkan Santan Klasik Ayam Brand™. Biarkan mendidih dan sesudah mendidih, kecilkan api. Biarkan ia selama 5 minit. 
  4. Masukkan terung yang telah dipotong dan lobak merah yang dihiris halus. Masak sehingga sayuran lembut.  
  5. Untuk hidangan yang lebih wangi dan pedas, hiaskan dengan daun limau purut, cili merah yang dihiris dan serai.  

Hidangan Thai-riffic ini bukan sahaja enak tetapi juga menampilkan rasa yang seimbang dan amat mudah disediakan. Sesuai untuk 2 hingga 3 orang.     

Kari Merah Daging Thai  


Pes Kari Merah adalah lebih menyerlah dan merupakan gandingan sempurna bersama daging seperti daging lembu, bebiri dan kambing. Kari Merah Daging Thai adalah hidangan paling kerap dipesan oleh kebanyakan daripada kita, namun ia sebenarnya mudah disediakan di rumah.   

Ikuti resipi mudah ini : 
  1. Panaskan minyak masak dan tumis satu pek kecil (50gm) Pes Kari Merah Thai Ayam Brand™ selama 30 saat sehingga harum.  
  2. Masukkan 200gm daging yang telah dipotong dadu dan goreng sehingga lembut dan digaul sebati dengan pes kari.  
  3. Tambahkan Santan Klasik Ayam Brand™, biarkan ia mendidih, sesudah mendidih, kecilkan api dan biarkan selama 5 minit.  
  4. Masukkan 50gm daun kobis yang telah dihiris halus dan gaul sehingga ia lembut mengikut kesukaan anda.  
  5. Hiaskan hidangan dengan daun limau purut, cili merah dan serai.    

Sajian daging bersama kobis rangup dan kuah berkrim ini amat sesuai dengan nasi serta pasta! Sesuai untuk 2 hingga 3 orang.    

Kari Kuning Ayam & Lobak Merah Thai  

Bagi kanak-kanak dan golongan dewasa yang tidak menggemari hidangan pedas, cubalah menyediakan Kari Kuning Ayam & Lobak Merah yang enak ini.  


  1. Panaskan minyak masak dalam pan dan tumis satu pek kecil (50gm) Pes Kari Kuning Thai Ayam Brand™ selama 30 saat sehingga harum.  
  2. Masukkan 200gm potongan dada atau paha ayam dan goreng sehingga daging lembut. 
  3. Gaulkan bersama Santan Klasik Ayam Brand™.  
  4. Biarkan mendidih, sesudah mendidih, kecilkan api dan biarkan selama 5 minit. 
  5. Kemudian, masukkan lobak merah dan kacang panjang yang telah dipotong serta tomato ceri dan gaul sehingga lembut. 
  6. Hiaskan hidangan dengan daun ketumbar yang dipotong kasar sebelum dihidangkan.  

Kari Kuning Ayam & Lobak Merah Thai ini adalah satu hidangan enak dan seimbang. Sesuai untuk 2 hingga 3 orang.   

Lebih 240 ahli Malaysian Home Testers Club telah mencuba Pes Kari Hijau Thai Ayam Brand™, Pes Kari Merah Thai Ayam Brand™ dan Pes Kari Kuning Thai Ayam Brand™ dan memberikan rating kelulusan yang memberangsangkan. Malah 99% daripada mereka berpandangan positif bahawa mereka akan membeli pes-pes kari Thai tersebut selepas menguji dengan memasaknya.   

Apakah hidangan lain yang boleh anda masak menggunakan Pes Kari Thai Ayam Brand™? Kami telah menyediakan spiral pasta organik kari hijau Thai menggunakan air fryer. Hasilnya amat sedap, rangup dan pedas.  


Cubalah kemudahan dan cita rasa tulen yang disediakan oleh Pes Kari Hijau Ayam Brand™; Pes Kari Merah Thai Ayam Brand™ dan Pes Kari Kuning Ayam Brand™. Dijual pada harga RM7.50 setiap pek yang mengandungi 3 pek kecil (50gm setiap satu). Boleh didapati di rangkaian pasar raya Giant, AEON, AEON Big, Jaya Grocer, Village Grocer, B.I.G, HERO Market dan banyak lagi.   

Kongsikan karya kulinari anda bersama Ayam Brand™ menggunakan tanda pagar #AyamBrandCurryPaste atau #AyamBrandPesKari untuk dipaparkan di laman sosial Ayam Brand™. Dapatkan resipi-resipi ini dan pelbagai maklumat lain di www.ayambrand.com.my





Read More

Vit's Bersama Sukarelawan Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Saturday, January 22, 2022

No comments
Vit's Bersama Sukarelawan Turun Padang Bantu Mangsa Banjir  |   Bencana alam seperti banjir besar yang melanda beberapa negeri sehingga meragut hampir 50 nyawa, mengakhiri 2021 yang turut menyaksikan rakyat bersatu hati serta bangkit untuk saling membantu terhadap keluarga mangsa banjir. Kesannya ibarat dilanda Tsunami, puluhan ribu mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan ribuan keluarga hilang tempat tinggal apabila rumah mereka dihanyutkan arus deras, manakala ribuan kenderaan pula terdampar serta musnah selepas ditenggelami banjir. 


Pada 19 Disember 2021, Vit’s sebuah syarikat pengilar mi segera yang telah bertapak di Malaysia sejak 46 tahun yang lalu telah memberi bantuan hampir ke semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi mangsa banjir di Shah Alam dan Klang.


Berikutan bencana banjir yang membadai hampir keseluruhan Lembah Klang dan Mentakab, Temerloh bermula 18/12/21, Vit's telah melancarkan satu program Bantuan Bencana Alam Mangsa Banjir di Mentakab Pahang kolaborasi dengan SME Association Malaysia dan kerjasama dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDCORP) HRDCORP CARE pada 27 dan 29 Disember 2021 yang lalu. 


Pada 27 dan 29 Disember 2021, Vit’s berjaya mengumpulkan sejumlah 80 orang sukarelawan yang bersama-sama turun padang membantu mangsa banjir di Mentakab, Pahang. Vit’s tidak menyangka rakyat Malaysia amat prihatin terhadap mereka yang terkesan oleh bencana banjir ini walaupun dalam tempoh masa yang singkat. 


Saya betul-betul tak sangka, sukarelawan ini semua sanggup turun padang walaupun ada yang datang dari negeri lain dan berlainan umur, bangsa bersama-sama bersemangat membantu mangsa banjir. Ini kali pertama saya melihat semua sukarelawan berganding bahu membantu dan saya amat kagum” kata Encik YT Lai selaku Pengarah Urusan VIT’S 


VITS juga telah menderma sejumlah 50 000 peket mee segera untuk meringankan beban mangsa banjir di Selangor dan Pahang serta amat berharap agar mangsa semua tabah dalam dugaan ini. 



Tahniah Vit's..

Read More

Perjuangan RichWorks 2021 - Tampil Bantu 605,000 Usahawan Terjejas Bangkit Semula

Wednesday, January 19, 2022

1 comment
Perjuangan RichWorks 2021 - Tampil Bantu 605,000 Usahawan Terjejas Bangkit Semula | Tahun 2021 merupakan tahun paling mencabar bagi rakyat Malaysia.. Pelbagai ujian di tempuhi sepanjang tahun 2021.. Mana tidaknya, belum pun reda masalah pandemik di negara kita ini, kita diuji sekali lagi dengan musibah banjir pada akhir Disember tahun lalu.. Ramai yang terkesan dan terjejas dengannya termasuklah kawan-kawan aku malah ahli keluarga aku sendiri ada yang menjadi mangsa banjir tahun lalu..

Meskipun aku tidak melaluinya, tetapi bila melihatkan keadaan mereka yang terjejas, aku sendiri rasa hilang punca.. Terbang segala semangat yang ada.. Aku yakin, untuk bangkit semula dari keadaan ini amat sukar apatah lagi jika yang terlibat adalah peniaga-peniaga dan para usahawan.. Mana taknya, barang berniaga habis rosak dan lagi parah bila tidak mengambil sebarang insurans untuk banjir.. Macam mana nak mulakan semula perniagaan? Modalnya nak ambil dimana? Disebabkan inilah ramai yang berputus asa dan hilang arah..


Memahami perasaan dan situasi yang dialami ramai orang di luar sana termasuklah golongan usahawan yang terkesan, RichWorks tampil dengan komited bantu 605,000 usahawan untuk bangkit semula dari ujian ini..

Perjalanan RichWorks 2021 - Ujian Dan Dugaan Tanda Allah Sayang

RichWorks International Sdn. Bhd atau RichWorks merupakan sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan dan pemasaran serta kepimpinan.. Nama besar ini telah banyak melahirkan ramai usahawan berjaya.


Disebalik kejayaan yang dikecapi rupanya ada ujian besar yang dilalui oleh Pengasasnya, Datuk Wira Dr. Azizan Osman di mana beliau bersama 31 ahli keluarganya pernah dijangkiti Covid-19 tahun lalu. Lebih menyedihkan apabila Ibu Mertua beliau meninggal dunia disebabkan Covid-19 dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan yang beliau sudah tiada harapan lagi sekiranya tiada perubahan positif selepas disambungkan dengan alat mesin bantuan pernafasan.

Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik selepas itu dan bagi Dr. Azizan sendiri, ini adalah peluang kedua yang dikurniakan oleh Allah SWT buatnya yang akan digunakan sebaik mungkin untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutamanya dalam bimbingannya melalui RichWorks Academy.



Bukan setakat itu sahaja ujian dan dugaan yang dilaluinya malah RichWorks juga turut terkesan dengan musibah banjir namun mereka tetap kuatkan semangat untuk terus berjuang membantu golongan usahawan yang terjejas untuk bangkit semula..

RichWorks Bantu Rakyat Dengan Menjalankan Program Percuma

Meskipun dilanda ujian dan dugaan, Dr. Azizan tidak pernah mengalah dan putus asa malah beliau tetap komited menjalankan program percuma selepas beliau keluar dari hospital dan sedang dalam proses pemulihan daripada penyakit Covid-19. Program seperti Zero To Million RichWorks, RichWorks Bootcamp dan banyak lagi telah dihadiri oleh ribuan peserta.


Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang telah beliau luangkan untuk memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. Secara keseluruhannya pada tahun lalu, RichWorks prihatin membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks International pada tahun lalu.

Usaha RichWorks Bantu Peniaga Wanita Disebut Dalam Dewan Rakyat

Satu lagi kejayaan yang cukup membanggakan, bila mana satu program yang dianjurkan oleh RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) telah mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. RichWorks prihatin menggalakkan wanita berniaga walaupun dari rumah atau secara online sahaja.


Sementara itu, Ketua Pegawai Pernigaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tidak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

Kempen #RichWellBantu yang digerakkan oleh Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu menandakan RichWorks prihatin. Program ini berjaya mengumpul sebanyak RM501,497 untuk membantu lebih 2,000 keluarga. Tidak terhenti di situ sahaja, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 juga telah dikumpulkan daripada usahawan mereka dan dari RichWorks sendiri dalam tempoh hanya 24 jam sahaja untuk mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu.


Menurut Radz lagi, RichWorks bersama ahli Titanium dan Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini. Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga telah menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.


RichWorks Lahirkan Usahawan Berjaya From Zero To Million

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (Virtual Online). Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6 - 24 bulan. Itulah realitinya RichWorks prihatin.

RichWorks International yang merupakan syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan menaikkan usahawan ke tahap lebih tinggi lagi. Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul adalah RM3.7 bilion.


Bagi ahli Titanium sahaja, sebanyak 312 usahawan berjaya menghasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX)



Melalui program bimbingan Spire, RichWorks sasarkan usahawan capai jualan RM1 juta pertama dalam setahun dan hasilnya sebanyak 72 orang usahawan telah berjaya mencapainya.. Bukan itu sahaja, malah 77 buah perniagaan di bawah bimbingan RichWorks telah mencapai jualan lebih RM10 juta manakala 5 perniagaan RM50 juta ke atas dan 5 perniagaan lagi RM100 juta ke atas.

Jom Tonton Video Perjalanan RichWorks Tahun 2021


Kini, visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorentasikan result dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Ok, jom tonton video perjalanan RichWorks sepanjang tahun 2021.. Mungkin ianya boleh dijadikan inspirasi buat korang..


Tahniah di atas kejayaan yang telah dicapai oleh team RichWorks.. Ianya satu kejayaan yang amat membanggakan walaupun pelbagai ujian yang dihadapi pada tahun 2021.. Mereka masih teguh berdiri berusaha membantu para usahawan yang terjejas bangkit semula.. Semoga RichWorks dapat membantu lebih ramai lagi bangsa usahawan dan agar misi mereka tercapai dan dipermudahkan segalanya.

Ok buat korang yang nak join program Dr. Azizan bolehlah dapatkan maklumat lanjut di website rasmi RichWorks. Banyak tau program percuma yang dianjurkan.. Rugi tak grab!



Read More

Vit’s Italian Mi Goreng Series Will Definitely light up Your Christmas Theme

Monday, December 27, 2021

1 comment
Vit’s Italian Mi Goreng Series Will Definitely light up Your Christmas Theme  |  Hello, Vit’s Noodles Lover! Let’s welcome December with a festive cheer because we’re definitely feeling the holiday spirit! Christmas is coming and there could be no greater method for partaking in this merry season than with some Christmassy food and pastries. Furthermore, nothing rings in the bubbly cheer like Christmas gifts and food, obviously!


Do you guys know that Vit Makanan (Kuala Lumpur) Sdn Bhd started out as a food trading company in 1975 and gradually ventured into the instant noodle industry. Since the expansion and with the best people in hand, our capabilities and resources have empowered us closer to becoming the world’s preferred noodle expert that signifies global standards in nutritional value, quality and services.


Christmas is a magical season and by buying Vit’s products, you can absolutely feel the Christmas soul! Vit’s Noodles will be happy to introduce to you guys about our new Italian series that definitely will level up your instant noodles craving.


Aglio Olio is a traditional Italian pasta dish from Naples, Italy. Usually cooked with just olive oil and garlic, Aglio Olio is fragrant and a classic pasta dish. You should attempt Vit's Italian Mi Goreng Aglio Olio flavor that is tasty, we bet.

If you prefer tomato-based pasta sauces, Vit’s also got it in Bolognese flavour! Made with fresh tomatoes, garlic and herbs, their new Vit’s Italian Mi Goreng Bolognese is going to be any kid’s or adults comfort food.


Therefore, we would like to take this opportunity to present you with our new product “Vits Italian Mi Goreng Carbonara” featuring exclusive products for you to taste and enjoy. Vits Italian Mi Goreng Carbonara is the latest menu of Vits Italian Mi Goreng series. Its Italian Mi Goreng Carbonara is a combination of Mi Goreng inspired by the classic Italian menu. Introducing the latest Vits Italian Carbonara from Vits made from cheese, chicken ham, butter, chili flakes and cream adding the aura of Italian cuisine. It tastes just as good as being in Italy. Vits Italian Carbonara Fried Noodles is free of preservatives and artificial colors.


The taste of classic cuisine that will satisfy you and the preparation of simple and original recipes. Perfect for those of you who care about time and the aroma of real Italian cuisine.  You can make delicious Italian-style Mi Goreng in as few as four or five steps at home to satisfy your Italian food cravings.

You can be sure that these Italian-style quick noodles will become your new favorite meal due to their affordable prices.

Been craving for your favorite comfort food? You know where to buy? The promo is only Rm 5.95 available at Shopee and Lazada.

Now you can grab the first and only Malaysia’s Italian Series Instant Noodles from @vits_malaysia. Products are available online and Aeon stores at the moment.

#vitsnoodles #vitsitalianmigoreng #vitsmalaysia




Read More

Kempen Kembali Ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Muncul Semula Dengan Lebih Baik dan Besar Bagi Menyokong 333 Pelajar Sekolah Rendah

Thursday, December 16, 2021

No comments
Kempen Kembali Ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Muncul Semula Dengan Lebih Baik dan Besar Bagi Menyokong 333 Pelajar Sekolah Rendah | Kejerihan ibu tunggal dalam menguruskan keluarga bersendirian di Malaysia semakin meruncing ketika pandemik COVID-19. Lebih 150,000 ibu tunggal telah mendaftar untuk mendapatkan bantuan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Satu kajian  mendapati golongan ibu tunggal amat terkesan ketika pandemik ini memandangkan mereka merupakan individu utama punca pencarian, di samping memastikan kebajikan keluarga terus terpelihara. Bagi golongan ibu tunggal yang terkesan secara kewangan, musim kembali ke sekolah boleh menjadi tempoh yang sukar kerana mereka perlu mendapatkan keperluan bagi anak-anak bersekolah dengan perbelanjaan yang terhad.


Menyedari keperluan ini, kempen kutipan amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP (Brighter Future with TOP) kini kembali dengan lebih baik dan besar melalui kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), AEON, dan Shopee. Kempen ini bermatlamat untuk memenuhi keperluan persekolahan bagi 333 kanak-kanak daripada keluarga ibu tunggal bagi tahun persekolahan 2022.

JKM telah menyenarai pendek penerima bantuan kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga ibu tunggal yang kini menerima bantuan daripada pihaknya. JKM turut menyenaraikan mereka yang menjadi penjaga bagi ahli keluarga yang terlantar sakit atau golongan Orang Kurang Upaya. Selain daripada itu, Pihak TOP juga mengenalpasti keluarga yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan semasa pandemik melalui Media Massa. Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak yang bakal memulakan persekolahan Tahun Satu pada 2022. TOP telah menghubungi ibu-ibu tunggal ini untuk mendapatkan butiran berkenaan saiz pakaian dan barangan keperluan bagi 333 kanak-kanak terlibat.

Sebahagian daripada jualan produk sabun pencuci TOP tertentu di seluruh rangkaian AEON dan platform Shopee (melalui kedai rasmi Southern Lion) mulai 25 November hingga 26 Disember 2021 akan disalurkan untuk kelengkapan 333 pelajar sekolah rendah ini. 




Kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada penerima ini termasuk uniform sekolah baharu, kasut, stoking, alat tulis, kotak pensil, dan pensil warna. Setiap keluarga juga akan menerima pek sabun pencuci TOP 2.3kg, sementara anak-anak menerima menerima mainan lembut dan buku ilustrasi eksklusif oleh penulis dan pengilustrasi terkenal yang telah merangkul pelbagai anugerah, Emila Yusof. Beliau telah menghasilkan lebih 40 buah buku kanak-kanak seperti siri Dina termasuk My Mother's Garden, My Mother's Kitchen, My Father's Farm dan terbaharu, Dina's Art Class.

TOP akan menghantar pek peribadi kembali ke sekolah ini kepada JKM di 12 negeri untuk diedarkan kepada keluarga ibu tunggal terpilih pada tahun depan, sebelum sesi persekolahan yang baharu bermula.

Sejak dimulakan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah menyumbang keperluan persekolahan kepada 2,880 pelajar daripada 85 komuniti di seluruh negara, selain sumbangan berupa sabun pencuci TOP kepada penjaga dan keluarga.

Bersempena kempen kembali ke sekolah, jenama itu memperkenalkan sabun pencuci cecair TOP Gentle Care Advanced Micro-Clean Tech yang boleh menghilangkan 99.9% virus (COVID-19 dan Influenza A) dan bakteria.


TOP Gentle Care diformulasikan dengan Caring Touch Tech untuk penjagaan kulit yang menyeluruh. Dikuasakan dengan bahan aktif berasaskan tumbuhan yang bebas daripada lima perengsa yang menyebabkan kerengsaan kulit, ia sesuai digunakan untuk penjagaan kulit seluruh keluarga. Formula pH yang mesra kulit itu telah diuji secara dermatologi, dengan wangian sitrus yang harum berpanjangan. Sabun pencuci yang lembut kepada kulit ini menggunakan 3X Stain Busting Tech untuk menanggalkan kotoran degil secara berkesan dengan meresap jauh ke dalam serat fabrik bagi menghilangkan kotoran dan menghalangnya mencemari pakaian lain. TOP Gentle Care menggunakan Fibre Care Tech untuk melindungi pakaian dengan melembutkan fabrik pada peringkat serat bagi menjadikan pakaian tampak baharu dengan lebih lama.

Semasa pandemik, TOP telah banyak membantu mengurangkan beban pelajar Orang Asli dan keluarga mereka, golongan ibu tunggal, petugas barisan hadapan, pemberi vaksin dan golongan gelandangan menerusi sumbangan produk berjumlah RM600,000. Jenama tersebut turut menaikkan semangat menerusi lagu bertajuk ‘Bebas Melangkah’.

Dalam kesukaran akibat pandemik yang melanda semua, rakyat Malaysia terbukti cekal dan mampu bangkit semula dengan menyokong mereka yang memerlukan. TOP berbangga untuk turut sama sebagai ahli Keluarga Malaysia ketika susah dan senang. Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP semakin penting buat masa ini kerana ia membantu mengurangkan beban keluarga ibu tunggal, dan menggalakkan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri untuk kembali ke sekolah. Kami memahami terdapat kanak-kanak yang berdepan dengan kebimbangan untuk kembali ke sekolah selepas sekian lama di rumah, oleh itu kami sumbangan kami turut disertakan dengan mainan lembut dan buku berilustrasi yang cantik oleh artis, penulis dan pengilustrasi buku terkenal Emila Yusof bagi membimbing kanak-kanak mengenai cara yang betul untuk mencuci tangan sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah,” kata Ling Ai Li, Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Fabrik di Southern Lion Sdn Bhd.  

Mengulas mengenai kerjasama tersebut, JKM mengucapkan terima kasih dan menyambut baik usaha murni pihak pengurusan TOP dalam menganjurkan  inisiatif Cerah Kehidupan ini yang dapat memberi manfaat kepada mereka yang terkesan semasa pandemik Covid 19.

Bagi Emila Yusof, kerjasama dengan TOP membolehkan beliau menyampaikan panduan mengenai kesihatan dan kebersihan diri kepada kanak-kanak yang masih menyesuaikan diri dengan perubahan hidup akibat pandemik melalui kisah seorang gadis bernama Kiki, yang menceritakan perjalanan hidup sehari-harinya bersama ibunya yang sentiasa berpesan untuk mencuci tangan dan pakaian.

Kanak-kanak mengingati kisah sebelum tidur yang diceritakan ibu mereka sehingga mereka dewasa, dan ilustrasi bertindak sebagai peringatan visual bagi apa yang perlu mereka lakukan. Saya gembira apabila kerjasama dengan TOP mampu membantu menenangkan dan merapatkan hubungan ibu tunggal dengan anak-anak mereka,” kata Emila.


Buku edisi terhad ‘Kiki Menentang Dunia Kuman’ oleh Emila Yusof akan dihadiahkan kepada semua penerima sumbangan Cerahi Kehidupan Bersama TOP. Orang awam boleh mendapatkan buku ilustrasi yang indah ini dengan membuat pembelian sabun pencuci TOP bernilai RM45 ke atas atau pencuci tangan Kirei-Kirei dalam satu resit di rangkaian AEON atau Kedai Shopee Southern Lion. Hantarkan bukti pembelian melalui Whatsapp ke 018-6688025 serta jawab satu soalan mudah. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.

Ini adalah kali pertama kami bekerjasama dengan Shopee untuk kempen ini selepas kami menyedari semakin ramai pelanggan membeli produk secara dalam talian. Kami berharap ia akan dapat meningkatkan jumlah kutipan tabung bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak dibantu, selain 333 kanak-kanak yang dikenal pasti. Bantu kami untuk membantu lebih ramai ibu tunggal dan anak-anak mereka agar mereka dapat menikmati masa depan yang lebih cerah,” tambah Ling.

Untuk mengetahui tentang produk TOP serta kempen ini dengan lebih lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan 1800-88-0133. 



Read More