Perjuangan RichWorks 2021 - Tampil Bantu 605,000 Usahawan Terjejas Bangkit Semula

Wednesday, January 19, 2022

Perjuangan RichWorks 2021 - Tampil Bantu 605,000 Usahawan Terjejas Bangkit Semula | Tahun 2021 merupakan tahun paling mencabar bagi rakyat Malaysia.. Pelbagai ujian di tempuhi sepanjang tahun 2021.. Mana tidaknya, belum pun reda masalah pandemik di negara kita ini, kita diuji sekali lagi dengan musibah banjir pada akhir Disember tahun lalu.. Ramai yang terkesan dan terjejas dengannya termasuklah kawan-kawan aku malah ahli keluarga aku sendiri ada yang menjadi mangsa banjir tahun lalu..

Meskipun aku tidak melaluinya, tetapi bila melihatkan keadaan mereka yang terjejas, aku sendiri rasa hilang punca.. Terbang segala semangat yang ada.. Aku yakin, untuk bangkit semula dari keadaan ini amat sukar apatah lagi jika yang terlibat adalah peniaga-peniaga dan para usahawan.. Mana taknya, barang berniaga habis rosak dan lagi parah bila tidak mengambil sebarang insurans untuk banjir.. Macam mana nak mulakan semula perniagaan? Modalnya nak ambil dimana? Disebabkan inilah ramai yang berputus asa dan hilang arah..


Memahami perasaan dan situasi yang dialami ramai orang di luar sana termasuklah golongan usahawan yang terkesan, RichWorks tampil dengan komited bantu 605,000 usahawan untuk bangkit semula dari ujian ini..

Perjalanan RichWorks 2021 - Ujian Dan Dugaan Tanda Allah Sayang

RichWorks International Sdn. Bhd atau RichWorks merupakan sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan dan pemasaran serta kepimpinan.. Nama besar ini telah banyak melahirkan ramai usahawan berjaya.


Disebalik kejayaan yang dikecapi rupanya ada ujian besar yang dilalui oleh Pengasasnya, Datuk Wira Dr. Azizan Osman di mana beliau bersama 31 ahli keluarganya pernah dijangkiti Covid-19 tahun lalu. Lebih menyedihkan apabila Ibu Mertua beliau meninggal dunia disebabkan Covid-19 dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan yang beliau sudah tiada harapan lagi sekiranya tiada perubahan positif selepas disambungkan dengan alat mesin bantuan pernafasan.

Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik selepas itu dan bagi Dr. Azizan sendiri, ini adalah peluang kedua yang dikurniakan oleh Allah SWT buatnya yang akan digunakan sebaik mungkin untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutamanya dalam bimbingannya melalui RichWorks Academy.



Bukan setakat itu sahaja ujian dan dugaan yang dilaluinya malah RichWorks juga turut terkesan dengan musibah banjir namun mereka tetap kuatkan semangat untuk terus berjuang membantu golongan usahawan yang terjejas untuk bangkit semula..

RichWorks Bantu Rakyat Dengan Menjalankan Program Percuma

Meskipun dilanda ujian dan dugaan, Dr. Azizan tidak pernah mengalah dan putus asa malah beliau tetap komited menjalankan program percuma selepas beliau keluar dari hospital dan sedang dalam proses pemulihan daripada penyakit Covid-19. Program seperti Zero To Million RichWorks, RichWorks Bootcamp dan banyak lagi telah dihadiri oleh ribuan peserta.


Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang telah beliau luangkan untuk memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. Secara keseluruhannya pada tahun lalu, RichWorks prihatin membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks International pada tahun lalu.

Usaha RichWorks Bantu Peniaga Wanita Disebut Dalam Dewan Rakyat

Satu lagi kejayaan yang cukup membanggakan, bila mana satu program yang dianjurkan oleh RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) telah mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. RichWorks prihatin menggalakkan wanita berniaga walaupun dari rumah atau secara online sahaja.


Sementara itu, Ketua Pegawai Pernigaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tidak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

Kempen #RichWellBantu yang digerakkan oleh Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu menandakan RichWorks prihatin. Program ini berjaya mengumpul sebanyak RM501,497 untuk membantu lebih 2,000 keluarga. Tidak terhenti di situ sahaja, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 juga telah dikumpulkan daripada usahawan mereka dan dari RichWorks sendiri dalam tempoh hanya 24 jam sahaja untuk mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu.


Menurut Radz lagi, RichWorks bersama ahli Titanium dan Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini. Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga telah menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.


RichWorks Lahirkan Usahawan Berjaya From Zero To Million

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (Virtual Online). Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6 - 24 bulan. Itulah realitinya RichWorks prihatin.

RichWorks International yang merupakan syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan menaikkan usahawan ke tahap lebih tinggi lagi. Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul adalah RM3.7 bilion.


Bagi ahli Titanium sahaja, sebanyak 312 usahawan berjaya menghasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX)



Melalui program bimbingan Spire, RichWorks sasarkan usahawan capai jualan RM1 juta pertama dalam setahun dan hasilnya sebanyak 72 orang usahawan telah berjaya mencapainya.. Bukan itu sahaja, malah 77 buah perniagaan di bawah bimbingan RichWorks telah mencapai jualan lebih RM10 juta manakala 5 perniagaan RM50 juta ke atas dan 5 perniagaan lagi RM100 juta ke atas.

Jom Tonton Video Perjalanan RichWorks Tahun 2021


Kini, visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorentasikan result dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Ok, jom tonton video perjalanan RichWorks sepanjang tahun 2021.. Mungkin ianya boleh dijadikan inspirasi buat korang..


Tahniah di atas kejayaan yang telah dicapai oleh team RichWorks.. Ianya satu kejayaan yang amat membanggakan walaupun pelbagai ujian yang dihadapi pada tahun 2021.. Mereka masih teguh berdiri berusaha membantu para usahawan yang terjejas bangkit semula.. Semoga RichWorks dapat membantu lebih ramai lagi bangsa usahawan dan agar misi mereka tercapai dan dipermudahkan segalanya.

Ok buat korang yang nak join program Dr. Azizan bolehlah dapatkan maklumat lanjut di website rasmi RichWorks. Banyak tau program percuma yang dianjurkan.. Rugi tak grab!



1 comment:

  1. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete