Ramadhan 5 - Resepi Sambal Tumis Ketagih | Hari ni agak keletihan.. Balik kerja agak lambat sikit hari ini siapkan kerja yang diarahkan dari masa ke semasa.. Balik dah rasa keletihan yang amat bercampur dengan letih semalam yang masih belum hilang.. Huhu.. Sampai rumah cepat-cepat mandi dan terus ke dapur untuk siapkan menu berbuka.. Rasa tumpul dah idea nak memasak hari ini.. Untuk meringkaskan menu dan masa yang ada pun sangat terhad, jadinya aku masak sayur kacang panjang masak lemak dan goreng ikan jerk.. Untuk menyedapkan lagi mulut ni masa berbuka, aku buatkan sambal tumis ketagih.. Kenapa ketagih? Haaa memang ketagih bila makan sambal ni.. Haha.. Itu aku la.. Mesti nak ada sokmo.. Hiks..
Jom check resepi yang teramat mudah nak buat ni.. Tu belum isi ikan bilis lagi.. Kalau isi ikan bilis lagik sedap sambal tumis ni.. Next aku akan isi ikan bilis lak.. Hehe..
Resepi Sambal Tumis Ketagih
Bahan-bahan :-
6-8 biji Cili Padi
1-2 biji Lada Besar
2-3 biji Tomato
1 labu bawang besar
4 ulas bawang merah
Belacan
Cara-cara :-
Goreng semua bahan-bahan tadi dengan minyak yang banyak sampai layu.
Kemudian blend bersama garam, gula dan serbuk perasa..
Siap blend, tumis seketika hingga naik minyak
Nak rasa lebih meletop, sebelum makan perah limau sedikit..
Selamat berpuasa semua.. Dah hari ke-8 kita berpuasa.. Pejam celik pejam celik sekejap jerk rasanya masa berlalu.. Puasa tahun ni aku agak kerajinan untuk memasak.. Mood dah berubah agaknye.. Haha!! Yang mane masakan tak pernah buat pun aku rasa nak cuba buat.. Harapnya rasa rajin ni terus melanda sehingga habis puasa.. Hiks..
Singgang Pedas Ikan Kerisi Versi Terengganu
Ok, kali ni aku nak kongsikan resepi Singgang Pedas Ikan Kerisi Versi Terengganu.. Lama gila dah tak makan singgang pedas ni.. Rindu betul masakan mak aku.. Bila dah teringin sangat nak makan, apa lagi kite terus aje buat memandangkan ikan kerisi pun masih berbaki dalam freezer... Orite, tak nak cakap banyak, jom semak resepinya..
Resepi Kari Ikan Simple dan Sedap | Hari ni haru kedua puasa ganti dan selesai sudah puasa ganti aku tahun ni selama 7 hari... 5 hari dah buat awal-awal dulu.. Yang balance 2 hari ni je baru buat.. Ni la padah ganti diakhir-akhir waktu.. Tapi ok la puasa di rumah dimusim PKP.. Tak de la terasa sangat walaupun penat melayan kerenah anak-anak.. Semalam berbuka bubur mekdi je.. Hari ni tekak rasa nak makan Kari Ikan untuk berbuka puasa... Nyumm Nyumm!! So, kita buat sampai jadi.. Thankz tu kawan yang tolong beli bahan-bahannya.. Hiks.. Bahan kat umah ni tak cukup.. Seb baik ada kawan yang sudi COD.. Ahakz..
Vits Kan Ada, Meriahnya Raya | Bulan Ramadan sudah tiba dan
umat Islam di seluruh dunia pasti rasa teruja untuk menyambut ketibaan bulan
suci ini walaupun dalam suasana yang sama macam tahun lepaskan? Mana taknya,
tahun ni umat Islam di Malaysia masih perlu menjalani ibadah puasa dalam
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Berkawal ni (PKPB).
Yang istimewanya tahun ini, umat Islam dah boleh solat terawih macam biasa di
masjid dan surau tapi arahan SOP yang ketat tetap perlu diambil kira. Bazaar
Ramadan pun boleh beroperasi macam biasa dengan SOP yang sewajarnya demi
menjaga keselamatan semua. Walaupun masih tak boleh merentas negeri untuk
balik ke kampung masing-masing untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga
tercinta, tapi kita tetap bersyukur sebab pihak kerajaan dah bagi sedikit
kelonggaran dan wajib mematuhi segala perintah yang kerajaan Malaysia dah
tetapkan. So harap-harap kita tak langgarlah peraturan yang telah ditetapkan
ye.
Disebabkan itu, Vit’s jenama mi segera dan mi kering Halal yang telah bertapak
di Malaysia sejak 46 tahun yang lalu ingin menjemput anda semua sempena
menyambut Ramadan kali ini dengan peraduan Masak, Kongsi dan Menang dan
melancarkan produk terbaru tau, Mi Segera Pek Istimewa Ramadhan
Produk ini sangat mudah dan cepat untuk disediakan ketika sahur atau berbuka
puasa. Cara cara untuk menyertai peraduan ini adalah :
Beli satu pek produk VITS Mi Kering Pek Istimewa Ramadan dalam satu
resit.
Imbas QR kod , isi maklumat diri dan resit pembelian.
Masak menu ada menggunakan produk VITS Mi Kering Pek Istimewa Ramadan dan
kongsi di akaun sosial media korang ( Facebook, Instagram, Twitter atau
Tiktok).
Tag akaun rasmi VITS dan hashtag #vitskanadameriahnyaraya.
Macam-macam hadiah yang Vit’s sediakan. Peraduan ini dilancarkan adalah untuk
mengajak rakyat Malaysia berkongsi masakan kreatif dengan hanya gunakan produk
terbaru iaitu Mi Segera Pek Istimewa Ramadan yang dah dibeli. Korang boleh
menang hadiah menarik dengan masakan menu yang paling kreatif tertakluk pada
terma dan syarat.
Peraduan Masak, Kongsi dan Menang ni akan bermula daripada 1 April 2021
sampai 14 Jun 2021. Orang ramai boleh menyertai peraduan ini dengan pembelian
sekurang kurangnya 1 pek Mi Segera Istimewa Ramadan di seluruh pasaraya dan
juga boleh membuat pembelian atas talian di Shopee dan Lazada.
Untuk info lanjut tentang peraduan, boleh tonton video di bawah ini..