ancasa royale ·
food ·
review
10 comments
Program Amal Ancasa Royale, Pekan Sempena Bulan Ramadhan
Saturday, June 10, 2017
Program Amal Ancasa Royale, Pekan Sempena Bulan Ramadhan | Bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan, sememangnya amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam kerana keistimewaan dan kelebihannya sehingga ia dikenali sebagai 'penghulu segala bulan'. Pada 02 Jun 2017 yang lalu, aku berkesempatan untuk turut serta dalam Program Amal AnCasa Royale, Pekan Sempena Bulan Ramadhan iaitu Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak dari Rumah Anak-Anak Yatim Furqan seramai 19 orang dan Rumah Anak Yatim & Miskin Perempuan Darussalam Al-Mukhtar seramai 31 orang.
Majlis ini merupakan program tahunan dan menjadi tradisi setiap kali bulan Ramadhan yang juga turut mencerminkan inisiatif dan keprihatinan kumpulan pengurusan hotel dalam memenuhi tuntutan tanggungjawab sosial korporat (CSR) khusus untuk golongan yang kurang bernasib baik. Antara tetamu-tetamu terhormat yang dijemput hadir ialah Datuk Seri Dr. Mohd Shafei' selaku Pengerusi UDA Holdings Berhad, YB. Dato' Mohamad Fakharuddin M. Arif, Adun Bebar, Yb. Dato' Sh Mohamed Puzi bin Sh Ali, Adun Peramu Jaya dan beberapa tetamu lain.
Selain Sumbangan duit raya untuk anak-anak yatim, bubur lambuk juga diedarkan percuma sempena menyambut Ramadhan. Bubur Lambuk tersebut dimasak sendiri oleh chef yang berpengalaman di hotel ini iaitu Chef Mohd Hazlan... Bubur Lambuk mula diedarkan sekitar jam 5.30 petang di hadapan Ibupejabat Polis Daerah Pekan, Pahang kepada orang awam yang dibantu oleh Pengurus Hotel iaitu Puan Norlina Zubir dan beberapa kakitangan pengurusan hotel. Bagi mereka yang melalui jalan tersebut, bolehlah mendapatkan Bubur Lambuk AnCasa Royale ini secara percuma dan merasai keenakannya..
Program Amal Ancasa Royale, Pekan Sempena Bulan Ramadhan |
Layanan istimewa daripada tetamu VIP |
Bagi memeriahkan lagi majlis berbuka ini, AnCasa Royale, Pekan menyajikan pelbagai variasi hidangan yang dulunya memang popular di sekitar daerah Pahang pada tahun 70an hingga 90an. Dan kini berada di bawah satu bumbung berkonsepkan "Selera Desa - Kembara Iftar Di Pekan, Pahang". Antara sajian yang sememangnya popular di Pahang ialah Ikan Patin Masak Tempoyak, Opor Daging, Sup Tulang Kicap dan Sambal Hitam..
Ikan Patin Masak Tempoyak |
Opor Daging Pahang |
Sambal Hitam Pahang |
Sajian dan juadah menarik ini diilhamkan daripada mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kulinari dan masakan melayu iaitu gabungan hebat di antara Chef Mohd Hazlan yang merupakan Chef Sous Eksekutif, Chef Syed Badrul Hisham Syed Rudzlan selaku Chef Masakan Melayu dan juga pasukan mereka yang sememangnya berpengalaman.
Sepertimana yang semua orang pun tahu bahawa masakan kampung merupakan masakan yang tidak jemu untuk dinikmati. Tahun ini pihak AnCasa Royale, Pekan menggabungkan tema Kembara Iftar Di Pekan, Pahang bagi menyingkap semua kenangan lama. Malahan juadah yang disajikan mengikut daerah-daerah yang dahulunya amat popular dan hingga kini ia masih kekal terpahat dimemori kita.
Menu-menu yang disajikan akan dihidangkan secara bergilir-gilir dan terdapat lebih 100 hidangan setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut..
Kambing Panggang Istimewa juga antara menu yang disajikan di AnCasa Royale ini.. Antara sajian lain yang dihidangkan di bahagian luar Dewan Saffron Brasserie adalah seperti Chicken Roster, Kuey Teow Goreng, Shell Out, Satay, Lok-lok dan banyak lagi...
Tidak ketinggalan juga, sajian pemanis mulut seperti Kuih Talam, Lepat Pisang, Bingka Ubi, Bubur Kacang, Puding Raja dan bermacam jenis lagi yang akan membuat pencinta manisan mulut pasti akan kembali lagi ke AnCasa Royale, Pekan..
Puding Raja |
Antara kuih tradisional yang ada |
Kek-kek yang enak |
Platting yang cantik |
Susun yang menarik |
Sebelum masuk waktu berbuka, alunan merdu ayat al-Quran akan diperdengarkan dan seterusnya bacaan doa berbuka puasa akan dibacakan.. Sambil berbuka dan menikmati juadah berbuka puasa, anda juga akan ditemani dengan lagu-lagu yang akan didendangkan oleh artis jemputan AnCasa Royale..
Di majlis berbuka puasa ini juga, aku berkesempatan untuk bersua muka dengan Blogger Rozita... Sebelum ni hanya berhubung melalui laman sosial dan whatsapp sahaja.. Kali ni dapat berkenal-kenalan secara 4 mata.. Cewahh.. Haha!!
Blogger Kuantan, Kak Rozita |
Bergambar kenangan bersama Kak Rose, orang kuat AnCasa Royale.. |
JOM BERBUKA DI ANCASA ROYALE, PEKAN
Dengan harga RM68 bersih untuk dewasa dan RM40 bersih untuk kanak-kanak, anda akan dapat menikmati lebih 100 juadah berbuka puasa yang enak.. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi :-
No. Telefon
Saffron Brasserie
09-424 6600
Laman Web
Alamat
AnCasa Royale Pekan, Pahang
Lot 2670, Jalan Pekan-Kuantan,
26600 Pekan,
Pahang Darul Makmur