Ranking Alexa LeaAzleeya.com Januari 2017

Tuesday, January 17, 2017

6 comments
Assalamualaikum wbt..

Ranking Alexa LeaAzleeya.com Januari 2017  |  Lama dah tak check ranking Alexa.. Seperti yang dijangkakan, statistiknya agak  menurun dari yang lepas.. Bila blog terabai beberapa hari, akan memberi kesan pada statistik/trafik blog.. Huhu.. Jom tengok statistik blog aku untuk bulan Januari 2017 ni..

17 Januari 2017

Keywords

Korang dah check ke alexa rank blog korang.. Kalau belum, boleh check dekat link bawah ni ye..



Read More

Planner And Calendar Giveaway By Kasihkuamani.Blogspot

Monday, January 16, 2017

11 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Planner And Calendar Giveaway By Kasihkuamani.Blogspot  |  Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal yang empuk.. Cewahhh main dengan perumpamaan pulak petang-petang hari ni ye.. Yelah, aku ni tengah mencarik giveaway yang boleh dijoin pepetang ni.. Bila bukak group family's blogger, ada pulak sahabat baik buat giveaway.. Kebetulan pulak.. Tu sebab la aku guna perumpamaan tersebut.. Hehe..

Giveaway ni dianjurkan oleh kawan aku Sha, owner blog Kasihkuamani.blogspot.com ... Syarat yang ditetapkan sangatlah mudah tak memberatkan bahu menggalasnya.. Ekeke.. Hanya perlu follow blog dan IG beliau aje.. Tu dah aku buat beribu tahun dulu..(Tipu).. Haha..

Jadinya aku menyeruuuuuu seluruh blogger Malaysia yang comel dan encem semua untuk join giveaway ni.. Mane tau kowt-kowt menang boleh dapat hadiah seperti lam gambo tu kan.. Tak menang pown, apa salahnya support antara satu sama lain.. Tak gitu?? Hehe..

Tarikh tamat
23 Januari 2017



Read More

13 Cara Pengendalian Makanan Yang Betul

6 comments
Assalamualaikum wbt..


13 Cara Pengendalian Makanan Yang Betul  |  Sedap pulak kebab kat atas ni.. Hehe.. Aku dapat sedikit info berkenaan pengendalian makanan dari kawan aku melalui group whatapps.. Bila aku baca, aku rasa perlu dikongsikan dengan korang... Sangat penting dan perlu diamalkan oleh semua orang.. Izinkan aku kongsikannya disini ye.. Hiks..

13 Cara Pengendalian Makanan Yang Betul

1  Sayuran yang dimakan mentah seperti taugeh, daun kesum, daun serai wangi dan lain-lain yang dibuat ulam yakni tidak dimasak perlu direndam dengan air garam terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada jangkitan virus e-coli..

2  Petua beli ayam segar - beli ayam pada waktu pagi kerana bakteria pada ayam masih sedikit.. Jika beli pada waktu tengahari, pastikan balik rumah terus cuci dan masukkan ke dalam peti beku sebelum dimasak bagi mematikan bakteria... Masak ayak dengan sempurna.. Kalau tak cukup masak, bakteria tak mati dan akan aktif semula bila makanan itu sejuk..

3  Panaskan makanan setelah sejuk.. Jangan makan makanan yang telah sejuk selama lebih 4 jam.. Perlu dipanaskan sampai mendidih..

4  Elakkan letak senduk nasi dalam periuk kerana pemegang senduk mungkin ada bakteria dari peluh ditangan kita..

5  Elakkan telur separuh masak kerana mengandungi banyak bakteria yang boleh menyebabkan demam panas dan kekejangan otak

6  Pastikan telur dibasuh sebelum digunakan

7  Makanan sejuk beku seperti nugget, ayam, daging burger digoreng terus selepas dikeluarkan dari peti sejuk.. Jangan biarkan makanan berada pada suhu bilik kerana mengundang bakteria.. Pastikan goreng dalam minyak yang betul-betul panas..

8  Pastikan tukang masak berada dalam keadaan yang bersih semasa memasak kerana 95% penyakit berjangkit dalam rumah berpunca dari tukang masak.. Itu sebab orang berniaga kena amek suntikan vaksin untuk elak dijangkiti penyakit dan menyebarkan kepada orang lain..

9  Pastikan makanan dan minuman dalam tin dibasuh dahulu sebelum digunakan untuk elakkan kencing tikus.. (tin tu basuh dulu.. hehehe)

10  Jika makan dikedai, pastikan basuh dan lap sudu yang nak digunakan terlebih dahulu.. Jangan gunakan sabun tongkol yang disediakan kedai makan.. Sebaiknya gunakan pencuci cecair dan tak salah kalau bawa kemana-mana pencuci tangan bersama kita.. Sekarang banyak penyakit berjangkit berpunca dari makanan..

11  Khasnya ayam golek, pastikan ayam itu panas.. jangan beli kalau ayam sudah sejuk dan yang sudah siap potong..

12  Pastikan papan pencincang ayam daripada plastik.. Kalau kayu jangan makan sebab serbuk kayu mungkin melekar pada ayam dan daging yang dicincang..

13  Pastikan makanan yang dibungkus dengan polisterin perlu dilapikkan dengan plastik untuk elakkan pengaktifan sel-sel kanser yang terdapat pada polisterin..




Read More

Penjelasan Daripada Pengasas Produk Tati Skincare

16 comments
Assalamualaikum wbt..

Penjelasan Daripada Pengasas Produk Tati Skincare  |  Hi korang.. Kecoh baru-baru ni tentang produk skincare yang mempunyi merkuri menyebabkan wajah seorang penggunanya menjadi teruk.. Tak pasti produk apa yang dimaksudkan kerana tidak didedahkan nama produk tersebut.. Sehingga produk Tati Skincare terpalit sama dengan viral tersebut.. Aku pon tak pasti yang mana satu kebenarannya.. Moga masalah ini dapat diselesaikan dengan baik.. 

Memandangkan Tati Skincare juga terviral sama dengan isu tersebut, makanya Pengasas Tati Skincare  pun dah memberikan maklumbalas terhadap kes viral yang melanda itewwww!!.. Jom tengok kenyataan Pengasas Tati Skincare..

Pn. Nurhayati Hashima, Pengasas Tati Skincare

Kalau korang mengikuti setiap isu viral dalam Malaysia ni mesti korang tahu apa kes yang dah diviralkan baru-baru ni.. So, ini maklumbalas dari pengasas Tati Skincare terhadap isu tersebut..



Aku doakan semoga semuanya dipermudahkan dan dapat diselesaikan dengan baik.. 


Read More