Rawat Migrain Tanpa Ubat

Thursday, November 10, 2016

7 comments
Assalamualaikum wbt...


Rawat Migrain Tanpa Ubat  |  Fuhhh kalau migrain menyerang memang menyeksakan... Kebiasaannya kalau sakit mesti ramai yang mengambil ubatkan bagi menghilangkan rasa sakit tersebut.. Kali ni aku nak share bagaimana nak legakan migrain tanpa mengambil ubat-ubatan..

APA ITU MIGRAIN?

Salah satu jenis sakit kepala yang banyak dikeluhkan adalah sakit kepala sebelah... Serangan sakit kepala terasa lebih menyiksakan dan terkadang datang secara tiba-tiba.. Rasa sakit kepala berdenyut-denyut yang kerapkali disertai dengan mual, muntah dimana rasa sakitnya disebabkan oleh pembesaran pembuluh darah di dalam kepala...

Pengidap migrain biasanya sensitif terhadap cahaya, suara dan bau-bauan.. Sakit kepala ini kebiasaannya berlaku dibahagian sebelah kepala sahaja dan kekadang berpindah ke sebelah lain pula..

GEJALA MIGRAIN

  • Berdenyut-denyut dibahagian sebelah kepala.. 
  • Sakit dibahagian belakang mata
  • Loya atau muntah-muntah.. Mungkin juga kedua-duanya sekali..
  • Rasa lebih sakit apabila terdedah dengan cahaya, suara bising dan bau-bauan..


FAKTOR PENCETUS MIGRAIN

Migrain mungkin akan lebih kerap berlaku jika adanya faktor pencetus seperti berikut :-

Makanan
Pengambilan Alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)

Persekitaran
Merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising dan bau-bauan yang sangat kuat contohnya minyak wangi..

Psikologi
Kemurungan, cemas, marah, stress/tekanan, keletihan dan sebagainya... Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks sepertimana yang dipanggil "migrain hujung minggu" (weekend migraine)

Ubat-Ubatan
Rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga

Lain-Lain
Haid, pertukaran masa tidur dan putus haid

Namun bagitu, kesannya mungkin tidak sama bagi semua pesakit, contohnya, bagi sesetengah pesakit itu, serangan migrain tidak kerap berlaku walaupown mereka mengambil keju dan coklat...


5 CARA MUDAH MELEGAKAN MIGRAIN TANPA UBAT

1.  Berehat di bilik yang gelap


Cuba berehat di dalam bilik yang gelap semasa berlakunya serangan migrain... Cahaya tambahan dan berlebihan akan menyebabkan sakit kepala.. Tutup tingkap, tutup tirai, tutup lampu, baring dan tutup mata.. Berehatlah untuk mendapatkan ketenangan dan mudah tidur..


2.  Merendam Tangan Dalam Air Sejuk/Dingin


Rendam kedua-dua tangan di dalam air yang sejuk dingin selama mana yang boleh.. Ini dapat membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat.. Digalakan juga untuk membuka dan menutup tangan semasa merendamnya didalam air..


3.  Mengambil sedikit kafein


Mengambil kafein dalam kuantiti yang banyak, tidak elok untuk kesihatan.. Tetapi sekiranya mengambil dalam kuantiti yang sedikit dan berpada-pada, ianya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit.. Bau kopi mampu menenangkan minda dan anti-stress.. Ambillah sedikit kafein semasa menghadapi serangan migrain dan rasakan berbezaannya..


4.  Gunakan Rempah Ratus


Letakkan kacang hijau, lada hitam dan garam kasar diatas kertas surat khabar.. Kemudian pihak dengan kaki sesambil tu selawat.. Insyaallah, migrain akan beransur hilang dan pulih.. Cara ini boleh dijadikan sebagai terapi kaki..


5.  Baring kepala ke bawah


Baring di atas katil dan turunkan kepala sehingga mencecah lantai... Biarkan kaki di atas katil.. Beradalah dalam keadaan seperti itu selama beberapa minit dan jangan terlalu lama.. Memadailah sehingga ianya dapat melegakan migrain tersebut... Buatlah secara berperingkat.. Secara rasionalnya, ia menurunkan perjalanan darah ke arah kepala...


Selamat mencuba.. !!


Read More

Wordless Thursday #3 - Kantoi!!!

7 comments
Assalamualaikum wbt..

Kantoi!!

#sesambilbelajarjawi

- SMiLe -

sumber : CISDEL


Read More

Review Komik | Catatan Ankel Jonni The Comic

Wednesday, November 9, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt...


Catatan Ankel Jonni The Comic  |  Cerita ni dah lama sebenarnya.. Cuma aku aje tertangguh-tangguh nak update... Kira macam throwback la ni.. Hiks..

Kali ni nak cerita tentang komik pulak.. Biasa dok review novel aje kan.. Hari ni berbeza sikit tapi masih ianya sebuah buku.. Ahakz.. Sejak bila aku suka baca komik ni?? Wohaa!! Sejak bila yek?? Hurmm sebenarnya dari dulu lagik suka baca komik.. Sejak zaman gila-gila, ujang dan yang seangkatan dengannya..  Tapi time tu aku masih sekolah.. Yang tukang beli, abang aku.. Aku tukang baca aje.. Penuh almari time tu.. Tetiap bulan dok beli..

Itu dulu, sekarang dah lain.. Sekarang lagik moden.. Banyak komik online dah.. Duduk depan PC, terus boleh baca.. Kalau dolu-dolu, kene pergi kedai dulu, beli komik dan barulah boleh baca,... Hehe.. Itu aku cakap tadi zaman sekarang dah terlebih moden..

Okeh, dalam banyak-banyak komik online yang selalu aku baca adalah komik hasil karya Ankel Jonni di Blog Catatan Ankel Jonni.. Kat situlah port aku selalu melepak untuk meriliskan tensen.. Bila baca komik, otometik leh buat kita gelak.. Tu sebab aku suka baca komik..

Page Blog Catatan Ankel Jonni

Adalah satu hari aku terbaca status dekat Facebook Ankel Jonni ni.. Dia dah bukukan koleksi komiknya dan dijual pada harga hanya RM 8 sahaja.. Teruja katak terus aku nak beli.. Haha..


Time tu jugak la aku PM beliau nak buat order.. huh.. Biasalah kalau dah biasa baca online, mesti nak ada jugak koleksi bukunya kan.. Buat kenang-kenangan..

Siap dapat otograp lagik ye..!!

Alhamdulillah, komik yang dah dibukukan ni tak mengecewakan.. Sama hebat juga dengan yang online.. Walaupown hanya cetakan hitam putih tapi masih seronok membaca dan jelas.. Rasa cam ollskul sangat.. Kerrrlaaassss kau jah!!

Okeylah.. Kalau korang pown kaki komik jugak bolehlah lepas ni korang terjah blog Ankel Jonni untuk membaca komik-komik beliau yang terlebih ohsem tu.. Banyak ohhh!! Kalau rasa lebih suka baca dalam bentuk buku, boleh lah beli komik edisi buku ni.. Cam aku beli ni.. Terbaik ToQ!!! Jom aku belanja sikit gambar komik ni..





sumber : Catatan Ankel Jonni The Comic

Kalau korang rasa nak beli dan memiliki komik ni, korang boleh la PM Ankel Jonni di Facebook beliau atau hubungi beliau di... Di mana?? Hehe.. Moh aku kasi detail Ankel Jonni supaya senang korang hubungi dia..

Cara menghubungi Ankel Jonni


Email
faridwbt@gmail.com

Telegram
ankeljonni

Whatsapp
014-227 6292

Sesambil dah tersuka dengan komik-komik beliau, korang like la page beliau ni yek.. Senang-senang leh la lepak kat page beliau.. Rilis tensen... Hiks..

BLOG ANKEL JONNI

FANPAGE FB - KOMIK KE BULAN



Read More

Tonton Awak Sangat Nakal [2016] Full Episod

4 comments
Assalamualaikum wbt..


Tonton Awak Sangat Nakal [2016] Full Episod  |  Drama terbaru adaptasi novel Awak Sangat Nakal karya Syamnuriezmil ini telahpun mula ditayangkan di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123 pada 07 November 2016 iaitu setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 Malam... Drama ini dibintangi oleh pelakon hebat Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat sebagai watak utama.. 

JUDUL
Awak Sangat Nakal!

EPISOD
16 Episod

TARIKH TAYANGAN
07 November 2016

HARI/MASA
Isnin - Khamis / 10.00 Malam

SALURAN
Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123

PENULIS NOVEL
Syamnuriezmil

SKRIP
Shida Zali

PENGARAH
Azmi Hatta

TERBITAN
Orangetree Production Sdn. Bhd.

PELAKON
Ayda Jebat, Sharnaaz Ahmad, Afiq Muiz, Ika Nabilla, Hefny Sahad, Aleza Shadan, Rahim Jailani, Tash Yong, Fadilah Mansor, Farouk Hussain, Ku Faridah, GBob, Henzi Andalas, Erry Putra, Syaffiq Sahli



WATAK PELAKON

Ayda Jebat sebagai Erine Johanna
Sharnaaz Ahmad sebagai Johan Rizqin
Afiq Muiz sebagai Ustaz Hafsham
Ika Nabilla sebagai Ustazah Ain Humaira
Hefny Sahad sebagai Tuan Hj. Habib
Tash Yong sebagai Sue
Fadilah Mansor sebagai Mak Munah
Farouk Hussain sebagai Pak Mat
Syaffiq Sahli sebagai Cikgu Johan Ariff


Baca sinopsis disini :-


Tonton Full Episod disini :-




Read More