Tersenarai 100 Blog Pilihan 2018 HasrulHassan.Com

Sunday, January 14, 2018

14 comments
Tersenarai 100 Blog Pilihan 2018 HasrulHassan.Com  |  Alhamdulillah, permulaan tahun 2018 menjadi pembukaan tahun yang sangat bertuah bagi aku.. Banyak rezeki yang datang kepada aku.. TQ ALLAH... Salah satunya tersenarai dalam 100 Blog Pilihan 2018 HasrulHassan.Com.. Syukur yang tak terhingga.. Terima kasih kepada blogger femes Hasrul Hassan kerana sudi pilih Blog Lea Azleeya sebagai blog pilihan bagi tahun ini.. 


Bagi warga keluarga blogger malaysia, rasanya semua dah kenal kot Blogger Hasrul Hassan ni kan.. Femes dengan tips SEO dan Adsense.. Banyak maklumat tentang SEO dan terutamanya tentang Adsense boleh didapati di blog beliau.. Kalau korang yang masih terkapai-kapai mencari maklumat dan panduan adsense, bolehlah ke blog beliau untuk menyelongkar tips yang ada.. hehe..



Hah, kalau korang nak blogging tips juga korang boleh terjah blog beliau.. Banyak perkongsian tentang blogging tips di sana.. Memang tak rugi kalau korang singgah di blog beliau.. Korang akan membaca pelbagai ilmu dari sana untuk lebih maju dalam dunia blogging... Bagi yang bukan blogger pula, korang boleh lihat tempat-tempat menarik yang pernah blogger Hasrul Hassan lawati.. Nanti bolehlah korang plan untuk bercuti bersama keluarga.. Tak gitu.. Hiks

Oklah, untuk list 100 blog pilihan 2018 aku  tersenarai di tangga yang ke-50.. Wahh cun-cun dok tengah-tengah tu.. Haha!! Ramai blogger yang aku kenal dan ada dikalangannya merupakan blogger yang agak rapat dengan aku.. Semoga dengan penghargaan ini, dapatlah aku dan kengkawan yang lain lebih bersemangat untuk blogging lepas ni.. 

Kalau korang nak tengok sama ada korang tersenarai ataupun tidak, boleh klik di SINI..


Read More

Prosperity Juice KEMBALI Lagi!

Saturday, January 13, 2018

3 comments
Prosperity Juice KEMBALI Lagi!  |  Lagu kegemaran Tahun Baru Cina, Gong-Xi, Gong-Xi Songs telah kedengaran di udara dan dekorasi berwarna merah kelihatan di merata-rata tempat. Sama ada anda telah bersedia atau tidak, Tahun Anjing akan bermula tidak lama lagi! 


Untuk menyambut permulaan Tahun Baru Cina yang makmur, Juice Works Malaysia telah membawa kembali minuman Tahun Baru Cina yang disukai ramai peminat Juice Works iaitu Prosperity Juice!   

Diperbuat daripada campuran jus dari limau mandarin, jambu, strawberi dan kegemaran utama ramai; laici.. Minuman ini bertambah enak dan wangi apabila ditambahkan dengan sorbet yang lazat yang akan memberikan anda kebaikan yang akan dibawa oleh tahun baru ini.  

Minuman ini boleh didapati didalam tiga saiz iaitu Junior (250ml dan bagus untuk kanak-kanak), yang di jual pada harga RM 8.95; MIDI (450ml) yang dijual pada harga RM 10.95; dan Power (600ml), yang dijual pada RM 12.95 (semuar harga adalah termasuk GST).   


Berikut adalah serba sedikit kenapa Juice Works memilih buah-buahan istimewa di atas sebagai ramuan minuman tahun baru mereka :-    

Limau Mandarin 
Buah-Buahan bermusim ini adalah rendah kalori, penuh dengan serat dan Vitamin C dan A. Sebagai rakyat Malaysia, Tahun Baru Cina tidak akan lengkap tanpa satu atau dua limau mandarin ini. 

Jambu
Ia dikenali sebagai buah-buahan yang sihat, kaya dengan V Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, dan potassium, yang merupakan antioxidan and detoksifikasi yang hebat. 

Laici
Dipenuhi dengan Vitamin C, potassium dan fibre, ia juga merupakan sumber flavonoid yang hebat untuk memerangi penyakit. Ia juga mengandungi magnesium copper, zat besi, mangan and folat – semuanya adalah penting untuk peredaran dan pembentukan darah!

Strawberi
Buah-buahan yang berjus ini wangi dan merak, jus ini bukan sahaja dikenali sebagai buah antioksidant yang berada di 5 tangga teratas di dunia, malah ia juga didapati mempunyai keupayaan untuk mengawal atau mengurangkan tahap gula di dalam badan kami. Oleh kerana ia mempunyai phytonutrients yang tinggi, terdapat juga peningkatan minat untuk menyelidik terhadap buah ini untuk penyakit anti-radang!      


Minuman istimewa ini hanya boleh didapati di semua kedai dan kiosk Juice Works dari 12 Jan 2018 sehingga 28 Feb 2018. Oleh itu, dapatkan ia hari ini dan anda akan mendapat satu set beg angpow esklusif Juice Works secara PERCUMA, sementara stok masih ada.  

Sempena cuti perayaan yang akan datang ini, Juice Works mengucapkan kepada anda, Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai ah!  

P/s: Juice Works baru sahaja membuka kedai baru mereka di DC Mall dengan minuman eksklusif yang hanya boleh didapati di kedia Juice Works DM Mall.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Website



Read More