Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa

Thursday, April 19, 2018

6 comments
Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa  |  Dah agak lama rasanya  tak join segmen bloglist.. Mungkin ramai dah yang tendang blog aku dari bloglist mereka.. Haha!! It's ok, sebab aku tau aku jarang blogwalking blog korang.. Jadi, tak boleh salahkan korang kalau dah kick aku dari bloglist korang.. Aku sendiri pun rasanya dah lama tak buat segmen bloglist.. Bolehlah nanti aku buat untuk cari bloglist baru untuk blog aku ni.. Orite, kali ni aku nak join Segmen : Making A Blog List by Blog Siqahiqa.. Bolehlah aku duduk bertapa dalam bloglist siqah pas ni sebab semua yang join akan dimasukkan dalam bloglist blog beliau.. Yeyyy!!

Kalau rasa blog tu aktif, boleh join segmen ni.. 
Klik la banner kat atas nun ye..!

Kalau blog korang aktif, bolehlah join segmen ni sebab siqah mencari blog yang aktif untuk dimasukkan dalam bloglist beliau.. Bukan itu sahaja yang best, segmen ni juga mencari seorang yang terpiliha untuk memenangi hadiah misteri.. Apalah yang misteri nusantara sangat tu ye siqah.. Bedebau den.. Hehe..

Tarikh Tamat
03 Mei 2018



Read More

Senarai Pemenang Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends

Wednesday, April 18, 2018

39 comments
Senarai Pemenang Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends  |  Assalamualaikum wbt... Ok, malam ni baru ada masa sikit untuk aku up entry bagi mengumumkan pemenang Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends yang telah berakhir pada 9 April 2018 yang lalu.. Sorry sangat-sangat kerana buat semua peserta tertunggu-tunggu.. Jadi, siang tadi aku luangkan sedikit masa untuk membuat cabutan bagi memilih para pemenang giveaway ini.. 


Seramai 85 orang peserta telah mengambil bahagian dalam giveaway aku kali ni.. Alhamdulillah.. Tak sangka sebenarnya seramai ini yang menyertainya.. Terima kasih korang sebab support giveaway aku ni.. Untuk melihat senarai peserta boleh klik SINI ye... Untuk giveaway kali ni, pada awalnya aku ingin memilih pemenang melalui khidmat random tetapi last minit aku tukar fikiran dan memilih cara cabutan supaya lebih menyeronokkan.. Hehe..

Seperti yang korang sedia maklum, giveaway ini mencari 12 orang pemenang dan seorang pemenang hadiah misteri.. Jadi, kesemuanya adalah 13 orang pemenang.. Hadiah yang bakal korang menangi adalah seperti berikut :-

SENARAI HADIAH

➦ 2 helai Tudung Aidijuma + sebuah buku motivasi preloved x 3 pemenang (Lea Azleeya)

➦ Wang Tunai RM50 x 1 pemenang (Shad)

➦ Sebuah Komik Jali Ohsem x 3 pemenang (Ankel Jonni)

➦ Sebotol Sambal Garing Che Nor (150gm)  x 5 pemenang (Kak Yang)


➦ Hadiah Misteri x 1 pemenang (Lea Azleeya)


Cabutan telah dibuat, jadi siapakah yang bertuah itu? Jom sama-sama kita lihat..


Alhamdulillah, selesai sudah pemilihan pemenang... Tahniah kepada semua pemenang.. Ehh kejap pemenang hadiah misteri mana? Hehe ok, untuk hadiah misteri ni, special sikit... Aku tak buat cabutan sebab aku nak berikan kepada peserta yang terpantas...  Terpantas??

Ye, terpantas dan terawal menyertai giveaway ini.. Siapalah agaknya ye? Jom kite skodeng..


Tahniah kepada Siti Rohaida Yusof a.k.a Eda kerana berjaya menjadi yang terawal menyertai giveaway ini.. 


Orite, senarai pemenang pun dah tahu, jadi kepada semua pemenang bolehlah PM detail korang seperti dibawah ni kepada aku.. PM kat facebook aku tau.. Klik SINI..

Detail yang diperlukan untuk penghantaran hadiah :-

Nama  :
Alamat  :
No. Telefon  :
Link Penyertaan  :
Hadiah  :

Tuntutan hadiah hendaklah dibuat dalam masa seminggu dari tarikh 19.04.2018 sehingga 25.04.2018.. Sekiranya hadiah tidak dituntut selepas tarikh tersebut, pemilihan pemenang akan dibuat semula bagi hadiah yang tidak dituntut.. Tapi aku harap semua pemenang dapatlah menuntut hadiah mereka dalam tempoh yang diberikan supaya aku tak perlu buat pemilihan sekali lagi.. Sebab aku ni tak berapa nak rajin sebenarnya.. Haha!!

Apa-apa pun tahniah sekali lagi buat semua pemenang.. Yang tak berjaya diharapkan tak berkecil hati dan tak berputus asa... Mungkin bukan rezeki korang kali ni, akan datang siapa yang tahu kan.. Semoga berjumpa lagi digiveaway yang akan datang dengan hadiah yang mungkin lebih menarik.. Insyaallah..


Read More

Wajib Cuba! Makanan Sedap Di Mee Tarik Warisan Asli

Monday, April 16, 2018

9 comments
Wajib Cuba! Makanan Sedap Di Mee Tarik Warisan Asli  |  Bulan lepas aku berkesempatan mencuba makanan sedap di Mee Tarik Warisan Asli dengan kengkawan pejabat aku.. Aku ni sebenarnya tukang ikut dorang jerk sebab aku jenis bukan suka cuba bende yang baru.. Tapi dah dorang ajak, boleh la merasa kan.. Haha!! 


Sebenarnya Mee Tarik Warisan Asli ni ada 2 cawangan di Kuantan iaitu di Pantai Teluk Cempedak dan terbaru di Kuantan City Mall.. Untuk kali ni, kami terjah cawangan Mee Tarik Warisan Asli di Kuantan City Mall (KCM) kerana kebetulan kami ke KCM untuk cuci mata.. Sambil cuci mata kita cuci poket sekali.. Haha!! 

Pada awalnya nak pekena makanan korea sedap, tetapi dek kerana lalu depan kedai Mee Tarik ni, terus melencong masuk ke kedai Mee Tarik.. Tak jadi nak berkorea.. Hiks.. Seperti biasa, aku dah pening nak pilih menu yang ada... Almaklumlah tak biasa dengan makanan baru, beginilah natijahnya.. Tapi hakak cuba jadi se-cool yang mungkin dik non.. Wahaha!! Nasib baik, nama menunya tak pelik sangat.. Kalau tak, mahu kene interview pekerja kat situ dulu sebelum order.. 

Bersedia untuk memilih menu yang ada

Eceli kami keluar jalan-jalan cari makan ni adalah pada hari jumaat.. Time rehat untuk hari jumaatkan panjang, jadi masa nilah kitorang nak lunch tempat spesel sikit pun.. Kalau hari biasa, memang  tak sempat sebab tempat kerja kami jauh dari bandar.. Jom kita lihat apa yang aku dan kengkawan pilih untuk santapan lunch kali ini..

Mee Tarik Goreng adalah menu pilihan aku

Ini rupa sebenar Mee Tarik Goreng

Seperti biasa, aku mesti pilih menu yang paling selamat kalau aku tak biasa dengan sesebuah kedai makan tu.. Risau kalau tersalah order, tak tertelan dek tekak aku yang agak memilih ni.. Huhu.. Alhamdulillah, Mee Tarik Goreng ni memang sedap rasa dia.. Sampai licin aku bedal.. Nampak sikit kan, sebenarnya banyak ni tau.. Nak menghabiskannya tu, alahai bercita-cita hakak ni dik non!! Nasib baik sedap.. Hehe..

Mee Soup With Slices Chicken

Tu diaaa.... Penuh mangkuk..

Mee Soup With Slices Chicken ni pilihan Kak Era.. Dia memang peminat tegar sup.. Jadi, tak hairanlah dia memilih menu ini sebagai menu lunch dia kali ini.. Tapi yang menjadi masalah dia bila Cili Kicap tiada... Gelisah setaman dia.. Mula-mula tanya pekerja kat situ, katanya tiada.. Dah makan separuh, tetiba ternampaklah satu customer ni mintak Cili Kicap dan ada la pulak.. Terus aje Kak Era pergi kaunter mintak.. Rupanya, pekerja tu tak faham apa yang kami mintak tu.. Hadoiyai.. Apekeheyy lah.. Haha!! Lawak jerk..

Wet Mee With Mushroom & Meat

Banyaknye cendawannnn.. Nyummm!!

Kami bertiga, jadi menunya pun mestilah ada tiga.. Ini Menu ketiga, pilihan kawan aku yang bernama Eifah, Wet Mee With Mushroom & Meat.. Katanya tak ada selera tetapi terpaksa makan jugak sebab perut agak lapar.. Tak habis pun dia makan.. Huhu.. Bukan bermakna menu tak sedap tetapi tekak dia jerk yang kurang selera.. Menu ni agak kering sikit sebab tak berkuah.. 

Dah makan, mestilah ada air kan.. Air apelah agaknya kami order yek.. 


Ais Lemon Tea & Babao Tea


Aku dan Kak Era memilih air feberet kami iaitu Ais Lemon Tea.. Eifah biasalah, dia suka sangat cuba air pelik-pelik ni.. Babao Tea menjadi pilihan dia sebagai penghilang dahaga... Sedap ke? Hanya dia aje yang tahu sebab kami tak rasa pun.. 

Nampak tak makanan aku tak sampai lagi.. Selalu aje pergi makan mesti makanan aku lambat sampai... Huhu

Dah selesai isi perut, kami terus aje pulang ke pejabat... Perut dah kenyang baru senang hati nak sambung kerja.. Hehe.. 

Jadi, bagi korang yang nak cuba makanan sedap di Mee Tarik Warisan Asli ni, bolehlah terjah cawangan mereka di Kuantan.. Bermacam-macam menu makanan ada... Kalau nak cuba yang kami makan ni pun ok jugak sebab ternyata sedap.. 

Alamat

Mee Tarik Warisan Asli
Teluk Cempedak
25050 Kuantan, Pahang

Mee Tarik Warisan Asli
Kuantan City Mall (KCM)
GF 15 Kuantan City Mall Jalan Putra Square, 
25300 Kuantan, Pahang

Read More

Best Florist That You Can Count On - A Better Florist

4 comments
Best Florist That You Can Count On - A Better Florist  |  With so many flower shops in Malaysia, you’re either always going for the one that’s closest to you or constantly wasting time searching for a new one. Either you’re settling for what you can get fast or you’re always stressing about where you’re going to find that ideal flower bouquet or fruit basket. A Better Florist is the solution to it all. You can rely on them in every single aspect, as they are definitely the best flower delivery you will find out there. From creative and bespoke flowers and hampers, to the fastest and most reliable Malaysia flower delivery, you’ll be so surprised by it all, and in a good way.   



A Better Florist originated from Singapore. They opened up the doors to their flower shop for the first time in Singapore, selling flowers Singapore has never seen before; luxurious, gorgeous, fresh and at a very cheap price. After great success they expanded and opened up a flower delivery Hong Kong loves, a very successful UAE flower delivery and finally the best flowers delivery in Malaysia.   


If you love online shopping, visit their website, and scroll through their collections. You will find their signature creations at all times on their website, but you will also see seasonal or holiday creations they offer, such as Valentine’s Day flowers. They don’t go overboard with options so it’s easy and quick to find what you need, whether it’s funeral flowers KL needs, or even grand opening flowers, hand bouquets, pampering bundles, hampers, or their fruit basket everyone loves.   


You can order what they already have, if you’re in a hurry, or you feel that the bouquet will work for you, or you can ask them to create something unique for you. Whether it’s funeral flowers or anniversary flowers, or a new born baby hamper. Although there are plenty of options right now, if you are the creative type you’re going to enjoy creating your own get well soon hamper and taking your gifts to the next level.   


But one of the things that definitely set them apart from every flower shop in Malaysia, but also every flower delivery HK has or flower delivery Dubai has, is that they have a free, same day flower delivery that you can count on every day. You don’t have to be bothered by time or deadlines, because you can make a phone call and these guys will take care of it all for you. It’s free and they can get anywhere, so you don’t have to rush and do it yourself. I think this makes them the best florist in Kuala Lumpur, and it may be one of the reasons, the greatest reason, that they are considered the best florist in HK with a flower delivery Hong Kong raves about constantly.   


If you’re in Malaysia or have friends and family who love flowers and need a more convenient flower shop, feel free to recommend A Better Florist. They won’t be disappointed.


Read More

Hang Out Dengan BFF Sambil Pekena Makanan Korea Sedap

Sunday, April 15, 2018

15 comments
Hang Out Dengan BFF Sambil Pekena Makanan Korea Sedap  |  Alkesahnya dah berbulan-bulan berlalu tetapi baru ada masa untuk aku memorikan dalam blog aku ni.. 28 Februari yang lalu, aku memang dah plan siap-siap sebelum tu untuk ambil cuti bagi menenangkan fikiran pergi berjalan-jalan sambil happykan diri bersama BFF aku, si Yatt.. Dari dulu lagi memang begitulah cara kami.. Kami akan keluar bersama time hari bekerja sebab tak nak ganggu hujung minggu yang memang dah diperuntukan hari untuk bersama keluarga.. 


Masa untuk diri sendiri ni penting tau bagi meneutralkan kembali diri dan fikiran daripada tekanan di tempat kerja mahupun dirumah... Hehe... Selalunya kami akan keluar dari rumah sama waktu dengan kami pergi kerja.. Kenalah keluar awal sikit supaya perut dapat diisi terlebih dahulu sebelum misi kami jalankan.. Haha!! Bila dah perut kenyang, baru seronok nak jalan-jalan.. Betul tak?

Hari tu kami makan dekat kedai berhampiran rumah aku je.. Malas nak jelajah tempat yang jauh.. Lepas makan, barulah kami rancang apa aktiviti seterusnya.. Kami perlu setting masa dengan baik sebab jam 5 petang aku harus ambil anak aku pula di rumah pengasuh.. Masa tu ibarat emas bagi kami..

Black Panther Jadi Pilihan


Macam biasa, aktiviti menonton wayang harus ada dalam jadual kami.. Kali ni kami pilih movie Black Panther untuk santapan mata kami.. Pertama kali kami menonton di MBO selepas beberapa bulan dibuka di Kuantan City Mall (KCM)... Biasanya kami layan movie di Golden Screen Cinema (GSC) jerk.. Oh lupe, selalunya kami akan pilih hari rabu untuk kami keluar bersama sebab tiket wayang murah pada hari tersebut.. Nak berseronok pun, kena save bajet jugak kan.. Haha!!

Pada awalnya kami sangka tiket wayang di MBO ni mahal.. Rupanya, banyak pilihan rupanya.. Ada yang mahal ada juga yang murah mengikut seat dan juga hall... Kami memilih untuk menonton di small hall sahaja walaupun kami diberi cadangan oleh mereka untuk mencuba hall yang ada 'katil'.. Haha!! Kira katil la tu kan, sebab siap boleh baring lagik katanya.. Kalau kami pilih hall tu, rasanya kami tak menonton sebaliknya kami membuta.. Haha!!

Sementara tunggu nombor hall menyala!

 Nak bergambar kat sini pun boleh cetus kontrolbesi.. Haha!

Sebelum masuk panggung, kita bergambar dulu..

Black Panther? Hurmm pada pendapat aku, jalan ceritanya not bad.. Best jugak.. Tak membosankan.. Itu paling penting bila tengok wayang.. Kalau bosan, memang boleh kejadian keluar awal la jawabnya.. Hehe.. Cerita ni ada serius, sedih dan lawak.. Nampak macam cerita serius kan, tapi dalam serius tu ada jugak lawaknya.. Atau, kami jerk yang rasakan ianya lawak.. Haha!! Kiranya tak rugi la kami menonton cerita ni.. Berbaloi-baloi bayar tiket walaupun tiket tak mahal mana sebab hari rabu.. Half price!

Pekena Makanan Korea Sedap Di MyeongDong Topokki

Hang Out Dengan BFF Sambil Pekena Makanan Korea Sedap, Makanan Korea Sedap, MyeongDong Topokki, Kuantan city mall, kaki wayang, black panther movie

Eceli, ini adalah kali pertama aku makan makanan korea.. Aku ulangi, kali pertama!! Serius, sebelum ni memang aku tak ada terlintas langsung kat hati nak makan makanan korea sebab aku ni jenis yang tak suka explore makanan baru dan pelik.. Disebabkan desakan kawan aku sorang ni, aku cabarlah diri untuk makan makanan korea ni..

Lepas habis menonton, kami ke MyeongDong Topokki di dalam KCM juga.. Awal lagi kawan aku ni dah plan nak makan kat sini.. Aku ni dah biru muka tak tahu nak terima pelawaan dia atau pun tak.. Haha!! Kelakooo!! Almaklumlah jenis yang susah nak makan bende-bende diluar kotak.. Bagi aku, di luar kotak la.. Bagi korang, mungkin dah biasa dengan makanan korea ni kan..


Time nak order tu, aku dah tak tahu nak order apa.. Yang mana sedap pun ofkoslah aku tak tahu kan.. Jadi, jalan selamat aku pilih la menu yang berasaskan megi korea.. Nampak gambar pun menarik dan hot seller kat situ.. Apa yang aku order? Jom tengok..

Bersedia pilih menu

Ini pilihan aku.. Nampak sedap nak menarik..

Berasap lagi tuu... Mane tak berasapnya, sama berasap dengan hati aku sebab makanan aku ni dapat lambat gile.. Boleh pulak dorang terlupa buat yang aku punya.. Hampeh betul la..!! 2 kali pergi tanya baru dapat...


Menu pilihan aku adalah Hangul Chicken Ramyun berharga RM18.90... Set ni didatangkan sekali dengan sushi sayuran, bilis goreng (serius sedap), kimchi dan sayur kacang panjang. Air pilihan aku pula adalah Green Tea Ais.. Alhamdulillah menu pilihan aku ni dapat aku telan dengan aman tanpa rasa ragu-ragu sebab ternyata sedap.. Memang la megi tapi rasanya sedikit lain dari megi yang biasa aku makan.. Nama lagi megi korea kan, mestilah lain rasanya.. Tapi sedap wehh!!

Green Tea

Green Tea menjadi pilihan kitorang.. Inginkan sedap, rupanya tak rasa ape pun.. Haha!! Air teh tanpa gula.. Macam minum air kosong aje.. Itu pandangan kami yang selalu sangat minum air manis ni.. Padahal memang airnya rasa macam tu.. Green Tea kosong untuk kesihatan.. Orang korea kan memang mementingkan kesihatan.. Tak gitu hakak-hakak k-pop sekalian? Hehe..

Menu pilihan BFF aku

Rabokki namanya.. Dah nama cam robot jerk.. Hehe

BFF aku pilih untuk cuba Rabokki dengan harga RM17.90... Setnya juga seperti yang aku tadi juga ada sushi sayuran, bilis goreng, kimchi dan sayur kacang panjang... Kalau dilihat melalui gambar, aku rasa memang tekak aku tak boleh nak hadam menu ni.. Ternyata, bila aku cuba sikit yang BFF aku ni, tekak tak berapa nak terima sebab rasa peliknya agak kuat.. Tapi BFF aku boleh aje habiskan semuanya.. Hehe..

Cabaran makan Yangnyeom Chicken

Merah menyala warnanya..

Ini menu terakhir yang kami order.. Yangnyeom Chicken, RM 9.90 sahaja.. Nak tahu cabaran apa yang kami hadapi semasa makan ayam ni.. Pedas wehhh!! Pedas meletop.. Bukan sikit-sikit punye pedas.. Memang berapi mulut.. Aku larat makan seketul aje sebab pedas terlampau.. Yang lain BFF aku yang terpaksa habiskan.. Merah muka-muka dia nak habiskan ayam ni.. Memang tak order dah.. Haha!!

Haha.. sempat lagi dia kunyah tu time nak snap gambar.. Hadoii!!

Ini harga yang perlu kami bayar.. Kami dapat diskaun tau 15%... Muka ada sinyummm!! Alhamdulillah rezeki aku ari tu, BFF belanja.. Hehe

Kalau korang nak cuba makanan korea atau korang memang seorang yang craving makanan korea, bolehlah cuba di Myeongdong Tapokki ni.. Mungkin ramai yang dah familiar dengan kedai ini sebab mereka ada cawangan dimerata-rata di Malaysia ni..

Alamat

MyeongDong Topokki (Kuantan City Mall)
Kuantan City Mall, 
Jalan Putra Square 6/1,
Putra Square, Kuantan, 
25300 Kuantan, Pahang


Lepas makan, kami bergegas pula ke Kuantan Parade untuk aktiviti seterusnya.. Sebelum meneruskan aktiviti, kami menunaikan dulu kewajiban kami kepadaNYA.. Kami bersolat di Surau Kuantan Parade... Bila dah selesai solat, baru senang hati nak teruskan aktiviti kami..

Seperti biasa, aktiviti wajib kami adalah aktiviti menyumbangkan suara.. Suara dahlah sumbang, kami sumbangkan lagi.. Hehe.. Selepas kami karok sejam dua, kami pun terus pulang.. Memang tak singgah dimana-mana dah sebab aku berkejar-kejar pula untuk ambil anak di rumah pengasuh.. Kesimpulannya, hang out kami kali ni memang best!! Ehh bukan kali ni jerk tau, tetapi setiap kali hang out pasti akan rasa puas hati.. Hilang segala gundah gulana hati dan stressss.. Hehe...

Tunggu next plan kami lagi ye...


Read More

LiveCollagen Untuk Kulit Kekal Sihat, Anjal Dan Cantik

Saturday, April 14, 2018

5 comments
LiveCollagen Untuk Kulit Kekal Sihat, Anjal Dan Cantik  |  Semakin berusia kita, semakin menyusutlah peratus kolagen dalam badan.. Masa tu, kulit akan hilang keanjalan dan garis-garis kedutan mula menghuni kulit kita.. Mengikut kajian, semasa kita berusia 25 tahun, tubuh mula beransur-ansur kehilangan kolagen sebanyak 1.5% setiap tahun. Akibatnya, kulit tidak lagi mempunyai sokongan yang baik untuk lapisan kulit teratas dan kulit mula melahirkan kedutan kerana kolagen sudah tidak berfungsi lagi.. Ini bermakna, kolagen sangatlah penting untuk memastikan kulit kekal sihat, anjal dan cantik. 


Bagaimana nak kekalkan kolagen dalam badan ni supaya kekal sihat, anjal dan cantik? Haaa itu soalan yang sering bermain difikiran mereka-mereka yang dah berusia termasuklah aku sendiri.. Haha!! Dulu mungkin aku tiada jawapan bagi soalan itu.. Tetapi sekarang ianya sudah terjawab sejak aku diperkenalkan dengan LiveCollagen untuk kulit kekal sihat, anjal dan cantik.. 

Apa Itu LiveCollagen?


LiveCollagen merupakan makanan kesihatan dan juga kecantikan yang dirumus daripada rumusan unik yang terdiri daripada Hydrolyzed Marine Collagen dari Perancis, Glisin (Asid Amino) dan 9 jenis Buah Beri Liar dari Amerika Syarikat iaitu :-
  • Blackberry
  • Rasberry Merah
  • Rasberry Hitam
  • Blueberry
  • Strawberry
  • Boysenberry
  • Mulberry
  • Cranberry
  • Ceri
Minuman lazat dan berkhasiat ini tidak mengandungi kalori yang tinggi, tiada pengawet, tiada pewarna tiruan, tiada penapis atau agen bulking dan paling penting tanpa bau ikan yang kuat.. Minuman ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin cantik, awet muda (anti-penuaan) dan ingin mencapai tahap kesihatan semulajadi..

Apakah Manfaat LiveCollagen?


Manfaat Untuk Kesihatan
  • Melindungi tulang rawan dan cecair sinovial
  • Mengurangkan kerosakan oxidative kepada sendi dan mengurangkan sakit sendi
  • Mengurangkan rasa sakit akibat gangguan keradangan seperti arthritis
  • Mencegah pembekuan darah dan membantu mengekalkan jantung yang sihat
  • Meningkatkan kemampuan dan corak tidur
  • Mencegah kerosakan sel dari tekanan emosi dan fizikal
  • Menggalakkan penyembuhan luka
  • Menguatkan sistem imun badan

Manfaat Untuk Kecantikan
  • Menggalakkan kehilangan inci badan
  • Mengurangkan selulit
  • Meningkatkan kesihatan rambut dan kuku
  • Menghilangkan garis-garis kerutan, kaki merekah, garis pada hidung dan juga kedutan
  • Meningkatkan keanjalan dan kelebihan kulit
  • Membantu kulit agar lebih bersinar dan berseri-seri
  • Membaiki kulit kering, kulit merekah dan kulit rosak akibat panahan cahaya matahari
  • Anti-Penuaan
  • Membantu pembesaran payudara secara semulajadi
  • Mempercepatkan keberkesanan produk penjagaan kulit

Tahukah Anda?

Apakah Yang Menyebabkan Radikal Bebas?


Radikal bebas akan terus terhasil di dalam badan akibat dari :-
  • Reaksi metabolisme
  • Semasa bersenam
  • Perokok aktif dan pasif
  • Alkohol yang berlebihan
  • Pendedahan kepada pencemaran alam sekitar, cahaya matahari, X-Ray dan radiasi
  • Mengambil beberapa ubat terutamanya antibiotik
  • Tekanan fizikal dan emosi

Kesan Kerosakan Radikal Bebas Kepada Badan Dan Kulit

Manusia terdedah kepada lebih daripada 70 jenis penyakit dan 90% daripada mereka adalah berkaitan dengan radikal bebas.. Radikal bebas boleh merosakkan sistem saraf, penglihatan, kulit, organ, dan kecergasan secara keseluruhan dan dikaitkan dengan :-
  • Penuaan awal kulit
  • Pengerasan dan pembengkakan arteri
  • Penyakit radang kronik seperti arthritis
  • Imuniti terjejas
Boleh dikatakan hampir setiap hari kita terdedah dengan radikal bebas.. Betul tak? Aku juga tidak terkecuali.. Sebab itulah aku amalkan LiveCollagen ni sebab ianya memberi manfaat bukan sahaja untuk kecantikan tetapi juga untuk kesihatan.. 

Bagaimana Cara Penggambilan LiveCollagen?

Best tau rasa LiveCollagen ni... Walaupun ada sedikit rasa pahit tetapi ianya masih sedap diminum.. Terasa keenakan berry di dalamnya.. Seriusss wehh!! Ok, untuk cara pengambilannya sangatlah mudah dan tidak rumit.. Jom lihat step dibawah beserta arahan pengambilannya.

Cara Bancuh
  • Campurkan 1 sachet LiveCollagen dalam 125ml air masak atau jus dibawah suhu 50"c
  • Kacau sehingga betul-betul larut
  • Kemudian minum segera...

Arahan pengambilan
  • Minum sebelum waktu tidur
  • Untuk 2 minggu pertama, ambil 2 sachet sehari sebelum sarapan dan sebelum waktu tidur 
  • Maintenance : 1 sachet sehari sahaja sudah memadai

Apa Kata Aku Tentang LiveCollagen?


Eceli aku dah consume LiveCollagen ni habis sekotak iaitu 20 sachets selama 10 hari.. Sehari aku amalkan 2 sachet pada pagi dan malam.. Almaklumlah, nak result yang cepat kan.. Rasa LiveCollagen ni ofkoslah rasa berry.. Nama lagi diperbuat daripada 9 jenis berry kan.. Mestilah rasa berry... Ada sedikit masam, manis dan pahit.. Kira balance la rasa dia.. Sedap!!

Selain rasa yang sedap, LiveCollagen ni dah bantu tidur aku.. Serius, lepas amalkan LiveCollagen ni tidur aku lebih baik dari sebelum ni.. Bila bangun tidur pun, badan lebih segar.. Bukan itu saja tau, emosi aku pun makin stabil sekarang.. Kalau tak asyik stresssss aje.. Haha!!  Yela, bila badan sihat, sudah tentu emosi pun stabil kan..

Yang paling best, aku dapati kulit aku ni lebih lembut dan lembap tak seperti sebelum ni, kering merekah.. Haha!! Adalah sedikit berlakunya keanjalan di situ.. Kalau nak lebih anjal, kenalah consume LiveCollogen ni berterusan dan konsisten.. Betul tak? Paling penting, minum air yang mencukupi.. Korang makanlah supplement ape saja, perkara yang paling utama kena minum air putih yang banyak, barulah kesan tu lebih powerrrrr!!

Bagaimana Untuk Dapatkan LiveCollagen Ini?

Orite, bagi korang yang rasa-rasa nak jugak alami apa yang aku alami lepas consume LiveCollagen ni dan nak kekal sihat, anjal dan cantik, bolehlah dapatkan LiveCollagen ni sekarang kerana aku ada berita baik buat semua pembaca blog aku... Dengan setiap pembelian LiveCollagen atau mana-mana produk keluaran Dynamic Nutrition di website, anda layak untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM5 dengan menggunakan promo code seperti dibawah ini :-

leaazleey5


Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

No. Telefon
+603 80812128

Email
enquiries@dyna-nutrition.com


Read More