toysdirect
Showing posts with label toysdirect. Show all posts

Mainan Pendidikan Yang Murah Di Toysdirect.my

Wednesday, October 12, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Mainan Pendidikan Yang Murah Di Toysdirect.my  |  Bila sebut aje permainan, mesti terbayang kanak-kanak.. Pendek kata permainan ni dah sinonim dengan budak-budak kan... Tapi harus diingat, tak semua permainan sesuai untuk kanak-kanak.. Kita sebagai ibu bapa kenalah pilih permainan yang bersesuaian dengan umur anak kita.. Ye dak?? 

Macam anak aku si Qhaliff tu, permainan yang ada dekat umah tu bukan dia main sangat.. Dia lebih suka sepah-sepahkan mainan tersebut.. Mungkin agak bosan dengan mainan biasa seperti itu.. Sekarang umur dia dah menghampiri 2 tahun, so aku ingin dedahkan dia dengan Educational Toys supaya mindanya lebih berkembang... Selain itu, permainan yang berbentuk pendidikan ni lebih menyeronokkan dan boleh membuatkan anak-anak kita mengalami lebih banyak pengalaman dalam permainan tersebut...

Setakat ini di rumah, Qhaliff dah ada beberapa Educational Toys sebenarnya seperti Flash Card, Puzzle Play Mat dan Apple Al-Quran yang dihadiahkan oleh kakak dan kawan aku untuknya... Aku tak belikan ke Educational Toys untuk anak aku?? Haha.. Bukan tak nak beli tapi aku ni bukan rajin sangat nak pergi terjah pasaraya untuk bersesak-sesak mencari permainan si Qhaliff tu... Kalau aku bershopping pun kebanyakannya secara online.. Mudah dan senang.. Barang sampai di muka pintu.. Tak perlu bersesak-sesak di Shopping Mall.. 

Jadinya, aku decide untuk belikan Qhaliff Educational Toys secara online sahaja di Toysdirect.my... Mudah dan murah..!! Jom aku kenalkan kat korang tentang sebuah website yang menjual Educational Toys yang murah ni.. 


TENTANG TOYSDIRECT.MY

Toysdirect.my telah ditubuhkan pada tahun 2014 dan telah berkhidmat kepada masyarakat selama 2 tahun... Fokus utama mereka adalah pada alat permainan untuk pendidikan, bahan Mentessori dan juga buku... Toysdirect.my juga adalah peruncit yang menjual permainan pendidikan pada harga yang berpatutan dan mampu milik..

Di Toysdirect.my terdapat pelbagai permainan pendidikan, antaranya Books, Flash Card, Puzzle, Building Block, Logical Thinking Game, Art and Imagination dan lain-lain lagi.. Permainan pendidikan kanak-kanak ini merupakan alat untuk mereka explore dan belajar sesuatu dan ianya juga memainkan peranan penting dalam perkembangan minda, pendidikan dan emosi kanak-kanak... Oleh yang demikian, permainan pendidikan ini boleh dijadikan alat untuk mencabar dan merangsang minda kanak-kanak untuk mencari dan mencipta alasan...

2 Barangan Educational Toys Di Toysdirect.my Menarik Minat Aku

Setelah setengah jam aku menjelajah website Toysdirect.my melihat-lihat apa yang patut dibeli buat Qhaliff dan aku decide nak beli 2 barang permainan pendidikan yang aku rasa sesuai untuk anak aku tu.. Apakah?? Nak tahu kena baca sampai habis ye...

SPACE SAND 4KG

Educational Toy yang pertama mencuri tumpuan aku adalah Space Sand.. Dah lama kowt nak beli untuk Qhaliff sebab si Qhaliff ni bila bermain dekat luar suka sangat pergi dekat pasu bunga aku dan korek tanah tanpa aku sedari.. Haha.. Sebab tu la aku teruja untuk membeli Space Sand ni.. Dengan adanya Space Sand ni, bolehlah dia bermain dengan selamat dan tanpa terdedah dengan kekotoran yang boleh membawa penyakit... Selain itu, bolehlah Qhaliff merangsang mindanya dengan membina atau membentuk sesuatu dengan Space Sand ni.. Hiks..

Untuk pembelian sila klik disini  >>> Space Sand 4KG

Set Space Sand ni berharga RM 58.00 sahaja termasuk 4KG tanah pelbagai warna yang boleh dipilih, tray dan 30 aksesori dengan pelbagai bentuk... Cantik-cantik bentuk aksesori yang disediakan tau... Jom tengok..

Antara warna tanah yang ada.. Sila pilih ye!! 

Aksesori Space Sand

Aksesori Space Sand


Discovery Kids Wooden 3IN1 Table Top Easel

Barangan kedua yang menarik minat aku adalah Discovery Kids Wooden 3IN1 Table Top Easel... Kenapa aku suka barangan ni adalah kerana anak aku tu dia suka conteng dinding ye korang-korang semua.. Adoii abeh calar balar aku punye dinding rumah.... Redha jerk bila tengok.. Dengan adanya Discovery Kids Wooden 3IN1 Table Top Easel ni, boleh la dia conteng sepuas-puasnya dekat atas board tu... Selamat sikit dinding aku.. Haha.. Berapa harga tu?? Jom tengok lagi...
Untuk pembelian klik sini  >>>  Discovery Kids Wooden 3IN1 Table Top Easel

Comelkan Discovery Kids Wooden 3IN1 Table Top Easel ni.. Harganya hanya RM79.00 sahaja dan didatangkan sekali dengan 6 colourful chalks, Eraser, Paperclip dan Paper Roll.. Berbaloi-baloi kan.. Discovery Kids Wooden 3IN1 Table Top Easel ini diperbuat daripada Pine Wood dan seberat 3.5kg... Bagi anak-anak yang baru mula nak cuba menulis tu boleh la beli Discovery Kids Wooden 3IN1 Table Top Easel... Mudah sikit dorang nak belajar menulis dan melukis ataupown lebih tepat menconteng... hehe..


Banyak lagi sebenarnye yang menarik perhatian aku... Tapi aku sabarkan hati dengan memilih 2 sahaja dahulu buat permulaan ni.. Akan datang maybe aku akan beli yang lain pula untuk Qhaliff.. Rambang mata dibuatnya... Permainan pendidikan ni tak rugi kalau beli banyak-banyak sebab ianya untuk pembelajaran anak kita jugak kan dan bukan permainan yang sia-sia..

Di Toysdirect.my ni ada permainan yang dah memang ready stock dan ada juga yang pre-order.. So, korang kalau nak cepat kene beli yang ready stock la ye.. Untuk yang ready stock, parcel akan dihantar dalam tempoh 1-3 hari selepas bayaran dibuat dan diterima.. Manakala yang pre-order pula, memakan masa lebih kurang 4-6 minggu selepas tarikh pembayaran.. Cara penghantaran adalah melalui Poslaju atau Pos Domestik atau boleh juga Self Collect... 

So, ape tunggu lagi, jom lah bershopping barang mainan yang bermanfaat buat anak-anak korang di sana dengan harga yang berpatutan dan mampu milik... Berbaloi-baloi..!!! 


Untuk pembelian dan keterangan lanjut, sila layari :-

Website
http://www.toysdirect.my/

Facebook
https://www.facebook.com/toysdirectmy/

Email
 toysdirect.my@gmail.com

Whatsapp
012-6067310


TOYSDIRECT.MY
"Inspiring Imagination & Play"


Read More