tip
Showing posts with label tip. Show all posts

Tip Untuk Berjaya Dalam Kerjaya

Saturday, September 5, 2020

4 comments
Assalamualaikum wbt..


Tip Untuk Berjaya Dalam Kerjaya  |  Tip lagi untuk korang.. Haaa kali ni aku nak kasi tip untuk berjaya dalam kerjaya.. Ada tak yang nak berjaya dalam kerjaya ni?? Kalau ada boleh la try tip yang akan aku up kat sini.. Sudi-sudikanlah membacanya ye.. Agak panjang sikit.. Kalau nak berjaya jangan malas-malas untuk baca sampai habis tau..

Silalah baca dan hadam ye.. :)



IMPIAN & SASARAN

Mempunyai impian dan sasaran tertentu untuk mencabar diri ternyata sesuatu yang baik.. Ia melatih diri untuk berusaha mencapai sesuatu yang luar biasa dalam kehidupan..

Bagaimanapun, jika impian atau sasaran yang ditetapkan terlalu tinggi, ia akan memberi tekanan yang lebih besar kepada kita.. Tetapi jangan cepat mengalah sebaliknya cuba sebaik mungkin terlebih dahulu... Gagal sekali bukan bermaksud gagal selama-lamanya.



JANGAN TERTEKAN

Tertekan apabila sesuatu kerja itu tidak dapat diselesaikan atau risau antara punca stress.. Tekanan tidak mendatangkan kebaikan dalam diri kita sebaliknya boleh mendatangkan banyak penyakit..

Apabila kita sering gembira dan senang hati, lebih mudah impian dicapai yang disusuli usaha.. Selain itu, stress akan membuatkan diri kita lemah dan malas untuk melakukan semua kerja.. Untuk Muslim, cara terbaik untuk menghilangkan stress adalah dengan memperbanyakkan doa dan zikir..



BERANI CUBA SESUATU YANG BARU

Sebagai manusia, kita mempunyai satu tabiat yang sering dilakukan iaitu sentiasa mengulangi perkara sama.. Kita takut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana khuatir hanya akan bertemu dengan kegagalan..

Sikap seperti inilah yang menyebabkan seseorang itu tidak maju dan terus ketinggalan.. Tidak salah untuk mencuba sesuatu sebab ia akan membuat minda kita mencuba perkara di luar zon selesa..

Keluar dari zon selesa antara langkah awal untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat...



BANDING PENCAPAIAN DIRI DENGAN ORANG LAIN

Anda boleh membandingkan pencapaian diri sendiri dengan orang lain yang lebih berjaya tetapi jangan terlalu obses sehingga ia berupaya membuatkan anda sentiasa dalam tekanan..

Ini kerana, sekiranya anda gagal untuk mencapai sesuatu tahap yang diingini, ia menyebabkan anda mudah berasa putus asa dan mengutuk diri sendiri..

Setiap individu diberikan daya mampu yang berbeza kerana ada antara kita yang mendapat lebih manakal yang lain pula sedikir rezeki mereka..



KONGSI IDEA DAN MAKLUMAT

Rata-rata manusia hari ini mempunyai 'penyakit' takut-takut untuk berkongsi dan memberitahu idea yang mereka miliki.. Contonnya, bila mereka mempunyai satu idea hebat tetapi mereka simpan kerana takut orang lain menirunya..

Sebenarnya, jika kita berkongsi idea itu bersama orang lain, kita akan menjadi lebih kreatif untuk berfikir.. Secara psikologinya, ia memaksa kita mencari idea yang lebih hebat daripada idea asal.. Ia juga membuatkan kita mengambil rindakan pantas untuk merealisasikan idea berkenaan..



KEKALKAN MOTIVASI DIRI

Kebiasaannya, anda akan berasa tahap untuk memotivasikan diri amat penting bagi setiap individu.. Tetapi pada masa yang sama motivasi diri akan hilang secara perlahan-lahan..

Cara untuk mengekalkan motivasi diri dengan kekalkan momentum anda.. JIka anda sedang berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu pekerjaan, jangan berhenti sehingga dua atau tiga hari kerana momentum anda akan berkurangan..

Motivasi diri juga akan berkurang dan akhirnya semuanya menjadi sia-sia saja.. Oleh itu, sentiasa fikir mengenai kerja yang dilakukan itu supaya momentum anda terus kekal dan tidak berkurangan..



SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

Ramai tidak percaya pada kekuatan berfikiran positif.. Sesetengah orang berpendapat, berfikiran positif hanya cakap kosong.. Sebenarnya tidak kerana apabila sentiasa berfikiran positif, minda kita akan segar dan berdaya saing..

Sematkan kata-kata positif dalam minda dan ulangi sebanyak mungkin.. Mungkin pada peringkat permulaan, anda tidak nampak kesannya tetapi sampai satu tahap, anda akan lihat dengan berfikiran positif kita tidak lagi cepat berputus asa..

Sebaliknya, lebih cekal dan tabah menghadapai dugaan atau cabaran yang mendatang..


DEKATI DIRI DENGAN ORANG YANG HEBAT & BERJAYA

Tahukah anda bahawa 85% kejayaan diri bergantung kepada mereka yang berada di sekeliling kita?

Oleh itu, dekatilah mereka yang hebat dan berjaya supaya anda mempunyai motivasi untuk menjadi seperti mereka.. Beranikan diri untuk meninggalkan kelompok lama dan binalah kelompok baru agar dapat mengorak langkah lebih maju ke hadapan dalam bidang perniagaan mahupun profesional lain..



CATAT MATLAMAT DIRI

Setiap individu mempunyai matlamat untuk berjaya.. Tetapi kalau sekadar mempunyai matlamat tidak cukup.. Ianya hanya ibarat angan-angan kosong..

Sebagai permulaan, tulis matlamat diri yang boleh dilihat, dipegang dan dibaca bagi tujuan peringatan..

Kajian menunjukkan 98% orang tidak menulis matlamat diri.. Ini menyebabkan mereka tidak tahu cara untuk menetapkan matlamat akibat tidak pernah didedahkan dengan perkara berkenaan.. Selain itu, mereka juga tidak percaya dengan menulis matlamat boleh memberi faedah.. Kebanyakannya menyatakan dengan berfikir sahaja matlamat tanpa menulisnya sudah mencukupi..



JANGAN MALU & SOMBONG UNTUK BERTANYA

Terdapat sesetengah orang yang sudah berada di tahap selesa dan hebat malu untuk bertanya kerana risau kredibiliti mereka akan merundum..

Jangan begitu, walau ditahap mana pown anda, ilmu harus sentiasa di cari.. Cara mudah untuk mendapatkan ilmu adalah dengan bertanya.. Dengan bertanya, kita akan mendapat jawapan yang diingini dengan tepat dalam masa yang singkat..

Ada juga yang terlalu merendah diri lalu malu untuk bertanya kerana bimbang soalan yang hendak ditanyakan itu dianggap soalan bodoh.. Mereka terus menyimpan pertanyaan itu dan semua persoalan tidak terjawab dan akhirnya mereka gagal mencapai cita-cita..

Jangan malu beryanya kawan.. Nanti korang jugak rugi.. Bak kata pepatah, "malu bertanya sesat jalan"..


Menguruskan Masa Dengan Baik


PENGURUSAN MASA YANG BAIK

Pengurusan masa sangatlah penting untuk menjadikan seseorang itu berjaya terutamanya apabila anda melakukan lebih daripada satu pekerjaan.. Dengan menyediakan jadual dalam diari harian, lebih memudahkan supaya segalanya berjalan dengan lancar..

Pastikan adan bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerja supaya hidup anda tidak kelam kabut.. Berkomunikasi dengan mereka sekiranya mengalami sebarang kesulitan yang tidak boleh dielakkan..






Read More

Cara Simpan Makanan Yang Betul

17 comments
Assalamualaikum wbt..


Cara Simpan Makanan Yang Betul  |  Korang simpan makanan camne kat umah? Betul ke cara korang simpan tu? Hari ni aku nak kongsi sedikit panduan cara penyimpanan makanan yang betul.. Panduan ni hasil dari pembacaan aku dari artikel-artikel yang berkaitan penyimpanan makanan.. Jom tengok cara penyimpanan makanan yang betul..


Ramai pakar pemakanan bersetuju, cara penyimpanan makanan tidka betul boleh menyebabkan ia mudah tercemar sekali gus membuka ruang keracunan pada orang memakannya.. Antara kesan ketara akibat makan makanan tercemar adalah seperti sakit perut, muntah-muntah atau kehilangan air dalam badan.. Kadangkala makanan yang dibeli di pasar atau pasaraya sememangnya bersih tetapi kerana kita tidak menyimpannya dengan baik serta betul, makan kuman dan bakteria mudah menghinggapinya.. Makanan yang bersih adalah kunci kesejahteraan sekeluarga..

Panduan Penyimpanan Makanan Secara Asas


Arahan penyimpanan makanan pada label bungkusan sebenarnya bukanlah sekadar hiasan semata-mata tetapi ianya bertujuan untuk kita mengikuti arahan tersebut agar makanan tidak tercemar.. So, sila baca, fahami dan ikut arahan tertera sebelum dan selepas membuka setiap bungkusan.. Ada produk yang sesuai disimpan dalam ruangan sejuk beku atau sesuai diletakkan di dalam bekas kedap udara sahaja..


BIJIRIN

Umumnya, bijirin seperti beras, kacang dan tepung gandum perlu disimpan di dalam bekas kedap udara dan disimpan di tempat dingin, kering dan jauh daripada sinaran matahari.. Penyimpanan di tempat yang sejuk dan berair memudahkan ia rosak.. Sebagai contoh, beras mudah dihinggapi kumbang/kutu beras jika sering terdedah kepada hawa sejuk..


SUSU & PRODUK TENUSU


Susu dan produk tenusu antara yang mudah rosak.. So, pastikan anda mengenali jenis susu yang dibeli..

Susu Segar Pasteur

Haruslah diletakkan di ruang pendingin yang mempunyai suhu antara 0 - 4 darjah celcius.. Elakkan meletakkan susu pasteur pada suhu bilik kerana ia mudah dicemari bakteria..


Susu Ultra Tinggi / Susu U.H.T

Tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.. Selepas kotak dibuka, lebihan susu hendaklah disimpan di dalam peti sejuk di ruang pendingin pada suhu antara 0 - 4 darjah celcius...

Keju

Mestilah sidimpan dengan pembungkus asalnya di dalam peti sejuk.. Selepas dibuka, ia mestilah dibungkus semula dengan sempurna menggunakan pembungkus baru yang kalis air (seperti aluminium atau plastik) atau diletakkan di dalam bekas yang bertutup ketat bagi mengelakkan kekeringan wap air di permukaan keju..

Nota kaki :-
Elakkan mengimpan susu berdekatan dengan bahan makanan yang mempunyi bau yang kuat..


TELUR


Telur sebaiknya disimpan di ruang pendingin pada suhu 0 - 4 darjah celcius bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria.. Sungguhpun ada yang gemar membasuh telur sebelum disimpan, tetapi ada saranan, elak basuh telur sebelum disimpan.. So, semasa nak guna barulah basuh,... Itu lebih baik bagi mengelakkan telur rosak..


DAGING, AYAM & IKAN


Simpan daging, ayam dan ikan yang akan digunakan dalam tempoh tidak melebihi tiga hari di ruang penyimpanan khas di bawah ruang sejuk beku pada suhu antara 2 darjah celcius atau kurang.. Untuk penyimpanan yang lebih lama, daging, ayam dan ikan hendaklah disimpan secara sejuk beku iaitu kurang daripada 0 darjah celcius..

Untuk hasil terbaik, daging, ayam dan ikan hendaklah disimpan didalam bekas plastik kedap udara sebelum disimpan bagi mengelakkan berlakunya proses kekeringan dan baunya 'menjangkiti' makanan lain pada ruang penyimpanan yang sama..


BUAHAN & SAYURAN



Untuk mengekalkan kesegaran buah-buahan dan sayur-sayuran, anda boleh membungkusnya menggunakan plastik pembungkus makanan sebelum dimasukkan ke bahagian ruang penyimpanan di dalam peti sejuk.. Bagi sayuran berdaun pula, ia perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk..

Nota kaki :-
Jangan simpan buah-buahan dan sayur-sayuran di ruang sejuk beku kerana ia boleh merosakkan tisu buahan dan sayuran selain tidak segar..





Read More

7 Tip Kulit Wajah Sihat Dan Cantik

Wednesday, August 26, 2020

7 comments
7 Tip Kulit Wajah Sihat Dan Cantik  |  Ramai diantara kita pada hari ini yang nakkan kulit wajah yang cantik.. Tapi tahukan korang kulit cantik itu datangnya dari kulit yang sihat.. Hehe.. Ada juga yang terlalu obses nak cantik sehingga sanggup lakukan apa sahaja termasuklah melakukan pembedahan, suntik sana suntik sini, tak kurang juga yang membuat rawatan kecantikan kulit... Bagi yang berkemampuan tak salah untuk melakukan rawatan di pusat pakar kecantikan.. Tetapi bagi yang kurang berkemampuan bagaimana pula? Haaa jangan risau, disini aku nak kongsikan dengan korang semua 7 langkah mudah yang boleh korang amalkan bagi mendapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik.

7 Tip Kulit Wajah Sihat Dan Cantik

Read More

Jom Dapatkan Maklumat dan Tips Kesihatan

Saturday, June 6, 2020

2 comments
Jom Dapatkan Maklumat dan Tips Kesihatan | Assalamualaikum.. Hai korang... Haa tengah buat apa tu? Kalau takde urusan penting diluar, duduklah dirumah ye supaya kita boleh hapuskan terus rantaian Covid-19 ni dan kembali dengan kehidupan normal seperti dulu.. Sekarang pun normal bukan tak normal tetapi dengan norma yang baru.. Hah gitteww.. Okeh, tak nak bebel panjang lebar, hari ni aku nak share dengan korang maklumat dan tips kesihatan yang patut kita tahu dan amalkan.. 

Jom Dapatkan Maklumat dan Tips Kesihatan

Aku nak perkenalkan kepada korang semua sebuah laman web kesihatan yang selalu menjadi rujukan aku dan juga ramai orang iaitu laman web Tips Kesihatan. Dalam laman web ini korang boleh dapatkan informasi berkenaan penyakit, jenis rawatan dan yang paling best ada banyak tips untuk gaya hidup sihat.. Jadi mudahlah kan, hanya bukak laman web ni saja korang dah dapat pelbagai info kesihatan.. 

Apa yang aku suka sangat tentang laman web ini adalah penulisannya yang santai, mudah difahami dan kalau ada terma perubatan pun akan diterangkan secara ringkas.  Selain itu, aku juga boleh print setiap artikel yang ada di dalam laman web ini sebagai rujukan sendiri, keluarga mahupun kenalan dengan hanya menekan ikon print dekat hujung artikel tersebut.. Format printing dia memang cantik dan tak berserabut.

Kalau korang nak cari maklumat berkaitan sebarang penyakit atau apa-apa sahaja berkaitan kesihatan bolehlah layari laman web tersebut ya.. 
Read More