contest
Showing posts with label contest. Show all posts

Giveaway Novel #MengintaiAkuDiNeraka

Thursday, February 1, 2018

3 comments
Giveaway Novel #MengintaiAkuDiNeraka  |  Permulaan bulan Februari 2018 dengan menyertai giveaway rakan-rakan blogger.. Ok tak? Hehe.. Disebabkan aku ni minat sangat dengan penulisan penulis Ustaz Hadi Fayyadh dan boleh dikatakan setiap buku tulisan beliau aku akan beli, maka dengan gembiranya aku nak join giveaway ini sebab hadiahnya adalah sebuah buku islamik karya Ustaz Hadi Fayyadh.. 

Klik banner untuk join


Giveaway kali ni adalah anjuran Blog www.mohdnoorshawals.com... Giveawaynya berlangsung di blog dan juga IG beliau... Kalau korang nak join bolehlah join di Blog atau di IG beliau.. Oh ya, nak join di kedua-dua medium tersebut pun boleh.. Tak de masalah.. Hiks..

Kalau korang nak join, bolehlah terus klik banner kat atas nun ye.. Jom la pakat-pakat join giveaway ni.. Dapat buku best tu weh.. Rugi kot kalau tak join.. Lagi rugi kalau tak baca buku ni.. Haaa...

Tarikh Tamat
15 Februari 2018



Read More

Giveaway souvenirs Pulau Jeju By SitiYangMenaip Dan SalbiahM

Sunday, January 28, 2018

10 comments
Giveaway souvenirs Pulau Jeju By SitiYangMenaip Dan SalbiahM  |  Terasa sangat renggang perhubungan aku dengan blog aku ni sejak akhir-akhir ini.. Hehe.. Untuk tidak merenggangkan lagi hubungan aku ni, aku kena buat sesuatu.. Apakah? Yesss aku nak join Giveaway souvenirs Pulau Jeju By SitiYangMenaip Dan SalbiahM ni.. Kehkehkeh!!

Klik banner kalau rasa nak join ye!

Disebabkan hadiah yang menarik, jadi aku nak join giveaway ni.. Apa hadiahnya? Meh semak sesama ye..

SOUVENIRS YANG BAKAL DIBERIKAN
3 x Fridge Magnet Pulau Jeju (3 Orang Pemenang) 
5 x Keychain Khas Pulau Jeju (5 Orang Pemenang)

Nampak tak apa yang aku highlight kan tu.. Hehe.. Aku ni kan pengumpul FM.. Jadi, kalau ada yang buat giveaway hadiahnya FM, mesti aku akan join.. Lagi teruja kalau FM dari tempat-tempat yang jauh seperti luar negara.. Bertambah teruja aku nak join.. Hiks..

Orite, jom pakat join ramai-ramai ye.. Cepat tau sebab beberapa hari lagi giveaway ni akan tamat.. Rugi tak join..

Tarikh Tamat
31 Januari 2018



Read More

Giveaway Hadiah Misteri Dari Astraveler

Friday, December 8, 2017

18 comments
Giveaway Hadiah Misteri Dari Astraveler  |  Hujung tahun ni ramai betul blogger buat giveaway dengan hadiah yang menarik.. Rasa rugi pulak kalau tak join.. Mungkin untuk penutupan tahun 2017 dorang rasa terpanggil untuk hadiahkan sesuatu buat kengkawan blogger mereka kan.. Satu lagi giveaway yang agak menarik dengan hadiah misterinya.. 

Klik banner untuk join

Bila dah misteri tu mesti lagik ramai yang teruja nak join.. Ye dak? Mane taknya, dorang mesti tertanya-tanya dan ternanti-nanti, apakah hadiah yang misteri sangat tu.. Haaaa, jadi aku pun teruja jugaklah nak join giveaway yang agak misteri ni.. Hehe.. Apa kata, kita pakat join ramai-ramai.. Manelah tahu kan, ada rezeki menang hadiah misteri.. 

Tarikh Tamat
31 Disember 2017
Read More

Giveaway Yes 2017 By Roxalynne

10 comments
Giveaway Yes 2017 By Roxalynne  |  Orite, disebabkan aku tersangatlah free dikala ini jadi aku nak la join giveaway yang kengkawan blogger buat.. Dalam masa yang sama aku dok tertunggu-tunggu parcel samapi untuk entry aku seterusnya nanti.. hehe.. Tak sabar rasanya menunggu kehadirannya... Haha!! Ayat cam ampeh jerk kan.. Oklah, jom join Giveaway YES 2017 by Roxalynne ni..

Klik banner untuk join

Hadiah yang disediakan untuk pemenang sangat menarik.. Jadi, korang yang  mana blogger tu jom la join giveaway ni.. Lagi ramai lagik meriah kan.. Hehe.. Aku ni pulak bilalah nak buat giveaway lagik ye.. Asyik dok join giveaway kengkawan jerk.. Hiks..

Tarikh Tamat
30 Disember 2017



Read More

Mystery Giveaway by www.myafarisha.com

8 comments
Mystery Giveaway by www.myafarisha.com  |  Moh semua pakat join giveaway anjuran Blogger Mya ni.. Hadiah menarik menanti korang..

Mystery Giveaway by www.myafarisha.com


Klik banner untuk join

Cara penyertaan :
  • Mesti menetap dalam Malaysia
  • Boleh pilih untuk join di blog atau di instagram atau kedua-duanya. Tapi, Mya akan pilih salah satu kalau nama terpilih untuk dua-dua penyertaan.
  • Untuk penyertaan blog, 
    • Mesti follow blog Mya dan instagram Mya
    • Like page Mya *untuk memudahkan komunikasi*
    • Buat entri dengan tajuk "Mystery Giveaway by www.myafarisha.com".
    • Copy and paste code yang diberikan di bawah ni dan publish.
    • Tinggalkan link entri dalam bahagian komen.
  • Untuk penyertaan instagram, boleh rujuk di post ini.
Hadiah :
  • Mystery box bernilai RM100 untuk setiap pemenang.
Tempoh :
  • Bermula 8 Disember 2017 sehingga 8 Januari 2018

Read More

Birthday Giveaway November By Blog Syifa

Friday, December 1, 2017

5 comments
Birthday Giveaway November By Blog Syifa  |  Assalamualaikum wbt.. Hi uolls.. Selamat pagi.. Hehe.. Macam biasa aku akan keudara ditengah malam pagi buta.. (ada ke istilah cenggitu? hiks) Disebabkan aku diseru dengan tag oleh seseorang untuk join giveaway ini, jadi aku pun joinlah untuk menunjukkan aku ni support rakan-rakan blogger buat giveaway.. (perghhh ayat berdarah hidung... berlagak tak hengat.. hahaha... jangan kecam mak ye nakkk!!) Jom up banner giveaway dulu kasi semangat bergiveaway tu berkobar-kobar sikit.. kehkehkeh!!

Birthday Giveaway November By Blog Syifa
Birthday Giveaway November By Blog Syifa
Nak join, klik banner kat atas nun ye!

Alah comeynye banner dia.. Ada tedibey deting lagik tu.. hehe.. Ok, tentang giveaway ni aku dapat tahu daripada seorang rakan blogger iaitu blogger Najah Mustafa geng blogger pantai timur kita.. ThankQ Najah sudi tag untuk giveaway ni.. Dan dengan rasminya aku join Birthday Giveaway November by Blog Syifa ni.. 

Kalau korang nak tahu, hadiah yang ditawarkan sangat-sangatlah bestttt!! Kalau korang tak join memang rugi besar.. Nak tahu apa hadiah yang disediakan? Jom semak sesama..

Hadiah Pertama 
1) Hadiah Misteri.  
2) Tudung dari koleksi 3nurulscollection. 
3) Fridge Magnet.  
4) Kupon Diskaun Baucer beli-belah dari 3nurulscollection.  
5) Tersenarai dalam Bloglist di Blog Nabilasyifa dan 3nurulscollection (setahun).       

Hadiah Kedua 
1) Tudung dari koleksi dari 3nurulscollection.  
2) Fridge Magnet.  
3) Kupon Diskaun Baucer beli-belah dari 3nurulscollection.  
4) Tersenarai dalam Bloglist di Blog Nabilasyifa dan 3nurulscollection (setahun).       

Hadiah Ketiga
1) Tudung dari koleksi dari 3nurulscollection.  
2) Fridge Magnet.  
3) Kupon Diskaun Baucer beli-belah dari 3nurulscollection.  
4) Tersenarai dalam Bloglist di Blog Nabilasyifa dan 3nurulscollection (setahun).

Menarik kan!! Banyak gile kot hadiah disediakan untuk 3 orang pemenang.. Jadi, tak payah lah dok garu-garu dagu tu, moh le pakat join giveaway gempak ni... Tak join korang rugi.. sekian!!!! oh lupa, nak tag jugak la 3 orang kengkawan blogger aku.. Siapa yekk?? Hurrmmm... Haaaaaaa...

......... Sha Mohamad
......... Siqah
......... Sis Hawa


Tarikh Tamat
31 Disember 2017


Read More

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Thursday, November 30, 2017

11 comments
Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia  |  Assalamualaikum wbt.. Hi korang.. Setelah penat memerah otak untuk menyelesaikan kerja menulis artikel, kita relaxkan minda dengan menyertai segmen dan giveaway anjuran kengkawan blogger.. Dah kenapa aku asyik join giveaway dan segmen aje yek sejak kebelakangan ni.. Tak de artikel baru ke? Hehe bukan tak ade, tetapi proses mengambil dan mengedit gambar tu agak memakan masa.. Jadi, ianya memerlukan waktu yang agak panjang untuk diselesaikan dek kerana ada tanggungjawab lagi besar harus digalas.. 

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia, blogger malaysia, segmen, giveaway, leaazleeya, blogger pantai timur
Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Sebagai blogger memang memerlukan masa yang agak lama untuk dihabiskan di hadapan PC mahupun Laptop.. Tambahan pula dengan adanya lambakan job review yang perlu diselesaikan.. Buat masa ni, semua job review aku dah selesai dan aku boleh tumpukan lebih masa aku buat si kecil.. Hiks.. Ok, kali ni aku agak teruja dengan Segmen Suai Kenal Blogger Seluruh Malaysia anjuran Blogger Sofie ni.. Ini adalah kali pertama aku join segmen yang sebegini.. Teringin jugak nak mengenali semua blogger yang ada di Malaysia ni.. Pasti banyak pengalaman yang dapat dikongsi bersama dalam dunia blogging ni kan.. 

Ada ke blogger yang nak kenal dengan aku yang sekadar blogger picisan ni.. Hehe.. Oklah, tak nak bebel panjang-panjang, jom kenali blogger dari Kuantan, Pahang ini.. 

Siapa Lea Azleeya?


Ya aku adalah seorang blogger.. Berasal dari Kuantan, Pahang.. Mula terjun ke dunia blogging ni pada bulan kelahiran aku iaitu bulan Jun tahun 2013.. Rentetan dari kisah hidup aku sebelum dan diketika itu yang penuh dengan liku, tergerak hati aku untuk membuka sebuah akaun blog untuk aku luahkan dan abadikan segala dugaan hidup yang pernah dan akan aku lalui.. Itulah permulaan cerita bagaimana aku boleh ada sebuah blog yang pada hari ini merupakan punca rezeki bagi aku dan keluarga.. 

Sebenarnya tak terluah pun kisah aku diblog ni.. Bila nak menaip kisah hidup, pasti rasa terbantut jari jemari untuk teruskan taipan.. Hehe.. Itu bermakna tuhan tak redha apa yang aku nak buat.. Alhamdulillah, kisah hidup aku masih mampu aku simpan dalam hati sebagai kenangan dan sebagai panduan serta pengajaran untuk aku baiki segala kesilapan yang lalu.. 

Aku pun tak menyangka yang aku boleh sampai ke tahap ini dalam dunia blogging ni.. Mengenali ramai blogger-blogger hebat, dapat rezeki melalui blog dan paling best banyak ilmu yang aku dapat sepanjang aku menceburkan diri dalam dunia yang penuh dengan keajaiban ni.. Pada awal penglibatan aku, aku lebih banyak join giveaway dan segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger dan sekali sekala aku sendiri yang anjurkan giveaway buat rakan-rakan blogger.. Alhamdulillah dapat sambutan.. Masa tu aku belum tahu arah tuju blog aku dan masih tercari-cari identiti diri..

Sampai satu tahap aku merasa lelah untuk terus berkeadaan sebegitu dan aku mencari bahan yang boleh dibuat artikel.. Contohnya isu semasa, lagu, filem dan sebagainya.. Untuk menulis aktiviti yang aku lakukan, memang aku seorang yang jarang-jarang beraktiviti sama ada bersama keluarga mahupun kengkawan.. Aku adalah seorang yang membosankan.. Haha.. Ada juga sekali dua aku review tempat makan yang aku pergi.. Dan ada juga aku up resepi masakan yang aku masak.. Aku tak pandai masak sangat pun sebenarnya.. Kalau pandai masak, maka banjirlah blog aku ni dengan resepi.. Hehe..

Lama kelamaan aku telah jumpa apa yang aku suka.. Buku.. Ya aku suka membaca.. Jadi bermulalah halaman blog aku ini dihiasi dengan review novel dan buku-buku yang aku baca.. Dan aku masih juga mencari bahan yang sesuai untuk dijadikan artikel yang berlainan setiap masa.. Dalam masa yang sama aku juga review barang-barang yang aku beli... Sehinggalah aku dipelawa untuk membuat review produk.. Alhamdulillah, bermula saat itu rezeki aku mula bertambah.. Tak banyak pun sikit pasti ada.. Kalau korang nak tahu, aku baru saja aktif buat review produk ni.. Aku mula dapat banyak jemputan review produk bermula pertengahan tahun 2016.. Itu juga berkat dari pertolongan rakan-rakan blogger yang aku kenal.. Mereka banyak bantu aku untuk mendapatkan job review.. Tq ye kengkawan.. Sayang kamu ketat-ketat..

Sekarang aku masih lagi bertatih untuk memantapkan blog aku yang tak berapa nak mantap ni.. Banyak kali jugak aku tukar tamplate blog.. Dulu aku guna sotskirt.blogspot.com dan telah ditukar ke domain untuk menampakkan blog lebih gah kononnya dengan www.leaazleeya.com.. Untuk menukar domain ni pun kemain susah nak pilih nama yang sesuai.. Berkat dari sergahan dari seorang kawan, aku guna nama aku sendiri.. Haha.. Kejam sungguh.. Kikiki..

Aku harap dimasa-masa akan datang, aku dapat memeriahkan lagi blog aku ni dengan artikel yang lebih baik dan bagus.. Sekaligus mencari rezeki halal melaluinya.. Moga dibukakan pintu rezeki aku dan keluarga dengan adanya blog ni.. Insyaallah.. Oh ya, aku adalah seorang isteri kepada seorang suami.. Haha dan seorang ummi kepada 2 orang putera yang comel lagik encem.. Hiks.. Oklah, itu saja tentang diri aku, Lea Azleeya - Blogger picisan dari Kuantan, Pahang belah Pantai Timur..

Untuk menyertai segmen ini,


Read More

Duck Giveaway by Blog Nadiaizzaty.nia

Tuesday, November 28, 2017

18 comments
Duck Giveaway by Blog Nadiaizzaty.nia  |  Holaaa... Kembali bersiaran aku dipagi buta nan damai ni.. Sebelum tidur jengok blog sekejap dan tetiba tengok kemaheeennn ramai join Duck Giveaway by Blog Nadiaizzaty.nia ni.. Bila tengok hadiah yang disediakan untuk para pemenang, OMG!! Patutlah ramai yang join.. Aku pun nak jugak la tumpang sekaki.. Manelah tahu ada rezeki pakai tudung Duck yang femes tu kan.. Tak pun dapat Planner Duck yang smart tu.. Hadoiii admire betul la.. Haisss.. Tak boleh jadi, kene join juga.. Haha..

Duck Giveaway by Blog Nadiaizzaty.nia, tudung duck, planner duck, duck
Duck Giveaway by Blog Nadiaizzaty.nia
KLIK BANNER UNTUK JOIN


Orite, Blogger Nadia ni merupakan kenalan baru aku sebab aku baru jerk follow blog dan socmed beliau.. Alhamdulillah, sebenarnya buat giveaway ni boleh menambah kenalan kan.. Dari tak kenal menjadi kenal.. Banyak blogger yang aku kenal melalui giveaway.. Ini bermakna, giveaway ni memainkan peranan yang penting dalam dunia blogging.. 

Oklah, semua syarat dah pun aku lunaskan.. Cuma untuk follow 'Bloglovin' tu aku tak dapatlah penuhi sebab takde akaun tersebut.. Hehe.. Yang lain-lain dah settle.. Alhamdulillah.. Syarat yang sangat mudah.. Tak memeningkan kepala.. TQ Nadia.. hiks..

Jomlah korang pakat join giveaway ni.. Kalau menang dapatlah melaram dengan jenama DUCK.. Kalau tak sebelum ni dok tengok Siqah jerk la pakai jenama ni.. Meleleh air lur.. Haha. (over aku ni kan) ... Terbatuk Siqah sebut nama dia.. Sorry Siqah.. 

Tarikh Tamat
25 Disember 2017


Read More

Sis Gee First Giveaway

Monday, November 27, 2017

11 comments
Sis Gee First Giveaway  |  Geng Blogger Pantai Timur buat giveaway haruslah kena support.. Ehh, yeke?  Cam ada lagik jerk yang aku tak join? ngehh ngehh ngehh.. Mintak maap mane yang tak sempat nak join tu yek.. Giveaway ni tetiba melintas depan mata aku tadi, tu yang aku join ni.. (haaa mengaku pun.. haha).. Jangan marah ekk geng blogger pantai timur.. Korang paling best!! Keh keh keh..!! Apa yang aku merepek ni labuuu.. Ok, jom join giveaway anjuran Sis Gee ni sekarang.. Up banner dulu untuk memenuhi syarat penyertaan..

giveaway, contest, planner
Sis Gee First Giveaway
Orite, syarat mudah sangat.. (Sebab tu aku join.. Haha).. Awal-awal dulu lagik dah follow socmed Sis Gee ni.. Kire settle lah kan.. Banner pun dah up dan backlink ke link giveaway ni.. Selesai semua.. Jadi, sekarang aku nk ajak korang semua, blogger-blogger di Malaysia untuk join giveaway ni.. Hadiah menarik menanti anda.. Hadiah utama berupa Planner 2018 yang comel... Kalau menang dah tak payah nak bazir duit beli planner untuk tahun depan kan.. So, meh la join ramai-ramai yek..



Tarikh Tamat
12 Disember 2017



Read More

Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com

Tuesday, November 21, 2017

24 comments
Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com  |  Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu "Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com" untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam kotak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.


Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.

Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59

Note : Pemilihan pemenang secara random.


Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/


Read More

Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet

Monday, November 20, 2017

7 comments
Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet  |  Rasanya kalau sebut nama Prof Hariz, ramai yang dah mengenali beliau kan.. Beliau adalah seorang pakar dalam bidang internet marketing dan juga SEO.. Jom kenali beliau dengan lebih dekat..

Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet, contest, giveaway, prof hariz internet marketing, policystreet, advertising


Prof Hariz Internet Marketing Malaysia

Ridhauddin Hariz  ialah salah satu Internet Marketing Malaysia yang dikenali sebagai Prof Hariz dikalangan rakan-rakannya. Beliau  berasal dari Permatang Pauh Pulau Pinang. Beliau merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Beliau adalah anak sulung yang sangat tabah kerana telah kehilangan ayah tercinta ketika umur beliau 3 bulan. 

Prof Hariz merupakan pemegang Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC Melaka dan semenjak itulah beliau menceburkan diri dalam bidang komputer dan Internet. Prof Hariz seterusnya melangkah ke alam pekerjaan di dalam bidang online marketing dan pemasaran secara atas talian. Bermula daripada tahun 2014, Prof Hariz menubuhkan syarikat sendiri iaitu PH ProjectBase Resources dan dari situ beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran secara atas talian menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine Optimization atau SEO, rekabentuk laman web dan juga pemasaran melalui konsep funnel marketing. Sejak dari itu, beliau telah membantu ramai peniaga serta syarikat-syarikat dalam menambahbaik strategi pemasaran diatas talian.

Pengalaman beliau yang mendalam dalam SEO membuatkan Prof Hariz dilamar oleh syarikat Exabytes Group Sendirian Berhad pada dua tahun lalu dan dipertanggungjawab untuk  menjana idea-idea baru serta menerokai strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi internet yang terkini, seperti penghasilan laman web, blog, komuniti media sosial dan juga kaedah-kaedah komunikasi yang lain. 

Selepas berhempas pulas bersama Exabytes, tahun ini pada tahun 2017 beliau sekali lagi dimurahkan rezeki beliau untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi di syarikat As White Global Sdn Bhd sebagai Penasihat SEO. Prof Hariz kali ini memegang jawatan dan tanggngjawab yang besar hinggalah melibatkan diri dengan klien-klien dari Australia, US , UK , Singapore dan Germany. Sebagai Penasihat SEO yang terkemuka di Malaysia, beliau dipertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan SEO kepada klien-klien tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara.

Prof Hariz, Online Marketing Specialist atau pakar dalam SEO dan pemasaran atas talian adalah gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan serta kenalan kerana pencapaian beliau telah mencapai ke tahap yang sangat membanggakan.  Kini beliau dikenali sebagai Prof Hariz ataupun Tuan Hariz.

Untuk yang tidak mengenali lagi siapa Prof Hariz, berikut adalah pencapaian beliau sepanjang beliau berada di dalam bidang Internet Marketing.


Pencapaian Prof Hariz


1.  Menganjurkan program diet bersama Utusan Malaysia pada bulan Ogos 2014 dengan program “Prof Hariz Kongsi Tips Kurus” yang melibatkan seramai 500 peserta di seluruh Malaysia secara online



2.  Mendapat pengiktirafan sebagai Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya pada bulan Disember 2014 kerana beliau telah berjaya menjana jualan sehingga RM100,000 dalam masa 5 bulan melalui penjualan ebook kerjaya, serta membantu calon-calon menduduki peperiksaan online dan temuduga SPA


3.  Menganjurkan seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog di Karangkraf pada Disember 2014 di mana beliau berkongsi pengalaman beliau menjejaki dunia perniagaan secara affiliate di mana beliau dapat menjana puluhan ribu ringgit dalam tempoh masa yang singkat

4.  Menganjukan pelbagai bengkel-bengkel dan seminar-seminar, antaranya :-

  • Bengkel / Seminar bertajuk: Buat Duit Dengan Blog di Politeknik Seberang Perai, pada Mac 2015
  • Bengkel Affiliate Ninja pada April 2015
  • Bengkel Email Marketing pada Jun 2015
  • Private group coaching bersama Shaklee Malaysia pada Disember 2015, untuk membuat strategi penjualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016
  • Bekerjasama dengan Irfan Khairi pada Februari 2016 dalam seminar khusus bagi peniaga-peniaga dalam membuat penjualan dengan blog
  • Menganjurkan Private Coaching Group 365 - Bagaimana Jana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog pada Ogos 2016 bersama 40 orang suri rumah, hasil daripada itu program ini berjaya membantu 10 orang suri rumah untuk menjana pendapatan sekitar RM10,000 sebulan secara konsisten
  • Ditemuramah oleh Astro Awani pada Disember 2016 dengan memberikan pandangan beliau berkenaan dengan Potensi Digital Ekonomi untuk negara Malaysia pada masa yang sama Jack Ma (pengasas dan tuan punya syarikat gergasi Alibaba Group of Companies) telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia.

Servis Yang Ditawarkan Oleh Prof Hariz Sebagai Internet Markting Malaysia

Prof Hariz  menawarkan servis SEO yang mana membantu para usahawan dalam dunia perniagaan terutama membuat servis SEO untuk perniagaan secara atas talian. Bukan itu sahaja, Prof Hariz menawarkan servis review di blog beliau www.profhariz.com kepada usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Artikel review itu adalah artikel yang mempunyai unsur-unsur SEO yang mana dapat meningkatkan jualan anda kepada double dan triplle daripada biasa.
  • Marketing di Google
  • Personal coaching Zero Marketing to Hero
  • Funnel Marketing
  • Review
Bagi siapa yang baru sahaja memulakan perniagaan atau sudah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan tetapi tidak tahu untuk membuat marketing, anda oleh menghubungi Prof Hariz sebaga penasihat anda melalui info dibawah.

Info Mengenai Prof Hariz
Whatsapp : 6012-5336713


Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet

Kini beliau berkerja di salah sebuah syarikat Insurans , PolicyStreet . Prof Hariz dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengurus Internet Marketing disyarikat itu. 



PolicyStreet

PolicyStreet adalah insurans yang mudah, senang dan mampu bayar. PolicyStreet lebih menumpukan kepada mereka yang memerlukan insurans seperti syarikat , universiti, usahawan , kelab kesihatan, dan macam-macam lagi kumpulan.

PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis insurans mengikut keperluan seperti berikut :
  • Insurans Perubatan
  • Diabetes
  • Kanser
  • Kehidupan yang mampu
  • Tulang belakang
  • Bantuan jalan raya jangka pendek
  • Peralatan musik
  • Perbehentian kerja
Apa yang lebih membanggakan adalah, PolicyStreet menawarkan servis insurans untuk produk-produk yang lebih kecil antaranya ialah :
  • Keracunan makanan
  • Kerosakan rambut
  • Sewaan
  • Berbasikal
  • Keracunan alkohol
  • Menonton
  • Mendaki
  • Penyewa
  • Perlawanan bolasepak
  • Cinta
  • Peralatan musik
  • Perkahwinan
  • Majlis pengebumian
Sesiapa yang inginkan insurans, boleh hubungi PolicyStreet , syarikat insurans yang mengambil berat tentang keperluan anda. Bersama-samalah mencipta masa depan bersama PolicyStreet.


Info Mengenai PolicyStreet
Read More

Giveaway by Yanieninie

Wednesday, November 15, 2017

12 comments
Giveaway by Yanieninie  |  Mood hari ni agak kelaut dan rasa malas nak draf entry.. So, kita isi masa dengan sertai giveaway ajelah.. Kali ni aku join giveway by Yanieninie pula.. Syaratnya simple dan tak memeningkan kepala aku yang dah sedia tengah kusut ni.. Alhamdulillah.. Hehe.. Orite, jom up banner..


Klik banner untuk join ye..!!

Jom sertai beramai-ramai yek.. Kasi meriah GA member kita ni..


Tarikh Tamat
14 Disember 2017

Read More