book
Showing posts with label book. Show all posts

Review Novel | Revenge By Muhammad Fatrim

Friday, May 19, 2017

7 comments
Review Novel | Revenge By Muhammad Fatrim  |  Seperti yang dijanjikan.. Bila dah habis aje aku baca buku Revenge by Muhammad Fatrim ni aku akan review.. Dan sampailah masa untuk aku mereview buku hasil karya Ayim ni... 


Ok, buku Revenge ni aku start baca pada 14.05.2017 dan habis baca juga pada hari yang sama.. Hebat tak aku?? Haha.. Gile tak hebat ko!! Biasa aku amek masa berminggu-minggu untuk habiskan sesebuah buku.. Malahan kengkadang memakan masa berbulan-bulan lamanya.. Haha.. Untuk buku Revenge ni, aku dapat habiskan dalam masa satu hari sebab aku rasa cam tak nak lepas bila dah baca buku ni.. Best!! Jalan cerita menarik hokeh!!


Review Aku
Watak paling mencabar dalam Revenge ni adalah watak Ariana Citra atau Dewi Uqasha.. Dah kenapa ada 2 nama? Haa ada la cerita disebalik nama-nama tersebut.. Watak paling kejam adalah watak Zahara.. Haisss aku rasa nak siat-siat aje kulit si Zahara ni bila ingat balik setiap perbuatan dia terhadap keluarga Ariana Citra.. Watak paling sweet adalah watak Megat Huzair.. Buku ni adalah sebuah buku Thriller.. Semuanya kerana sebuah dendam... Biasalah bila ada dendam dalam diri, akan musnahlah hidup jika jalan salah diambil untuk sebuah penyelesaian.. 

Ok, aku cerita sikit ekk tentang watak dan cerita dalam buku ni..

Ariana Citra dan Dewi Uqasha adalah orang yang sama.. Ariana ni adalah anak kepada Dato' Zakaria.. Ayahnya telah menghalau dia dan ibu dia dari rumah sehelai sepinggang kerana dia nak hidup di dalam rumah agam tu bersama isteri keduanya iaitu Zahara.. Padahal semua harta adalah milik keluarga Ariana yang telah diwasiatkan kepadanya sebelum kematian kedua ibubapa Ariana.. HUhuhu sungguh kejam dan tak kenang budikan.. Aku sekeh jugak si Zakaria ni.. 

Masa tu Ariana baru 7 tahun.. Bermula umur 7 tahun tu la dia simpan dendam terhadap ayah dia dan ibu tirinya... Dah kena halau memang hidup merempatlah sekejap.. Sehingga dia menjadi anak angkat kepada keluarga Tan Sri kenalan Ibunya.. 17 tahun berlalu dia kembali ke Malaysia untuk tuntut bela dan balas dendam.. Dia nak rampas balik semua harta ibunya.. Ibu dia dah mental dah sebab si Zahara senduk tu punye kerja... Haisss geram pulak aku.. Haha..

Dipendekkan cerita, Ariana dah tukar namanya kepada Dewi Uqasha supaya identitinya tidak dikenali.. Dia bekerja di syarikat ayahnya sebagai penasihat undang-undang.. Dia bekerja di bawah Megat Huzair.. Abang tirinya.. Novel ni ada jugak kisah cinta tau.. Kisah antara Dewi Uqasha dan Megat Huzair... Ehh abang tiri kot?? Mane boleh bercinta.. 

Sapa kata Megat Huzair tu abang tiri Ariana?? Bukan laa.. Dia anak pungut sebenarnya.. Kasarnya bahasa kan.. Tapi dalam buku ni cakap camtu, aku taip la balik kat sini camtu.. Haha.. Anak yang dibeli oleh Zahara untuk capai hasrat dia berkahwin dengan Zakaria.. Huh!! Adalah jugak jalan cerita yang sweet-sweet diselitkan.. Hehe.. 

Disebalik setiap perancangan yang diatur Ariana, ada orang yang membantu dan melindunginya tanpa sedar.. Siapakah orang itu?? 

Haaa kalau korang nak tahu, kena beli dan baca sendiri la ye.. Kalau dah semua aku cerita kat sini dari A to Z, tak best la pulak kan.. Silap-silap korang dah tak berminat pulak nak beli sebab dah tahu jalan cerita dia.. Jadinya, untuk tahu jalan cerita seterusnya, silalah beli sendiri buku ni.. Jalan cerita dia memang best..


Ni aku up sinopsis novel ni.. Korang boleh baca sinopsis ni dulu sebelum korang beli.. Baca sinopsis pun dah gempak kot.. Haha!!


Kekurangan Revenge
Jalan cerita semuanya ok.. Cuma ada part-part yang tersilap nama watak.. Mungkin penulis tersilap taip.. Kena baca dua kali part-part tersebut sebab keliru.. Bila dah dikenalpasti, oh! mungkin penulis tersalah taip.. Typing Error lettewww.. Mungkin akan datang penulis kena lebih berhati-hati dengan typing error ni agar hasil karyanya lebih sempurna... hehe..

Cam juri pulak aku.. Tapi ni teguran yang ikhas dari aku.. Hiks..


Orite, ni adalah penulis yang bertanggungjawab menghasilkan novel Revenge yang ohsemnesss ni.. Silalah kenal-kenal dengan beliau ye.. Kalau korang nak beli dengan beliau terus pun boleh.. Terus aje PM kat facebook beliau.. Mesra orangnya tak sombong.. Novel terbaru beliau akan keluar tak lama lagi.,.. "PELARIS".. So, cepat-cepat pre-order.. Terjah facebook beliau ye sekarang.. Hehe..


Ni tinta penulis buat aku yang bernama Lea Azleeya.. Jangan jeles yee.. Siap ada tapak kaki kucem agik kat situ.. Mesti pencinta kucem ni.. Hiks..

Ok, bai!!
Read More

Review Book | Lukisan Tarbiah By Abeben

Thursday, May 18, 2017

4 comments
Review Book | Lukisan Tarbiah By Abeben  |  Seperti biasa.... Dah habis baca sesebuah buku, harus aku review.. Hiks.. Kali ni aku nak review buku dari koleksi Tarbiah Sentap iaitu Lukisan Tarbiah by Abeben... Mungkin ada yang dah baca kot sebab buku ni dah lama diterbitkan.. Aku jerk baru terhegeh-hegeh nak baca... hehe.. Biasalah selalu sangat tertinggal train.. Huhu..

Lukisan Tarbiah dari Abeben
Orite, buku ni aku habiskan membacanya  hanya dalam satu hari sahaja... Tak memakan masa yang lama.. Mungkin sebab ianya adalah sebuah komik, makanya keseronokan membaca tu ada dan dapatlah dihabiskan dalam masa yang singkat... Eceli, buku Lukisan Tarbiah ni adalah hadiah Giveaway dari Blogger Rii ... Dah lama kot aku dapat dan baru sekarang ada masa untuk membacanya.. Alhamdulillah aku baca pada 12.05.2017 dan habis pada hari yang sama.. 

Apa yang terkandung dalam buku ni yek? Jom sama-sama kita tengok...



Ini adalah antara isi kandungan buku ni.. Banyak kot!! Sungguh pun banyak, ianya tak membosankan kerana buku ni diadaptasi dalam sebuah komik.. Banyak nasihat-nasihat yang berguna boleh kita ambil ikhtibar dalam buku komik ni.. Mesti ramai dikalangan korang yang suka baca komik kan... Haaa aku suggest korang beli buku ni untuk santapan minda korang... Sekali sekala baca buku komik islamik.. Baru ada kelainan.. Tak de la asek baca komik lucu dan cinta aje kan.. Disamping menambah ilmu agama.. Terbaikk toqqq..!!


Dalam banyak-banyak cerita dalam buku ni, tajuk 'Kerana Doamu' ni dapat membuatkan aku sebak.. Seorang doktor pakar yang terlalu sibuk dengan kerja luar.. Miting sana.. Miting sini.. Sampaikan pesakit yang memang memerlukan rawatan segera terpaksa tunggu terlalu lama untuk temujanji doktor pakar tersebut.. Satu hari, dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat, pelbagai kejadian berlaku kepada doktor pakar tersebut, sehinggalah membawa kepada sebuah pertemuan yang tak disangka dengan pesakit yang memerlukan rawatan doktor pakar tersebut di rumahnya.. Berkat doa sang ibu... Lepas tu barulah, doktor pakar tu sedar yang dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor pakar yang diperlukan oleh ramai pesakit... Huhu sebak wooo...


Ok, gambar kat atas ni antara page yang ada dalam buku ni..



Last sekali, sinopsis buku ni.. Korang baca sendiri la yek kat atas ni.. Aku tak taip kat sini sebab gambar kat atas ni boleh dibaca dengan jelas.. Hehe.. Pemalas kan.. Haha!!

Konklusinya, aku sangat, sangat lah mencadangkan korang untuk baca buku Lukisan Tarbiah ni.. Banyak pengajaran yang korang akan dalam melalui buku ni.. Pelbagai nasihat diberikan.. Mungkin dalam kehidupan kita ni, kengkadang kita rasa bende yang kita buat tu dah betul.. Rupanya tak betul.. Dalam buku ni banyak teguran dibuat untuk panduan kita menjalani kehidupan seharian kita.. Jadi, jom la sesama perbetulkan apa yang tersilap.. Moga kita sama-sama istiqomah ye.. :)



Read More

Takut Orang Mengata...

Monday, May 15, 2017

17 comments
Takut Orang Mengata...  |  Korang suka tak kalau orang mengata korang..?? Tak pun korang seorang yang takut orang mengata korang.. Rini aku nak bercerita tentang tajuk Takut Orang Mengata.. Tajuk ni aku ambil dari buku 20 Sen Untuk Ke Syurga karya Ustaz Elyas Ismail... Seperti yang aku janjikan di entry INI... Aku akan upkan kat sini kupasan Ustaz Elyas Ismail dibawah tajuk tersebut yang terdapat dalam buku ini...

20 sen untuk ke syurga
Takut Orang Mengata...

20 Sen Untuk Ke Syurga
Buku ini menyentuh perkara-perkara yang kadang-kadang kita tak sedar pun kita buat. Lebih teruk lagi kalau kita sedar dan tahu, tapi sengaja buat. Dah namanya pun manusia, Tapi ini bukan alasan untuk terus 'mengumpul harta' yang tidak baik itu ya. Kita carilah pahala, walaupun dari sekecil-kecil tindakan kita. Contoh? Kalau dalam poket kita ada RM50.20, mana yang kita bagi? Kita kata kita bagi 20 sen. Kalau kita bagi 20 sen, yang masih tinggal RM50. Agaknyalah mana satu milik kita? RM50 yang masih tinggal atau 20 sen yang diberi itu? 20 sen.. Ingat, kita adalah apa yang kita beri. Bukan apa yang kita miliki. Inilah pahala buat kita. Kita buang 'harga yang tidak baik' itu, gantikan dengan yang baik-baik sahaja. Okey?..


Takut Orang Mengata...


Salah ke kalau dulu kita beramal, tapi sekarang kita tak beramal sebab takut orang kata? Kalau nak kira orang nak mengata, sampai bila? Itu sebab kot mana pun, kembalilah kepada panduan ALLAH SWT dan rasul.

Kita mungkin boleh ambil iktibar daripada kisah seekor keldai dengan seorang lelaki tua (ayah) dan seorang budak lelaki (anak). Ketika si ayah menunggang keldai dan membiarkan  anaknya berjalan, orang yang nampak mereka berkata, 

"Apalah orang tua itu, pentingkan diri. Tak ada rasa belas kasihan. Sanggup biarkan anak kecilnya berjalan sedangkan dia bersenang-lenang di atas keldai tunggangannya." 

Mendengar komen orang ramai, lelaki itu memberikan peluang kepada anaknya menunggang keldai dan dia berjalan seiring dengan anak dan keldainya.

Orang ramai berkata pula, 

"Apalah budak tu, sanggup dia biarkan ayahnya yang tua berjalan, sedangkan dia selesa di atas keldai. Tak berperikemanusiaan betul!"

Mendengarkan komen itu, mereka berdua memutuskan untuk berjalan sahaja bersama-sama mengiringi keldai itu.

Tapi, kemudiannya mereka mendengar orang lain berkata,

"Bodohnya orang tua dan anaknya tu, ada kemudahan tapi tak digunakan."

Setelah mendengarkan komen itu, orang tua dan anaknya menunggang keldai itu bersama-sama. Mereka mendengar orang mengata mereka lagi,

"Zalim dan malasnya orang tua dengan anaknya itu. Sanggup berdua tunggang keldai yang kecil tubuhnya."

Ini satu contoh yang terbaik. Apa yang berlaku kalau kita bertindak kerana mengikut kata-kata orang dan sibuk memikirkan apa yang kita buat, takut apa orang kata. Pasti setiap yang kita mahu buat tak akan menjadi.

Itu sebab akhirnya buat amal kerana orang itu salah, tinggalkan amal kerana orang pun salah. Kata Fudhail bin Iyadh, meninggalkan sesuatu amalan kerana bimbang dilihat oleh orang lain adalah riyak manakala berbuat sesuatu amalan untuk dilihat oleh orang lain adalah syirik.

"Ismail, aku selalu nampak kau pergi masjid. Tapi kenapa hari ini tak pergi?"

"Aku malaslah sebab jiran mengata aku tunjuk warak."

Itu bahaya! Meninggalkan amal kerana orang itu salah. Sebab itu ALLAH SWT berfirman dalam surah al-An'am ayat 162, "Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya kerana ALLAH."

Siapa yang buat kerja bukan kerana ALLAH SWT, dia akan rasa penat. Itu sebab jangan kita remehkan amal walaupun sedikit. Janganlah kisah kira orang nak mengata. Rasa nak buat amal yang sedikit pun, buatlah...

Contohnya ada kucing datang minta sisa makanan. Bagilah sikit makanan kita. Pernah tak kita berfikir kenapa kucing datang kepada kita minta makanan? Mungkin ALLAH SWT nak tingkatkan pahala kita, kurangkan dosa kita dan bersihkan hati kita.

Mungkin di situ laluan, ruang kita dan peluang kita untuk mendapatkan pahala. Jika maka sebab itu, teruskan beramal. Jangan kisah orang nak kata apa... Beristiqamahlah. Kata Nabi Muhammad SAW, "Katakanlah aku beriman kepada ALLAH, kemudian istiqamahlah."

Kata Syeikh Uthaimin dalam syarah Riyadus Salihin, istiqamah ada 4. Pertama, laksanakan yang wajib mengikut sunnah Rasulullah. Kedua, menambahkan ibadah sunnah. Ketiga, menjauhi yang haram. Keempat, konsisten dalam amalan kita.

Biar sikit tapi berterusan. Amalkanlah...

Oleh : Ustaz Elyas Ismail    



Jom kenali Ustaz Elyas Ismail..



Read More

Novel Seram Dari Penulis Muhammad Fatrim

Sunday, May 14, 2017

13 comments
Novel Seram Dari Penulis Muhammad Fatrim  |  Yeahhh semalam dapat parcel dari Poslaju... Cam yang dah dijangka, 3 buah novel seram dari penulis Muhammad Fatrim yang aku beli tempoh hari selamat sampai ke tangan aku... Alhamdulillah.. Siap ada gift lagi uolls... Terharu hakak!! Hehe..

Novel Seram Dari Penulis Muhammad Fatrim
Novel Seram Dari Penulis Muhammad Fatrim
3 novel ni dijual secara combo.. RM50 sekali dengan postage.. Murah tu!! Rugi tak beli.. Kalau beli kat kedai mane mahuuunya dapat harga cenggitu.. Ye dak?? Siap dapat gift lagi tu.. Aku beli dari penulisnya sendiri.. Muhammad Fatrim - Penulis, Novelis & Penerbit... Gift yang aku dapat tu adalah magnet fridge dan coklat cadbury.. Comel jerk gift kan.. Cam tetahu jerk aku pengumpul magnet fridge... hehe.. 


Dah bila beli dengan penulisnya sendiri, haruslah ada tandatangan di setiap buku.. Tercatat pulak nama aku kat situ.. Fefiling terharu aku.. Haha.. Thankz tau Ayim... Comel jerk tapak kaki kucem tu.. Hehe..

Ada sebuah novel lagi yang aku nak beli dari penulis Muhammad Fatrim ni, Pelaris.. Tengah kumpul dana dulu.. Haha.. Macam harga beribu ajerk kan.. 

Bila aku nak baca buku ni?? Hurmm bila tu toksah tanye la ye... Aku tak pasti bila aku akan mula baca.. Sebab berlambak lagi buku yang aku belum baca.. Tengok mood aku camne.. Kalau rasa mood seram tu datang, harus buku ni dulu yang aku baca.. Haha!!

Ok.. Cerita dah habis.. Baii!!!..



Read More

Nak Beli Barang, Sila Pastikan Dulu Kos Penghantarannya

Saturday, May 13, 2017

9 comments
Nak Beli Barang, Sila Pastikan Dulu Kos Penghantarannya  |  Yeahh itulah tajuk untuk entry kali ni.. Entry yang akan membongkar satu cerita yang sadissssss!! Huhu... Aku nak pesan dulu ye kat korang sebelum aku menceceh lebih banyak lepas ni.. Kalau nak beli barang, sila pastikan dulu kos penghantarannya!!!.. Kenapa?? Haaa jom ikuti cerita lanjut aku ni...

Nak Beli Barang, Sila Pastikan Dulu Kos Penghantarannya
Novel Preloved Kontroversi

Nampak tak gambar kat atas ni.. Ini novel preloved yang aku beli dengan seorang seller... Harganya agak murah aku dapat.. Berbaloi-baloi dengan harganya walaupun novelnya agak teruk sedikit kondisinya... Bagi aku itu perkara biasa.. Nama lagi barang prelovedkan.. Walaupun sebelum ni aku pernah beli novel preloved dengan harga yang sama macam yang aku dapat ni tetapi kondisi novelnye tiptop berbanding yang ini.. Tapi itu perkara kecil bagi aku... 


Ni bahagian dalam novel tersebut.. Dah nak terbelah dua.. Mungkin novel ni tebal, sebab tu jadi macam ni... Kebiasaannya camtu lah.. Bila novel terlalu tebal, makanya tak dapat nak menampung bukaan mukasurat.. Mungkin... hehe.. Tak kesahlah janji masih boleh dibaca.. Kecuali terkoyak rabak ye kan.. Kiranya kondisi novel-novel yang aku dapat ni berpadanan dengan harganya... 

Habis apa yang sadissssss nya tu??


Ini yang sadisnya... Harga pos mencecah RM 24.40... Terkejut beruk aku time dimaklumkan oleh seller.. Yang menjadi masalah lagi, novel-novel tersebut telah diposkan sebelum diberitahu tentang kos pos yang agak tinggi ini.. 

Macam mana boleh jadi cmni??

Begini ceritanya.. Aku ada tanya seller, berapa kos pos untuk 2 buah novel tersebut.. So, seller cakap yang dia tak pasti dan akan maklum kemudian bila dia ke pejabat pos nanti.. Aku setuju aje la.. Ingatkan dia maklum terlebih dahulu sebelum pos novel, sekali dia pergi pos terus dan selepas tu baru maklum pada aku kos pos tersebut.. Lagik parah bila dia guna khidmat pos G-dex.. Aku memang maklum, kos pos G-Dex agak mahal setanding dengan servis yang diberikan... Tetapi yang mengecewakan aku, seller tak maklum terlebih dahulu kosnya sebelum pos.. 

Sangat kecewa...

Bila dikira-kira balik kosnya, baik aku ke kedai buku dan beli novel yang baru.. Lagi berbaloi-baloi.. Ritu ada juga usha novel I Love You Stupid! di kedai muku online.. MPH Bookstore.. Ada potongan dan kos pos dalam RM 8 - RM 12 sahaja... Tapi ingatkan nak cari yang preloved aje, sebab sebelum ni beli novel preloved ok jerk tak de masalah.. Baru-baru ni aku beli 4 buah novel.. Berat lagi dari yang ni.. Harga baru RM50 sekali pos.. Boleh baca kat SINI... Sebab tak de masalah la aku bercadang cari novel preloved aje untuk kali ni.. Tak sangka jadi macam ni pulak.. Huhu..

Tak pe lah, nii sebagai satu pengajaran buat aku.. Lepas ni, kalau nak membeli apa-apa, aku akan pastikan seller kasitau terus harga pos berapa.. Kalau tak memang aku tak beli.. hehe.. Ini juga sebagai peringatan buat korang ye.. Berhati-hati semasa membeli.. Pastikan dulu kos pos tu berapa.. Dah semua pasti, baru beli.. Jadilah pembeli yang bijak.. Jangan jadi macam aku.. Haha!!

*** Mungkin ada khilaf aku kat mana-mana kot, Tuhan tarik sikit rezeki aku.. Bersangka baik je la ye..

Read More

Review | 20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail

8 comments
Review | 20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail  |  Alhamdulillah, akhirnya selesai jugak aku baca buku ni.. Aku start baca buku 20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail ni pada 18 April 2017 dan selesai pada hari khamis aritu 11 Mei 2017... Lama gile kot aku amek masa nak habiskan.. Huhuhu...

20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail
20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail

Bagi aku, sangat, sangat, sangat TAK RUGI aku beli buku ni.. Sangat membantu dalam 'merajinkan' aku dalam beribadat.. Apa yang diperkatakan dalam buku ni oleh Ustaz Elyas Ismail sangat bermanfaat kepada aku.. Cara penyampaian pun mudah difahami dan memberi kesan 'sentap' dalam jiwa dan nurani.. Cewahh.. Ayat tak nak kalah.. Tapi apa yang aku katakan tu, serius jujur dari aku..

Buku ini menyentuh tentang keikhlasan, hati, dosa pahala tu ofkos ada juga, sabar, tentang orang yang rasa macam bagus, riak, takkabur, syukur dan macam-macam lagi la.. Memang best baca buku ni.. Best bukan sebab kelakar ke apa, tapi sebab isi kandungannya sangat memberi kesan... Setiap patah perkataan yang ada dalam buku ni, bisa bikin hati ingin ikhlas dalam beribadat..

"Jika belum ada ikhlas lagi dalam diri untuk beribadah, buat je dulu.. Yang penting kita buat.. Lama-lama ikhlas tu akan datang dengan sendirinya.. Yang teruknya kalau malas dan tak ada rasa nak buat langsung."..

Lebih kurang camtu la kata-kata yang ada dalam buku ni.. Sangat WIN..!!

Jom tengok isi kandungan buku ni..


Orite... Gambar kat atas ni, adalah isi kandungan buku ni.. Korang boleh tengok tajuk-tajuk yang ada dalam buku ni.. Tajuknya semua gempak-gempak belaka.... Setanding dengan isinya.. Buku ini setebal lebih kurang 201 mukasurat.. Tak tebal tak nipis.. Sedang-sedang sajaaaaa... Dalam masa yang singkat pun boleh habis dibaca kalau betul-betul tumpu.. Aku je tak punya masa terluang yang banyak.. Sebab tu terbabas terlalu lama tu.. Haha!!


Yang ni pulak antara kata-kata sentap yang ada dalam buku ni.. Kata-kata yang penuh makna.. Kata-kata ini, untuk tajuk "Macam Bagus".. Antara tajuk yang paling aku suka dalam buku ni.. Apa yang diperkatakan dibawah tajuk ini, sangatlah banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini.. Mungkin juga pernah berlaku pada aku sendiri tanpa sedar atau dalam sedar tapi buat-buat tak sedar.. Tu bahaya tu... Manelah tahukan.. Bila baca isi kandungan dibawah tajuk ni, baru rasa terbangun dari tidur dan sedar diri serta sedar yang ianya berlaku dikalangan orang-orang sekeliling kita malahan boleh dikatakan berlaku pada kebanyakan orang dalam dunia ni..


Aku rasa macam terlebih rajin sikit hari ni.. So, aku nak taip sikit isi kandungan dibawah tajuk ni... Bolehlah korang baca kan.. Tapi kalau nak baca sepenuhnya, kena lah beli.. Tak mahal pun buku ni.. Cuma RM 24.00 sahaja.. Kalau rajin cari yang ada diskaun, boleh dapat murah lagi.. Kengkadang, online bookstore ada potongan harga.. So, kena rajinlah mencarinya.. Hehe..

MACAM BAGUS....


Ada manusia yang merasakan diri dia bagus. Kata hukama, 'Rasa diri bagus akan membuatkan kita semakin tak bagus.' Orang yang perasan bagus akan membuatkan dirinya semakin lama semakin tak bagus.

Rasa kurang ilmu, itulah sifat orang yang berilmu.

Kadang-kadang baru pergi 2, 3 kali kuliah maghrib, sudah rasakan dirnya alim. Betul ada orang yang macam ini. Kemudian, mula nak salahkan orang. Subhanallah!!

Jangan jadi macam itu. Jangan macam bagus.

Dan yang dikatakan macam bagus yang kita maksudkan ialah ada manusia yang merakan dirinya bagus sedangkan dia tak sedar yang dia ada buat benda yang ALLAH SWT murka. Apa antaranya? 3 macam bagus yang ingin saya ceritakan. Mana tahu ada dikalangan kita yang begini. Perbaikilah.

Apa yang tiga itu?

PERTAMA ialah ada orang yang berbangga dalam tak bersyukur. Dulu dia hidup susah, kemudian dia masuk perasudan dan menang jadi jutawan. Orang tanya dia, "Apakah rahsianya?" dan dia jawab, "Inilah usaha saya bersengkang mata". Dimana kalimah Alhamdulillah? Dimana sandaran pada ALLAH SWT? Kembali dan pulangkan balik pujian kepada ALLAH SWT? Tak ada!!

Nampak dia berbangga dalam keadaan tak bersyukur seperti perangai Qarun surah al-Qasas ayat 78, Qarun menjawab (dengan sombongnya) : "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku."

Ada tak orang yang seperti ini? Ada. Itu yang kita takut.

KEDUA, ada manusia yang berbangga dan menghina orang. Dia berasa dirinya bagus dan dia hina orang lain.

"Aku tengok muka kau ni tak ada Nur lah.. Cara sembahyang kau ni pun salah.. Kau tengok aku.. Aku belajar tinggi dan sekarang jadi ustaz. Muka aku ada Nur dan cara sembahyang aku yang paling bagus."

Nauzubillah....

Syaitan ini bijak. Dia akan datang kepada kita dari pelbagai cara.

Kalau kita ahli ibadah, dia akan kacau cara kita beribadah.

Kalau kita ahli maksiat, dia tidak akan kacau kita sebab dia memang ahli maksiat.

Harap kita dielakkan daripada menjadi golongan yang seperti itu.

KETIGA, ada manusia yang beramal tapi tidak ikhlas. Kata Sayidina Ali, petanda orang riyak adalah depan orang dia tangkas, belakang orang dia malas.

Kalau di masjid, sembahyangnya khusyuk, panjang dan lama sujudnya. Tetapi di rumah baju pun tak pakai. Sembahyangnya pun laju. Itulah orang yang nampak luarnya macam bagus, tapi dalam ada benda yang dia buat. ALLAH SWT murka.


Oleh : Ustaz Elyas Ismail   



Kenapa Boleh Rasa Diri Macam Bagus?


Kenapa dia merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain? Ada beberapa sebab...

PERTAMA, tak menjiwai sifat hamba. Kerana kalau betul kita menjiwai sifat hamba, kita tak akan membezakan kedudukan kita. Contohnya dalam solat. Ada orang yang bersembahyang, dia berjiwa bos. Dia mahu keistimewaan bila solat berjemaah.

Bukankah solat jemaah mengajar kita sifat tawaduk. Apa jawatan sekalipun dalam satu saf, kita semua mengikut iman. Janganlah rasa diri itu lebih tinggi.

KEDUA, dia pentingkan pandangan manusia.

Apa ada pada gelaran, kerana gelaran terakhir kita Allahyarham.

Apa ada pada kereta mewah, kerana kereta terakhir kita cuma van jenazah.

Apa ada pada rupa yang elok, sedangkan rupa terakhir kita adalah tengkorak.

Apa ada pada tempat perbaringan yang sedap, empuk dan selesa, kerana tempat terakhir kita tinggal adalah di liang lahad.

Apa ada pada pengaruh rakan yang ramai, kerana rakan terakhir kita ialah amalan. Itu pun kalau kita ikhlas.

MasyaAllah, kita tak punya apa-apa sebenarnya..

Ada orang berbangga dengan gelaran. Kecik hati kalau kita tak sebut nama penuhnya siap dengan pangkatnya sekali. Itu bahaya!!

KETIGA, tak melihat dengan mata hati. Apa maksudnya? SubhanAllah. Orang yang mampu melihat dengan mata hati cukup hebat.

Apa kumpulan nasyid itu kata,

Pandangan mata selalu menipu,
pandangan akan selalu tersalah,
pandangan nafsu selalu melulu,
pandangan hati itu yang hakiki..
Kalau hati itu bersih.

Bayangkanlah pandangan mata kita ini menipu. Contohnya kalau kita lihat diri kita di cermin. Bila tengok dengan mata, mata itu menipu saja sebenarnya. Perasan cantik padahal ada lagi yang lebih cantik.

Kedua, pandangan akal. Lain sikit. Kita melihat cermin itu dengan menilai. Pandangan nafsu, pandangan yang boleh membawa kita jauh daripada ALLAH SWT.

Tapi pandangan yang kita nak iaitu pandangan dengan mata hati. BIla kita lihat di cermin, kita tengok diri kita kata,

"Ya ALLAH, wajah ini selalu membuat dosa, bilalah aku nak bertaubat..."

"Ya ALLAH, wajah ini dah banyak menyakiti hati isteri dan sahabat, bilalah aku nak bertaubat..."

"Ya ALLAH, wajah inilah yang akan dicium oleh anakku bila aku dah tiada. Itu pun kalau mereka masih ingat padaku, ampunilah aku ya ALLAH".

Itulah pandangan melalui mata hati, melihat dengan satu pandangan yang cukup dalam.

Kenapa orang boleh rakan dirinya bagus? Sebab mereka tak menjiwai sifat hamba, pentingkan pandangan manusia dan tak melihat dengan mata hati...


Oleh : Ustaz Elyas Ismail     


Ok.. Cukup la sampai sini jerk ye.. Panjang sangat kang korang pulak malas nak baca.. RUGI TAU SAPE TAK BACA NI.. Kalau datang angin rajin aku lagi nanti, InsyaALLAH aku akan up pulak tajuk "Takut Orang Mengata".. Kupasan tentang tajuk ni pun best..

Aku sangat recommended buku ni pada korang.. Sangat bermanfaat.. Sila serbu kedai buku yang berhampiran dengan korang sekarang..!! Hehe..


Read More

Terjebak Dengan Laksamana Sunan The Series By Ramlee Awang Murshid

Wednesday, May 10, 2017

21 comments
Terjebak Dengan Laksamana Sunan The Series By Ramlee Awang Murshid  |  Huwaaaa makin bertambah koleksi bacaan aku... Kali ni terjebak dengan Laksamana Sunan The Series by Ramlee Awang Murshid pula.. Koleksi kisah Laksamana Sunan ni aku pinjam dari sahabat aku, Yatt.. Lepas aku berjaya habis baca novel Tombiruo, Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir, dia cabar pulak aku baca kisah Laksamana Sunan ni.. Hehe.. Aku sahut jerk cabaran dia tu... Tapi tak tahu la yek bila agaknya aku boleh mula baca dan habiskan koleksi kisah ni pula... Hehe

Koleksi kisah Laksamana Sunan by Ramlee Awang Murshid
Koleksi kisah Laksamana Sunan by Ramlee Awang Murshid

Apa-apa pun aku akan cuba baca dengan jayanya.. Banyak tu, 7 buah buku kesemuanya.. Tahun depan belum tentu habis lagi ni.. Haha.. Sape dah baca, ANGKAT TANGAN!!! Hehe.. Kalau mengikut susunannya, kisah ni bermula dengan novel bertajuk Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari, Sunan Musafir dan Sunan... Meh aku up sinopsis setiap novel ni.. Mane tahu ada jugak dikalangan korang yang nak terjebak sama.. Leh usha sinopsis novel ni dulu.. Hehe..


BAGAIKAN PUTERI


Sinopsis


"Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung."

Haryani dan Laksamana Sunan saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman yang berbeza..

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani.. Pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21..

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya, sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke-15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!

Bagaikan Puteri...
Penuh konflik, tragedi, pengembaraan, mistik dan magik..
Hanya kerana cinta..... Manusia sanggup berperang!



CINTA SANG RATU


Sinopsis


Cinta Sang Ratu,
laksana langit mencengkam purnama,
ibarat mutiara di lautan biru
saujana mata memandang, seluas langit terbentang.

Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN 
pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan.

Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian.

Akhir kurun ke-15 : Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi, dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

"Sebagai manusia, aku sayang kepadamu."

Awal abad ke-21 : Bersendirian di bilik tidur. Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewaktu tsunami melanda Acheh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak besar itu. Hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

"Haryani, walau apapun yang berlaku, saya tetap mencintai dan menyayangi awak."

Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki-lekaki yang pada mulanya mereka benci. Dan, akhirnya bertemu dengan orang yang dicari. Namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata mereka sebagai satu janji?


Cinta Sang Ratu
Mengulang kisah perkelahian di langit yang berlanjutan kepada peperangan di bumi semata-mata kerana cinta



HIJAB SANG PENCINTA


Sinopsis


Rasa rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya.. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana..

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang sentiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.


Hijab Sang Pencinta
Pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggetar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikuti epik thriller ini..



CINTA SUFI


Sinopsis


Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari 'lelaki bertanduk dua'.

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna.. Bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta tiga segi yang terlafaz dan tersembunyi.


Cinta Sufi
Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan PUteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.



SUTERA BIDADARI


Sinopsis


SAIFUDIN - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

RAJA ROMAN - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya, Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.

MAKHLUK SUMPAHAN - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifuddin ke alam tidak berdinding.

SAIFULLAH - Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.

Sutera Bidadari
Bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang menguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.




SUNAN MUSAFIR


Sinopsis


ALLAH menciptakan  cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin beserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?

Pada tahun 1531, Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggi Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?


Sunan Musafir
Lebih banyak bermain dengan ruang dan waktu. Lebih menitikberatkan cinta dan air mata. Mengutamakan perjuangan dan kesabaran. Yakinilah, pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAH itu mencukupi segala-galanya.



SUNAN


Sinopsis


Dek kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Acheh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Sifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam tetapi pada masa yang sama berminat dalam seni persilatan.

Ajaran Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Hatta, sering menjadi mangsa buli Djailuh dan Sadik di gelanggang persilatan.

Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman menyusup ke bumi Acheh hanya satu tujuan - membunuh Wali Sufi untuk menghancurkan keampuhan Acheh daripada serangan Kerajaan Pulau Utara. Namun, Ratna gagal melakukannya. Justeru, anak asuhan Maharani itu mensasarkan Saifudin dalam perjuangannya. Membunuh Saifudin dipercayai bakal membunuh semangat juang Wali Sufi.

Engku Aminah, anak kerabat Istana Pagar Ruyong yang rupawan mula jatuh kasih pada Saifudin biarpun dalam tempoh yang singkat. Malangnya, Ratna menjadi batu penghalang. Ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.


Sunan
Menerapkan unsur cinta dan aksi dalam karyanya kali ini. Merungkaikan perjalanan hidup seorang anak remaja bernama Saifudin dalam menempuh onak dan cabaran.




Baca juga :


Read More

Beli Novel Preloved Murah Dari Seorang Blogger

Tuesday, May 9, 2017

13 comments
Beli Novel Preloved Murah Dari Seorang Blogger  |  Baru-baru ni aku ada borong novel preloved dengan seorang blogger ni... Adik Arrien... Kebetulan nampak entry beliau "Pre-Loved Novel For Sale" pada 27 April 2017 yang lalu.. Nampak harga yang ditawarkan pun agak murah.. Aku cuba la risik-risik melalui DM instagram beliau.. Aku memang nak beli novel Asrama karya Muhammad Fatrim.. Kebetulan pulak adik Arrien nak jual.. Terus ajelah aku DM dia.. Nasib baik tak de yang book lagi.. hehe..


Ni lah hasil candat dari gerobok novel blogger Arrien... Dah alang-alang beli kan takan nak beli sebuah aje.. Tak berbaloi pulak rasa.. Lagi pun semua murah-murah.. So, dapatkan lagi lah 3 buah kasi puas hati membeli.. Sebelum beli, aku google dulu setiap buku yang kat atas ni.. Sama ada jalan cerita dia best ke tak kecuali yang Asrama tu.. Buku tu memang aku nak beli kan.. So, tak yah dah google.. Hehe..

Novel Precious Iris karya Melur Jelita ni, aku tengok feedback dari pembaca, rata-rata cakap best jalan ceritanya.. Novel ni adalah sambungan dari novel I Love You Stupid!.. Aku dah cari dan beli pun novel I Love You Stupid! tu tapi ada problem sikit masa membelinya.. Juga novel preloved aku beli... Ingat semula masalah yang timbul time beli tu, sangat sakit hati.. Nantilah aku cerita di entry yang lain, memandangkan novel tu belum sampai ke tangan aku lagi sekarang ni.. Harapnya, kondisi novel tersebut tak la lunyai.. Huhuhu..


Aku beli 4 novel ni dengan harga RM 50 sahaja termasuk postage.. Murah kan? Makanya bertambah la lagi koleksi buku-buku aku... Bila nak baca dan habiskan pun aku tak tahu.. Maybe time berpantang nanti kot.. Mungkin ada masa sikit masa tu.. Bercuti panjangkan.. Anak tidur boleh la aku membaca.. hehe.. Insyaallah.. 

Kalau korang nak usha novel preloved boleh la terjah blog Adik Arrien.. Kot-kot ada lagi yang belum terjual dan korang tengah mencarinya kan..


Terjah kat sini ye..


Read More

Currently Reading | 20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail

Wednesday, April 26, 2017

9 comments
Currently Reading | 20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail  |  Assalamualaikum wbt... Hi korang!! Yeahh selepas berhempas pulas menghabiskan novel RAM, kini aku beralih pulak ke buku islamiah... Baca buku ni kena jugak berselangseli dengan buku ilmu kan.. hehe.. Kali ni aku tertarik untuk baca buku 20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail... Dengar ceramah dari Ustaz Elyas Ismail ni pun dah best, mesti buku karya beliau pun best kan... 'Best' yang aku maksudkan tu, apa yang disampaikannya sangat bermanfaat...

20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail
20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail

Aku start baca buku ni pada 18hb April 2017 yang lalu tapi masih belum habis kerana sejak kebelakangan ni banyak sangat masalah yang aku hadapi.. Agak tergendala pembacaan aku kali ni.. Harapnya aku dapat habiskan pembacaannya dengan lancar selepas ni.. Kalau baca sangkut-sangkut ni risau apa yang dibaca sebelumnya hilang begitu saja... Rugi la... 

Nanti dah habis baca baru aku buat review ye.. hehe.. 


Read More

Review Novel | Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir

Tuesday, April 18, 2017

13 comments
Review Novel | Semangat Hutan & Tombiruo Terakhir  |  Alhamdulillah akhirnya habis jugak aku baca 2 buah novel sambungan daripada novel Tombiruo.. Kalau nak ikutkan memang susah untuk habiskan pembacaan novel-novel ni dalam masa yang singkat.. Biasa memakan masa berminggu-minggu baru boleh habis.. Tapi disebabkan ni adalah novel PINJAM, so aku habiskan jugak secepat yang mungkin.. Kalau boleh tak nak la pegang novel orang lelama kan.. Hehe.. Jom tengok review novel Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir...

Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir
Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir


Sebenarnya kisah Tombiruo ni ada 3 buah novel kesemuanya... Novel pertama dah aku review sebelum ni.. Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir ini adalah sambungan daripada novel Tombiruo.. Aku suka penulisan Ramlee Awang Murshid kerana jalan ceritanya agak berbeza dengan novel-novel yang ada di pasaran yang pernah aku baca sebelum ni.. Atau aku sendiri yang hanya suka membeli novel cinta sebelum ni.. Haha.. Sebab tu tak pernah jumpe novel seperti novel RAM ni.. Ahakz.. 

Semangat Hutan

Semangat Hutan
Semangat Hutan
Semangat Hutan ni kisah dia lain sikit dari novel yang pertamanya.. Kisah bermula apabila Amiruddin datang ke KL untuk melamar Wan Suraya tetapi terjadi salah faham antara mereka sehingga membuatkan mereka membawa haluan sendiri.. Bila silap faham terungkai, Wan Suraya bertindak untuk menjernihkan salah faham tersebut sehinggalah terjadinya perkenalan antara Wan Suraya dan Tan Sri Nasir.. Tan Sri Nasir ni bujang terlajak dan terpikat dengan Wan Suraya..

Tan Sri Nasir plan untuk sambut birthdaynya di dalam pesawat peribadinya dan menjemput Wan Suraya untuk membuat liputan majlis tersebut sedangkan ada niat lain disebalik jemputan tersebut.. Hanya beberapa orang dijemputnya termasuk Lucy yang mendesak Tan Sri Nasir untuk turut serta dalam majlis tersebut dengan memperkenalkan dirinya sebagai seorang wartawan..

Rupanya Lucy adalah penjenayah dan telah merancang untuk menawan pesawat tersebut sebagai tebusan untuk melepaskan ketuanya dipenjara yang berhadapan hukuman gantung.. Penawanan pesawat tersebut menyebabkan berlakunya kejadian pesawat terhempas sehinggakan mereka terdampar di Hutan Keningau tempat Tombiruo tinggal.. Pelbagai kejadian buruk berlaku keatas mereka mangsa-mangsa terhempas yang terselamat itu.. Dalam masa yang sama, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut yang digelar Rogon yang juga digeruni oleh penduduk setempat.. Dari satu mangsa ke satu mangsa mati akibat diserang Rogon.. 

Hanya beberapa orang yang terselamat.. Amiruddin juga terkorban menjadi mangsa Rogon semasa mempertahankan rakan-rakan daripada menjadi mangsa Rogon.. Akhirnya Rogon dibunuh oleh Tombiruo Hutan Keningau iaitu Ejim..

Di akhir cerita, Ejim dibawa ke Kuala Lumpur untuk menjalankan pembedahan bahagian mukanya menjadi manusia biasa oleh Dr. Haslia yang juga mangsa yang terselamat dalam tragedi tersebut.. Ejim dibawa bukan dalam keadaan rela tetapi di rancang oleh Dr. Haslia dan rakannya Dr. Rashid turut dibantu oleh Ondu.. Dia di tembak dengan pelali.. 


Review By Me!!

Untuk kisah kali ni, aku rasakan juga menarik tetapi novel Tombiruo pertama lagi mendebarkan aku jalan ceritanya.. Walau bagaimanapun, kisah dalam novel Semangat Hutan ni juga aku suka kerana watak utama iaitu Amiruddin mati dalam novel ni.. Kirenya tak de la klise sangatkan jalan cerita ni.. Kesedihan ada disitu.. Ada part-part yang membuatkan aku menitiskan air mata hokeh!! Nampak tak novel ni ada pelbagai emosi bila membacanya.. Seram ada, suspen ada, sedih ada, gembira ada.. Pendek kata semualah ada.. Hehe..

Novel ni aku mula baca pada 14 April 2017 dan tamat pada 16 April 2017.. 3 hari uolls.. huhu Habis aje, terus sambung novel Tombiruo Terakhir pulak.. Okeh, jom ke novel yang terakhir..


Tombiruo Terakhir

Tombiruo Terakhir
Tombiruo Terakhir

Tombiruo Terakhir mengisahkan pembawaan Ejim ke KL untuk pembedahan plastik terhadap mukanya yang cacat itu.. Pembedahannya berjaya dengan kadar penyembuhan yang singkat.. Janji awal, setelah selesai pembedahan Ejim akan dibawa balik ke Hutan Keningau kembali tetapi janji tinggal janji apabila Dr. Haslia telah jatuh cinta dengannya.. Hasil pembedahan, rupa Ejim saling tak tumpah seperti wajah adik kembarnya Amiruddin.. Kerana cinta, Dr. Haslia uruskan segalanya tentang Ejim termasuk menukar nama dan membuat dokumen diri buat Ejim serta membiasakan dia dengan keadaan bandar.. Tapi semua tu tak lama kerana jiwa Ejim tetap pada Hutan Keningau..

Situasi yang tak diingini berlaku dimana Tan Sri Nasir telah mengungkit segala jasanya untuk membaikpulih wajah Ejim sedangkan pada awal mereka lakukan atas dasar membalas jasa baik Ejim kerana menyelamatkan mereka semasa dalam Hutan Keningau dahulu.. Ini berlaku kerana Tan Sri Nasir takut akan kehilangan Wan Suraya yang ketika itu telah menjadi tunangannya dimana rupa Ejim sama dengan Amiruddin kekasih hati Wan Suraya yang telah meninggal dunia.. 

Akhirnya setelah pelbagai peristiwa dilaluinya dan 10 tahun berlalu, Ejim telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Suriani.. Mereka hidup di KL dan sampai satu masa Ejim terlalu rindukan Hutan Keningau.. Dia pulang bercuti kesana untuk  melepaskan rindunya dan berlakulah peristiwa dimana terdapat semangat hutan yang lain menjaga hutan tersebut dan Ejim juga menjadi penyelamat kepada manusia-manusia yang tersesat dalam hutan dan mendapat ancaman dari semangat hutan itu..

Review By Me!!

Bila habis aje baca buku ni pada hari ni 18 April 2017, aku rasa lega dan aku suka kisah Tombiruo ni.. Aku seronok bila Ejim ada kehidupan yang baru dengan wajah yang baru.. Terasa bersemangat je.. Sekurang-kurangnya ending cerita ni menyeronokkan dan bahagia walaupun sepanjang kisah ni berliku-liku situasi yang dorang harungi.. 

Aku bagi 5 bintang untuk cerita ni.. hehe.. Insyaallah aku akan baca juga novel dari penulis yang sama iaitu Laksamana Sunan.. Juga buku pinjam ye.. Haha.. Nasib baik aku baca buku pinjam, kalau baca buku baru keluar tak ke haru aku nak menunggu sambungan kisah dia.. Hadoii tak best ohhh!!

Oke lah, sampai sini jerk review aku yek.. Panjang leboo dah.. Kang korang bosan lak baca.. Huhuhu..








Read More

Review Novel | Tombiruo by Ramlee Awang Murshid

Friday, April 14, 2017

13 comments
Review Novel | Tombiruo by Ramlee Awang Murshid  |  Berjaya juga aku menghadam novel Tombiruo by Ramlee Awang Murshid dengan penuh gayanya.. Hehe.. Baru novel pertama.. Ada 2 buah novel lagi iaitu Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir sambungan daripada kisah Tombiruo ni perlu dibaca untuk mengetahui kisah sepenuhnya... 

Tombiruo by Ramlee Awang Murshid
Tombiruo by Ramlee Awang Murshid

Btw, novel Tombiruo ni best rupanya.. Tak hairan la ramai betul peminat kepada penulis hebat Ramlee Awang Murshid ni.. Cerita yang digarapkan dalam novel ni sangat suspen sampaikan aku tak sabar nak tahu cerita selanjutnya dan kesudahan ceritanya.. Pada permulaan membaca novel ni iaitu dibahagian Prolog, aku rasakan bahasanya terlalu berat untuk aku baca dan fahamkan jalan ceritanya.. Bila dah masuk bab 1, aku dah rasa seronok membaca.. Rupanya ianya sebuah cerita yang seronok dibaca... Hehe..

Untuk buku pertama ni, aku boleh klasifikasikan kisahnya berkenaan pembunuhan dan penyiasatan.. Pembunuhan yang berlaku ditempat yang berlainan tetapi berkaitan antara satu sama lain... Sehinggakan ianya berkaitan rapat dengan Tombiruo.. Korang tau tak apa maksud Tombiruo ni? Kalau yang dah baca novel ni mesti dah tau kan.. Bagi yang belum, harussss tak tahu tuuuu.. hehe..
TOMBIRUO.. Dalam bahasa suku kaum Kadazan-Dusun, Tombiruo membawa maksud roh atau hantu, yang dipercayai wujud secara halus dan nyata. Kewujudannya juga dipanggil Rogon.. Suku kaum Murut memanggilnya Alingu atau Adah.. Mangat pula panggilan dalam bahasa suku kaum Bajau... Suku kaum Brunai mempercayai kewujudannya sebagai Ranggau, manakala orang-orang Cina memanggilnya Kui...

Kisah Novel Tombiruo
Bermula kisah beberapa kes pembunuhan di Kuala lumpur dengan cara yang sama seksa, rogol dan suntik dadah berlebihan sehingga mati.. Suspen berjaya ditangkap beserta bahan bukti dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.. Tetapi suspek yang ditangkap bukan penjenayah sebenar.. Beberapa kes pembunuhan dengan cara yang sama berlaku pula di Sabah selepas itu.. Sehingga membawa kepada kisah pembalakan haram, pembunuhan dirancang, perebutan harta pusaka, kematian demi kematian dan ada juga la kisah yang sweet-sweet terselit.. Hehe.. Diantara kisah-kisah inilah wujudnya watak Tombiruo tu.. Dan watak-watak yang ada dalam novel ni sebenarnya berkaitan antara satu sama lain secara tidak langsung dan secara langsung.. 

Watak Dalam Novel 
Dalam novel ni watak paling menonjol sudah pastinya Tombiruo ataupun nama betulnya Ejim.. Diikuti dengan watak Amiruddin dan Wan Suraya.. Ejim seorang lelaki yang gagah perkasa yang mempunyai semangat pahlawan dalam diri yang dijaga dan dibesarkan oleh bapa angkatnya di dalam sebuah hutan tebal.. Ada sebabnya dia tinggal dalam hutan tebal tau.. Sebab wajahnya tak menyerupai manusia malah tidak juga seperti binatang atau haiwan.. Sebab itu orang menggelarkannya sebagai Tombiruo.. 

Amiruddin pula membesar dirumah anak yatim dan tidak tahu asal usul sebenar dirinya.. Dia berkahwin dengan Salina anak orang ternama dan kaya di daerah Keningau dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Amirul.. Dia seorang renjer hutan..

Wan Suraya pula adalah wartawan akhbar Bacaria dan bekerja di Kuala Lumpur.. Wan Surayalah punca Amiruddin tahu asal usulnya sehinggakan Amiruddin tau yang dia ada kembar... Nak tau kembarnya siapa? Hehe.. Tombiruo a.k.a Ejim adalah kembarnya.. Perghhh kisahnya memang menarikla.. Kengkadang cam tak terjangkau dek akal jalan ceritanya camni.. 

Ending
Ending novel ni haruslah tergantungkan sebab ada sambungannya.. Tapi untuk kes pembunuhan tu memang dah berakhir dan tahu siapa dalangnya.. Rasa puas membaca dan tak kecewa sebab meskipun ceritanya tergantung tetapi tetap ada ending untuk kes pembunuhan tu.. Terbaikk..

Konklusi
Kesimpulannya, aku rasa novel ni memang superb.. Tak rugi aku hadam novel ni dengan tekun walaupun memakan masa 2,3 hari.. Hehe.. Patutlah ramai yang suka penulisan penulisnya.. Memang best.. Aku kasi 9.9 per 10 bintang-bintang kehidupan untuk novel ni.. haha!!


Bagi yang belum baca, aku rasa korang tak puas kot takat baca review aku.. Untuk lebih penghayatan baik korang baca sendiri.. Memang tak rugi uolls.. Percayalah.. 


Baca review novel - BARONGAN



Read More