Review Novel | Tombiruo by Ramlee Awang Murshid

Review Novel | Tombiruo by Ramlee Awang Murshid  |  Berjaya juga aku menghadam novel Tombiruo by Ramlee Awang Murshid dengan penuh gayanya.. Hehe.. Baru novel pertama.. Ada 2 buah novel lagi iaitu Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir sambungan daripada kisah Tombiruo ni perlu dibaca untuk mengetahui kisah sepenuhnya... 

Tombiruo by Ramlee Awang Murshid
Tombiruo by Ramlee Awang Murshid

Btw, novel Tombiruo ni best rupanya.. Tak hairan la ramai betul peminat kepada penulis hebat Ramlee Awang Murshid ni.. Cerita yang digarapkan dalam novel ni sangat suspen sampaikan aku tak sabar nak tahu cerita selanjutnya dan kesudahan ceritanya.. Pada permulaan membaca novel ni iaitu dibahagian Prolog, aku rasakan bahasanya terlalu berat untuk aku baca dan fahamkan jalan ceritanya.. Bila dah masuk bab 1, aku dah rasa seronok membaca.. Rupanya ianya sebuah cerita yang seronok dibaca... Hehe..

Untuk buku pertama ni, aku boleh klasifikasikan kisahnya berkenaan pembunuhan dan penyiasatan.. Pembunuhan yang berlaku ditempat yang berlainan tetapi berkaitan antara satu sama lain... Sehinggakan ianya berkaitan rapat dengan Tombiruo.. Korang tau tak apa maksud Tombiruo ni? Kalau yang dah baca novel ni mesti dah tau kan.. Bagi yang belum, harussss tak tahu tuuuu.. hehe..
TOMBIRUO.. Dalam bahasa suku kaum Kadazan-Dusun, Tombiruo membawa maksud roh atau hantu, yang dipercayai wujud secara halus dan nyata. Kewujudannya juga dipanggil Rogon.. Suku kaum Murut memanggilnya Alingu atau Adah.. Mangat pula panggilan dalam bahasa suku kaum Bajau... Suku kaum Brunai mempercayai kewujudannya sebagai Ranggau, manakala orang-orang Cina memanggilnya Kui...

Kisah Novel Tombiruo
Bermula kisah beberapa kes pembunuhan di Kuala lumpur dengan cara yang sama seksa, rogol dan suntik dadah berlebihan sehingga mati.. Suspen berjaya ditangkap beserta bahan bukti dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.. Tetapi suspek yang ditangkap bukan penjenayah sebenar.. Beberapa kes pembunuhan dengan cara yang sama berlaku pula di Sabah selepas itu.. Sehingga membawa kepada kisah pembalakan haram, pembunuhan dirancang, perebutan harta pusaka, kematian demi kematian dan ada juga la kisah yang sweet-sweet terselit.. Hehe.. Diantara kisah-kisah inilah wujudnya watak Tombiruo tu.. Dan watak-watak yang ada dalam novel ni sebenarnya berkaitan antara satu sama lain secara tidak langsung dan secara langsung.. 

Watak Dalam Novel 
Dalam novel ni watak paling menonjol sudah pastinya Tombiruo ataupun nama betulnya Ejim.. Diikuti dengan watak Amiruddin dan Wan Suraya.. Ejim seorang lelaki yang gagah perkasa yang mempunyai semangat pahlawan dalam diri yang dijaga dan dibesarkan oleh bapa angkatnya di dalam sebuah hutan tebal.. Ada sebabnya dia tinggal dalam hutan tebal tau.. Sebab wajahnya tak menyerupai manusia malah tidak juga seperti binatang atau haiwan.. Sebab itu orang menggelarkannya sebagai Tombiruo.. 

Amiruddin pula membesar dirumah anak yatim dan tidak tahu asal usul sebenar dirinya.. Dia berkahwin dengan Salina anak orang ternama dan kaya di daerah Keningau dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Amirul.. Dia seorang renjer hutan..

Wan Suraya pula adalah wartawan akhbar Bacaria dan bekerja di Kuala Lumpur.. Wan Surayalah punca Amiruddin tahu asal usulnya sehinggakan Amiruddin tau yang dia ada kembar... Nak tau kembarnya siapa? Hehe.. Tombiruo a.k.a Ejim adalah kembarnya.. Perghhh kisahnya memang menarikla.. Kengkadang cam tak terjangkau dek akal jalan ceritanya camni.. 

Ending
Ending novel ni haruslah tergantungkan sebab ada sambungannya.. Tapi untuk kes pembunuhan tu memang dah berakhir dan tahu siapa dalangnya.. Rasa puas membaca dan tak kecewa sebab meskipun ceritanya tergantung tetapi tetap ada ending untuk kes pembunuhan tu.. Terbaikk..

Konklusi
Kesimpulannya, aku rasa novel ni memang superb.. Tak rugi aku hadam novel ni dengan tekun walaupun memakan masa 2,3 hari.. Hehe.. Patutlah ramai yang suka penulisan penulisnya.. Memang best.. Aku kasi 9.9 per 10 bintang-bintang kehidupan untuk novel ni.. haha!!


Bagi yang belum baca, aku rasa korang tak puas kot takat baca review aku.. Untuk lebih penghayatan baik korang baca sendiri.. Memang tak rugi uolls.. Percayalah.. 


Baca review novel - BARONGAN



14 comments on "Review Novel | Tombiruo by Ramlee Awang Murshid"
  1. Alamakkkk tak suka novel yang ending dia tergantung. Rasa curious ah, nanti nak tunggu sambungan sempat la lupa.

    ReplyDelete
  2. Arghhh, wajib masuk dlm list nih. Padahal dulu ada kawan yang memang die hard fan buku2 penulis Ramlee Awang Murshid ni. Tapi, masatu tak terpengaruh sangat. Sekarang ni rasa macam teringinnyaa nak baca. Huhu

    ReplyDelete
  3. Sama macam syed, tak suka ending tergantung...or jenis suruh kita fikir sendiri (kebanyakan novel fixi), tension betul aaa.ahahaha.

    Apapun tak sabar nak tengok zul ariffin beraksi dlm filem nanti.

    ReplyDelete
  4. Kalau Lea bagi 9.9 bintang tentu best novel ni..
    Ending tergantung rasa tak sabar 😕

    ReplyDelete
  5. kadang spoil jugak baca novel yang tergantung..penuh tanda tanya dan tak tahu apa yg berlaku..hehe apa pun best jugak :)

    ReplyDelete
  6. novel Ramli Awang Murshid semua best... Katanya bakal dijadikan movie tak tau lagi bila...

    ReplyDelete
  7. Tak silap cerita Tombiruo dah diadaptasikan ke Filem.

    ReplyDelete
  8. Bagusnya Lea ada masa untuk baca buku. Teruskan mambaca. Nampak menarik isi buku tu :)

    ReplyDelete
  9. jemput singgah ke blog saya
    https://thisisme-38.blogspot.my

    ReplyDelete
  10. Yes. Yes. Novel RAM memang best!! Siqah suka sangat <3

    ReplyDelete
  11. Suku kaum rungus pun panggil rogon jugak..macam best je buku ni. Kalau ada Ebook lagi best senang nak baca di smartphone je huhu

    ReplyDelete
  12. Dah baca �� Kalau kami panggil rogon juga ��

    ReplyDelete
  13. Yeah!! Tahniah Lea..
    Keep on reading okay..

    ReplyDelete